Setiap kali cuti sekolah, aku pasti akan masuk hutan sebab tu memang hobi aku sejak dari kecik. Kali ni aku masuk hutan kat kampung orang asli Kuala Betis di Hulu Kelantan. Tujuannya tak lain tak bukan, pasti untuk BERBURU. Awal-awal lagi aku sudah booking member sekuliah Iwan yang memang penduduk asal kat situ. Cuti sekolah dua minggu aku terpaksa bagi dua. Pada minggu pertama aku tumpukan penuh perhatian untuk menanda kertas-kertas jawapan peperiksaan budak-budak aku sebab sebaik buka sekolah, bebudak tu dah tentu nak tengok dia punya markah. So, aku pulun kaw-kaw punya untuk menyiapkan lebih kurang 165 skrip jawapan kertas satu dan 165 skrip jawapan kertas dua.
Kerja keras menanda paper exam budak yang bertimbun sebelum pulang bercuti. |
Memang aku turun langkah kanan. Sebaik saja sampai, Mek ( ibu ) Miji sudah siapkan hidangan untuk aku dengan Iwan lunch. Aku dengan Iwan sebenarnya malu-malu untuk makan sebab segan kat kakak Mijie. Tapi bila Miji selak saji, wah!! Pelanduk Goreng Kicap... apa lagi, rasa malu terus tolak tepi. Rezeki jangan ditolak. Makanan eksotik pulak tu. Aku dengan Iwan terus belasah tanpa toleh kiri kanan. Kejap je habis satu pinggan nasi tapi lauk masih ada. Mek Miji suruh habiskan lauk tu sebab dia masak khas untuk kami berdua. So.. aku dengan Iwan terpaksa tambah nasi lagi. he..he..
Pelanduk Goreng Kicap.. perghhhh.. |
Barang kelengkapan untuk bermalam kat tengah hutan |
20 utas jaring sedia untuk dibawa turun ke sungai dengan harapan akan kena ikan KELAH |
Menuju ke destinasi |
Nilah rupa Mijie.. penduduk asal kg Kuala Betis yang sudah 20 tahun berpengalaman mengemudi bot |
Nilah tempat yang amat sesuai untuk didirikan khemah |
Gotong royong mendirikan khemah untuk berteduh |
Dah siap khemah untuk bermalam. Very simple |
Satu persatu jaring diturunkan ke dalam air |
Iwan mengenal pasti tempat yang sesuai dipasang jaring. |
Mijie jawab.. " Bereh Bohhh"
Hasil yang pertama.. seekor KELAH MERAH yang beratnya 1.5 kilo |
Rezeki kami bertiga untuk dibuat lauk diner malam nanti. Miji kata, kalau Kelah hidup harganya lebih kurang RM120.00 sekilogram. |
Siang dulu buang perut |
Separuh aku goreng.. dan separuh lagi aku panggang Black Paper. |
Tidak lama kemudian, ayah Mijie pula tiba dengan sepupunya menaiki sebuah bot lain untuk mengajakku pergi berburu binatang. Wah.. itu memang kegemaranku. Selepas makan malam dan kena segelas kopi pekat, kami pun bergerak menuju ke hutan simpan berhampiran untuk berburu apa-apa binatang yang halal dimakan.
Siap sedia untuk pergi berburu |
Masa berburu dengan ayah Mijie yang aku panggil PokSu, dia banyak memberi tunjuk ajar tentang teknik menggunakan senapang. Dia juga banyak menurunkan petua-petua semasa berburu. Salah satu ilmu yang aku dapat ialah membezakan binatang yang boleh dimakan dengan binatang yang tak boleh dimakan di masa dalam keadaan malam yang gelap gelita. Poksu kata , kalau mata binatang yang lawan lampu suluh tu bewarna merah putih.. Itu binatang yang tak boleh ditembak dan dimakan seperti Pak Belang, musang, kucing hutan, Rimau Akar, babi dan sebagainya. Kalau mata yang lawan lampu bewarna biru putih, itulah yang dicari dan boleh ditembak seperti rusa, napuh, kijang, pelanduk, kambing hutan, ayam hutan, seladang dan sebagainya.
Hanya yang pegang senapang saja dok kat depan.. Follower mesti jarak sikit dalam 10-20 meter kat belakang. Follower tak dibenarkan menyuluh dan redah saja apa-apa yang ada di depan. Kalau ada sasaran, jurutembak akan bagi arahan duduk. Biasanya, sebelum pergi berburu, seseorang pemburu sudah siang-siang pergi pasang umpan iaitu sejenis tukir yang menitiskan air garam. Biasanya binatang akan pergi kat situ untuk minum air garam tersebut.Ada juga sejenis alat yang dicipta untuk memanggil binatang. Kalau terdengar benda tu, pasti bintang tu menyahut dan mudahlah untuk kita kesan kedudukan binatang tersebut.
Sejenis alat ciptaan untuk memanggil rusa. Bunyi dia sebijik macam bunyi rusa bila ditiup. |
Lapah belulang dengan cara mudah. Koyak jee.. |
Layur dulu kat api untuk buang bulu-bulu yang terlekat kat isi |
Proses menyiang pelanduk dilakukan dengan teliti |
Pelanduk yang siap dibersih, dilumur pula dengan black paper |
Sambil-sambil tu.. memacing juga turut dilakukan kot-kot nak sangkut ikan baung atau ikan joro |
Poksu dengan Peija balik dulu sebab mereka nak pergi tengok perangkap binatang yang dipasang |
Hasil pertama pagi tu adalah seekor ikan baung yang beratnya lebih kurang 1 kilo |
Sepanjang perjalanan pulang, aku disajikan dengan pemandangan kemusnahan hutan yang dilakukan oleh tangan-tagan manusia yang tamak haloba. |
Mijie kata " Bereh boh"
Oleh sebab masa masih awal, Miji membawa aku dengan Iwan menyusuri sungai Nenggiri. Pemandangan sepanjang perjalanan memang memukau. Tangan aku tak henti-henti menekan punat kamera aku.
Anak-anak dara orang asli sedang mandi manda |
Anak-anak teruna orang asli begitu seronok melihat kedatanganku |
Ada tempat yang cetek dan jeram, perahu terpaksa ditarik secara manual |
Gua Cha |
Laluan bawah gua |
Ada kalanya kita terpaksa mengayuh |
Seronoknya wanita-wanita asli ni mandi. |
Iwan terpegun melihat keindahan alam sekitar di sepanjang Sungai Nanggiri |
Iwan juga teransang melihat wanita orang asli mandi berkemban |
Macam photography National Geographic la pulak rasanya |
So.. itu sajalah cerita ku untuk XPDC kali ni yang aku anggap paling berjaya. Seronok dapat makan ikan KELAH yang aku idam-idamkan selama ini. Seronok juga dapat makan pelanduk goreng kicap dan pelanduk panggang. Seronok pergi berburu dan belajar banyak ilmu berburu daripada Poksu. Seronok dapat menghayati alam sekitar. Seronok dapat tengok gadis-gadis orang asli mandi manda di sungai dan banyak lagi benda yang seronok. Pendek kata 2 hari satu malam berada kat dalam hutan, otak aku memang fresh. Lontar jauh-jauh pasal kerja dan budak-budak sekolah. Dengar suara-suara unggas hutan memang mendamaikan sekali terutamanya pada waktu maghrib, waktu malam dan waktu pagi.
Poksu jemput aku datang lagi. Dia suruh aku bagi tahu awal sebab dia nak buat persediaan rapi. Mungkin nak bawa aku lebih jauh ke tengah hutan barangkali. Kali ni Poksu suruh aku datang lama sikit. Sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam baru dapat banyak hasil. InsyaAllah Poksu.. Terima kasih sebab layan kami dengan baik. Terima kasih juga untuk Mijie sebab sanggup melayan karenah kami. Sungai Nanggiri di hati kami. Mungkin cuti sekolah tahun depan kita bertemu lagi wahai Sungai Nanggiri.
Salam bos..seronok awak baca entry yg tulis..berminat rasanya nak join sekali...bila nak pergi lagi?...ni fon awak2 apa2 roger ye 0175097956 (wan)
ReplyDelete