Monday 20 May 2013

BAWA BUDAK SEKOLAH LAIN FOTO OUTING KAT SEKITAR PUTRAJAYA

Assalamualaikum..

Kelmarin aku telah menguruskan satu kumpulan pelajar dari sekolah bini aku untuk aktiviti foto outing kat sekitar Putrajaya. Kira ni satu aktiviti kelab laa sebab bini aku pun sama cam aku. Sama-sama guru kelab fotografi. Oleh sebab aku sangat berpengalaman dalam menguruskan lawatan pelajar, so apa salahnya kalau aku tolong uruskan budak sekolah bini aku pulak. Lagipun ahli kelab dia ramai dan hampir semua sebangsa dengan aku.

Segala perancangan diatur dengan rapi sama ada dari segi pengangkutan, t'shirt lawatan, tempat-tempat lawatan dan makan minum pelajar. Hari yang dinantikan pun tiba. Budak-budak begitu teruja sekali untuk mengikuti lawatan. Seawal pukul 7.30 pagi semua pelajar sudah siap sedia berkumpul. Aku lihat bas masih belum tiba walaupun sudah dua kali aku maklumkan kepada pemilik bas supaya ambik budak pukul 7.30 pagi. 7.45 aku terus call tuan punya bas.."Assalamualaikum cik Hasyim, Bas dok kat mana sekarang, budak dah tak sabar ni?" Cik Hasyim menjawab " Ashtarfirullah Al azimmm.. hari ni ke cikgu lawatan tu? alamak saya lupa la.. bas pun dah tak de ni. Nak buat macam mana eh? bas lagi satu rosak. Takpeh.. cikgu tunggu jap, saya call kawan saya."

30 minit lamanya aku menunggu cik Hasyim telefon, namun takkk juga telefon. Aku pun telefon dia balik. " Hello cik Hasyim, macam mana?"  
Cik Hasyim " Alamakkk.. tak ada la cikgu. Cikgu cari bas lainlah"

Fuh.., sedap je cakap nak lepas tangan. Soalnya kalau on the sport macam tu, mana ada bas nak gerak. Sedangkan sebulan sebelum pergi aku dah booking, seminggu sebelum pergi, ingatkan lagi sekali. Dua hari sebelum pergi sekali lagi hantar sms ingatkan balik..Tup..tup.. boleh lupa. Inilah Melayu kita nak niaga. Sebenarnya aku ada banyak contact bas syarikat Cina dan India, tapi aku tak nak sebab niat aku nak TOLONG MELAYU. Masa aku mula contact dulu, aku tanya dia nak berapa untuk bawa budak sekolah pusing-pusing Putrajaya. Dia cakap RM300.00 sudah cukup. Aku kata " oklah, saya bagi you RM350.00. I nak bantu you. Lagipun I bayar melalui Local Order (LO).
 "Oh.. Terima kasih banyak cikgu" manis je mulut.

Sudah satu jam lebih budak menunggu, bas belum tiba. Bila budak tanya aku mana basnya cikgu, laju je aku tipu budak kata bas sekarang on the way. On the way.. on the way..on the way.. setiap kali budak tanya mana basnya. Sedangkan basnya pun tak ada. Nak cancel lawatan, tiket cruise Putrajaya dah bank in RM450.00. Nanti burn saja-saja. Aku cuba call bas cina yang aku selalu berurusan.. "hello Ho, sekarang you ada bus ke? i urgent la. nak bawak budak pegi Putrajaya, tapi bas sudah rosak la. Tak boleh jalan".
Jawab apek tu "Oh Ya ka! ada..ada.. yau tunggu kejap ye, i call pemandu". Tungu punya tunggu.. Ho tak call-call pun. Tapi aku dapat satu sms no tel seseorang dari Ho. Aku call Ho semula " Hello Ho.. apa macam, you sudah gerak ke?" Jawab Ho.. " Haiyaa.. you tarak telepon sama itu no yang saya kasi lu ka? saya punya bas semua sudah gerak la boss" Ceh,, aku ingat kan dia sudah gerak. Terkandas lagi budak bini aku satu jam lagi.

Aku telefon no yang Ho bagi aku, " Hello.. you sudah datang ke ambik saya punya budak kat USJ 23?. Jawab macha tu " eh budak apa? tak ada orang kasi tau apa-apa pun"
Alamak... aku ingatkan Ho sudah call sama orang tu suruh pergi ambik budak. 
" Hello macha.. saya mau pakai you punya bas sekarang, Urgent.. nak bawa budak sekolah itu pusing-pusing kat Putrajaya. Nanti bayaran you claim sama itu punya sekolah". 

Oklah.. you tungguuu.

Sudah 45 minit aku tunggu, bas tak sampai-sampai. Aku pun mula curiga. Aku telefon machaa tu sekali lagi tanya kot-kot dia tersesat jalan. " Hello machaa.. yau dah sampai mana sekarang? lambat lagi ke nak sampai sekolah?
" Nak sampai macam mana, saya ada rumah juga sini duduk sekarang. You bayar LO sapa mau pegi. Saya tak mau pegi. Kalau bayar cash baru saya pegi. Apa macammm?"
"Haiyaa..macha. You tarak cakap mau cash, budak saya sudah tunggu manyak lama. Saya ingat you sudah nak sampai" Oklah.. cash pun cash la..

"Haaa.. itu macam laa.. sekarang juga saya pegi. You tunggu ye."

Celaka punya pengusaha bas tu.. tak bagi tahu apa pun nak cash. Ingatkan dia dah datang. Aku bagi tahu budak-budak tu dan cikgu pengiring yang lain bahawa bas sudah tersesat jalan. Mau cari sekolah tak jumpa. Padahal.. bas tak jalan pun lagi. 

Rosak abiss program aku dek kerana berpunca daripada pemilik bas MELAYU yang aku nak bantu MELAYU tu. Punah ranah hancurr mukhlisi reputasi aku sebagai penganjur program yang sangat berjaya sebelum ini. Tobat aku tak nak tolong dahh.. serik dah dengan syarikat macam tu. Nasib baik aku belum suggest kat kawan-kawan aku bas tu. Kalau tidak mungkin mereka pun akan menerima nasib yang sama macam aku dan nama aku jadi buruk.


Boleh bangun ke usahawan Melayu kalau perangai macam pengusaha syarikat bas  MELAYU tu?

Jam10.30 barulah bas tiba setelah 3 jam menunggu. Tu pun dia hantar pemandu yang diimport dari Rawang yang tak tahu jalan. Banyak tentetif program yang terpaksa aku ubah. Bini aku telefon syarikat Cruise Putrajaya mintak dianjakkan masa naik Cruise dari pukul 11.00 pagi ke pukul 12.00 tengah hari. Nasib baik boleh.. kalau tak memang lawatan tersebut dikira hancusss dan aku kehilangan duit booking sebanyak RM450.00. Aku juga telefon pengarah PICC mintak kebenaran untuk melawat sekitar PICC pada pukul 4.00 hingga pukul 6.00 petang yang sepatutnya bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.Nasib baik pengarah tu baik, suruh guard tunggu rombongan aku sehingga aku sampai.

Sampai saja kat Putrajaya, rombongan bebudak tu terus ke Jeti Cruise. Bini aku gi daftar di kaunter dan membuat bayaran penuh untuk semua ahli. Harga pakej melalui sekolah memang murah iaitu cuma RM18.00 saja satu kepala. Siap bagi makanan dan minuman ringan lagi. Sijil naik Cruise juga turut diberi.Kalau harga bukan pakej ialah RM40.00 satu kepala bagi dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.




Ketua rombongan dan guru-guru pengiring


Penyelaras Program

Adib Shoot

Seronoknya bebudak sekali-sekala dapat keluar

Aina posing



Sambil bawa keluar budak, tumpang melancong sekali bersama family
 Selepas selesai naik Cruise, bebudak diberi peluang untuk merakam seberapa banyak gambar di sekitar Dataran Putra. Kami solat zohor di masjid Putra. Selepas solat zohur, bebudak tu dibawa menjamu selera di foodcourt Presint 9. Selepas makan tengah hari, bebudak tu terus di bawa ke Taman Botani untuk merakam seberapa banyak gambar.


Amsyar sedang menunaikan solat zuhur di Masjid Putra


Keindahan di sekitarTaman Botani 






Sepatutnya selepas ke Taman Botani, aku akan bawa budak-budak tu ke Taman Pecinta Alam di Wetland Putrajaya, oleh sebab hari sudah lewat, aku terus ke Pusat Konvesyen Putrajaya (PICC) untuk melawat kat tempat tu. Kat situ, rombongan bebudak ni disambut oleh 2 orang guard yang ramah. Mereka membawa bebudak ni merakam gambar di seluruh PICC. Bebudak ni juga turut diberi peluang untuk merakam gambar di dalam dewan pesidangan untuk majlis penting negara. Terpegun bebudak ni tengok keindahan dewan tersebut. 


Perkarangan tingkat 3 PICC



Rombongan kami pulang ke sekolah tepat pukul 6 petang. Seronok betul bebudak tu dengan lawatan ni. Aku difahamkan oleh bini aku, inilah kali pertama budak kelab fotografi tu dibawa keluar untuk foto outing. Keseronokkan mereka mampu memadamkan peristiwa hitam yang berlaku pada pagi tadi. Tapi tidak bagi aku... peristiwa aku 'dimainkan' oleh pengusaha bas MELAYU tu tetap aku kenang sampai bila-bila. Jam tu jugak aku telah padamkan no telefon syarikat bas tu di dalam phone book telefon bimbit aku dan tak ingin untuk aku berurusan dengannya lagi kerana syarikat bas di Lembah Kelang ni memang banyak dan kita sebagai pelanggan memang banyak pilihan.

1 comment: