Saturday 19 March 2016

KAYUHAN SANTAI KE LADANG TEH BANDAR SAUJANA PUTRA

Assalamualaikum.. 

Sungguh tak ku sangka, rupanya di tempat aku tinggal ada ladang teh. 3 tahun lebih tinggal kat sini, tak tahu pula ada ladang teh di tepi kampung aku..Mcm tak percaya. Kayuh punya kayuh.. punya kayuh tanpa hala tujuan, tup..tup.. terjumpa Ladang Teh Boh, siap ada dia punya kilang lagi tuuu.. Nasib baik bawa kamera kompak, sedap sikit ambik gambar berbanding guna kamera telefon. Masuk dalam ladang teh.. tanya pekerja sedikit sebanyak, eksplore sendiri jalan keluar sebab niat tak nak keluar jalan sama. Tawakal saja pada Allah, Kayuh..punya kayuh.. punya kayuh.. ikut gerak hati melewati ladang-ladang teh yang menghijau, akhirnya beskal kami berempat terperangkap di hujung ladang bersempadan dengan hutan simpan. Kayuh lagi ikut gerak hati, ternampak bumbung-bumbung taman perumahan. Lega rasa hati, Route kayuhan santai yang dibuat secara tidak sengaja menjadi dan tidak menghampakan. Terpaksa pikul beskal sebab laluan terlalu curam dan lalang yang cukup tebal..


Pengayuh-pengayuh yang baru tiba dari Saujana Utama dan Alam Budiman disambut oleh anak tuan rumah

Laluan off road jalan lori pembinaan





DO.. RE..MI..
















































Kayuh..punya kayuh.. cari punya cari.. tup.tup.. terjumpa juga kaw perumahan 







Nak kata sesat.. tak juga, tapi itu trek yang baru diteroka







Kepuasan jelas terbayang pada wajah Mattas..

Balik daripada berkayuh, isteri tuan rumah sudah siapkan juadah..


Kena pula air Lemon Ais.. perghhh..

Kayuhan sejauh 17.5Km berakhir di SP9 BSP mengambil masa 3 jam lebih. Kayuhan santai sambil ambil gambar saja. Tak penat pun sebab tak ada bukit. Samapi umah, panas belum lagi membahang tapi peluh byk laa juga yg keluar. Sampai rumah, isteri tuan punya rumah sudah siapkan air lemon ais dan Nasi Ayam untuk lunch.. Perghhhhh.. Dashyat kayuhan kali ini.. cukup santai dan cukup puas.. 

5.4.2106

Hari ni merupakan sesi melatih anak aku berjinak-jinak dengan beskal. Tapi sayang beskal dia jenis cokia yang tak de gear. Kesian anak aku termengah-mengah untuk melepasi setiap bukit. Tapi oleh sebab semangat untuk dia mendapatkan lesen bermain beskal MTB daripada aku, maka dengan begitu bersemangat dia mampu melepasi setiap ujian termasuk melepasi bukit yang agak lanjut. Kata peribahasa sambil menyelam minum air, sambil anak aku mengayuh dengan di guard oleh sahabatku Hasrol, aku melempiaskan hobi aku bermain kamera dengan mengambil gambar aksi-aksi mereka. Suatu hari nanti kalau ada rezeki, In Shaa Allah.. aku akan hadiahkan sebuah beskal MTB yang mampu beli untuk aku hadiahkan kepada anak ketigaku kerana dia begitu berminat mengayuh beskal dan dia ada kemampuan untuk naik podium sekiranya diasuh dan dipupuk bakat serta staminanya.



































Pokok-pokok kelapa pandan juga turut ditanam untuk memanfaatkan tanah yang ada

Landskap bertambah cantik dengan adanya pokok-pokok kelapa pandan




Kabus pagi yang amat menyegarkan

Begitu tenang dan segar.. amat sesuai dijadikan tempat beriadah


Sekian laporan daripada saya untuk blog MatdinGunung.Blogspot.Com. Jumpa lagi dilain siaran