Wednesday, 5 December 2012

PERGILAH MELANCONG

Assalamualaikum.. Dah masuk bulan Disember dah kita. Kejap je hari-hari berlalu. Belum puas menikmati cuti sekolah, dahhh nak buka sekolah.Sebab masa cepat berlalulah kita kena sentiasa ambik peluang. Masa cuti sekolah adalah lebih baik kalau kita bawa anak-anak atau bawa diri sendiri pergi melancong. Aktiviti melancong ni memang banyak manfaat, kalau tak mampu ke luar negara, melanconglah hanya dalam negara sahaja. Melancong dalam negara pun dah pakai banyak duit. Maklumlah semua barang mahal, lepas tu ada charge itu, charge ini.

Ada orang, awal-awal sudah pergi melancong. Ramai la juga rakan setugas aku ke seluruh pelosok dunia pergi melancong. Ada yang pergi Hong Kong, ada yang pergi Bejing, ada yang pergi menghayati musim luruh di Korea. Ada yang pergi Swizeleand, ada yang pergi Sydney, ada yang pergi Krabi dan macam-macam lagi. Anak-anak murid aku juga merata dunia mereka pergi. Maklumlah.. orang bandar. Ibu bapa mereka terdiri daripada orang-orang berada. Masa cuti beginilah peluang mereka untuk bawa anak-anak mereka pergi bercuti. Tidak seperti aku dulu-dulu, asal cuti sekolah saja bapak aku suruh ambil parang pergi bersih semak-samun dalam kebun getah. Cuti sekolah juga bapa aku akan suruh tolong dia bacuh simen repair rumah sewa kepunyaannya. Kadang-kadang gali lubang tandas atau macam-macam kerja lagi yang perlu aku buat setiap kali tibanya musim cuti sekolah. Mana ada bapak aku nak bawa pergi melancong kat Langkawi atau pergi ronda-ronda kat ibu kota Kuala Lumpur. Sebab tu lah aku dari umur 0 tahun sehingga umur 17 tahun tak pernah keluar dari negeri kelahiranku. Macam katak di bawah tempurung saja. Sekali sekala ada la pergi ke Kota Bharu dua tiga hari tinggal kat rumah abang. Nasib baik aku ada seorang abang ipar yang sangat prihatin, sekali sekala bawa aku dengan adik aku dan seorang abang aku bersama anak-anak dia duduk berhimpit-himpit dalam kereta Datsun 120Y miliknya pergi mandi-manda di pantai atau di Hutan Lipur Jeram Linang. Kalu tidak kerana dia, tak merasa suasana perkelahan la aku.

Sampai hari ni pun aku tak pernah ke luar negara untuk melancong. Kalau pergi pun tempat-tempat yang ada dalam negara saja. Bukan tak nak pergi, tapi masih tak berkemampuan lagi.Baru-baru ni, kawan aku ada ajak pergi ke Bromo di Surabaya, dia dah tempah tiket tambang murah Air Asia yang harga cuma 11 sen sempena ulang tahun Air Asia. Tapi pergi bulan Januari. So, aku tangguh dulu lah sebab masa tu mungkin aku baru pindah rumah. Tentu banyak wang yang nak kena pakai. Nak isi rumah baru aku tu dengan perabot baru dan sedikit penambahbaikan peralatan eletrik seperti peti ais dan TV LED. Bulan March ni pulak ada cikgu sekolah aku offer kat aku iring budak-budak KOIR ke South Africa ganti seorang guru lelaki yang tak dapat pergi. Juga aku tolak sebab mungkin melibatkan kos yang tinggi walaupun makan dan tempat tinggal ditaja.Lagipun aku tak berminat jadi pengiring budak sekolah. Aku lebih suka pergi sendiri dalam bentuk kembara untuk kenal tempat orang. Barulah adventure. Tak nak terikat dengan jadual. InsyaAllah, kalau kena dengan  hari yang baik dan ada wang lebih, aku akan pergi buat umrah dulu. Kenal Kaabah dululah baru pergi mengembara kenal negara orang. Kalau anak-anak dah besar, barulah selesa sikit nak tinggal-tinggal.




No comments:

Post a Comment