Saturday, 2 November 2013

KEJOHANAN BOLING TERBUKA AMATUR KELAB ANOK CUCU

Assalamualaikum..



Hari ni raya Deepavali, sekali lagi aku menganjurkan satu lagi kejohanan boling. Kejohanan kali ini aku buka kepada peserta luar yang aku namakan KEJOHANAN TENPIN BOLING TERBUKA AMATUR 2013. Ada dua visi tujuan aku menganjurkan kejohanan ni. PERTAMA.. rentetan daripada kejohanan sekolah yang aku anjurkan pada 22 September yang lalu, ada beberapa orang guru yang tak puas hati sebab score dia rendah, maka suruh aku anjurkan lagi untuk misi membalas dendam.
  
KEDUA.. kebetulan esok adalah Final Piala Malaysia antara Kelantan bertemu Pahang, maka ramai juga adik beradik dan anak-anak buah aku datang dari Kelantan untuk menonton dan menyokong perlawanan tersebut di stadium. So.. waktu senggang yang ada aku anjurlah kejohanan boling ni agar dapat berkumpul kami anak beranak yang datang dari Kelantan dan yang sedia menetap kat Lembah Klang. Sekurang-kurangnya dapat mencungkil bakat baru yang terpendam dalam kalangan ahli Kelab Anok Cucu Hj She Soh.

  Faisal tanya aku  " kejohanan ni ko buat untuk ahli keluarga kau je ke? tak kacau ke aku masuk?"  

Aku jawab " eh.. tak de lah.. kejohanan ni open untuk kategori amatur. Kebetulan mereka datang, jadi aku buatlah untuk mereka sekali. Sebenarnya kejohanan ini saje je aku buat sebab aku sendiri pun nak main."

Faisal kata.. oh! baguslah kalau macam tu.sekurang-kurangnya yang datang jauh ada la jugak aktiviti.

Kejohanan ni walaupun simple tapi meriah la jugak. Yang ada misi tersendiri.. teruskan memburu misi. Yang tak ada apa-apa misi, main sekadar untuk seronok-seronok sambil bawa family jalan-jalan. Kalah atau menang tak kisah pun. 12 lorong yang ditempah penuh. Seramai 36 orang peserta yang bertarung atas tiket individu. Peserta perempuan diberi handicap sebanyak 20 point setiap game. Ada yang datang secara on the sport nak main tapi sayang peserta dah fit. Tak boleh nak celah lagi.


Jam 9.30 pagi peserta berduyun-duyun sampai

kesempatan berkumpul bolehlah bertanya khabar

Floor manager bergambar kenangan dengan rakan setugas yang mengambil bahagian

Pengurus kejohanan sedang mengatur kedudukan lorong peserta

Dah mula pun.. En Tasnim dengan penuh semangat dengan misi mempertahankan naib johan membuat balingan pembukaan

En Hasrol dengan gaya tersendiri

Baling selalu masuk longkang pun ustaz still seronok.. gelak memanjang

antara pesrrta yang mengambil bahagian

Mamat ni kalau ajak tanding memancing, tak de orang boleh chalange. Tapi kalau main boling sekadar masuk untuk suka-suka aje lah

Datang dari Kelantan terus ke gelanggang boling, tapi hampa sebab tak layak dapat hadiah.

MatdinGunung.. penganjur dan pengurus kejohanan

Mijie seronok tengok dia punya score

Gaya balingan Pengerusi  Kelab Penyokong Red Warrior Saujana Putra


MD atas sekali tu maknanya MatDin. aku le tuuu. Perghh.. cayalah Matdin Gunung. Frame 6-7 cari anak hilang, Tak boleh nak fokus. Frame 8, 9,10 anak dah jumpa. Lega hati so bolehlah teruskan strike. he..he..Perlawanan pada game ni terhenti 20 minit sebab ramai-ramai pakat pegi cari anak aku 3 orang hilang entah ke mana. Terlepas pandang sikit je terus keluar merayau-rayau cam biasa-biasa dengan tempat ni. Nasib baik terjumpa.. tu pun dah sampai bawah dah.

Score Amerr pun boleh tahan.. sengit juga saingan

Kameraman rasmi kejohanan ni sedang posing

Antara peserta wanita yang mengambil bahagian.

Mat Zol sedang ready untuk membuat hayunan

Gaya balingan seorang JUARA

Gaya balingan cam ni jangan mimpi nak menang

Tok ngulu tanya sifu teknik nak pegang bola

ok..ilmu sudah diberi, jom kita berentap

gaya balingan otai

Cewahh.. Madi dah tau dah, bola kalau masuk poket cam tu dah tentu STRIKE punya

Terima kasih Cucu-cucu sedara kerana tolong Tok Din susunkan hadiah

Sebahagian Ahli Kelab Anok Cucu Hj Che Soh yang mengambil bahagian

Antara ahli Kelab Anok Cucu Hj Che Soh yang berjaya merangkul hadiah 

MatdinGunung hanya berjaya merangkul hadiah tempat Ke-3 setelah bersaing sengit dengan Naib Johan

En Shahrin berjaya mendapat Naib Johan setelah menewaskan MatDinGunung dengan perbezaan cuma SATU mata

En Faisal peserta berpengalaman berjaya mendapat JOHAN Bagi Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Amatur 2013

Hadiah HIGH GAME juga turut diraih oleh En Faisal setelah mengumpul score tertinggi pada game yang kedua iaitu 194 mata

Apa-apa pun.. bayaran perlu disettle sebelum terlupa. Dapat harga staff sebab regular customer

Yang Menang Gumbira.. Yang Kalah Pun Gumbira Jugak

Sebelum balik.. anak-anak buah paw pak sedara suruh belanja mereka makan. Takpelah.. jom kita makan sebab meraikan paksu yang boleh bawa balik hadiah kemenangan tempat Ke-3.

 Kejohanan berakhir dengan jayanya.. Objektif tercapai. Yang ada misi berjaya menyelesaikan misi. Dalam keluarga Kelab anok Cucu Hj Che Soh juga sudah ada pendatang baru yang terror bermain boling dan peserta jemputan khas juga bergembira dapat berkenal-kenalan dan merapatkan ikatan silaturahim. Kalah dan Menang adat pertandingan. Kalau dipanjangkan umur.. aku akan anjurkan lagi tahun depan. Soal bayaran no problem sebab aku boleh counting dengan Megalanes punya manager untuk dapatkan harga luar biasa murahnya sebab aku orang lama kat Sunway Piraymid Megalanes yang selalu menganjurkan kejohanan sama ada kejohanan mini atau kejohanan Mega.

KEPADA SEMUA PESERTA.. AKU MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI KEJOHANAN INI. TIDAK LUPA KEPADA JURUKAMERA, EN HALIM YANG BANYAK MEMBANTU MERAKAMKAN GAMBAR UNTUK DIMUATKAN KE DALAM BLOG AKU.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA JUGA KEPADA PARA PESERTA SEBAB SAMA-SAMA CARI ANAK AKU YANG KELUAR TANPA KEBENARAN ( HILANG LA TU.. )

SEKIAN TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment