Tuesday, 28 May 2024

XPDC MEMBURU HIDUPAN AQUATIK SUNGAI TEMERLOH

Assalamualaikum.. tahun 2024 dah separuh berlalu namun satu entri pun kawe belum karang post masuk dalam ni untuk tatapan peminat yang masih tertunggu-tunggu entri baharu.. Sib baik no password nak masuk ke blog matdingunung masih tidak lupa.

Ok.. terima kasih diucapkan kepada peminat blog MatdinGunung kot2 masih ada. Bukan tak ada cerita nak share, banyak sangat sebenarnya cerita atau konten, tapi malas benor skrg nak menulis.  

Tahun ni kita mula dengan entri outdoor lah.. Sebut saja Temerloh, mesti ramai yang terbayang dengan ikan patin gulai tempoyak kan..? sebab tu lah ikon Bandar Temerloh ialah bandar ikan Patin. Tapi kebanyakan ikan patin yang disajikan tu adalah ikan patin belaan atau ikan patin sangkar. Kalau ikan patin liar, memang susah nak dapat dan harganya lebih mahal. Oleh sebab itulah, aku bernekad untuk merasa ikan patin sungai Temerloh yang bukan dari sangkar, tapi patin yang hidup bebas dalam sungai Temerloh.. Aku dengar cerita, hidupan aquatik sungai Temerloh adalah yang terbaik di Malaysia termasuk pelbagai jenis ikan.

Bermula bulan januari 2024, aku dan sahabatku yang ku panggil Bajau Sungai mula merancang untuk memburu hidupan air sungai Temerloh kerana pada tahun ni aku dan Pojer nak skip aktiviti mencandat yang biasanya setiap tahun kami gi..  Lamo benar tak turun ke sungai dan hutan. Sebaik sahaja rumah rakit sungai Temerloh berjaya ditempah, kami terus open penyertaan kepada rakan-rakan terdekat sape yang nak follow aktiviti kami. Tarikh yang dipilih ialah 25, 26 dan 27 Mei 2024 bersamaan dengan awal cuti persekolahan. 3 hari 2 malam merupakan satu masa yang ideal untuk menaikkan ikan liar dari dalam Sungai Temerloh. 

Persediaan yang dibuat begitu rapi, sementara menunggu tibanya tarikh yang keramat ni, setiap hujung minggu Pojer menyiapkan peralatan sedikit demi sedikit agar tidak tertinggal pada hari kejadian.. Pukat bantal dijahit sendiri, Tauk dia raut elok, Tauk dasar sungai yang Pojer panggil pelampong juga turut disediakan, bukan itu sahaja, rawai juga turut disediakan termasuk jala dan pukat hanyut bahkan pendayung bot pun Pojer raut buat sendiri. Memang senjata berburu amat complete serta kami berada dalam mood yang amat bersedia sebelum tibanya tarikh untuk berperang. Matdin pula bertindak sebagai Quater Master yang akan menyediakan makanan kepada setiap pemburu hidupan sungai yang seramai 8 orang sepanjang menetap di rumah rakit tersebut sudah tahu bahan apa yang hendak disediakan kerana menu makan untuk 3 hari 2 malam sudah ada dalam jadual perancangan.

Hari Pertama, Sabtu 25 Mei 2024, Pojer selaku captain bersama seorang anak buahnya dan turut ditemani seorang anak jantannya bergerak awal ke rumah rakit TokMat Sungai Temerloh dengan membawa segala peralatan lojistik. Rumah rakit tersebut disewa bersama bot yang dipandu sendiri. Pojer sampai ke rumah rakit tersebut pada pukul 11 pagi dan terus turun ke sungai untuk tahan jaring, tahan tajul dan tahan tauk dasar sungai. Tahan benda ni memang ambik masa kerana perlu bersaing dengan nelayan-nelayan sungai yang sedia ada di sepanjang sungai Temerloh tersebut. Tempat-tempat pasang jaring yang strategik kebanyakannya mereka telah sapu.. kita sebagai pendatang luar yang bagai melukut di tepi gantang terpaksa cari lapang yang sekodar-sekodar lebih-lebih orang sahaja dengan bergantung harap pada falsafah " rezeki tak salah alamat " kalau rezeki milik kita, ada laa tu.."

Rumah Rakit TOKMAT tebing Sungai Temerloh
Rumah Rakit TokMat di Tebing Sungai Temerloh. Ada dua bilik.. tandas kat luar. Air mandi amat laju.. Facilities lengkap


Aku bersama anak sulung aku si Adib dan biras aku yang selalu mengikut aku outdoor, ikut bersama aku dan kami bergerak pukul 11 pagi. Jalan jem kat Highway Karak sebab cuti sekolah kan, lagi satu orang baru gaji.. sudah tentu ramai yang nak balik kampung atau nak pergi melancong ke pantai Timur. Satu kereta lagi turun hampir sama masa dengan aku iaitu Amer, Iwan dan Tuan Faizol.. juga turut terkandas di lebih raya Karak. Kami sampai ke rumah rakit pada pukul 3.30 petang dengan ambik masa selama 4 jam setengah.. sepatutnya 2 jam saja waktu biasa kalau tak lekat jem. Pojer dengan awok-awoknya sudah lapar nasi.. sib baik aku sudah sediakan lauk yang dah siap, cuma masak nasi jer kat house boat tu.. semua peralatan memasak dan pinggan mangkuk cawan gelas periuk belaga dan kuali ada disediakan oleh owner rumah rakit tersebut termasuk periuk nasi eletrik. 

Sebaik saja nasi masak, rombongan Iwer pun sampai.. sedang molek laa boleh hadap lunch sekali.. lauk pun sedap.. aku masak gulai kawah kambing tempatan, sambal tempoyak dan sotong goreng kunyit.. kebetulan kawan kami si Zafir baru balik daripada mencandat sotong di terengganu, terus singgah bawa sedikit sotong.. bolehlah goreng sotong fresh terus dari Laut Cina Selatan. Kami makan begitu berselera sekali.. kombinasi lauk memang A+. Licin 2 periuk nasi.

Sementara nasi masak, makan roti cicah gular kambing dulu.. memer jjadi ah

Menu paling rare.. makan tempat ggini memer A ah.. Ike Bekok


Petang tu aku keluar kejap tinjau-tinjau bandar Temerloh sambil cari maggi, telur dan sedikit jajan untuk kunyah2 malam. Selepas solat isyak, masing-masing mula pasang pancing kat house boat.. Oleh sebab masing-masing dah kenyang maka tak ada laa masak menu spesel untuk dinner, makan mana yang ada jer.. ada yang masak maggi dan makan buah. Jajan pun tak berhabisan, Air kopi panas dan oren sunquick ais sentiasa siap ada duk dalam termos Coolerman. Nampak kurang, terus buat lagi kasi topup.. macam bercuti kat atas cruise laa pulak.. santai-santai mancing sambil makan-makan.. sambil bawang membawang.

Memer santai lahhh.. persiapan sebelum bertarung


Santai.. memancing sambil bercuti.. menikmati suasano yang jarang-jarang kali berpeluang. Tinggal anok2.. tinggal bini.. mari berhealing dengan rakan-rakan menikmati udara nyaman tepi sungai.. Perghh

Apa saja menu yang dihidangkan.. semuanya lazat

Bukan senang nak dapat peluang bercuti macam ni, kalau tak dirancang awal

Kalau harapkan pancing, memang macam nak hampa jer makan hasil terus dari dalam sungai Temerloh.. aku dah terbayang kat dalam kepala, kalau pancing tak menjadi, pukat juga tak menjadi, rawai pun tak menjadi.. nak jer ke Pasar Pagi Temerloh beli ikan Patin, Krai dan Temoleh untuk masak kat atas house boat buat mkn tghari kami. 

Membangau itu biasa.. Malam yang indah, cuaca cerah, menenangkan jiwa

Kata orang " bukan pemancing tegar kalau tidak sabar dan tidak bersedia untuk membangau "

Tunggu punya tunggu.. dekat pukul 4 pagi barulah batang pancing Amer bergetar kuat.. Iwer yang ada berdekatan batang pancing Amer terus sentap dan kayuh pelan-pelan.. Alhamdulillah.. dekat sampai ke ruang pancing sudah nampak kelibat patin.. Faizol terus ambik sauk dan terus sauk.. alhamdulillahh.. rezeki nak makan patin liar sungai Temerloh.. memang dapat sekor tapi tak sebesar mana.. tidak sebesar Patin sungai Langat. Selepas dapat hasil sekor, mana-mana pemancing yang dah bosan tadi, jadi auto bersemangat, masing-masing bingkas bangun pasang umpan kembali dan baling ke dalam air. Tidak lama kemudian, sekali lagi batang pancing Amer bergoyang kuat.. haaaa.. alhamdulillah, dapat sekor lagi patin.

Hasil pertama tiba dekat pukul 4 pagi.. seekor ikan patin buah yang bukan dari sangkar. Setengah jam kemudian dapat sekor lagi

Hasil yang kedua datang lebih kurang 4.30 pagi.. juga pancing Amer


Selepas solat subuh, Pojer dan anak buahnya Khaire atau nama gelaran Eriey iaitu jockey bot terus berlalu meninggalkan house bot untuk tengok hasil. Kami di house bot breakfast dengan roti goreng telur sapu kaya dan kopi panas. Pagi ni mancing pakai umpan kelkatu yang banyak duk hurung lampu malam tadi.. dapat lah beberapa ekor ikan yang halus-halus. Duk tengah besiap nak keluar ke pasar pagi Temerloh cari lauk utk makan tengah hari, dapat wassap drp Pojer tunjuk dah dapat seekor ikan krai yang agak besar.. sekejap kemudian, tunjuk lagi seekor ikan Krai yang dapat.. saiz hampir sama dgn yang dapat mula-mula takdi.. Alhamdulillah.. aku teruus batalkan hasrat untuk ke pasar pagi sebab kalau campur dengan patin awal pagi tadi 2 ekor. sudah lebih drp cukup untuk lauk kami 9 orang.


Pagi ni hujan pukul 5 pagi.. pukul 7 pagi ada hujan gerimis yang menenangkan.. mancing berlatarbelakangkan lingkaran pelangi


Hasil pertama dapat melalui kaedah tauk pelampung pemberat di dasar umpan buah ara cucuk macam sate.. Pojer atar wassap cadangkan supaya takyah gi beli ikan kat pasar, sebab pelampong pertama pun dah ada hasil.. 


Tidak berlengah lagi, aku terus siapkan garam kunyit untuk goreng kunyit ikan Krai serta siapkan bahan untuk masak tempoyak patin. Kul 10.15 pagi Pojer siap mendarat di House Boat dengan membawa hasil 3 ekor ikan krai liar, seekor ikan Patin, seekor ikan lampam jawa dan beberapa ekor ikan yang agak halus.. Apa lagi... lepas ambik gambar untuk buat dokumentasi, hidup-hidup Pojer siang ikan patin dan ikan krai serta ikan lapam jawa.. Aku goreng dan masak gulai tempoyak.. Perghhh.. memang A+ Patin Liar dari sungai Temerloh.. sikit pun tak bau dan isi dia putih jernih.. tak sama dengan patin sungai Langat.. Ikan Krai pun memang terbaekkk.. A++.. sisik dia memang rangup mcm keropok seakan ikan kelah.. sedap dan nikmat hanya yang makan jer tau.. tak terucap dek kata-kata.. Missi tercapai.. niat terlaksana dan impian menjadi kenyataan.. takde apa lagi yang nak.. rezeki kepada mereka yang hadir dan join aktiviti aku kali ini.. Takde sedetik pun niat dlm hati nak simpan buat balik.. apatah lagi nak jual.. hasil yang dapat nak habiskan kat sini.. kalau tak abiss makan nanti barulah bawak balik.


Antara hasil yang dapat di hari pertama

Bergambar kenangan untuk dokumentasi

Besar laa jugak.. Ikan Krai Kuning Liar Sungai Temerloh.. sekilo boleh tahan harga dia kalau kat pasar Pagi di Temerloh.. tu pun yang sangkar


Raja sungai Temerloh.. Patin Buah dapat dengan hasil jaring.




Kena pancing 2 ekor.. jaring seekor









Ikan sedang gelepar..Pojer sembeleh.. memang ikan fresh kita sajikan untuk para follower


Masak Tempoyak.. ok lah.. lebih kurang rasa dengan kat kedai Temerloh tapi yang ni lebih original sebab pancing sendiri, masak sendiri


Rupanya.. selain gulai tempoyak, ikan patin sedap juga goreng kunyit.. rasa macam tenggiri. Ikan Krai fresh pun sedap goreng kunyit.. sisik dia rangup macam kerepek ubi

Dalam proses nak gulai tempoyak.. Ikan krai pun ada separuh, nak cuba

Nampak bodoh jer.. tapi kena dengan tekak.. Masak Asam Pedas versi Kelantan Ikan Krai Liar Sungai Temerloh
                                 

Gulai ratek.. goreng ratek..kalo tak abiss, ratah.. mlm ni ada pulop hasil.. Esok pun masih ada ..Apedehalll.. makan sampai puas. Biar berbaloi hampir 5 bulan menunggu

Ore kata.. kalu mkn tu sedap sgt, tok tua litah kot blakang tok kabar sobakk...

Lunch.. Patin masak gulai tempoyak, sambal tempoyak.. patin goreng kunyit dan Krai goreng kunyit.. Makan atas sungai sambil melihat arus sungai mengalir

Habis makan pagi dah dekat pukul 12 tgh hari.. Iwer, Amer, Pokrie, Tuan Faizol di bawa tinjau-tinjau oleh Pojer jauh menyusuri sungai Temerloh dengan bot untuk memancing di tebing sungai. Ikan Krai yang masih berbaki, aku masak asam pedas kuwah kunyit versi Kelantan pulak untuk makan petang.. sebab aku tahu yang pergi mancing kat tebing nanti akan lapar bila balik mancing petang nanti. Potong tembikai siap-siap masuk peti ais.. ikan yang siap sapu garam kunyit, goreng bila dekat nak makan nanti.. Memang tepat sangkaan ku, balik mancing kat tebing kat pukul 4 petang, terus cari nasi.. 'bagai orang nak berak disorongkan jamban'.. nasi sudah siap, lauk asam pedas pun sudah siap..cuma tunggu goreng ikan saja lagi.. mereka makan dgn agak gelojoh sekali..perghhhhh.. memang masuk dan kena dgn tekak ikan krai masak asam pedas versi kelantan ni..  Pojer siap hirup lagi dia punya kuah.. sruppp...srupp... sruppp.. tak nk berenti. sambil2 geleng kepala menikmatinya..


Ni ore panggil 'Menu Killer'.. Ikan Krai Liar Sungai Temerloh Masak Asam Pedas Lengkuas Kunyit versi Pantai Timur. Cheff DinGunung yang masak atas TokMat house boat

Lepas makan.. semuanya tertidur kekenyangan selepas merasai nikmat dan puas dapat makan pelbagai menu ikan rare hasil air tangan sendiri, Cari sendiri, masak sendiri kat atas house bot

Ada kalanya kita kena tinggal anak bini untuk kita healing-healing dengan rakan-rakan.. baru enjoy hidup

Petang dah hampir pukul 5.30.. Iwer, Tuan Faizol, Amer, Adib dan Pokrie sudah bersiap-siap nak balik sebab esok mereka kerja.. tak boleh stay untuk 2 malam.. Tunggu Chip Pojer balik selusur pukat sblm blah.. mesti kena jumpa chip dulu.. nk ucap terima kasih kerana susah payah cari hasil.. hasil segar.. ikan liar.. spesis ikan terbaik dari sungai terbaik.. ptg ni dijangka jem kat tol Bentong dan Tol Gombak.

Sebelum berangkat pulang.. Chip bawa anak-anak buah ronda-ronda dengan bot menyusuri sungai Temerloh


Cip bawak anak buah rayau-rayau


Pegi mancing kat tebing nun jauk ke hulu sungai.. sambil ronda-ronda

Cipp layan anak-anak buah.. Terbaekk cip


Pojer sampai dah dekat pukul 6 dengan membawa beberapa ekor ikan yang kecil2 termasuk ikan Joro dan ikan belida.. antara salah satu spesis ikan rare dari sungai Temerloh. Mereka yang nak balik, tak boleh bawa balik hasil sebab dah habis makan hasil yang dapat pagi tadi.. dapat sini habis sini.. tak abiss makn dgn nasi.. ratah puas-puas.. Amer jer sempat bawa balik separuh bahagian kepala ikan Krai liar sungai Temerloh untuk abah dia rasa yang kebetulan naik KL ziarah cucu bersalin. Tinggalah aku 4 orang iaitu Pojer, anak buah Pojer dan anak jantan Pojer untuk meneruskan pemburuan sehari lagi kerana kami masih cuti terutamanya aku yang cuti berbaki 6 hari lagi. 


Ada laa sikit rezeki untuk Amer bawa balik bagi kat Abah dia rasa ikan Krai Liar dari Sungai Temerloh yang fresh. Anak Yang Baik Lagi Cerdik kan.. mesti ingat kat orang tua


Malam ni adalah malam kedua, Lebih separuh ahli sudah pulang sebab esok mereka kerja. Sib baik house boat sebelah masuk penghuni baru, kurang sikit sepinya. Malam ni hujan agak lebat..suhu amat sejuk.. semua kipas dipadam... dinner aku dgn Pojer mlm ni adalah Roti Bakar di sapu telur dan diselek kaya bersama secakir kopi o panas.. perghh.. Anak Pojer dan anak buah Pojer sudah lama terlelap. Nasib baik tak ramai..sebab tempat tidur basah kena tempias.. kami mancing kejap jer.. Pojer pancing dapat ikan lapam Jawa.. oleh sebab dah tak ramai, kami tidur kul 12.. kira tidur awal laa tuh.. Bangun pagi sebelum pergi tengok hasil, kami bersarapan dengan maggi goreng untuk mengalas perut. Pagi ni hasil yang dapat tidak banyak sangat sebab malam tadi hujan agak lebat, banyak pelampong Pojer hilang.. Walau bagaimanapun, Pelampong pertama yang dilihat memberikan hasil yang pertama iaitu ikan Krai yang besarnya lebih kurang kelmarin.. tu pun sangkut skit jer kat bibir.. kira rezeki laa tu.. Kemudian dapat seekor ikan talapia merah yang berat dekat sekilo hasil jaring.. spesis-spesis ikan lain yang seakan ikan krai pun ada laa beberapa ekor lekat kat pukat tapi tidak sebesar mana.. Ikan Joro dapat seko lagi sangkut dekat tauk pelampong dasar.. MatMin pancing kat House Bot pun dapat lagi beberapa ekor ikan pakai  umpan kelkatu.. Kira dapat laa bawa balik sikit sorang hasil kami pagi ni.. Kaedah peranyut pukat kami tak buat sebab bagi kami hasil yang dapat sudah cukup.. Kami datang untuk dapat hasil sekadar cukup untuk makan sahaja dan tak nak sapu bersih semua ikan yang ada dalam sungai tu.. Kongsi rezeki dengan orang lain lah.. bagi peluang orang lain dapat hasil macam kami juga.. Rasa nak makan lagi, kami datang lagi nanti..Kul 10.30 pagi.. siap mandi dan kemas.. kami pun bergerak balik.. sebab ptg ni ada orang baru nak masuk ke house bot tu.. Owner dia cakap.. sepanjang minggu ni, full tempahan sehingga buka sekolah minggu depan. Rezeki pengusaha house bot sungai Temerloh.

Ikan Krai yang dapat pada hari kedua..

Aku lupa dah ni ikan apa.. banyak ikan ni dapat, anak Pojer pancing pakai umpan kelkatu

Din Gunung Bergambar Kenangan dengan hasil hari kedua.. sebelum pulang dengan senyuman dan kepuasan. Tapi peranan din Gunung di belakang tabir

Ni ikan Lapam Jawa Albino cipp pancing.. pakai umpan buah ara

 

Aku cadangkan kat korang yang nak makan hasil fresh dari ladang macam aku kat sungai Temerloh.. kena guna banyak jenis sejata buruan.. cam jaring, tauk dasar dan rawai..jangan harap kat pancing saja takut keciwa dan kempunan.. Rawai dan tauk dasar, pakai umpan buah ara yang potong2 kemudian cucuk macam sate. Tapi, kalau ada rezeki.. dengan pancing pun boleh banyak hasilnya..

 Sebelum aku undur diri, dalam ruangan ni aku nak komen sikit pasal sikap dan mentaliti orang kita menjaga sumber alam seperti sungai.. sepanjang mata aku menghayati ketenangan melihat arus sungai mengalir, renungan mataku tidak pernah lekang daripada melihat sampah sarap yang hanyut di sungai.. kenapa laa sikap orang kita suka ambik mudah dengan membuang sampah terus ke dalam sungai.. sampah botol palstik, botol kaca, bekas-bekas polisterin makanan, kayu kayan, sampah makanan dan pelbagai sampah lagi..bertali arus hanyut menuju ke muara. Jagalah Sungai kita untuk generasi akan datang.  

Ok.. sampai sini dulu celoteh aku untuk XPDC Memburu Hidupan Akuatik Sungai Temerloh sehingga jumpa lagi di Next Ekpedition.. Terima kasih semua Peserta Pojer ( Kapten ), DinGunung ( asst cip ), Eriey anak buah kapten sebagai jokey bot, Imie anok Pojer, amer, Iwan, PokRie, Tuan Joe dan Adib..juga Pir yang singgah jenguk sahabat sambil hulur sotong candat.. BYE- BYE.. Wassalam 


Nilah Jokey bot ERIEY.. mahir megendalikan bot dan sangat banyak membantu untuk memudahkan opersi menahan dan megangkat jaring

Thanks a lot Cipp.. inilah rupa Cipp yang ku gelar Bajau Sungai, aku dan dia macam kentut dgn taik.. mcm irama dan lagu.. kat mana ada aku.. di situ ada dia, kat mana ada dia, di situ ada aku.. Program aku dia follow.. program dia aku follow.. di laut, di sungai, di hutan, di tasek, di lombong.. Kalau kami bergabung.. maka akan lengkap.. memang folower-follower yang lain akan puas hati dan tidak akan kecewa.. pasti akan ada hasil.. sekurang-kurangnya untuk makan kat situ.. 



 * Kredit untuk Amer.. gambar-gambar banyak datangnya dari kamera dia.. DSLR aku bawa tapi malas nak guna.. lecer.. dah tak minat main kamera dslr sekarang


                                              LAMPIRAN
Senarai Harga Ikan Liar Sungai Pahang yang Cipp petik daripada Sosial Media.. sama ada betul atau tidak, wallahualam..



 


 




Thursday, 5 October 2023

HIJRAH TEMPAT KERJA

  

Assalamualaikum.. entri ini sepatutnya amat penting tetapi tetap ku abaikan.. tak tau kenapa aku biarkan entri sebegini penting tergantung. Kalau dulu, setiap kali ada bahan nak share, aku terus mengarang. Kekadang petang tu baru balik aktiviti outdoor, malam tu entri tentang aktiviti aku sudah ready dan dah boleh baca oleh penggemar-penggemar blog aku.

Aku akan ceritakan peristiwa yang penting ini secara kronologi..

 13 FEBRUARI 2023

Pagi hari ni aku menerima panggilan telefon daripada pegawai di PPD yang mengarahkan aku ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk menerima surat perpindahan pada pukul 2.00 petang. Memang sudah ku duga bahawa rumors-rumors yang mengatakan aku bakal dipindahkan akhirnya menjadi kenyataan. Sedih dan gembira bercampur baur. Sedih kerana terpaksa meninggalkan satu tempat yang aku dambakan sepenuh jiwa ragaku sepanjang perkhidmatanku selama lebih 22 tahun. Aku setia di sini iaitu di SMK Seafield sejak aku mula posting selepas tamat kursus KPLI di Institut Bahasa Melayu Malaysia ( IBMM ) Kuala Lumpur pada 2 Januari 2001. Aku tidak pernah mintak pindah sekolah walau jarak antara tempat aku bekerja dengan rumah agak jauh dan terpaksa melalui kesesakan lalu lintas setiap hari. Ake selesa di Seafield.. budak-budak bagus, kawan-kawan baik semuanya.. tak berkira pasal kerja dan yang penting aku OTAI di Seafield.. Takde sape yang pedulikan aku apa yang aku nak buat. Namun begitu, kita kena akur dengan hakikat, 'pokok yang besar bisa tumbang ditiup angin kencang, batu yang kuat bisa pecah kalau diketuk' inikan pula aku yang kerja mengikut arahan pihak atasan. 



Sebenarnya perkara ni berlaku sebab Allah yang aturkan. Entah kenapa satu hari tu hati aku tergerak untuk isi borang kenaikan pangkat menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran ( GKMP ) kerana mengikut hiraki kenaikan pangkat, kita perlu melalui proses itu dulu untuk mencapai cita-cita menjadi pentadbir di sekolah sama ada menjadi penolong kanan Kokurikulum, atau Pen Kanan HEM, atau Penolong Kanan Pentadbiran atau lebih jauh lagi menjadi Pengetua sekolah. Sekarang.. sesiapa yang hendak dilantik sebagai pentadbir, perlu berada di kerusi GKMP dahulu, barulah beransur-ansur menyusur naik ke stage yang seterusnya mengikut hiraki. 

Persoalannya, aku nak ke jadi pentadbir???

Pada awalnya memang tidak ada sedikitpun dalam kamus hidup untuk aku jadi pentadbir, bahkan tak minat langsung. Aku memang nak bersara sebagai guru biasa di sekolah pertama aku di tempatkan. ibarat kata yang pertama dan yang terakhir. Namun sebab kecewa dengan markah prestasi yang diberi oleh malaun mana.. aku jadi frust. Bila aku selidik, masing2 tak nak ngaku.. ada yang kata itu biasa memandangkan kerja cikgu tak dinilai sebab PKP. Masalahnya, kenapa markah prestasi cikgu-cikgu lain tidak sama walaupun sama tak hadir sekolah sebab PKP???

Dengan rasa kecewa aku isi juga borang GKMP walau berat hati. Borang yang siap diisi, aku tak pantas serah sebab hati aku masih begitu berat nak tinggalkan sekolah ini.. walau aku tak serius mintak dan macam nak test market, tapi aku bimbang aku dapat tawaran selepas dipanggil temuduga.

Pikir punya pikir.. aku mengalah, hari terakhir tarikh serahan borang permohonan, baru aku serah kepada kerani sekolah aku untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan di PPD. Tidak lama kemudian aku dipanggil temuduga. Aku pun malas sebenarnya nak hadiri temuduga tu.. apa benda pun aku tak buat persediaan.. tak baca apa-apa. Aku tak kisah pun sama ada dapat atau tidak. Aku pergi hadiri temuduga dengan pengentahuan sedia ada dan banyak bergantung pada NASIB. Banyak soalan penemuduga aku tak mampu jawab. Aku tak harap pun aku berjaya. Aku mohon jawatan ini atas dasar emosi.. bukan kehendak atau minat. 

Kita merancang.. Allah juga merancang.. sesungguhnya perpindahanku ini perancangan Allah yang terbaik. Maka 13 Februari terjawap sudah persoalan aku apabila dengan rasminya aku dilantik sebagai GKMP Bidang Bahasa di SMK Puchong Utama 1. Sekolah yang tidak jauh dari rumah aku berkuatkuasa serta merta.




14 FEBRUARI 2023

Hari ini dalam sejarah baharu.. buka kamus hidup di tempat kerja baru.. Selepas balik dari sekolah, aku bergegas ke Sekolah baharu ku untuk lapor diri. Aku bawa bersama surat penangguhan kerja. Oleh sebab pengetua tiada, aku disambut dengan riang oleh Penolong Kanan HEM SMK Puchong Utama 1 iaitu Puan Norhajar Mastura. Beliau mengarahkan agar aku menulis nama ke dalam buku kehadiran guru baharu sebagai tanda aku sudah melaporkan diri untuk bertugas seperti mana tarikhnya tertera dalam surat penempatan.



Selepas diberi sedikit taklimat dan diperkenalkan aku dengan kerani-kerani pejabat, aku mohon izin untuik pulang. Di luar pejabat, secara kebetulan aku terserempak dengan dua orang sahabat lama dari sekolah yang sama dulu iaitu Puan Norlida dan Ustazah Bushra. Beliau amat mengalu-alaukan kehadiranku bertugas kat situ. Mereka berdua sudah cikgu otai di SMK PU 1.



15 FEBRUARI 2023

Berita perpindahanku cepat tersebar walaupun aku sedaya upaya cuba untuk merahsiakannya. Biasalaa.. mulut tempayan mana bisa ditutup dengan tapak tangan, apatah lagi mulut orang' hahaha

Sisa-sisa masa aku berada di sekolah lama memberi peluang anak-anak murid dari kelas yang aku ajar untuk beramah mesra dan bergambar sebagai kenang-kenangan terakhir. Aku yang sejak asali mesra, melayan karenah anak-anak murid dengan baik. Ikut jer kehendak mereka. Rasa sayang pula rasanya nak tinggalkan anak-anak murid yang comel-comel dan pandai-pandai serta baik. Tapi apakan daya.. ' hidup ini tidak boleh menjadi seperti pokok kayu, walaupun hidup tapi ianya tidak bergerak'. Kita sebagai manusia, perlu bergerak untuk berubah.. mungkin kita mendapat sesuatu yang lebih baik selepas bergerak.

Guru Kelas terakhir di SMK Seafield










16 FEBRUARI 2023

Tarikh keramat ini merupakan hari terakhir aku berada di sekolah yang 22 tahun aku dambakan diri. Sesampainya aku di sekolah pada pagi tu.. longlai rasanya kaki hendak melangkah menyusuri anak tangga naik ke bilik ku di hujung blok A atas tandas guru. Sayang nak tinggalkan sekolah yang memberi seribu satu kenangan manis dan amat kurang menimba kenangan pahit. Sempena hari terakhirku di sekolah ini, Kelab Guru dan kawan-kawan adakan sedikit jamuan ringkas tapi amat besar ertinya kepada aku. Makanan yang disumbang secara potluck oleh kawan-kawan lebih daripada mencukupi dan aneka makanan dan kuih muih ada. Sumbangan hadiah-hadiah turut diberikan sebagai tanda kenang-kenangan. 

Hari terakhir di sekolah yang 22 tahun ku dambakan diri

Kek Sumbangan Kelab Guru

 20 FEBRUARI 2023 

Hari ini merupakan hari cuti sekolah, tetapi aku sebagai pentadbir harus bertugas di sekolah. Hari ini merupakan hari pertama aku bertugas di sekolah baharu. Penangguhan yang aku mohon cuma dapat seminggu sahaja. Sebelum berangkat untuk bertugas di sekolah pada pukul 2 petang, anak-anak raikan aku. Kebetulan semua anak ada kat rumah. 

Sebelum pergi bertugas buat kali pertama di SMK Puchong Utama 1 pada pukul 2 petang.. anak-anak sediakan makanan dan lunch bersama-sama abah dia

Nak masuk bilik kena buka kasut.. kasut buruk jer.. bukan tak mampu beli baru tapi susah nak cari yang kena dengan jiwa.

Bilik GKMP.. masih belum ada nama aku

Tunggu jer dalam bilik.. kot-kot ada hal yang pentadbir nak kena settle


Aku balik kerja pukul 6.00 petang kerana aku terpaksa kunci pejabat. Kebetulan sekolah baru aku ada bilik kebal.. jadi aku kena tunggu kunci bilik kebal masuk ke bilik pengetua dulu barulah aku boleh pulang.


24 FEBRUARI 2023 ( Jumaat )

Hari ni baharu bermula cuti sekolah. Sekali lagi jamuan keraian untukku diadakan. Tapi kali ni diadakan di rumah aku sendiri. Semua perbelanjaan untuk jamuan ini ditanggung oleh seseorang. Mungkin aku cikgu yang agak rapat dan baik dengan kakak2 masa di sekolah lama dulu, maka mereka raikan aku. Mereka tidak lupakan aku walau mereka telah lama bersara. Ramai datin yang hadir kerana suami cikgu-cikgu sekolah aku dulu kebanyakkanya orang yang berjawatan tinggi. Datin Hasiah, Datin Rahizam, Datin Ruzana dan Datin Zaini semuanya hadir. Terharu juga aku dengan layanan dan ingatan mereka terhadap aku. Sahabat-sahabat lama turut hadir bersilih ganti. 



Terima kasih sahabat-sahabat.. datang semata-mata untuk meraikan kenaikan pangkat aku

Sahabat lama yang telah lama terpisah.. turut datang

En Ab Rahim.. pegawai di PPD juga turut hadir




2 MARCH 2023

Hari ini merupakan hari kedua aku di arah datang bertugas untuk jaga pejabat. Haaa.. sekarang nama dan jawatan serta cop jawatan aku sudahpun siap.. jadi secara rasminya aku sudah sah menjadi sebahagian daripada pentadbir di sekolah baharuku. Cop dan tandatangan aku juga sudah laku untuk beberapa urusan termasuk mengesahkan sijil dan dokumen.

Nama dan Jawatan aku megah berada di atas meja aku

Nama aku juga sudah terpapar di muka pintu bilik GKMP

Cop dan Tandatangan aku sudah laku untuk tujuan tertentu

Secara rasmi aku sudah menjadi sebahagian daripada pentadbir di SMK Puchong Utama 1


Secara jujurnya.. aku rasa gembira berada di sekolah baharu kerana aku beruntung mendapat rakan-rakan pentadbir yang cukup baik dan mesra terutamanya Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. Amalan bekerja dalam satu keluarga amat cocok dengan jiwa aku. Kami cukup mesra dan santai. Segala keputusan dipersetujui bersama dalam mesyuarat. Aku sebagai orang baru dan belum ada pengalaman mengurus, diberi tunjuk ajar oleh semua rakan pentadbir. Aku cukup bernasib baik di tempatkan di sekolah yang semua pentadbirnya baik. 

Hari pertama mesyuarat guru sebelum sesi persekolahan bermula, aku diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan majlis. Tugas ini belum pernah aku lakukan di sekolah lama. Tapi tidak menjadi masalah buatku kerana kemahiran bercakap ni memang sedia ada dalam diri seorang guru.

Sebagai pentadbir, aku diberi masa cuma 18 waktu mengajar sahaja seminggu berbanding dengan menjadi guru biasa di sekolah lama iaitu 30 waktu seminggu tidak termasuk waktu rilif. Aku ditugaskan mengajar 2 kelas tingkatan 3 dan satu kelas tingkatan 4. Jumlah murid di sekolah ni cukup ramai iaitu dekat tiga ribu orang murid. setiap tingkatan ada 15 kelas. Purata murid dalam setiap kelas lebih kurang 38-40 orang murid. Memang cukup ramai berbanding dengan murid di SMK Seafield yang rata-ratanya ada lebih kurang 24-34 orang murid sahaja setiap kelas.

7 APRIL 2023 ( JUMAAT )

Hari ini merupakan hari jumaat pertama aku bertugas di sekolah ini. Lihatlah pakaianku.. sudah 360 darjah berubah. Kalau sebelum ni biasa dengan t'shirt sukan masa di sekolah lama hampir sepanjang satu minggu.. kat sekolah baru aku dah kena tukar karekter dan cara pemakaian. Mesti ikut piawaian sebagai seorang pentadbir. Lagipun kat sini aku dah tak ajar subjek PJK.. jadi tak ada alasan kenapa aku tak perlu berpakaian rasmi.

Macam pegawai di Jabatan Agama

Ada talent jadi YB

Setiap kali perhimpunan, pentadbir kena duk kat atas pentas. Sebelum ni kat bawah jer.. kerap kali juga ponteng perhimpunan masa jadi guru biasa dulu. Sekarang dah tak boleh ponteng perhimpunan lagi dah.. hahaha



4 MEI 2023

Tahun ni merupakan tahun pertama aku raya dengan murid-murid dari sekolah baharu. Kebetulan aku masuk sekejap, puasa dah bermula. Masa balik mengajar lepas cuti raya, ramai murid aku tanya aku sama ada buat atau tidak rumah terbuka.. Biasanya masa kat sekolah lama, tak ada budak tanya pun. Aku tanya budak, kalau aku buat open house, mereka nak pergi ke? ramai yang berminat nak pergi. Aku pun cubalah ajak-ajak ayam. Ingatkan mereka cuma bergurau, rupa-rupanya datang betul-betul. Sib baik tak ramai yang datang.. tapi ada laa..  


Baik-baik anak-anak murid cikgu Yusdin.. sambil datang raya, terus solat berjemaah bila masuk waktu. ABC.. Anak Baik lagi Cerdik.

Sempat bergambar kenangan dengan sebahagian murid yang masih belum pulang


16 MEI 2023

Hari ini merupakan sambutan hari guru peringkat sekolah dan juga dibuat serentak dengan sambutan hari raya peringkat sekolah. Pagi ni aku ditugaskan untuk membaca perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran. Selepas sambutan hari guru, kami para pentadbir berkunjung dari satu kelas ke satu kelas untuk beraya bersama murid-murid. Semua murid membawa makanan mengikut kelas masing. Mereka diberi markah decoration kelas mengikut tema, makanan, sambutan, dan kreativiti. Hari ni juga kami mendapat perkhabaran bahawa salah seorang rakan pentadbir iaitu Penolong Kanan Pentadbiran En Aamanu telah dinaikkan pangkat menjadi pengetua di SMK Kelana Jaya. Jadi aku sudah kehilangan seorang sahabat yang sangat baik

Rakan-rakan pentadbir dan YDP Pibg meraikan kenaikan pangkat dan perpindahan En Aamanu ke sekolah baharu.

Sambutan hari raya.. segak berbaju Melayu merah hahaha

Sempena sambutan hari Raya anjuran PPKI, Pengetua mengumumkan berita sedih bahawa dia bakal berpindah ke SMK Bandar Baru Salak Tinggi.. Gugur seorang lagi rakan pentadbir utama juga sahabat baru ku.. huhuhu

Dalam jangka masa terdekat, 2 orang rakan pentadbir sekaligus telah keluar. sedih tu memang sedih laa.. tapi ketentuan Allah memang begitu. Berkenal dan berpisah itu memang lumrah.. muram dan suram sikit rasa bila dua sahabat ni telah berpindah. Semoga yang datang selepas ini baik seperti mereka berdua. 

20 MAY 2023

Hari ini diadakan sesi keraian berupa Hi-Tea sempena kenaikan pangkat En Aamanu dan perpindahan Pn Pengetua ke sekolah baharu bertempat di Hotel IOI Putrajaya. Tahniah kepada mereka berdua. Perpindahan mereka sangat terasa kehilangannya dan seri berada di SMK PU1 ( 1St PumaSes ) semakin pudar.

Sesi beramah mesra.. seronok jumpa kembali walau baru dua minggu berpisah










SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU SAHABAT.. SEMOGA SUKSES



Sampai sini dululah kisah perpindahanku.. doakan semoga aku terus gembira di sini dan cepat naik pangkat ke beberapa tahap lagi sehingga aku bersara LIMA tahun akan datang. Alang-alang aku dah nekad nak tinggalkan ZON SELESA aku di Seafield, bairlah aku terus membawa diri dan terus maju ke depan. Dah tak sayang dah nak tinggal mana-mana sekolah lagi. dah tak ada lagi zon selesa buatku.. dah tak ada lagi gelaran OTAI untukku. 

SEKIAN.. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CERITAKU SEHINGGA KE AKHIRNYA.