Senang cerita.. bawa jer anak-anak main air ke tempat yang percuma. makanan boleh bawa dari rumah. Seronok lebih kurang ajae cuma tak berapa nak gah sebab tak ada pancuran air dan gelungsur. Kat kebun lebih tenang dan damai. Masak-masak sini.. makan-makan sini lebih berselera daripada makan kat hotel 5 bintang. tak bercampur dengan orang ramai yang pelbagai ragam.
Dusun yang lengkap dengan stor penyimpanan barang, tandas dan bilik mandi serta Gazebo |
Dusun yang dibarisi pokok-pokok durian baka baik |
Dusun yang bersih dan terjaga |
Pelbagai jenis pokok buah-buahan terdapat dalam kawasan dusun ini |
Pokok durian yang renek dan lebat buahnya |
Pokok-pokok dokong, jering, pulasan, rambutan, nangka, kelapa pandan dan sebagainya terdapat dalam dusun yang luasnya 2 ekar ini |
Dusun-dusun yang luas, cantik dan bersih ini bukan kepunyaanku tetapi kepunyaan kenalan. Tak apalah, bukan milik kita pun tidak mengapa kerana tuan punya dusun ni baik hati orangnya. Sentiasa mengalu-alukan kenalannya bertamu di sini untuk menikmati hasilnya. Makanlah sepuasnya selagi berdaya kerana rezeki Allah ini bukan untuk seorang sahaja..hahaha..
Makan dik... jangan tak makan.. makan sampai kenyang.. tuan kebun belanja |
kita kopek semua hasil yang kita dapat pada hari ini |
tak kisah apa jenis dan nama durian ni.. belasah ajer.. kalau tak sedap, kita jadikan tempoyak |
Fadhil dan Pojan melayan budak-budak makan |
Makanlah sepuasnyaaa... |
Selepas puas bermain-main dengan buaian..moh kita pegi mancing di kolam yang di dalamnya dihuni oleh pelbagi jenis spesis ikan untuk dibuat lauk. Sekejap lagi kita nak mandi sungai puas-puas. lepas mandi tentu lapar nasi.. jadi kita kena tangkap ikan dulu untuk dibuat lauk..jom kita pi mancing atau menjaring duluu..
Sampan lama sangat tak digunakan.. terpaksa timba air dulu yang dipenuhi dengan air hujan |
Pojan sebagai pengemudinyaa |
Bergerak meneuju ke sasaran untuk turunkan jaring |
Fadhil ditemani anak-anak berusaha untuk menaikkan haruan yang begitu banyak menghuni kolam ini |
Athir mempunyai skill memancing yang diwarisi daripada ayahnya |
Mandilah anak-anak sepuas-puasnya.. tak berbayar sesenpun |
Jernih sungguh airnya.. sedikitpun tak tercemar |
Nampak jelas ikan-ikan berkejaran dicelah-celah batu |
Perghhh.. romantik betul budak dua orang ni |
Main-main buat istana batu |
![]() |
Hasil tangkapan menggunakan jaring |
![]() |
Tak banyak sangat.. tapi cukup untuk satu kumpulan |
antara ikan-ikan yang berjaya dibawa naik dari kolam untuk dijadikan lauk makan tengahari |
Edy bersama isterinya saling membantu menyiapkan lauk untuk anak-anak makan lepas penat bermain air nanti |
Saling bekerjasama bagai aur dengan tebing |
masing-masing ada tugas yang hendak dilakukan |
Ikhtiar hidup.. pemanggang ikan dibuat daripada buluh |
Perghh..Pojan dan Zafir bakar ikan. Sedap tuuu |
Cincang putik mangga untuk dimasukkan dalam BUDU. Mangga pun dipetik dari pokok yang terdapat dalam kebun |
![]() |
Hasil dari dusun |
![]() |
Tak laa lebat sangat buahnya.. tapi cukuplaa untuk satu kumpulan |
![]() |
Mangga muda untuk dimasukkan ke dalam BUDU.. juga ada beberapa pokok ditanam dalam dusun ini |
Sambil tunggu anak-anak puas main air.. ibu bapa bersembang-sembang dulu
Setelah anak-anak puas bermain air mandi sungai.. seorang demi seorang mula naik minta nasi sebab dah lapar.. Okey... jom kita hidangkan nasi.. kita makan sama-sama. Mesti selera tahap gaban makan di kebun.
Ibu-ibu menghidangkan nasi untuk anak-anak yang kelaparan |
Ni jer lauknya.. tapi tentu menyelerakan |
Makan ramai-ramai macam ni memang terbaekkk laaa.. seperiuk nasi kejap jeee |
Simple jer lauknyaaa.. tapi, kenikmatannya menewaskan kelazatan hidangan hotel 5 bintang |
Selera betul anak-anak kami makan.. asyik bertambah nasi sahaja |
Setelah makan, kami pergi angkat jaring. Dalam perjalanan angkat jaring, dongak ke atas pokok nangka.. wah banyak bauh nangka yang sudah masak.. apa lagi, Pojan panjat ambik buahnya kemudian belah untuk dijadikan pencucui mulut selepas makan.
![]() |
Pojan, Fadhil dan Zafir berbangga dengan buah tangan masing-masing. Semuanya diambil dari Dusun ini |
![]() |
Nangka Madu dan Cempedak Nangka.. terus diperisi untuk dimakan sebagai pencuci mulut selepas makan |
Sebelum balik ke Kuala Lumpur.. kami bergambar dahulu di kebun Fadhil punya BOSS untuk kenangan. Fadhil kata ada banyak lagi buah-buah yang akan gugur.. jadi kena datang beberapaa round lagi.. jangan takut.. boss dia izinkan sebab hubungan Fadhil dengan Bossnya bagai isi dengan kuku.. kacik molep..
Bergambar kenangan dengan pokok durian Musang King yang baharu ditanam |
Ok.. cerita tamat kat sini.. sebab dah nak berbuka. Terima Kasih sebab sudi membacanya.. Sekian. Assalamualaikummm