Alhamdulillah.. Majlis Hari Keluarga Anak Cucu Hj. Che Soh berakhir dengan jayanya. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara adik-beradik, saudara-mara dan sepupu-sepapat. Hidup dalam keluarga yang besar seperti ni akan menjadi renggang sekiranya program seperti ini kita abaikan. Seingat aku, sudah tiga kali perhimpunan keluarga telah dianjurkan dalam keluarga aku. Yang pertama dianjurkan pada tahun 2000. Pada penilaian aku, perhimpunan keluarga yang pertama lebih meriah kerana pada masa tu ayah aku dan abang aku yang nombor 5 masih lagi ada. Perhimpunan keluarga yang kedua telah diadakan pada tahun 2010 tapi kurang meriah. Untuk kelainan, tahun ni perhimpunan keluarga diadakan di luar kampungku manakala perancangan juga diatur rapi supaya penganjurannya mencapai objektif dan tidak mengecewakan.
PENAUNG HARI KELUARGA ( uzur sangat dah penaung pun ) |
Antara peserta yang tiba awal |
Semua peserta yang hadir awal, berjemaah zuhor di masjid Kg Semut Api. Selaku pengurus penginapan, Ayah Jat terlebih dahulu pergi mendapatkan kunci chalet untuk diagih-agihkan kepada keluarga masing-masing. Sebelum beredar ke bilik penginapan, satu taklimat ringkas tentang tentetif program sepanjang 2 hari 1 malam telah disampaikan oleh En Isan.
Taklimat ringkas disampaikan oleh En Isan Kontraktor |
Aktiviti pada hari pertama adalah acara bebas, semua peserta beredar ke bilik masing-masing untuk rehatkan diri kemudian turun ke kolam mandi membawa anak-anak mandi kolam. Sambil mandi, hidangan tengah hari juga turut disediakan yang dibawa oleh keluarga masing-masing ( dicatu ).
Rehat kat chalet dulu |
Pasang bena dulu. Bena ni adalah design dan sponsor oleh Matdingunung |
Bawa anak-anak mandi kolam sepuas-puasnya |
Sambil tunggu anak-anak mandi, kita minum dulu |
Berbual mesra dan bertanya khabar. Maklumlah masing-masing menetap jauh. Sekali sekala baru berjumpa |
yang tak mandi kolam, mereka bermain layang-layang |
ada yang naik kuda |
Naik kuda juga satu riadah |
Aku pun tak lepaskan peluang. Kuda hadir di depan mata tunggang aje laaa.. |
yang takut tunggang kuda, boleh naik basikal |
Kalau nak bawa anak-anak atau isteri bersiar-siar, boleh tunggang basikal jenis macam ni |
Santai-santai keluarga macam nilah yang merapatkan institusi kekeluargaan |
Aktiviti seterusnya selepas solat fardhu isyak ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pertandingan ini dipecahkan kepada dua kategori iaitu kategori A bagi anak-anak yang berumur 10 hingga 12 tahun, manakala kategori B bagi anak-anak yang berumur 9 tahun ke bawah.
Begitu bersemangat sekali anak-anak yang menyertai pertandingan ini untuk merebut hadiah yang ditawarkan. |
inilah hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan mewarna |
Aktiviti BBQ |
Macam-macam adaaa.. |
Berborak sampai pukul 12 tengah malam |
Layan Royal dulu. Sapa ada yang terpaksa tunggu giliran walaupun sudah bukak dua palo. |
Gi Macing dulu. Cuba nasib. ( ketiga-tiga Gambar ni adalah ehsan daripada Amer ) |
Hari kedua, pagi-pagi lagi peserta pegi breakfast kat kafe resort. Masing-masing bersemangat dengan memakai baju rasmi hari keluarga.
Breakfast dulu dengan apa yang ada |
Breakfast kat luar kafe lagi santai |
Anak-anak aku sedang menjamu selera |
Antara hadiah yang menanti pemenag |
Sebelum acara bermula, Athir diinterview oleh ayoh ngoh. Lihatlah betapa sukanya sepupu-sepupu Athir mendengar Athir bercakap pelat. |
Peserta cilik di kelas mengikut kategori umur |
Crew memberi arahan dan tunjuk ajar dengan teliti agar tidak kelam kabut |
Acara pertama bermula ( bawa bola ping-pong dalam sudu ) |
Athir sudah ready |
Ammar masih belum ready |
Acara kedua, lari dalam guni untuk kanak-kanak bawah 10 tahun |
Acara ketiga, lari dalam guni untuk kaum ibu. Semuanya sporting |
Ibu-ibu yang tak masuk acara lari dalam guni, mesti menyertai acara tolak rim basikal |
Acara tolak rim basikal kategori kanak-kanak 10-12 tahun |
Acara tolak rim basikal kategori dewasa |
Rim basikal Matdingunung bersiap sedia untuk berlepas |
Waa.. berdesuppp Tok Batin meninggalkan peserta lain. Memang expert gila pilot tu. |
Memang tak adil.. cilakak betul aku dapat rim yang tak dengar kata. Susah nak kawal. Melilau masuk merentasi sempadan peserta lain |
Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh peserta. Walaupun dah confirm telah tewas, tapi game tetap diteruskan sampai habis. Syabas Ayoh Long dan Ayoh Jat |
Acara seterusnya ialah berpasangan suami isteri. Acara sambut telur semakin jauh semakin sayang |
Acara ni memerlukan peserta betul-betul fokus dan perlu ada persefahaman dengan pasangan masing-masing |
Team Ayoh Chik |
Team Meriie |
Team Mek |
Team Tuan Hj Ayoh Long |
Selesai acara talik tali bermakna berakhirlah karnival sukaneka Hari Keluarga Anak Cucu Hj Che Soh. Maka acara seterusnya ialah majlis penyampaian dan peneriamaan hadiah yang akan disempurnakan oleh penaung program.
Para peserta sabar menanti majlis penyampaian hadiah |
Aiman menggondol pingat emas dalam acara bawa bola ping-pong dalam sudu |
Athir begitu bangga dengan kejayaan merangkul tempat ketiga acara bawa bola ping-pong dalam sudu |
Zila Jime unggul dengan kejayaan merangkul pingat emas dalam acara lari dalam guni |
Piqah bersama pingat emas yang dimenanginya sebagai juara dalam acara lari dalam guni |
Ariff mengungguli acara tolak rim basikal kategori kanak-kanak |
Tok Batin bangga dengan kejayaannya sebagai pilot Rim Basikal |
Sue Jimie dengan pingat emasnya dalam acara tolak rim kategori kaum ibu |
Matdingunung dan pasangannya unggul menewaskan 18 peserta lain dalam acara baling telur berpasangan |
Mijie dalam pasukan Tuan Hj Ayoh Long ditabal sebagai juara setelah dengan mudah menewaskan dua pasukan yang menentang pasukannya. |
Wah! ramainya anok cucu cicit Hj Che Soh. Tu ramai lagi yang ada zigot dalam perut. Sila kira sendiri kalau nak tahu berapa ramai |
Anok cucu Mok Cik bergambar kenangan dengan bena hasil design Matdingunung |
ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi Anak bongsu Matdingunung berjinak-jinak dengan peralatan fotografi |
![]() |
LOGO RASMI hari keluarga design Matdingunung |
![]() |
Satu lagi LOGO RASMI |
Free Gift hari keluarga sumbangan anok cucu Hj Che Soh Group cawangan Lembah Kelang ( Jiman, Mijie Jupem, Kuwa TNB, Amer Telekom, Cikgu Jan, Profesor Baini dan Matdingunung ) |
Salah satu Design baju |
Krew keletihan semasa melakukan proses sorting dan pengagihan t'shirt |
KIDS t'Shirt |
Free Gift edisi terhad |
Free Gift untuk anak-anak peserta yang bersekolah dan penuntut |
![]() |
Pelekat kereta ( pas masuk )design cikgu Jan |
Pelekat Tresure Hunt |
salam ..nak tanye, family day ni buat kat kota bharu ye?
ReplyDeleteWassalam.. yer, kat PCB
Delete