Balik dari memburu ayam hutan di Aring, aku singgah sekejap di rumah arwah ibu untuk masak ikan-ikan hasil daripada pencarian di Kubang Gajah dan Sungai Galas. 18 ekor ikan sungai pelbagai jenis yang saiz XL cukup untuk satu keluarga besar makan. Malam tu aku tak bermalam di rumah pusaka tersebut sebab tak ada sesiapa. Semua adik beradik dah pulang ke rumah masing-masing selepas kenduri ikan sungai. Aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah kakak ipar di kg isteri kat To Uban.
Satu malam je aku bermalam kat situ, lepas tu aku dengan ditemani oleh 2 orang anak buah dan anak sulong aku terus ke Danau To' Ban untuk menjadi nelayan tasek pulak. Maklumlah.. pukat yang baru dibeli masih belum pulang modal lagi, maka terpaksalah digunakan lagi sekali agar hasil kali ini lebih baik daripada semalam semasa di sg Aring. Danau ni memang indah nian. Amat sesuai untuk aktiviti mencari ikan dan bercamping serta merakam photo. Sebelum ni aku sudah 3 kali bermalam kat tempat ni. Masa dulu-dulu, tempat ni memang kaya dengan pelbagai jenis ikan yang saiz XXXL. Sekali tarik pukat boleh makan satu kampung. Tetapi sejak akhir-akhir ini, ikan kat tasek ni sudah mula berkurangan kerana penduduk kat sini tamak dan tak ada kesedaran dalam menjaga hasil tasek. Rakus dalam haloba. Berbuat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan generasi akan datang yang turut berhak untuk merasai rezeki pemberian tuhan ini. Ada yang menggunakan Renjatan eletrik dan ada yang menggunakan bom untuk menarik keluar ikan-ikan yang berada di dalam tasik ini. Orang menjaring pula ada setiap hari. Sebab itulah ikan kat sini sudah jauh berkurangan berbanding masa aku mula-mula turun ke tasik ini suatu masa dulu
Pada masa ini, keindahan tasek ini masih lagi terjaga tetapi sudah jauh berubah. Dulu masa aku baru-baru mengenali tasek ini, keindahannya memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Pulau ni sungguh cantik untuk merakan sunset dan sunrise kepada penggemar fotografi |
Tempat ni sangat sesuai untuk aktiviti bercamping |
5 utas jaring hanya sebanyak ini je yang dapat. Cukuplah... orang lain pun nak merasa juga. |
Mengalas perut.. setelah penat berkayuh |
Itulah serba sedikit kisah tentang aktiviti-aktiviti aku pada cuti sekolah baru-baru ni. Main tasek dengan bukit je lah. Nak naik gunung dah tak larat. Maklumlah.. dah berusia. Tapi tak adil rasanya perbuatan aku kerana agak mementingkan diri sendiri. Kasihan kat anak-anak aku, sepanjang cuti sekolah dibiarkan terperap kat rumah kakak ipar aku sedangkan aku senang lenang bergembira melayan hobi aku. Dahlah duk dalam rumah panas bagai dikukus disebabkan musim sekarang ni yang panas melampau. Aku tak pe lah.. duk dalam hutan suhunya sejuk, duk dalam bukit juga suhunya sejuk, duk tepi danau lagi tenang dan damai sebab angin sentiasa bertiup. Tidur malam pula di bawah embun, sudah tentu sejuk.
Aku balik awal ke Kuala Lumpur sebab dah tak tahu nak pegi mana lagi. Oleh sebab masa cuti ada lagi berbaki beberapa hari, maka dalam diam-diam aku mengambil keputusan untuk membawa anak-anak aku tidur kat hotel dan mandi kolam. Biarlah mereka turut gembira seperti aku juga. Hajat hati nak bermalam kat hotel Primula di Kuala Terengganu kerana kat hotel tu pemandangannya menarik dan kolam mandinya tepi laut, tetapi oleh sebab datang main terjah macam tu musim cuti sekolah maka semua biliknya sudah penuh di tempah. Pusing punya pusing.. ada la satu hotel kat tepi jalan besar yang masih ada kosong 2 bilik sebab orang yang tempah terdahulu tak datang. Rezeki anak-anak aku. Dapatlah juga mereka merasa mandi dalam tub dan mandi air panas kat hotel. Tidur pula dalam kesejukan dan berselimut tebal. Makan secara buffet hotel dan yang penting dapat MANDI KOLAM.
Begitulah kisah cuti sekolah keluarga aku.. masing-masing ada aktiviti sendiri. Inshyaa Allah.. tahun depan kalau aku balik cuti, boleh merasa duk mah sendiri dah laa.. tak payah tumpang tidur mah orang.
SEKIAN TERIMA KASIH..