Aku balik kampung hajatnya ingin main air banjir, nak pasang jaring dan tahan joran, nak makan ikan sawah tetapi malangnya dua minggu berada di kampung dalam bulan November, cuaca di negeri aku panas kering. Air sungai cetek, petak-petak sawah juga kering merekah. Mana ada orang Kelantan menimba ikan pada bulan Nov dan Dis tetapi pada tahun ni kita boleh cari kubang untuk menimba ikan.Aku juga tidak ketinggalan mengimbau nostalgia menangkap ikan guna serkap yang biasa dilakukan pada musim membajak antara bulan 3 hingga bulan 5 dulu-dulu.
Sawah padi menjadi kering kontang yang sepatutnya penuh dengan air banjir |
Kubang ni biasanya tak pernah kering, tapi pelik pula boleh kering dalam musim tengkujuh |
Masih ada ikan keli sawah dalam kubang ni |
MG sedang melakukan aktiviti menjerkap ikan |
Lagi hasil yang diperoleh |
Haa... bila ikan dah terperangkap, seluk dan tangkap guna tangan |
Bangga dengan hasil yang diperoleh. Rezeki..rezeki.. |
Balik daripada Jerkap ikan, lalu ikut dalam aku punya kebun, wah!! dokong aku berbuah lebat rupanya |
Pokok pisang yang ditanam di dada anak-anak pokok getah juga sudah membuahkan hasil |
Pokok-pokok getah dalam kebun aku juga sudah mula membesar. Senang hati melihatnya.. |
Buah rambai yang berambu rambai yang masih lagi wujud dalam kebun getah aku. |
No comments:
Post a Comment