Assalamualaikum...
Lama aku tak menulis dan menyepikan diri. Bukan tak ada idea, tapi SERABUT.... banyak kerja tak siap lagi. Majalah sekolah baru siap 30%. Dekat nak habis tahun dah. Sekolah lain semuanya dah hantar dummy. Tunggu untuk dicetak saja lagi. LULUH terasa di hati apabila mendapat tahu keputusan pertukaran tak LULUS. Ingatkan dekat-dekat nak mengundi proses pertukaran guru balik ke KELANTAN mudah saja. Selalunya kalau dekat nak mengundi, tak payah pakai 'kabel' untuk balik ke Kelantan sebab biasanya yang dok balik kampung tu mereka ambik kesempatan mohon pertukaran dekat nak pilihanraya.
Tak apelah, orang tak kasi keluar dari Selangor apa boleh buat sebab kontrak kita sampai pencen. Kalau macam pemain bola sepak tak jadi masalah, pasukan mana yang buat tawaran tinggi, mudah saja mereka angkat kaki dan berhijrah untuk tukar angin baru. Mat Yo(dalam proses ), Daudsu, Shaakir Saari, Roya walaupun sudah berada di dalam gedung emas dan glamour sebab menjadi pujaan penyokong The Red Warrior, masih lagi dengan senang angkat kaki.
Dah confirm tak dapat tukar, maka aku terpaksalah pindah rumah tahun ni sebab ini merupakan janji aku dengan isteri dan anak-anak setelah 9 tahun tinggal kat kuaters. Geng-geng kuaters dah ramai yang pindah cuma tinggal aku saja yang masih setia. Tahun depan, nak tak nak aku mesti keluar dari kuaters ni. Tapi aku pening kepala nak urus persekolahan anak-anak sebab kawasaan rumah yang aku beli tak ada sekolah dan jauh dari sekolah. Mesti nak kena beli kereta sebuah lagi. Yang tambah menyerabutkan lagi kepala aku, kereta apa yang nak aku beli, Kalau nak yang murah dan jimat minyak, pilihan utama ialah tak lain tak bukan VIVA. Tapi anak-anak aku dah mula membesar. Lebih realistik kalau aku pakai MPV, tapi aku malas nak berulang alik menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah guna MPV. Lagipun kalau guna MPV bajet mesti lari punyalah.. kalau setakat guna Inova atau Alza sama saja. Ruang tetap sempit. Nak pakai Exora, nanti banyak masalah dikemudian hari sebab kereta buatan Malaysia bukan boleh percaya. Bukan tak patriotik tapi pengalaman lalu mengajar aku segala-galanya. Alang-alang pakai MPV sekurang-kurangnya ALPHARD atau STAREX atau WISH atau ESTIMA atau GRANDIS, baru puas hati tapi aku pulak tak mampu. Ukur baju di badan sendiri. Hai.. pening..pening..
Rumah baru kalau nak masuk mesti kena beli banyak barang baru. Duit lagi.. tapi tak pe, beli yang paling penting daripada yang penting. Nak pindah rumah ni bukan suatu yang mudah, kena prepare awal-awal. Sebelum masuk rumah, adalah lebih baik aku cat semula rumah aku. Tapi yang aku pening, nak cat warna apa eh? dalam bilik nak buat berapa layer dia punya cat? bisa di taruk wall paper ke? setiap bilik lain-lain colour ke? hai... pening..pening... pening nak pikirkan semua ni.
Bila dah pindah rumah, mesti nak kena setting semula rutin harian, kebiasaannya bangun pukul 6.30 pagi, kalau dah tinggal jauh dengan tempat bertugas mesti kena timming semula dia punya rutin, maknanya pukul 5 pagi dah kena bangun. Kalau seorang anak sekolah sesi petang dan seorang lagi anak sekolah sesi pagi macam mana nak urus eh? takkan nak tunggu sampai pukul 6.30 petang setiap hari baru balik kerja sedangkan aku balik bertugas pukul 1.10 tengah hari. Katakan kalau aku balik dulu kat rumah, nanti petang nak kena datang lagi jemput ambik anak. Jaraknya bukan dekat, lebih kurang 27KM dan terpaksa menempuh 2 tol. Releven ke tindakan aku tu? Kalau anak-anak sekolah agama pulak, lagi haru biru, satu pagi satu petang, satu petang satu pagi maknanya kalau ada 3 orang anak yang bersekolah dan ketiga-tiganya sekolah kebangsaan dan sekolah agama, tidak dapat tidak mesti kepala aku pening punya nak urus dia punya masa. Kalau ketiga-tiganya sekolah sesi pagi memang tak jadi masalah sebab datang sekolah sama-sama dengan aku, dan balik sekolah sama-sama dengan aku. Ini tiudak, ada yang sesi petang dan ada yang sesi pagi. Hai pening...pening...
Okeylah... sekarang ni memang fikiran aku tengah serabut. Tapi tak pe, tiada masalah yang tak boleh diselesaikan dan tiada kekusutan yang tak boleh diuraikan. Kita kena sabar dan fikirkan kaedah terbaik.Tunggu masa dan ketika saja. Aku akan selesaikan satu persatu mengikut keutamaan.
Malah wi serabut, layan dulu gambar-gambar MR BEAN ni agar dapat aku mengukir sedikit senyuman dalam keadaan yang pening..pening..pening..
No comments:
Post a Comment