ENTRI KHAS BUAT ANAK-ANAK MURIDKU
Alhamdulillah.. genap hari ini, sudah seminggu saya bertugas di PPD. Seronok rasanya seminggu berada di PPD walaupun beban tugas dan masa bertugas semakin bertambah. Tapi.. mungkin suasana bekerja dan jenis pekerjaan yang jauh berbeza daripada amalan biasa menyebabkan rasa seronok itu timbul. Belum lagi kenal di mana bilik kat dalam pejabat pada hari pertama bertugas, saya sudah diarahkan menghadiri bengkel memasukkan data pencerapan sekolah kat Pusat Latihan JPS. Balik dari bengkel, bos panggil pula menghadiri mesyuarat tergempar kat bilik mesyuarat. Masuk bilik, bertimbun surat-surat permohonan yang berkaitan dengan bidang tugas untuk diproses dan dikeluarkan surat kelulusan. Faks-faks dan surat-surat aduan juga banyak untuk disiasat dan diambil tindakan segera. Apabila saya sudah tahu serba sedikit apa yang hendak dilakukan pada hari kedua bekerja, bertambah sibuk jadinya.Kadang-kadang terpaksa balik dari pejabat pukul 6.30 petang. Perghhh.. memang sibuklah kerja kat PPD.
Walaupun masih lagi seronok bekerja kat PPD, tapi saya tidak boleh tipu diri sendiri. Rasa rindu kat sekolah, rakan sejawat dan anak-anak murid memang tidak dapat dinafikan. Terasa rindu nak masuk kelas untuk mengajar dan bermesra dengan para pelajar memang menebal. Rasa rindu nak dengar anak-anak murid ucap selamat setiap kali masuk kelas dan semasa berselisih dengan pelajar memang ada. Kebetulan pada tahun ini dapat pula mengajar kelas yang budaknya baik-baik. Rasa sayang nak datang ke PPD memang ada, tetapi demi karier dan mencari pengalaman baru, semua rasa sayang tu terpaksa saya tolak tepi. Peluang yang diberi harus disambut kerana peluang ini mungkin hanya datang sekali memandangkan persaingan yang sengit untuk merebut jawatan dalam PPD bagi mereka yang tangga gaji berada pada Gred DG44.
Apapun.. dalam entri ini saya nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada anak-anak murid dan bekas anak-anak murid saya khususnya pelajar tingkatan 5 FARADAY tahun 2014.Kebanyakan budak-budak yang berada di dalam kelas ini sangat biasa dengan saya dan saya pernah mengajar mereka sejak dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Oleh sebab itu, mereka sangat masak dengan perangai saya dan cara pengajaran saya. Alhamdulillah.. kesan daripada sikap saya yang menganggap mereka sebagai adik-adik dan sahabat mereka, menyebabkan mereka begitu menghormati saya sebagai guru mata pelajaran dan guru kelasnya.Masih jelas dalam ingatan saya, pada hari pertama persekolahan, apabila saya masuk ke kelas untuk memperkenalkan diri saya sebagai guru kelas mereka merangkap juga guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar kelas itu, mereka bangun bersorak dan memberi tepukan yang amat gemuruh seolah-olah sangat gembira saya dipilih menjadi guru kelas mereka dan guru mata pelajaran kelas mereka. Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan.
Saya nak bertugas di PPD tak ada sesiapapun daripada anak-anak murid saya yang tahu. Saya merahsiakan hal ini kepada semua anak-anak murid di dalam kelas saya mengajar. Saya tidak mahu mereka memujuk saya supaya tidak meninggalkan mereka takut memberi impak kepada pendirian saya untuk berhijrah. Malangnya.. 2 hari sebelum saya meninggalkan mereka, Mohd Shakir iaitu pelajar yang bakal saya latih sebagai pemidato telah mengumumkan di dalam kelas bahawa saya bakal meninggalkan mereka semua. Gamat seketika suasana kelas. Ada yang percaya dan ada yang anggap Shakir main-main. Shakir dapat tahu hal ini melalui guru majalah yang mengarahkan dia menemuramah saya untuk dimuatkan dalam ruangan majalah sekolah keluaran tahun ini. Tak sangka saya, walaupun mereka baharu tahu saya akan meninggalkan mereka, pada keesokan harinya mereka sempat membuat kejutan untuk diri saya. Sebenarnya.. memang sengaja saya rahsiakan hal ini kerana saya tidak mahu diraikan. Biarlah saya pergi tanpa diketahui oleh mereka dan mereka semua akan tertanya-tanya ke mana saya pergi.
KHAS UNTUK ANAK-ANAK, ADIK-ADIK DAN SAHABAT CIKGU DALAM KELAS 5 FARADAY DAN 5 URBAIN DAN ANAK-ANAK CIKGU DALAM TINGKATAN 4 BUDI TAHUN LEPAS, TERIMA KASIH CIKGU UCAPKAN KERANA MELAYAN CIKGU DENGAN BAIK. DIRI KALIAN TIDAK AKAN CIKGU LUPAKAN.
|
PUCH CARD DI HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN KAT SEKOLAH |
|
RAKAN-RAKAN YANG KEBETULAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGABDIKAN KENANGAN |
|
DITEMU RAMAH OLEH SIDANG REDAKSI |
|
SALAH SEORANG AHLI SIDANG REDAKSI MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK BERGAMBAR |
|
MASUK JE KAT DALAM KELAS, SAYA DISAMBUT DAN DILAYAN DENGAN BAIK OLEH PARA PELAJAR 5 FARADAY |
|
OH! SURPRISEEE!! DI ATAS MEJA SUDAH DILETAKKAN HADIAH ISTIMEWA PEMBERIAN KELAS DAN KEK PERPISAHAN |
|
SEBELUM POTONG KEK, AHLI KELAS BERGAMBAR KENANGAN |
|
TERIMA KASIH ANAK-ANAK MURIDKU. CIKGU HARGAI PEMBERIAN KALIAN |
|
WAH!! PEN PARKER YANG DIBELI KAT BUTIK. SIAP ADA SURAT WARANTTY. |
|
THANKS.. I LIKE |
|
TERIMA KASIH KEMBALI ANAK-ANAK MURIDKU |
|
TERIMA KASIH SEKALI LAGI ANAK-ANAK MURID KU |
|
PENGHORMATAN DARIPADA SHAIYLA.. SIAP TOLONG SUAP LAGI TU.. |
|
JOM KITA MAKAN SAMA DENGAN CIKGU |
|
YUEH HERNG,MUHD HARITH, HENG, AVINASH |
|
Ini VANESSA, setiap kali saya masuk kelas dia akan sapa " hai.. cikgu apa khabar?" buku latihan tak pernah miss. hantar sentiasa. Terima kasih Vanessa. |
|
Add caption |
|
Ini Kaemon.. dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5, sentiasa saja bersama saya. Thanks Kaemon. Good Luck. 11A+ ye nanti.. |
|
Ini SHAIYLA.. Baik orangnya. Asal je jumpa " hai.. en Yusssdinnn.. How Are You ?" Thanks Shaiyla. Belajar bersungguh-sungguh yee.. |
|
Ini PRASANT RAO.. dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 saya mengajarnya mata pelajaran B.Melayu. Budaknya baik dan pandai tetapi malas hantar buku latihan. Suka juga keluar kelas merayau tanpa tujuan.. Ubah segera sikap kamu agar kamu berjaya dalam SPM nanti. |
|
Ini SAKHDAVE SINGH. Antara anak murid yang paling rapat dengan saya. Suka cakap banyak di dalam kelas tetapi bijak orangnya. Buku latihan saya hanya sekali sekala je tak hantar. Terima Kasih Sakhdave. |
Ini NAOMI KHOR.. periang orangnya. Suka menghiburkan saya dengan telatahnya yang suka menari di hadapan saya. Mesti saya rindukan telatahnya selepas ni..
|
Roshnee dan Vivien |
|
Lim Ee Sar dan Tan Yi Fung |
|
Yueh Herng..anak doktor klinik Estern. Ayahnya iaitu DR LIM Selalu bagi MC kepada saya kalau sekiranya saya sakit. Kakaknya juga saya ada ajar kelas 5A pada tahun 2010. |
|
Bi Ling, Hui Ying dan Jia Lin.. pakar bermain bola keranjang |
|
2 Tahun lepas budak-budak ni semuanya pelajar tingkatan 3 Ilmu. Guru BM nya adalah saya. Semuanya dapat A dalam PMR. |
|
Hani.. Penolong Ketua Tingkatan dan Avinash.. Ketua Tingkatan |
|
Bersama AJK Kelas.. Terima kasih Syaila, Naomi dan Vanessa kerana hias kelas kita jadi cantik |
|
Main-main dengan anak-anak murid. Ikut je apa yang mereka suruh buat. |
|
4 Orang budak berlainan bangsa ni memang cikgu anggap macam adik-adik cikgu. Sakhdave, Arunkumar, Ariel Leong dan Hakim.. I miss you all.. |
|
Arunkumar.. terima kasih kerana bagi hadiah kepada cikgu sebagai kenangan. Cikgu respect kamu, walaupun agama kita berbeza tetapi kamu dengan tanpa perasaan rijid telah menghadiahkan cikgu tulisan khat al-Quran. Akan cikgu abadikan di dinding rumah cikgu pemberian ikhlas kamu itu. |
Anak-anak murid cikgu dalam tingkatan 3 juga cikgu tidak lupa. Terima kasih kerana menerima cikgu mata pelajaran kamu seadanya. Belum puas cikgu mengajar kamu, sudah terpaksa kita berpisah. Tak apalah, cikgu ganti yang akan datang nanti akan jauh lebih hebat daripada cikgu
Selain daripada anak-anak murid tahun ini, bekas-bekas pelajar cikgu juga cikgu tidak lupa untuk ucapkan jutaan terima kasih. Banyak kenangan cikgu bersama kamu semua. Ada yang dah jadi pemain bola sepak terkenal seperti Gan Jay Han, Carlos Benjamin Goonting. Ada juga yang sudah menjadi pemain boling negara seperti Syimir Ab Razak dan lain-lain lagi yang mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Sedikit sebanyak cikgu berasa bangga kerana cikgu sempat menjadi antara guru penasihat kelab yang kamu berjaya dalam bidang yang diceburi. Kepada bekas anak-anak murid cikgu yang cikgu tak sebut nama, cikgu mohon maaf sebab cikgu tak mampu sebut semuanya dalam entri blog ini. Tapi cikgu sentiasa ingat kamu terutamanya budak-budak bola cikgu dari tahun 2004 hingga 2009.
Terima kasih kepada Gan Sher Rhie kerana banyak membantu saya dalam melakar grafik menyiapkan majalah sekolah semasa saya menjadi guru penyelaras majalah antara tahun 2011dan 2012.
|
Gan Sher Rhie |
Terima kasih kepada Kimberly Ong yang banyak mengajar saya menbina laman blog. Hasil tunjuk ajar kamu, sampai sekarang cikgu menfaatkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pembaca tegar blog cikgu.
|
Kimberly Ong.. Pencipta Blog MatdinGunung |
Bekas anak didik saya dalam pidato pada tahun lepas iaitu Samuel Tee, cikgu juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi cikgu hadiah semasa hari guru tahun lepas. Yang membuatkan cikgu terharu ialah sedikit nota yang kamu iringi bersama hadiah jelas menunjukkan betapa ikhlasnya kamu menerima tunjuk ajar dari saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat membawa kamu ke peringkat yang tertinggi walaupun kamu telah mencuba sedaya upaya.
|
Hadiah pemberian Samuel Tee pada hari guru tahun lepas |
|
Beserta hadiah, turut diselitkan sekeping nota yang mempunyai isi kandungan yang begitu menyentuh hati. Terima Kasih Samuel.. |
Arunkumar dan Ariel Leong.. terima kasih kerana hargai cikgu dengan menulis satu artikel KHAS untuk dimuatkan dalam majalah sekolah keluaran tahun lepas. Cikgu terharu dengan keikhlasan yang kamu terjemahkan melalui artikel ini.
TERIMA KASIH SEMUA ANAK-ANAK MURID CIKGU... CIKGU BANGGA MENJADI GURU KAMU. CIKGU HALALKAN SEGALA ILMU YANG CIKGU CURAHKAN KEPADA KAMU. JADILAH SESEORANG YANG BANYAK MENYUMBANG. TAATILAH IBU BAPA KAMU KERANA KEBERKATAN HIDUP TERLETAK DALAM DOA IBU BAPA KITA. HORMATILAH GURU-GURU KAMU KERANA MEREKA ADALAH GEDUNG ILMU BUAT KAMU.
Masih boleh panggil 'cikgu' lagi tak. errr lepas ni mudah kut cuti pergi mendaki gunung. eh minat lagi ker
ReplyDeleteDah tak daya nak daki gunung lagi PIP.. tapi minat mendaki masih mendalam..
ReplyDelete