Ye laa tuh.. entri yang simple ni dibuat semata-mata nak menunggu world cup perlawanan antara Netherland VS Chile. Tentu manarik perlawanan ni. Kalau tunggu sambil berbaring nanti terlelap karang. Sudah tentu melepas. So.. tak nak terlepas terpaksalah aku buat entri ni sementara menunggu sepak mula pada pukul 12.00 tengah malam nanti.
Bukan niat nak menunjuk, apatah lagi nak bermegah-megah dengan harta dan kemampuan yang ada kerana ini semua pinjaman daripada Allah semata. Tetapi.. entri ni merupakan PRE-PROMOTION ke atas guest house yang bakal terbina dan siap tak lama lagi. Bukan apa.. daripada tanah terbiar menjadi tempat ular bersarang, adalah lebih baik dimanfaatkan sekiranya ada modal ye tak?? sekurang-kurangnya ada sedikit pendapatan sampingan. Lagipun.. aku dah tak ada tempat tinggal apabila pulang bercuti di kampung nanti. Maklumlah.. orang tua semuanya dah tak de. Tak kan asyik nak menumpang rumah orang. Nanti lama-lama orang pun benci kita kan lebih-lebih lagi cuti hujung tahun yang berbulan lamanya. Kalau ada rumah sendiri kat kampung kan senang. Tak payah anak-anak buat sepah-sepah kat rumah orang.
Lokasi rumah ni amat strategik. Di bina di tepi jalan utama Pasir Mas-Tanah Merah. Sebelahnya ada kedai nasi sup dan aneka mi sup beserta coconut shake yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai. Jarak ke Bandar Pasir Mas tak sampai 10 minit perjalanan, sementara untuk ke Bandar Tanah Merah tak sampai 30 minit perjalanan. Ke Pekan Rantau Panjang juga tak jauh iaitu lebih kurang 20 minit sama juga masa yang diambil untuk ke Bandar Kota Bharu juga tak sampai 20 minit perjalanan. Memang sesuai untuk menjadi rumah tumpangan kawan-kawan yang hendak berkunjung ke Kelantan sama ada untuk bercuti mahupun menghadiri kenduri kahwin sanak saudara atau sahabat handai. Rumah yang mempunyai 4 bilik dan dua bilik air ini amat selesa untuk memuatkan 4 keluarga kerana laman dan ruang tamunya yang luas. Design rumah ni hampir 80% adalah idea dan rekaan MatdinGunung manakala decorecation dalamannya nanti akan mendapat sentuhan air tangan isteri aku.
Harganya nanti boleh dibincang.. No hal... kita bagi harga kawan-kawan. Yang penting, kepuasan pengguna diutamakan.
Ruang Dry Kitchen |
Ruang meja makan |
Rumah dalam proses pembangunan. Dijangka siap dalam Tahun ni. |
Ruang dapur wet dan dry kitchen |
Ni ruang tamu. kat luar tu ada nampak berderet kereta parking untuk makan nasi sup kat kedai tepi jalan besar lebih kurang 50 meter dari rumah aku |
Ruang tamu yang sudah luas, akan diluaskan lagi apabila dinding tempat sandar papan tu akan dipecahkan. Hal ini bagi memudahkan sanak keluarga bersantai di ruang tamu atau mengadakan majlis. Kalau nak tidur kat ruang tamu, boleh muat 8 tilam NARITA |
Semasa balik pada hari raya cina 2015 yang lalu.. rumah ni masih belum siap. Progress terlalu slow. Ingatkan masa balik cuti raya cina dah boleh tinggal sini, rupanya harapan tinggal harapan. Walau bagaimanapun.. rumah ni dah 80% siap. Tunggu pasang cermin tingkap dan pasang pintu saja. Harapan aku.. hari raya Aidilfitri nanti siaplah sepenuhnya dan bolehlah aku tinggal kat rumah ni.
Itulah dia sedikit cerita tentang Guest House. Nama komersial belum lagi dicipta. Sementara ni letaklah dulu nama D'MATDINGUNUNG GUEST HOUSE. Nanti nak buat signboard barulah diletakkan nama yang boleh cari makan. Kalau sesiapa yang ada hajat nak bertandang ke Kelantan pada tahun depan.. bolehlah hubungi saya sekarang untuk buat tempahan. Harga yang ditawarkan pastinya menarik dan rumah juga dijamin selesa. Chee wah.. hi..hi..hi.. Bola dah nak mula..
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment