Saturday 22 September 2012

JAMUAN SILATURAHIM KUATERS GURU USJ 6

Assalamualaikum.. lama tak menulis. Sibuk gila sejak akhir-akhir ni. Dummy majalah sekolah entah ke mana, Kertas exam budak masih belum habis bertanda, Program-program sekolah ada setiap kali sabtu.Tak terkejar rasanya sehinggakan jamuan Raya Kuaters Institusi Pendidikan Seafield (KIPS) terpaksa dibuat di luar bulan raya. Sebut pasal jamuan, selaku insan yang dipilih untuk memegang portfolio Biro Kebajikan Kuaters Guru USJ 6, aku diamanahkan untuk mengorganize jamuan raya KIPS pada tahun ini. Oleh sebab susah sangat nak dapatkan tarikh dalam bulan Syawal, maka jamuan raya KIPS terpaksa dibuat di luar bulan Syawal tetapi telah ditukar tajuknya menjadi Jamuan Silaturahim KIPS walaupun mood sebenarnya adalah masih mood raya. Jamuan yang serba ringkas ini mendapat sambutan yang sungguh hangat daripada penghuni KIPS. Tersenyum lebar Penghulu KIPS melihat anak-anak buah berpusu-pusu turun untuk menikmati juadah yang tidak sepertinya ini.


Penghulu KIPS iaitu En Azalan sedang memberi ucapan ringkas
 Jamuan ini diagih-agihkan mengikut blok untuk menyediakan menu. Setiap blok secara bergotong-royong menyediakan menu-menu yang perlu disediakan mengikut apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat induk.


En Azmi selaku setiausaha KIPS menguruskan pendaftaran ahli seterusnya   memberi nombor untuk cabutan bertuah.
Laju je ayam habisss

Pilihlah.. beraneka kuih muih ada yang disediakan oleh blok 'B'

Tak menang tangan petugas bahagian sate melayan tetamu

Petugas bahagian BBQ juga tak menang tangan dibuatnya

Sabar cik kak, sate masih banyak lagi. 3000 cucuk blok 'E' order

Adik-adik pegi ambik makanan lain dulu sementara menunggu ayam masak atau pegi je ambik buah-buah yang disediakan oleh blok  H 

Sabar dik.. ayam yang di beli oleh blok 'K' ni masih belum masak lagi

Tetap sabar menunggu. Masih tak berganjak

Nah ambik ni penghulu. Saya kasi awak lebih sebab awak penghulu kat sini. Orang lain cuma dapat lima cucuk aje..

Meriahnyaa.. macam rumah terbuka Menteri

Makan kat sini ye bang,.. jangan bawa balik simpan kat rumah

Gerai sate antara gerai yang mendapat sambutan hangat

Alamakkkk... dah licin laaa..sold out

Brader sate, tak cukup ni lima. Tambah lagi sepuluh cucuk

 Sate je ke.. dia punya nasi himpit mana?

Bekas penghuni pun turut hadir untuk berjumpa dengan kawan lama

tolong kasi saya lebih sebab rencah ayam yang disediakan oleh blok ' J'  sedap laaa..

macam-macam air ada. sejuk dan panas yang disediakan oleh blok ' F '

Din.. ambik gambar kawe so!

Tetamu kehormat pun turut hadir memeriahkan majlis

Ayah mithali.. layan anak-anak

Bersama rakan-rakan satu blok


Bersuai kenal dengan rakan-rakan dari blok lain

Ustaz serius mendengar luahan hati daripada salah seorang penghuni KIPS

Meehon, mi dan kue teaw goreng yang disediakan oleh blok 'D'

Mood raya, makan sambil menikmati percikan bunga api 

Asam laksa yang disediakan oleh blog ' G '

Wakil dari PPD memberi sepatah dua kata. Beliau kata " hebat kuaters ni "

Santai keluarga.. mi &meehon sup yang disediakan oleh blok 'A'

Mesra.. saling bertanya khabar

Berbual mesra

Minum banyak-banyak. kalau habis ahli blok F akan bacuh lagi
Majlis selesai pada pukul 11 malam. Alhamdulillah.. semua makanan habis dan tidak membazir. Jamuan tahun ni mencatat sejarah tersendiri kerana penghuni yang turun lebih 75% dengan disokong oleh keadaan cuaca yang sangat baik, manakala makanan juga cukup ngam-ngam. Semua dapat makan kat sini dengan sepuas-puasnya. Tak ada makanan yang terpaksa dibuang atau terpaksa dibawa balik. TAHNIAH diucapkan kepada semua AJK INDUK terutamanya penghulu yang bersatu hati membantu saya menganjurkan jamuan ini dan objektif untuk merapatkan silaturahim sesama warga KIPS juga tercapai. 

Ehemm..Gambar aku tak ada langsung dalam majlis ini sebab aku juga merupakan jurukamera rasmi dalam majlis ini.

Saturday 15 September 2012

NASIB SEORANG GURU

Kesian betul jadi guru zaman sekarang, dah la kerja semakin bertimbun, anak-anak murid pula semakin nakal tak terkawal. Jadi budak sekolah ada jugak orang backup kalau apa-apa berlaku atas dia tapi kalau berlaku kat atas kepala cikgu.. tak de sapa nak cover. sendiri buat sendiri tanggung. Kalau dulu-dulu ibu bapa selalu suruh anak-anak jadi cikgu sebab kerja cikgu senang. Pukul 7.30 masuk kerja, pukul 1.30 tengah hari dah balik. Lagipun jadi cikgu banyak cuti. Cikgu juga dipandang tinggi dalam masyarakat. Tapi itu cerita duluuuuuuuuu. Cerita sekarang sangat jauh berbeza. Jadi cikgu masa dulu memang laa senang sebab anak-anak murid perangai tidak seperti sekarang, walau nakal macam mana pun masih lagi ada nilai hormat kat cikgu tapi murid sekarang biarpun masih kat sekolah rendah, tapi dah tahu maki hamun cikgu. kalau dia tak maki, mak bapak dia datang sekolah untuk maki, kalau tidakpun surat khabar yang tolong maki. Semuanya seronok untuk maki cikgu sebab cikgu sekarang macam rimau tua yang tak bergigi. Tak de orang takut. Budak pukul cikgu, hanya diberi nasihat. Kalau cikgu pukul budak alamat masuk balai polis beri keterangan, lepas tu naik turun mahkamah. Budak-budak seronok tengok cikgu yang selalu pukul dia untuk mendidik, terpampang dalam surat khabar jadi berita sensasi.




Mengikut kiraan matematik, Kalau 15 orang murid pukul cikgu seorang, bermakna dapat 15 bijik penumbuk cikgu tu. Kalau setiap orang bagi satu penumbuk dan satu penyepak maka cikgu tu dapat 15 bijik penumbuk dan 15 bijik penyepak sama dengan 30 habuan. Tapi... kalau cikgu tu seorang pukul 15 orang pelajar maka cikgu tersebut mesti menjawab soalan 15 orang peguam atau 15 orang ibu dan 15 orang bapa yang akan datang ke sekolah untuk meminta kepastian daripada cikgu tu kenapa anak dia dipukul.

Budak sekarang mudah kalau nak buat jahat kat cikgu. Telan pil kuda dua butir tunggu kejap biar naik kat kepala lepas tu mula lah boleh mengganas semahunya. Tak sempat terajang cikgu, pegi calar kereta cikgu atau pegi simbah cat kat kerata cikgu. 


Kawan aku dulu dah kena macam ni akibat perbuatan anak-anak murid yang menyimpan dendam  terhadapnya.

Bila kena pil kuda, budak tu akan jadi tak normal dan berani melakukan apa saja. Kalau tak puas hati lagi dia pegi bakar sekolah atau bakar bilik disiplin. Kalau tak sempat bakar, dia simbah cat. 


Bilik disiplin selalu menjadi mangsa amukan pelajar 
Lebih teruk lagi, ada pelajar yang ugut sampai nak bunuh cikgu. Terukkkknya.. salah siapa ni kalau perkara macam ni berlaku. Mak bapak dia tak hantar belajar sekolah agama ke? atau dah memang budak tu samseng sebab ramai samseng yang jadi idolanya. 



Budak dulu kalau nak marah kat seseorang cikgu, dia tunggu hari guru barulah dendam kesumat tu dibalas. Masa ada perlawanan bola sepak antara guru dan murid sempena sambutan hari guru.. dia pun mula hink cikgu mana yang nak dibentes tulang kering sampai benjol atau dia siku pinggang cikgu. Lepas main, terus salam dan selesai. Dendam dah berbalas. Tu jee laa cara nak balas dendam kat cikgu. Tapi sekarang, dalam kelas pun dia bantai. Tak cukup dalam kelas, tunggu pulak kat luar sekolah, siap call kawan-kawan dari sekolah lain untuk sama-sama kenduri belasah cikgu. Bila keadaan tak terkawal, bukannya pelajar dibuang atau digantung sekolah, tapi cikgu pulak yang ditukarkan ke tempat lain.



Apabila budak sekolah sekarang dah tak boleh dipukul, tak boleh dijentik, disentuh, dimarah pun tak boleh, maka cikgu pun cuma diam je laaa. tak yah laa nak cari pasal.Tapi tak selesai juga sebab dituduh tak bertanggungjawab, tak de integriti, tak kreatif menangani masalah kebejatan perlakuan pelajar dan macam-macam tohmahan. Ibu bapa sekarang tak seperti ibu bapa dulu yang bagi rotan kat cikgu supaya pukul anak dia untuk mendidik. Ibu bapa sekarang tunggu peluang untuk kenakan cikgu ada laa. Nak kongsi satu pengalaman, masa tu aku jadi imam solat asar. Masa tengah solat fardu asar dalam surau, ada seorang pelajar ganggu rakan sedang sujud. Dia jentik 'telur' sampai berair mata kawan tu menahan rasa senak. Bila dah selesai solat, budak tu mengadu kat aku. Aku pun bagi tahu kat guru disiplin. Guru disiplin tu panggil budak nakal tersebut minta kepastian. Budak tu pun mengaku yang dia buat apa yang aku laporkan.Guru disiplin tersebut rotan satu kali kat atas tapak tangan. Keesokan hari, parent budak tu datang sekolah cari guru disiplin yang rotan anak dia. Jumpa je cikgu tu tanpa banyak soal terus..." cikgu, berani cikgu rotan anak saya. Cikgu tahu tak, dari budak tu merah sampai sekarang tak pernah saya jentik pun dia. Kalau cikgu nak pukul, pukulah anak sendiri. Cikgu ingat saya hantar budak tu sekolah kat sini nak bagi cikgu pukul dia ke? BONGOK..."

Malas aku nak cerita panjang-panjang pasal masalah cikgu dalam mendidik anak bangsa pada zaman sekarang. Sape yang jadi cikgu dia tahu lah. Yang tak jadi cikgu mungkin ada yang paham dan mungkin ada yang tak paham dan mungkin ada juga yang buat-buat tak paham bagaimana sukarnya cikgu zaman sekarang nak menghadapi karenah pelbagai pihak untuk mentarbiah insan yang bernama pelajar menjadi modal insan berkualiti sepertimana yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan.



Monday 10 September 2012

HARI RAYA vs PEPERIKSAAN

Cuti hujung minggu dalam bulan Syawal macam ni biasanya kita dijemput ke rumah terbuka rakan-rakan. Sesetengah orang sehingga ada berbelas jemputan dalam sehari dan terpaksa terkejar-kejar untuk cuba memenuhi semua jemputan sehingga sampai ke malam hari. Pada masa kini, mengadakan rumah terbuka menjadi satu trend bagi warga kota. Sebenarnya, mengadakan rumah terbuka memang banyak manfaatnya dan menimbulkan keseronokan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi kalau yang dijemput itu semuanya hadir sama ada jauh atau dekat. Apapun, dengan mengadakan rumah terbuka ini memberi peluang kepada kita untuk berhubung semula dan merapatkan silaturahim dengan kekawan dan saudara mara yang jarang-jarang berjumpa dek kesibukan masing-masing.

Sebut pasal ikatan silaturahim, guru-guru lelaki sekolah aku juga ada buat jamuan hari raya kat Teluk Kemang Port Dickson pada hari ahad lepas (Belakang Pusat Sains Marin UPM ). Walaupun tidak semua rakan-rakan guru lelaki yang mampu hadir kerana ada komitmen masing-masing, namun kemeriahan jamuan ini tidak tercalar sedikitpun. Antara kami ada yang pergi sehari lebih awal dan menginap di Rumah Tamu UPM. 

Kalau semua geng guru laki datang bawak family tentu lagi meriah.

Hubungan baik sentiasa terjalin dalam kalangan isteri kerana banyak program  yang geng-geng kami anjur  melibatkan  seluruh ahli keluarga
Anak-anak dalam kalangan kami juga sungguh serasi bergaul walaupun jarang-jarang berjumpa
Santai... En Ab Rahim sekeluarga. Anak-anak semuanya kat dalam laut. Takkk naik-naik sejak dari pagi. Samalah macam anak aku.
En Rahim tunjuk skill bakar sosej, kambing dan ayam. Katanya rempah perap ayam dan kambing yang aku buat tu sedap. Siap anak En Kang iaitu Si Ester datang suruh ajar resepi macam mana nak buat. Boleh..boleh.. bawak kambing seko datang rumah aku. Nanti aku ajarkan secara teori dan amali.  

Eh..eh..dalam dok sedap-sedap beraya sakan rupanya anak sulung aku dah hampir sangat dengan peperiksaan UPSR. Tapi aku tengok dia macam budak masih belum masuk sekolah, main sepanjang masa. Tak de sikitpun perasan bimbang. Kadang-kadang bini aku marahkan aku sebab biarkan anak main dan tak suruh baca buku. Sebenarnya bukan aku tak suruh, tapi anak aku tu pandai menjawab sehingga membuatkan lidah aku kelu tak dapat berkata. "alaa..abah, Adib dah banyak belajar la abah. Pagi pegi sekolah, petang pegi belajar, malam pegi tusyen. Releks aaa abah. We study smart la abah.. not hard". Terus terdiam aku dengan jawapan yang diberikan bila aku suruh dia pegi baca buku.

Memang betul cakap anak aku tu. Kita belajar kena tahu teknik belajar. Kalau belajar sekadar belajar tanpa menguasai teknik, macam sia-sia saja jadinya ibarat hujan jatuh ke pasir.Ye lah.. kalau kita baca buku banyak-banyak tapi tak masuk otak pun kira macam buang masa la jugak. Kerja sia-sia. Aku pernah tanya anak murid aku yang sangat cemerlang dalam SPM tahun lepas untuk mengorek rahsia bagaimana cara dia belajar sehingga begitu hebat. Hanya dua jawapan ringkas saja dia berikan untuk menjawab pertanyaanku yang panjang lebar iaitu:
                 
                 1) Disiplin masa belajar
                 2) Teknik belajar biar betul

Kalau aku nak kupas setiap jawapan yang diberi memang berjela walaupun jawapan pokok nampak ringkas tapi itulah jawapan yang tepat. Disiplin mungkin maksudnya buat jadual belajar kemudian ikut. Kurangkan main, kurangkan tidur, kurangkan bersosial. Jaga kesihatan diri. Amalkan pemakanan yang sihat.
Maksud teknik belajar yang betul  mungkin beri fokus masa guru mengajar di dalam kelas. Banyak bertanya kalau tak faham, hafal hanya pada tempat yang perlu sahaja, lebihkan menguasai teknik untuk menjawab.

Kalau kita orang Islam, aku tambah satu lagi 

              3) Banyak buat solat hajat minta petunjuk daripada Allah.
                  Selain itu, minta restu daripada ibu bapa dan guru
Kejayaan Yeo Xin Yin 12A+ dalam SPM tahun lepas. Top 10 pelajar terbaik di Malaysia
Ada sesetengah pelajar hanya semata-mata sembahyang dan berdoa kepada Allah. Lepas tu hafal doa penerang hati untuk dibaca masa nak jawab exam. Soal belajar tolak tepi. Banyak main game online daripada menelaah pelajaran. Kerja rumah tah kemana, buku tulis entah ke mana. Kalau macam tu cara belajar mana boleh berjaya kerana Allah dah janjikan untuk memberi kepada mereka yang berusaha.

Sebenarnya, dalam soal peperiksaan anak-anak, ibu bapa yang lebih bimbang macam dia pulak yang nak ambik exam. Ibu bapalah yang melakukan solat hajat mintak petunjuk, dialah yang baca surah Yasin, dialah yang selalu semak jadual peperiksaan, Dialah yang pastikan segala peralatan untuk menjawab peperiksaan berada dalam keadaan ready dan ibu bapalah juga yang asyik dok search google cari kaedah terbaik untuk menjawab soalan peperiksaan. Tuan punya badan yang nak ambik exam cool memanjang. Tak risau sikit pun.

Bila keluar result, ibu bapa yang lebih gembira berbanding anak-anak
Bila gagal.. tahu pulak dia menangis. 
Kenapa ibu bapa jadi over lebih pada anak yang nak ambik exam? sebab ibu bapa tahu betapa sukarnya seseorang yang tak ada pelajaran untuk survive dia punya hidup pada zaman yang serba mencabar ini. Dengan memiliki kejayaan akademiklah setidak-tidaknya sebagai tiket yang boleh membawa kita ke mercu jaya pada hari mendatang. Dalam dunia sekarang, orang cerdik akan ke depan. Nak hidup senang kemudian hari, perlu susah dahulu bermula dari sekarang.

Budak-budak dia tak fikir dan tak sedar, setiap peperiksaan awam itu adalah sangat penting. Ada orang kata " ah... apalah sangat peperiksaan UPSR, dapat semua gagal pun tetap dapat naik ke tingkatan 1". Memang betul cakap dia tetap dapat naik ke tingkatan 1, tetapi kalau kita cemerlang dalam UPSR itu sekurang-kurangnya sebagai batu loncatan untuk kita menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Itulah untungnya budak Melayu. Memang jauh beza budak yang belajar di sekolah biasa dengan budak yang belajar di sekolah berasrama penuh. Biasanya budak lepasan daripada sekolah berasrama penuh lebih menonjol dari segi kebitaraan dan kepintaran sebab mereka dilatih untuk menjadi leader. Orang cina sanggup susah payah menjadi kuli menghantar dan menjemput anak kat pusat tusyen bahkan semua subjek dihantar tusyen untuk memastikan anak-anak berjaya. Sebab dia tahu bahawa masa depan anak-anak berada dalam otak yang pintar. Untuk mendapat otak yang pintar mesti kena berusaha. Orang yang pintar apabila diberi satu objek, dia boleh cipta menjadi sepuluh lagi objek. Tapi orang yang kurang cerdik (bodoh) apabila diberi satu objek dia tak tahu nak buat apa dengan objek tersebut.
So.. kepada anak aku, abah doakan kamu berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti kerana pada tanggapan abah kamu sudah ready. Kepada anak-anak murid aku yang bakal menduduki peperiksaan PMR sedikit masa lagi, harap bersiap sedia. Kepada anak-anak murid aku yang bakal menduduki peperiksaan SPM juga tak berapa lama lagi, sila pastikan anda berada pada landasan yang betul. Study smart not study hard. You can do it. Do the best. Kejayaan kita di tangan kita.