Tuesday, 1 January 2013

SYUKRAN

Assalamualaikum.. SYUKRAN.. itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut aku sebaik saja menerima panggilan telefon daripada kerani Sekolah Bina Insan, KUIS yang mengatakan anak aku iaitu Ahmad Adib berjaya ditawarkan masuk ke sekolah tersebut dan aku diminta datang ke sekolah tersebut pada hari tu juga untuk mengambil surat tawaran. Terasa berbaloi penat lelah aku datang dari Kelantan semata-mata untuk menghadiri temuduga tersebut di saat aku sedang menikmati musim cuti sekolah di kampung. Selepas habis temuduga, aku terus berangkat pulang ke Kelantan semula.
Sekolah Bina Insan merupakan satu sekolah yang menawarkan pembelajaran berbentuk tahfiz sains yang menekankan pembelajaran hafazan al-quran dan akademik biasa. Tahun 2013 merupakan tahun pertama pengambilan untuk kemasukan ke tingkatan satu yang sebelum ini menerima pelajar hanya lepasan PMR. Sekolah ini baru dua tahun beroperasi yang mana pelajar yang ambil SPM pada tahun 2012 adalah base pertama. Aku difahamkan, sekolah ini adalah milik Kolej Universiti Islam Selangor dan dibawah seliaan pihak JAIS. Pelajar sekolah ini berkongsi prasarana dengan pelajar KUIS dan mereka juga sebahagian daripada warga KUIS. Mereka bebas bercampur dengan mahasiswa-mahasiswa KUIS dan mereka juga seolah-olah mahasisiwa kerana asrama mereka bukan dalam bentuk dorm seperti kebiasaan asrama sekolah biasa, tetapi berkongsi satu bilik empat orang sama seperti mahasiswa. Yuran yang dikenakan  RM300 sebulan termasuk makan dan penginapan adalah amat murah. 
Sekolah ini memang mendapat sambutan hangat. Aku difahamkan lebih 800 orang yang menghadiri temuduga untuk kemasukan ke tingkatan satu tetapi sekolah ini hanya menerima kemasukan cuma 250 orang sahaja. Aku sangat berharap agar anak aku gembira di sekolah ini dan belajar sehingga tamat pengajian. 

Surat tawaran dan uniform Sekolah Bina Insan

Pusat Pengajian


Asrama Putra dan Asrama Putri


Kafeteria

Padang Bola

Pegangkutan Rasmi


Tempat Pendaftaran


Landscape




1 comment:

  1. Assalamualaikum, Tahniah buat Tuan dan anak Tuan kerana berjaya masuk ke Sekolah Bina Insan KUIS ! :)

    - Siswa Asasi KUIS.

    ReplyDelete