Monday 28 May 2012

BENGKEL FOTOGRAFI

Assalamualaikum... cuti sekolah baru bermula, minggu pertama cuti aku tidak balik ke kampung kerana anak sulung aku ada kelas tambahan. Aktiviti untuk panjat gunung pun tak de. Walaupun begitu, aku masih ada lagi hobi yang lain iaitu SENI FOTOGRAFI. Sebagai seorang guru Fotografi di sekolah, aku mesti ajarkan anak-anak muridku tentang fotografi, tetapi malangnya aku sendiripun merangkak-rangkak. Bolehlaaaa... ala kadar sahaja. so, ni aku nak berkongsi cerita sikit tentang minat aku ni.

Sebenarnya, dalam  dunia ni ramai yang boleh ambik gambar tetapi berapa ramai yang mahir ambik gambar? Orang yang boleh ambik gambar dan orang yang mahir ambik gambar adalah dua konsep yang berbeza. Orang yang pandai ambik gambar dia cuma tahu tekan picu kamera kemudian dapatlah hasil gambar yang seadanya.Dalam zaman yang serba moden ini, setiap kamera sudah mempunyai Memory Card. Jadi, gambar2 yang tidak cantik boleh di delete. Orang yang mahir ambik gambar, setiap satu snap yang dirakam mempunyai sentimental value yang sayang untuk di delete. Biasanya mempunyai cerita yang bermakna di sebalik gambar yang dirakam. Orang yang mahir ambik gambar tidak akan membazirkan masa untuk menapis gambar-gambar yang dirakam kerana boleh dikatakan setiap gambar yang diambil boleh dicuci untuk dimuatkan dalam album atau dijadikan Photo book. Jadi.. bagaimana cara untuk menjadi orang yang mahir ambik gambar? syaratnya mudah.. kita kena banyak belajar dan bertanya dengan orang yang mahir.
Kata orang  yang mahir tentang fotografi, untuk mendapatkan gambar yang baik kita perlu menguasai teknik ambik gambar. Penggunaan kamera yang mahal tidak semestinya seseorang itu boleh mendapat gambar yang menarik tetapi kamera dan peralatan yang mahal amat membantu mendapatkan gambar yang baik sekiranya menggunakan teknik yang betul. Ada juga orang dapat ambik gambar cantik dan menarik cuma menggunakan kamera daripada telefon bimbit.
Sejak akhir-akhir ini, kita dapati sudah ramai orang yang menggunakan kamera DSLR. Kamera ini lebih canggih dan hasil gambar yang dirakam juga cantik dan terang. Walau bagaimanapun, sekiranya kita tidak tahu asas penggunaan kamera ini, hasil gambarnya tidak ada beza dengan gambar yang dirakam melalui kamera kompak yang lebih murah.Kamera DSLR pertama yang aku miliki dibeli daripada rakanku NIKON D80. Kamera ini aku beli dengan harga cuma RM600.00 kerana member aku tu tedesak nak pakai duit.

Kamera DSLR kepunyaanku. Model ni dah lapuk tapi sangat OK. 

Langkah pertama yang aku pelajari sebaik saja membeli kamera DSLR ni ialah memahami cara penggunaan ISO, APERTURE dan SHUTTER SPEED. Ketiga-tiga fungsi ini amat penting dalam penggunaan DSLR kerana sekiranya kita mahir membacuh ketiga-tiga fungsi ini sekaligus semasa mengambil gambar menggunakan kamera jenis ini, kita akan mendapat kualiti gambar yang memuaskan hati.Selain itu, adalah menjadi satu kelebihan sekiranya kita tahu menggunakan fungsi lain yang terdapat dalam kamera jenis ini. Mode yang kita gunakan mestilah pada M ( manual ).Ada kalanya Mode yang lain juga amat berguna. Oleh sebab itu, adalah lebih baik kita belajar fungsi setiap Mode dan bila masa yang sesuai untuk digunakan. Kalau pakai DSLR tetapi pakai Mode Auto lebih baik guna kamera kompak aje.Perkara paling asas pada seorang jurugambar ialah cara pegang kamera. Kita kena tahu teknik untuk pegang kamera semasa mengambil gambar supaya gambar yang kita rakam tidak blur.

Profesionalkah wanita ini?


Banyak istilah yang  sering kita dengar sekiranya kita mendalami ilmu fotografi antaranya Foreground framing, bokeh, diffuser panel, raccon eyes, direct flash, focal length, depth of field, rule of thirds, focus point, white balance, meetering dan sebagainya.
Sebenarnya kalau kita mahu menjadikan bidang fotografi sebagai mata pencarian utama, kita perlu banyak menguasai teknik dan kepakaran. Kita juga perlu kreatif dalam segala segi selain mahir megedit gambar melalui beberapa software yang boleh dimuat turun daripada internet atau membelinya di kedai komputer. Salah satu software yang paling terkenal ialah photoshop. Ada sesetengah photographer boleh menjana pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan melalui aktiviti mengambil gambar orang kahwin atau mengambil gambar kelas-kelas di sekolah.Oleh sebab penawaran sudah melebihi permintaan, maka seseorang jurugambar perlu bersaing untuk mendapat event atau tempahan.
Tetapi... aku tak minat untuk menambah pendapatan melalui cara ini kerana aku sedar siapa diriku. Aku cuma boleh ambik gambar saja tetapi belum mencapai tahap mahir lagi. Aku belajar sikit-sikit dengan orang-orang yang telah mahir.Walaupun begitu, aku sudah boleh berpuas hati dengan apa yang aku ada dan kuasai. Berdikit-dikit aku cuba untuk jadi seperti orang profesional. So... caranya ialah, aku cuba  mengikuti bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh photographer profesional untuk menceduk ilmu mereka.Aku juga cuba belajar teknik megendalikan DSLR melalui you tube dan membaca blog-blog photographer profesional. Selain itu, aku juga banyak merujuk gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar profesional yang dimuat naik dalam flicker.Aku suka tengok gambar-gambar yang dirakam oleh Ustaz Azhar Idrus dalam DIGITAL MUKMIN.Gambar-gambar yang aku ambik juga aku muat naik dalam flicker. Kalau sapa-sapa nak tengok bolehlah buka http://flickrs.photos.matdinfoto.com  tapi gambar yang aku muat naik ala kadar aje laa. Boleh laaaa. Amatur katakan..Perhidmatan tak berbayar.

Di Dalam Hard Disk di atas, beratus ribu gambar yang aku kumpul selama bertahun sejak kamera kompak pertama sehingga kamera DSLR pertama tetapi semuanya terkurung di dalam tu. Tak boleh bawa keluar sebab Hard Disk dah rosak. Betapa ruginya tenaga dan kemahiran aku mengumpul koleksi gambar yang sebanyak itu tapi musnah dalam sekelip mata. Moralnya... setiap gambar yang dirakam dan ada sentimental value harus dicuci dan dialbumkan. Mesti ada back up. Kalau megharap hard disk yang anda simpan tidak akan rosak, maka tanggapan anda silap.Beringat sebelum kena..

Kelmarin aku telah mengikuti bengkel DSLR teknik menggunakan Black & White, White Balance dan Metering. Bengkel percuma selama 2 jam setengah ini dianjurkan oleh AdhadiMohd Resources. Hadi ni merupakan seorang jurukamera profesional yang sentiasa mengadakan kelas-kelas DSLR untuk mereka yang ingin menjadi jurugambar profesional. Kalau saudara saudari nak tahu dengan lebih jelas tentang hal ini bolehlah layari Blog beliau.Bengkel ini diadakan di Taman Tasek Shah Alam dan telah dihadiri kira-kira 28 orang peserta.

CIKGU HADI SEDANG MEMBERI TUNJUK AJAR

BEREBUT-REBUT NAK SHOOT

SELEPAS SHOOT.. TERUS TENGOK HASILNYA SAMA ADA JADI ATAU TIDAK

Sinaran Cahaya Matahari dijadikan Back Lighting effectnya pada rambut dan bahu
Teknik penggunaan metering pada focus point bagi mendapatkan objek yang sharp serta white balance yang sekata
Model terdiri dalam kalangan peserta

Teknik Black & White
Anak kawe juga turut dijadikan model
Setiap gambar yang dirakam, terus ditunjukkan kepada Cikgu Hadi untuk dikomen.
Sebelum bersurai, peserta mengambil peluang untuk bertanya apa-apa sahaja tentang fotografi kepada Cikgu Hadi
Bengkel yang aku ikuti tamat pada pukul 11.30 pagi. Walaupun masa singkat, dapat juga aku menceduk beberapa ilmu tentang teknik fotografi terutamanya subjek yang dipelajari pada hari ini. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk betanya beberapa kemuskilan yang berbuku dalam kepalaku kepada sifu Cikgu Hadi. Apapun.. terima kasih Cikgu Hadi kerana menganjurkan bengkel percuma. Kalau ada lagi bengkel insyaAllah.. saya akan ikuti lagi agar dapat menambah baik ilmu dalam seni fotografi ini. Sambil berjalan ke kereta., sempat aku shoot gambar Masjid Negeri buat koleksi.

Masjid Negeri.. malam ni menerima kehadiran Ustaz AZHAR IDRUS  menyampaikan ceramah

Monday 21 May 2012

KAMI DATANG, KAMI SOKONG, KAMI PULANG BERGELAR JUARA

KAMI DATANG, KAMI SOKONG, KAMI PULANG BERGELAR JUARA.. begitulah bunyi kata-kata semangat yang tertera pada satu bena sebagai  penyokong setia pasukan kebangaan THE RED WARRIOR semasa perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan bertemu Sime Darby tempoh hari. Aku sebagai salah seorang ahli kelab Penyokong Anok Cucu Hj Che Soh Lembah Klang begitu bersemangat mengantung dua sepanduk kerana besar harapanku agar sepanduk yang aku gantung mampu menaikkan semangat pemain-pemain pasukan kebangganku semasa beraksi untuk merebut Piala FA untuk dibawa pulang ke negeri kelahiranku. Walaupun motosikal  EX5 aku sudah 6 tahun tak ada road tax, namun aku memberanikan diri memandu motosikal ku menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil seawal pukul 3 petang lagi. Aku perlu tiba awal ke Stadium kerana ingin mengantung bena yang ku tempah  di tempat yang strategik iaitu di tingkat tengah bersetentang dengan garisan tengah. Aku beranggapan, sekiranya player Kelantan masuk terus mata mereka terfokus pada bena yang aku gantung tu.

RED WARRIOR SUPORTER
  Selepas menunaikan sembahyang fardu Asar, aku terus masuk ke dalam stadium. Ohh.. terkejut beruk aku sebab semua ruangan kawasan strategik telah dipenuhi dengan bena-bena gergasi yang memaparkan kata-kata semangat dan sokongan kepada pasukan kesayangan.Ruang tempat duduk di bahagian tengah juga sudah penuh. Aku mengambil keputusan untuk mengantung benaku di tepi TV besar bersebelahan dengan bena pasukan ULTRAS, kebetulan ada satu lagi ruang yang ngam-ngam dengan saiz bena aku. Selepas bena siap digantung, wah.. terasa sangat kerdilnya bena aku sebab tak mungkin ada orang dapat baca apatah lagi player. Masa aku tebeng kat rumah sebelum dibawa ke Bukit Jalil terasa sangat besar. Kedudukan bena aku memang paling strategik sebab kebanyakan mata puluhan ribu penonton tertumpu pada skrin TV besar dan secara tidak langsung akan terpandang bena yang aku gantung. Kebetulan kat bawahnya pula.. wau bulan gergasi asyik dok turun naik.

Masuk je stadium, tempat gantung bena sudah penuh, tempat duduk pun turut penuh




Kerdilnya bena aku berada di samping bena gergasi kepunyaan Ultras
tengok dari jarak 40 meter, tok napok gapo boh. Kecik beleh
Ni satu lagi bena group aku yang berada di samping bena gergasi kepunyaan kelab Jaguh
Wau Bulan kepunyaan kumpulan ULTRAS sentiasa turun naik di bawan bena kelab aku punya
ada orang mintak aku ambik gambar bena dia untuk masuk ke dlm blog aku.
ni satu group lagi suruh aku ambik gambar untuk dimuat dlm blog aku. Kemah group ni tapi sayang idea lamo.
Perasaan tidak puas hati kpd Izudin diterjemah melalui idea kreatif ni. Harap Izudin 'take care'
Sebelum perlawanan bermula, PIYA sempat ambik gambar aku untuk dimuat dlm twiter dia
 ok..abisss cerita pasal BENA, ni aku nak komen sikit pasal game malam tu. Sebenarnya game pada mlm tu agak membosankan. Pasukan kelantan bermain mengikut rentak pasukan Sime Darby. Mereka bermain dengan cukup berhati-hati. Tidak banyak melakukan serangan ke arah pintu gol kedua-dua pasukan. Cubaan-cubaan yang dibuat pun tidak bahaya (taraf budak skoloh yang wakil daerah jah). Bola banyak berlegar pada bahagian tepi. hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemain Kelantan tidak tentu arah. Mudah dipintas oleh pasukan lawan.Gadar main seperti biasa, banyak getel bola.Bagi aku, Final piala FA masa 2009 lagi menarik. Pasukan Sime Darby main seolah-olah nak seri saja. Sembilan orang player mereka merantai kemas Piya, Talaha dan Gaddar membuatkan bola sukar untuk dibawa masuk ke dalam kotak D. Sesekali pasukan lawan membuat counter attack melalui penyerang prolifik mereka iaitu Ronaldinho tetapi penyerang tu juga turut dirantai oleh pasukan pertahanan Kelantan.Kekasaran demi kekasaran dilakukan oleh Ronaldinho menyebabkan beberapa pemain Kelantan terpaksa diusung keluar. Farhan sebagai penjaring terbanyak piala FA terpaksa terus berada di bangku simpanan kerana kouta penyerang untuk digantikan telah full dengan pertukaran pertahanan yang cedera.Nasib baik pasukan Kelantan telah mendapat ihsan pengadil dengan memberikan satu sepakan penalti akibat tolak-menolak yang berlaku dalam kawasan penalti. Gaddar dengan tenang menolak masuk bola sepakan penalti ke sebelah kiri pintu gol dan berjaya memperdaya penjaga gol pihak lawan.Selepas itu, aksi membosankan diteruskan sehingga ke hujung masa perlawanan. Seolah-olah sudah berpuas hati dengan satu gol, Gaddar banyak melengah-lengahkan permainan.Apek juga banyak main masa. Selepas masa tambahan diangkat oleh pembantu pengadil, para penonton sudah bersedia untuk meraikan kemenangan manakala pemain-pemain Sime Darby berusaha untuk menyamakan kedudukan agar tragedi Final FA 2011 berulang ke atas pasuan Kelantan.
Preeettttt... bunyi wisel panjang daripada pengadil perlawanan menandakan Pasukan Kelantan dengan rasminya telah menjuarai PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2012. Hampir 80.000 penyokong Kelantan yang datang dari segenap ceruk bertempik sorak kegembiraan meraikan kejuaraan piala FA buat pertama kali ini setelah tiga kali mencuba.Para pemain juga sujud syukur di tengah padang. Selepas menerima Piala FA baru yang disampaikan Pegawai FAM, PIYA selaku ketua pasukan terus meluru ke arah Presiden Kelantan FA iaitu Tan Sri Anuar Musa ( Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan ) yang berada di tempat duduk penonton untuk mengotakan janjinya menghadiahkan Piala tersebut sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi pemain-pemain dan pegawai Kelantan kepada tuan Presiden yang teraniya dan dianiaya itu.

Tan Sri Anuar Musa bergembira meraikan kemenangan pasukan kesayangan beliau
aku juga sungguh gembira dengan kemenangan ini. Berbloi buat BENA dan ayatnya juga amat menepati.
KAMI DATANG..KAMI SOKONG.. KAMI PULANG BEGELAR JUARA

KELAB PENYOKONG DATUK PADUKA IBRAHIM ALI (JAGUH)
SEMUA PENYOKONG PASUKAN KELANTAN YANG DATANG DARI JAUH DAN DEKAT BERGEMBIRA DENGAN KEJAYAAN INI

Rumusannya.. TAHNIAH yang tidak terhingga kepada semua pemain dan pegawai pasukan Kelantan yang bekerja keras. TAHNIAH juga kepada semua penyokong pasukan Kelantan yang bersusah payah datang untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. TAHNIAH juga kepada KELAB PENYOKONG ANOK CUCU HJ CHE SOH yang tidak jemu-jemu menyokong tidak kira kalah ataupun menang. Sesungguhnya, STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL banyak menyingkap kenangan pahit buat pasukan Kelantan dan penyokong-penyokong pasukan Kelantan. Bukan mudah untuk memenangi perlawanan yang diadakan di stadium ini.

Balik dari Stadium Nasional Bukit Jalil aku terus ke kedai mamak Syed Bistro di Wangsa Maju untuk melayan Perlawan Akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Chelsea Vs Bayern Munich. Chelsea pun menang dengan cara penalti jugak. Bayern Munich Tewaspun kerana Penalti yang tidak dapat disempurnakan oleh Arjen Robin.

Thursday 10 May 2012

OUT DOOR KE PAYA INDAH WETLAND

BERSIAR-SIAR DI PAYA INDAH WETLAND

Cuti hujung minggu kadang-kadang membosankan kalau hanya terperap dalam rumah. Kadang-kadang kita perlu bersiar-siar menyedut udara segar dan mencuci mata. Sesetengah orang pergi shoping window di mana-mana gedung beli belah untuk mencuci mata, tetapi aku lebih suka mencuci mata dengan melihat kehijauan pokok-pokok dan ketenangan air tasik. Lari dari tempat yang menjadi tumpuan ramai.
so.. nak jadikan cerita, hujung minggu baru ni aku bawa keluarga pergi bersiar-siar di Paya Indah Wetland yang terletak di Dengkil. Masa aku sampai orang tidaklah ramai sangat. Kebetulan hari baru je lepas hujan. Cuaca agak sejuk dan redup amat sesuai untuk berjalan-jalan menghayati keindahan kawasan tersebut yang bersih, view yang menarik dan terjaga.
Kebetulan pada masa aku sampai, petugas di tempat itu sedang memberi makan buaya-buaya di kolam buaya. Dapatlah anak-anak aku melihat buaya dari dekat. Petugas hanya meniupkan wisel, seekor demi seekor buaya datang untuk mendapatkan rezeki (ayam mati) yang dibaling oleh petugas terus ke dalam mulutnya.Seolah-olah telah tahu bahawa setiap seekor buaya hanya dapat seekor ayam, buaya yang telah mendapat habuannya terus berenang ke tengah tasik untuk memberi peluang rakan lain mendapat habuannya pula.

Berdasarkan label-label yang aku baca pada setiap lorong, banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati. Selain kolam buaya, terdapat juga kolam Hippo. Binatang eksotik seperti tenggiling dan landak juga ada dibela di sini. Terdapat juga menara tinjau yang disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk melihat burung-burung beterbangan serta melihat keindahan kawasan pesekitaran. Khidmat sewa basikal juga turut disediakan bagi mereka yang mahu meneroka ke seluruh kawasan Paya Indah Wetland tersebut sekiranya malas untuk berjalan kaki. Kaedah berbasikal lebih prktikal kerana dapat menyihatkan tubuh badan dan lebih santai.Lagi pun kawasan itu amat luas.
Aku membawa keluargaku meneroka denai yang dikelilingi tasik-tasik teratai yang indah. Pokok-pokok yang menghijau begitu mendamaikan dan menyejukkan mata. Oksigen yang aku sedut terasa amat segar sekali masuk ke paru-paru.
Setiap tasik dipenuhi dengan teratai
ada teratai yang dah kembang

kalau dah penat sangat berjalan, apa kata kita naik sampan pula

kalau jalan sorang2 ikut lorong ni pada waktu malam boleh meremang bulu roma

Kalau cuaca baik, kita boleh rakam gambar matahari jatuh dari sudut sini

Setiap 50 meter terdapat pondok. Kalau penat bejalan bolehlah berehat kat pondok
Pangkin pun ada.. kalau makan nasi lauk budu ulam tentu berselera kat atas ni

Duduk bersantai.. kalau main congkak kat atas ni pun ok jgk
nak melancong kat luar negara tak mampu,  melancong kat sini aje lah..

Nak makan kat hotel 5 bintang juga tak mampu, makan kat sini aje lah..
tengok Amsyar makan,.. nampak sedap je buah tu.

Penuh muka, bila la nak abisss..gigi baru ada kat bawah aje, ada hati nak gigit
harap-harap dalam ni tak de buaya telepas

seronok anak-anak sekali sekala terlepas..selalunya  mereka habiskan masa kat sekolah aje
alamak... ada orang ofer naik kenderaan ni la plak..

apa lagi.. naik je laaa

jom... abah bawak korang pegi pusing-pusing dengan 4 X 4 ni
biasanya pondok macam ni ada kat kampung aje.. rupanya kat sini pun ada
jom balik.. cari tempat lain la plak

posing kat sini dulu

Wah...ada gaya modeling blako rupanya
Last pic kat sini
 Balik daripada bersiar-siar kat denai ini, aku cari lagi tempat-tempat yang indah dan menenangkan fikiran.Masa masih awal lagi. rasa sayang la pulak nak meninggalkan tempat ini. Lagipun inilah kali pertama aku bawa keluarga bekunjung kat sini. Anak-anak pun suka tempat ni.Kalau boleh, mereka pun masih nak berlari-lari lagi di sini. Aina sejak dari tadi lagi minta nak naik basikal. Kita datang lain kalilah kalau nak naik basikal Aina ye..

Haa.. kat tempat ni pun cantik. Amat sesuai buat foto outing
Amsyar pun ada gaya jadi seorang model

Buka senang nak dapat pic Athir yang macam ni, selalunya dialah yang paling susah kalau diajak bergambar

Kalau buat foto outing untuk pengantin baru kat sini tentu menarik, lagipun orang tak ramai, taklah segan sangat

Dah Athir.. sila bangun, kita dah nak balik. Lain kali pula kita datang
Setelah puas bergambar, tibalah waktu untuk pulang. Anak-anak merengek nak datang lagi.. Ya.. kita datang lagi lain kali. Kita datang bawa nasi pula. Kita makan nasi hidang kat atas pangkin tepi tasik teratai.Nak cerita panjang pun takde mood.. line broadband asyik putus-putus je malam ni.