Wednesday, 19 December 2012

XPDC ARING (PART 1)

Assalamualaikum.. sepertimana yang aku janjikan bahawa selepas aku balik daripada bercuti di kampung, aku akan terus upload entri-entri baru yang menarik. Memang sudah menjadi lumrah kehidupanku, bila aku rancang, Insya-Allah aku akan laksanakan. Sebaik aku sampai ke kampung, aku tidak menunggu lama untuk terus masuk hutaN. Macam-macam aktiviti yang menarik telah aku buat sepanjang 3 hari 2 malam aku berada di tengah belantara. Rasa tak puas berada di dalam hutan. Kalau tidak kerana ada hal yang perlu dibereskan, sudah tentu aku akan sambung semalaman lagi.

PART 1( Day 1 )- MENJARING IKAN

Ok, dalam part 1 ini aku nak cerita tentang aktiviti aku pada hari pertama. Aku masuk hutan ARING pada hari sabtu 8 Dec 2012. Aku pergi dengan menaiki PAJERO kepunyaan abang ipar aku. Destinasi yang dituju ialah kawasan penerokaan balak Aring 1 Gua Musang, jauhnya 15 KM masuk ke dalam daripada jalan besar felda Aring. Sebenarnya tempat ini adalah milik abang ipar aku yang luasnya 84 hektar. Kawasan ni asalnya hutan tebal yang dipenuhi pokok-pokok balak. Apabila balak-balak telah ditebang dan dibawa keluar, abang ipar aku yang mempunyai lesen membersih dan membawa keluar sisa-sisa balak telah membuat permohonan dengan kerajan negeri untuk memajukan bukit bukau ini dengan tanaman kelapa sawit.

Pajero yang telah ditaja untuk XPDC aku kali ini.


Sebelum bertolak, persediaan rapi perlu dibuat


Pastikan semua peralaratan cukup lengkap
Singgah dulu di Pekan Tanah Merah untuk membeli kelengkapan dan bekal yang  tidak mencukupi
Alang-alang ke Pekan Tanah Merah, tak sah kalau tak pekena Mi MAT JENG yang cukup terkenal


En Iwan berposing depan Mi Mat Jeng


Aku tak peduli lagi dengan keadaan sekeliling bila Mi yang diorder dah sampai, belasah aje laa.

Singgah dulu kat tepi jalan, beli durian Musang King .Satu longgok dua puluh ringgit
Laluan masuk ke tapak kongsi balak hanya sesuai menggunakan   4 X 4 sahaja

Kawasan yang berbukit bukau 

Dah mula memasuki ladang kepunyaan abang ipar aku. Dulu kawasan ni semuanya  pokok-pokok balak  dan hutan tebal. Sekarang ni dah gondol
Kesan- kesan penerokaan hutan


Sungai Galas mengelilingi sepanjang ladang abang ipar aku
  20 minit melalui jalan yang berlopak, berlubang, berbukit dan berlurah, akhirnya aku sampai ke hotel penginapan. Aku telah disambut oleh Tok Batin yang sedia menunggu kehadiranku. Tok batin sudah siap memasak untuk lunch bersama. Sebagai balasan, aku telah menjamu Tok Batin makan durian Musang King yang aku beli di tepi jalan. Aku makan dengan begitu berselera sekali sampai 3 kali tambah nasik. Memang itulah salah satu tujuan aku ke mari iaitu untuk makan sedap.


Inilah Hotel Penginapan aku selama 3 hari 2 malam. Tanpa tandas dan tanpa bilik air 

Tok Batin begitu bangga menerima hadiah pemberian daripada aku

Tok Batin sudah siapkan makanan untuk aku makan tengah hari. Menu: Sambal tempoyak, ikan masin, petai  dan ikan budu goreng

Waa.. apa lagi, belasah le. Memang lazat lauk yang disediakan Tok Batin untuk aku. Thanks Tok Batin

Ruang dapur Hotel Tok Batin

Ruang Tidur tetamu

Serba lengkap dengan peralatan memasak
Selepas makan tengah hari, aku berehat sebentar. Kemudian dengan tidak membuang masa, aku terus bersiap sedia untuk pergi memasang jaring.Sebanyak 7 utas jaring akan dibawa turun ke dalam sungai.


Orang kanan Tok Batin sedang menyiapkan jaring untuk dipasang
Kenderaan rasmi yang digunakan untuk membawa aku ke mana-mana sepanjang 3 hari 2 malam aku berada di sini
Nak pegi pasang jaring mesti kena naik benda ni

Nilah lubuk yang dikenal pasti. Nampak cetek tapi sebenarnya sangat dalam airnya. Entah-entah ada sang bedal

Aku mula memasang jaring
Selepas memasang jaring, aku dibawa bersiar-siar melawat kawasan ladang yang sangat luas.Aku sangat teruja melihat keindahan pemandangan yang berbukit bukau. Memang itulah jiwa aku. Seringkali aku cakap bahawa aku sangat tenang berada dipuncak bukit atau di puncak gunung. Memang itu juga salah satu tujuan aku penat lelah datang ke mari.


Bersedia untuk dibawa melawat ladang









Sungguh tenang sekali berada di puncak bukit. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Untuk dinner, aku masak daging landak untuk hidangan.Sebelum kedatangan aku, Tok Batin sudah ready mencari makanan eksotik. Biasanya ayam hutan, napuh, pelanduk dan landak. Tapi pada hari tu cuma landak aje yang dapat. Lain-lain binatang tak dapat ditangkap. Walaupun begitu, aku dah cukup bersyukur dengan apa yang ada. Daging landak memang sedap kalau kena cara memasaknya.


Daging landak yang dimasak dengan dua resepi istimewa. Satu, daging landak masak  kicap bersos tiram. Satu lagi, daging landak goreng kunyit

Inilah dia master chef.. MATDINGUNUNG.

Perghhh.. memang sedap rasanya dan amat menyelerakan
Selepas makan malam, aku berehat sebentar. Pada malam ni tak ada aktiviti sebab petang tadi aku banyak habiskan masa dengan melawat ladang dan bersantai di puncak bukit. Sepatutnya aktiviti malam ni ialah memanggil burung wak-wak. Tetapi jaring burung wak-wak tak sempat ditebarkan maka aktiviti memanggil burung wak-wak dibatalkan. Oleh sebab tidak mahu membuang masa dengan tanpa ada aktiviti apa-apa, aku berpakat untuk naik semula ke puncak bukit dan menghayati ketenangan malam di puncak bukit yang sangat sejuk suhunya sambil layan ROYAL 


Aktiviti wajib. Layan royal di puncak bukit

Tok Batin sentiasa membawa isterinya kalau malam hari. Takut dimakan binatang buas kalau bersendirian

Tok Batin sedang bersantai

Udin ni memang hantu durian
Okeylah, sampai sini dulu yang dapat aku ceritakan untuk aktiviti hari pertama aku melancong ke Hutan Aring. Sila baca entri seterusnya untuk mengetahui aktiviti yang jauh lebih menarik sepanjang 3 hari 2 malam berada di sini. Bersambung... XPDC ARING PART II- MEMBURU UDANG GALAH

No comments:

Post a Comment