Monday 21 May 2012

KAMI DATANG, KAMI SOKONG, KAMI PULANG BERGELAR JUARA

KAMI DATANG, KAMI SOKONG, KAMI PULANG BERGELAR JUARA.. begitulah bunyi kata-kata semangat yang tertera pada satu bena sebagai  penyokong setia pasukan kebangaan THE RED WARRIOR semasa perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan bertemu Sime Darby tempoh hari. Aku sebagai salah seorang ahli kelab Penyokong Anok Cucu Hj Che Soh Lembah Klang begitu bersemangat mengantung dua sepanduk kerana besar harapanku agar sepanduk yang aku gantung mampu menaikkan semangat pemain-pemain pasukan kebangganku semasa beraksi untuk merebut Piala FA untuk dibawa pulang ke negeri kelahiranku. Walaupun motosikal  EX5 aku sudah 6 tahun tak ada road tax, namun aku memberanikan diri memandu motosikal ku menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil seawal pukul 3 petang lagi. Aku perlu tiba awal ke Stadium kerana ingin mengantung bena yang ku tempah  di tempat yang strategik iaitu di tingkat tengah bersetentang dengan garisan tengah. Aku beranggapan, sekiranya player Kelantan masuk terus mata mereka terfokus pada bena yang aku gantung tu.

RED WARRIOR SUPORTER
  Selepas menunaikan sembahyang fardu Asar, aku terus masuk ke dalam stadium. Ohh.. terkejut beruk aku sebab semua ruangan kawasan strategik telah dipenuhi dengan bena-bena gergasi yang memaparkan kata-kata semangat dan sokongan kepada pasukan kesayangan.Ruang tempat duduk di bahagian tengah juga sudah penuh. Aku mengambil keputusan untuk mengantung benaku di tepi TV besar bersebelahan dengan bena pasukan ULTRAS, kebetulan ada satu lagi ruang yang ngam-ngam dengan saiz bena aku. Selepas bena siap digantung, wah.. terasa sangat kerdilnya bena aku sebab tak mungkin ada orang dapat baca apatah lagi player. Masa aku tebeng kat rumah sebelum dibawa ke Bukit Jalil terasa sangat besar. Kedudukan bena aku memang paling strategik sebab kebanyakan mata puluhan ribu penonton tertumpu pada skrin TV besar dan secara tidak langsung akan terpandang bena yang aku gantung. Kebetulan kat bawahnya pula.. wau bulan gergasi asyik dok turun naik.

Masuk je stadium, tempat gantung bena sudah penuh, tempat duduk pun turut penuh




Kerdilnya bena aku berada di samping bena gergasi kepunyaan Ultras
tengok dari jarak 40 meter, tok napok gapo boh. Kecik beleh
Ni satu lagi bena group aku yang berada di samping bena gergasi kepunyaan kelab Jaguh
Wau Bulan kepunyaan kumpulan ULTRAS sentiasa turun naik di bawan bena kelab aku punya
ada orang mintak aku ambik gambar bena dia untuk masuk ke dlm blog aku.
ni satu group lagi suruh aku ambik gambar untuk dimuat dlm blog aku. Kemah group ni tapi sayang idea lamo.
Perasaan tidak puas hati kpd Izudin diterjemah melalui idea kreatif ni. Harap Izudin 'take care'
Sebelum perlawanan bermula, PIYA sempat ambik gambar aku untuk dimuat dlm twiter dia
 ok..abisss cerita pasal BENA, ni aku nak komen sikit pasal game malam tu. Sebenarnya game pada mlm tu agak membosankan. Pasukan kelantan bermain mengikut rentak pasukan Sime Darby. Mereka bermain dengan cukup berhati-hati. Tidak banyak melakukan serangan ke arah pintu gol kedua-dua pasukan. Cubaan-cubaan yang dibuat pun tidak bahaya (taraf budak skoloh yang wakil daerah jah). Bola banyak berlegar pada bahagian tepi. hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemain Kelantan tidak tentu arah. Mudah dipintas oleh pasukan lawan.Gadar main seperti biasa, banyak getel bola.Bagi aku, Final piala FA masa 2009 lagi menarik. Pasukan Sime Darby main seolah-olah nak seri saja. Sembilan orang player mereka merantai kemas Piya, Talaha dan Gaddar membuatkan bola sukar untuk dibawa masuk ke dalam kotak D. Sesekali pasukan lawan membuat counter attack melalui penyerang prolifik mereka iaitu Ronaldinho tetapi penyerang tu juga turut dirantai oleh pasukan pertahanan Kelantan.Kekasaran demi kekasaran dilakukan oleh Ronaldinho menyebabkan beberapa pemain Kelantan terpaksa diusung keluar. Farhan sebagai penjaring terbanyak piala FA terpaksa terus berada di bangku simpanan kerana kouta penyerang untuk digantikan telah full dengan pertukaran pertahanan yang cedera.Nasib baik pasukan Kelantan telah mendapat ihsan pengadil dengan memberikan satu sepakan penalti akibat tolak-menolak yang berlaku dalam kawasan penalti. Gaddar dengan tenang menolak masuk bola sepakan penalti ke sebelah kiri pintu gol dan berjaya memperdaya penjaga gol pihak lawan.Selepas itu, aksi membosankan diteruskan sehingga ke hujung masa perlawanan. Seolah-olah sudah berpuas hati dengan satu gol, Gaddar banyak melengah-lengahkan permainan.Apek juga banyak main masa. Selepas masa tambahan diangkat oleh pembantu pengadil, para penonton sudah bersedia untuk meraikan kemenangan manakala pemain-pemain Sime Darby berusaha untuk menyamakan kedudukan agar tragedi Final FA 2011 berulang ke atas pasuan Kelantan.
Preeettttt... bunyi wisel panjang daripada pengadil perlawanan menandakan Pasukan Kelantan dengan rasminya telah menjuarai PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2012. Hampir 80.000 penyokong Kelantan yang datang dari segenap ceruk bertempik sorak kegembiraan meraikan kejuaraan piala FA buat pertama kali ini setelah tiga kali mencuba.Para pemain juga sujud syukur di tengah padang. Selepas menerima Piala FA baru yang disampaikan Pegawai FAM, PIYA selaku ketua pasukan terus meluru ke arah Presiden Kelantan FA iaitu Tan Sri Anuar Musa ( Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan ) yang berada di tempat duduk penonton untuk mengotakan janjinya menghadiahkan Piala tersebut sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi pemain-pemain dan pegawai Kelantan kepada tuan Presiden yang teraniya dan dianiaya itu.

Tan Sri Anuar Musa bergembira meraikan kemenangan pasukan kesayangan beliau
aku juga sungguh gembira dengan kemenangan ini. Berbloi buat BENA dan ayatnya juga amat menepati.
KAMI DATANG..KAMI SOKONG.. KAMI PULANG BEGELAR JUARA

KELAB PENYOKONG DATUK PADUKA IBRAHIM ALI (JAGUH)
SEMUA PENYOKONG PASUKAN KELANTAN YANG DATANG DARI JAUH DAN DEKAT BERGEMBIRA DENGAN KEJAYAAN INI

Rumusannya.. TAHNIAH yang tidak terhingga kepada semua pemain dan pegawai pasukan Kelantan yang bekerja keras. TAHNIAH juga kepada semua penyokong pasukan Kelantan yang bersusah payah datang untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. TAHNIAH juga kepada KELAB PENYOKONG ANOK CUCU HJ CHE SOH yang tidak jemu-jemu menyokong tidak kira kalah ataupun menang. Sesungguhnya, STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL banyak menyingkap kenangan pahit buat pasukan Kelantan dan penyokong-penyokong pasukan Kelantan. Bukan mudah untuk memenangi perlawanan yang diadakan di stadium ini.

Balik dari Stadium Nasional Bukit Jalil aku terus ke kedai mamak Syed Bistro di Wangsa Maju untuk melayan Perlawan Akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Chelsea Vs Bayern Munich. Chelsea pun menang dengan cara penalti jugak. Bayern Munich Tewaspun kerana Penalti yang tidak dapat disempurnakan oleh Arjen Robin.

1 comment: