Baru-baru ni aku berkesempatan untuk melawat litar F1 di Sepang tapi kena bawak budak skolah la.. Ni merupakan satu program yang dianjurkan oleh Circuit F1 Sepang untuk mendekatkan minat budak-budak sekolah terhadap sukan pemotoran. Peluang yang julung-julung kali dapat ni tak boleh aku nak tolak sebab peluang macam ni tak semua orang dapat. Tengok jentera lumba dari dekat dan tengok jurutera-jurutera pasukan F1 bertungkus lumus persiapkan kereta lumba masing-masing merupakan satu peluang keemasan.
| Air Minuman Sea Master harga RM 5 sebotol pun budak berebut-rebut nak beli. |
| Budak berbaris sebelum memasuki litar |
| Sesi latihan bermula. Kamera aku tak cukup power untuk shoot kelajuan pergerakan kereta f1 |
| Bergambar kenangan di tempat duduk yang tiketnya berharga RM1000.00 masa hari perlumbaan |
| Barisan Kereta Porche bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan |
| Kereta Porche sedia untuk berlumba |
Selepas tamat sesi latihan dan berakhirnya perlumbaan pertunjukkan kereta Porche, barulah aku dan budak-budak dibawa melawat pit.
| Crew yang bertugas membawa budak-budak melawat pit |
| Petrol khas untuk kereta F1 sahaja. |
| Gadis Litar |
| Crew Pasukan Red Bull |
| Gadis Litar |
| Antara Eksesori yang digunakan oleh Krew Pasukan apabila kereta Formula 1 memasuki pit |
| Kat mana-mana pun ada Crew televisyen antarabangsa yang membuat liputan |
| Salah satu teknologi apbila kereta formula memasuki pit |
| Tayar Khas siap dicetak nama pelumba |
| Pit Ferarri |
| Tayar yang bakal digunakan oleh Flippe Massa |
| Sahabat aku siap bergambar dengan jurutera-jurutera F1 |
| Barisan kereta Formula 1 yang terlibat dengan sesi latihan |
| Gadis Penyeri Litar |
| Sebelum aku balik, gadis litar pasukan Ferarri mintak untuk bergambar dengan aku buat kenangan apabila dia balik ke Italy nanti. |
Sekian terima kasih..

