Monday, 20 January 2014

KENDURI PULUT DURIAN


Assalamualaikum.. waa.. lama benar gua tak update blog gua. Kawan-kawan asyik dok tanya nape blog gua dok stay dgn entri tahun lepas. 

Bukan apa.. tak de aktiviti besar yang dibuat. Asyik dok main badminton dan lepak kat kedai mamak je dengan kekawan tiap-tiap malam.. bila masa lagi nak update blog. Kandungan gula dalam darah tentu dah meningkat semula sebab dok asyik minum tea o limau je kat kedai mamak. Balik main badminton pun singgah kedai Mamak juga. Kena nasi goreng kampung dengan tea o limau ais.. dua gelas pulak tu sekali order.

Baru-baru ni kekawan dok gila makan pulut durian kat Putra Height. Setiap hari dok menggoda melalui wassup. Ingat ke sedap laa sebab nampak suka sangat mereka pegi kedai pulut tu. Hampir setiap hari pegi. Akibat termakan godaan, dalam senyap-senyap gua pegi sendiri bawa anak bini cari kedai tu nak try sikit walaupun gua sebenarnya tak berapa gemar dengan makanan tu.. sedap sangat ke sampai kawan-kawan ketagih sebegitu rupa. 

Perghhh.. bila gua makan baru tahu, HAMPEHHH.. KE LAUT RUPANYA. Dah laa pulut keras, durian ada la tiga ulas diletakkan bersama pulut dan santan tapi durian boleh buat tempoyak. Sebelah kanan isi keras sebelah kiri pula isi terlebih lembik. Harga boleh tahan juga mahalnya. Termenung sendirian gua memikirkan macam mana kawan-kawan gua boleh kata sedap.

Kasihan dengan kekawan yang hantu pulut durian tu, wa tanya bini gua kot-kot dia sudi tolong tanak pulut dan buat pulut durian dengan versi gua sendiri untuk kawan-kawan gua yang hardcore tu. Bini gua tak cakap banyak, sudi aje...malam tu juga gua whatsapp geng-geng gua suruh datang bincang dan cari tarikh. Gua sudi masak pulut durian buat dia orang.

Sampai tarikh yang dijanjikan.. gua pun tanak la dua kilo pulut. Oleh sebab penjual durian kat tempat gua cuti hari tu maka..Durian geng-geng tu pegi beli kat Taman Sri Muda dalam keadaan yang hujan lebat. Perghh.. puah hati tengok geng-geng yang HANTU PULUT DURIAN  TU MAKAN.. masing-masing menggunung di atas pinggan. Siap tambah lagi tuu..

Setinggi Gunung.. pinggan tok nebe alek siye ni bekali


Sementara menunggu bini gua siapkan kelengkapan pulut durian, tetamu bersembang dulu


Bergotong royong kopek durian. Halim tak boleh nak sabar. Brehi kakah ni mugo ni weh..

Sebelum panggil kekawan masuk cebok.. gua pastikan dulu aksesori mesti semuanya complete
Tetamu pertama serbu adalah Halim...
disusuli dengan Epol, Wan dan Man
Sukanya jamu kekawan.. semuanya hantu pulut durian

Gua tak suka sangat benda ni.. tapi sebab nak jaga hati kawan punya pasal.. buat-buat la suka.
Bergambar kenangan selepas masing-masing kenyang
  
Kawan-kawan minta bergambar kenangan dengan gua sebelum mereka pulang dengan puas hati
Tu lah kisah PULUT DURIAN.. baik kita buat sendiri daripada beli hak orang. Buat sendiri kita boleh tambah sampai puas hati. Kualiti santan juga memang santan pioww yang kita gunakan siap disertakan dengan gula melaka. Kalau kat kedai, santan yang digunakan cair sebab dicampur banyak air. Makan di rumah, Durian kita beli jenis Musang King, bukannya durian reject.

1 comment: