Gambar ni aku ambik dari google |
Baru-baru ni aku sempat menghadiri majlis Konvokesyen anak buah aku kat MMU di Kampus kat Cyber Jaya. Saja je pegi untuk support dan nak ucapkan TAHNIAH kat anak buah. Aku beli juga sejambak bunga sebagai penghargaan kerana telah berjaya menamatkan pengajian.Wah.. seronok betul budak-budak yang dapat Ijazah dan Diploma.Bukan saja mereka bahkan ibu bapa, keluarga, dan rakan karib juga turut seronok. Masing-masing dapat banyak bunga. Tapi yang tak seronok bila lepas ni.. ada ke tak kerja yang menunggu mereka. Setahu aku.. untuk menceburi bidang pekerjaan memang sukar sebab sangat kurang kekosongan dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Mahasiswa yang sudah bertahun dapat degree tapi masih memerap kat rumah pun berpuluh-puluh ribu.
Dalam setahun berapa ratus ribu yang graduate. Universiti sekarang pulak bersepah-sepah. Masing-masing menawarkan kursus yang hampir sama.Universiti dan kolej swasta pulak nanti tadah je lepasan SPM dan STPM yang tak layak masuk ke universiti awam. Masuk universiti swasta memang mudah tapi yang tak syoknya yuran pengajian yang amat-amat membebankan dalam satu-satu semester. Kalau dah graduate terus dapat kerja berbaloi la jugak dengan bayaran mahal yang dibelanjakan sepanjang pengajian, tapi.. kalau keluar masih juga jadi 'penanam anggur' memang tak berbaloilah jawabnya.
Aku dulu memang bernasib baik, keluar universiti kerja kilang dulu setahun sementara panggil untuk sambung KPLI. Lepas buat KPLI terus dapat posting. Lepas base aku, budak-budak lepasan KPLI dah susah nak dapat posting. KPLI pun dah dibubarkan. Peluang lepasan ijazah untuk bekerja dalam sektor awam semakin tertutup lebih-lebih lagi bagi mereka yang ambik course yang tak power.Maka berlakulah lambakan tenaga muda yang tak menyumbang kepada pembangunan negara atau dengan kata lain penganggur terhormat. Saban tahun lepasan ijazah dan diploma yang menganggur semakin meningkat.
Kalau ada pun kekosongan jawatan dalam sektor awam yang setaraf dengan kelulusan mereka, belum tentu kekosongan itu boleh diisi dengan mudah. Mereka perlu bersaing untuk merebut jawatan tersebut. Kalau tak ada 'kabel' jangan mimpilah. Kadang-kadang kekosongan melalui iklan yang dikeluarkan dan panggilan temuduga yang dibuat tu cuma shadow aje sebagai memenuhi syarat. Orang yang nak diisi sudahpun ada siap-siap sebenarnya sebab mereka ada 'kabel besar'. Kalau kabel kecil tak de gunanya jugak. Kalau setakat bawa kepala surat parti tertentu atau guna kabel wakil rakyat memang dibakulsampahkan saja.
Nak kerja swasta lagi payah dan lagi sengit persaingan. Ada sesetengah tu siap letak syarat mesti fasih berbahasa inggeris dan bahasa Mandrin. Tak nak bagi kat orang kita la tu.Nak kerja bawah-bawah sementara dapat kerja yang setaraf pun susah sebab kerja bawah-bawah sudah dimonopoli oleh warga asing. Mana ada lepasan univesiti yang nak kerja baby sitter atau yang nak buat rumah batu atau yang nak kerja ladang atau yang nak jadi cashier kat pasar raya atau yang nak kerja kilang. Semua mereka nak kerja yang setaraf dengan kelulusan mereka. Duduk dalam bilik khas yang berhawa dingin di atas kerusi empuk siap ada setiausaha lagi. Istilah berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak sudah tidak ada dalam kamus hidup mereka. Lebih baik mereka duduk rumah layan game online dan you tube sepanjang hari daripada buat malu kerja kolar biru.
Apapun.. aku doakan agar lepasan universiti dan yang baru konvo akan terus dapat kerja. Jangan bazirkan usia muda kita dengan begitu sahaja setelah ibu bapa kita telah menghabiskan banyak wang ringgit untuk menanggung pengajian kita.Kerjalah apa-apa pun dahulu asalkan rezeki yang dapat tu halal daripada terus menganggur.Anak-anak buah aku yang akan mendaftar untuk masuk universiti beberapa hari lagi, aku harap mereka tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk terus belajar dan bagi yang akan konvo bulan depan dan yang sudah konvo, cubalah sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan. Rezeki ada di mana-mana asalkan rajin berusaha. Jangan biarkan negara kita menjadi syurga bagi warga asing mengumpul kekayaan.
Setiap tahun golongan Hawa yang ramai masuk Universiti. Golongan Adam ramai masuk pusat serenti |
Cenderahati untuk diberikan sebagai penghargaan kepada yang berjaya |
Ibu bapa tersenyum lebar pabila melihat anak-anak berjaya menamatkan pengajian dan yang pastinya mereka mengharapkan masa depan anak-anak mereka lebih cerah berbanding mereka. |
No comments:
Post a Comment