Thursday, 17 August 2023

XPDC MEMANCING DI PERAIRAN PULAU ANGSA

Assalamualaikum... lama betul Matdin tak menulis.. banyak event yang sudah tertinggal tak didokumentasi dalam ini blog . Seakan blog ini sudah terkubur.. Namun tidak sama sekali.. selagi DinGunung masih hidup sihat, selagi itu DinGunung akan menulis untuk mengumpul aktiviti-aktiviti outdoor MatDin dalam blog ini. Mungkin ada peminat DinGunung yang tertunggu-tunggu entri baharu daripada DinGunung.. 

OK.. tarikh dah belated.. rasanya peristiwa ini berlaku 18 Januari 2023.. sudah 7 bulan berlalu.. baru skarang nak buatkan blog untuk dia.. Hahahah.. nampak macam dah takde minat nak menulis hehehe..

Kali ni trip outdoor aku ialah memancing di perairan Pulau Angsa. Aku ambik bot Suhaimi.. katanya tekong ni terkenal kerana berupaya mengesan lubuk-lubuk ikan. Nk dapat bot dia bukan senang, kena tempah 5 bulan lebih awal. Aku pergi seramai 5 orang iaitu Pojer Bajau Sungai, Pro Zafir, Iwer dan Bilal Kamal. 

Hasil yang dapat memang tidak mengecewakan.. seronok laa jugak dapat tarik banyak ikan besar. Selalunya kalau mancing kat kelong atau tepi sangkar ikan, dapat anak-anak gelama jer.. tapi kali ini lebih drp tu.. banyak ikan besar bro.. Kalau kongsi2 rezeki sama banyak, alhamdulillah.. dapat 2 kali masak untuk dimakan bersama keluarga. Ikan fresh memang sedap dimakan. Hanya yang biasa mancing jer tahu betapa nikmatnya makan ikan fresh terus dari ladang. Kalau ikan jenahak merah dibuat kari, perghhhhh.. cukup pejal dan kenyal isinya..

Dari pagi sampai petang mancing memang puas hati lah.. tapi kalau tak tahan mabuk, boleh tuang isi perut kerana olak agak kuat. Bot teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan. Nasib baik cuaca cukup baik, jadi takdelah kena pukul dek ribut. Ok..aku share gambar2 jackpot utk korang nilai berbaloi ke tak gi mancing dengan bayaran bot rm600 termasuk umpan.


Mancing santai-santai, sambil tenangkan fikiran merasa suasana ambik angin laut

                                                                                    

Hasil pertama Iwer.. Ikan umpan


Sesuai dengan title Bajau Laut dan Sungai.. hasil pertamanya tidaklah mengecewakan
Hasil kedua Pro Pir.. anak tanda

Hasil pertama Pir pun agak paduuu

Hasil ketiga Pir.. Kerapuuu
Yesss.. Bajau sungai/laut kita, dapat ikan lagi.. besar pulak tu saiznya
Bilal Kamal dengan hasil pertamanya
Yeesssss.. giliran DinGunung bawa naik jenahak.. Yess.. yesss.. puas hati. Tapi sekor ni jah laa yang dapat hahaha
Amalan biasa DinGunung.. acara wajib.. menikmati ketenangan dengan tidur dalam beberapa puluh minit. Hobi Matdin ialah tidur atas bot

Lapar laaa plak.. maklumlah dah masuk kul 2 ptg.. Jamah bekal la dulu. Bekal disediakan oleh DinGunung berupa telur ike budu, sardin dan ikan gelama bekok goreng serta gelama ikan masin. sedapp dan menyelerakan.

Jackpot oleh Bilal Kamal.. senangin yang paduu.. berat dalam 2 kilo setengah. Pakai umpan anak gelama hidup

 Haaa.., selepas menikmati gamabar-gambar ini.. korang nilaikan sendiri sama ada berbaloi atau tidak turun memancing dengan bayaran sebanyak yang disebut.. Sebenarnya banyak lagi ikan yang agak bersaiz kecil yang dapat.. cuma tak diambil gambarnya.. Cukup publish yang jackpot sahaja.
Sekian terima kasih

Wednesday, 31 May 2023

ORIENTASI SAHABAT BARU DI KELONG TELOK GONG

 Assalamualaikum..

Sekarang ni kat sekolah aku mengajar sudah ramai cikgu baru yang masuk.. semuanya level adik-adik aku.. sebagai otai di sekolah, aku bertindak untuk menganjurkan aktiviti supaya antara kami rakan sekerja tidak kira baharu atau otai, akan berkawan rapat. Hal ini sudah tentu akan menyeronokkan setiap kali pergi bekerja. Walau sesibuk mana kita  bertugas di sekolah, kalau disokong oleh kawan-kawan pasti kerja yang sukar akan menjadi mudah ibarat kata ' Berat Sama Dipikul, Ringan Sama diJinjing' @ ' Hati gajah sama di lapah. hati nyamuk sama dicicah'. Proses untuk merapatkan hubungan ini amat penting agar timbul rasa hormat cikgu-cikgu baru ni terhadap cikgu lama.

Seperti biasa, proses untuk merapatkan hubungan ukhwah sesama rakan setugas tak kira baru atau lama perlu diadakan aktiviti.. selain aktiviti bersukan seperti main futsal, bola sepak, boling, badminton atau golf.. aktiviti percutian boleh dilakukan.. oleh hal yang demikian, sempena cuti Hari Thaipusam iaitu 3 & 4 Feb 2023, aku menganjurkan aktiviti memancing di Kelong Purple Inn kat Telok Gong. Aktiviti ini adalah kesinambungan aktiviti yang telah pun diadakan sebelum ini. Seramai 7 orang cikgu menyertai aktiviti ni iaitu Din Gunung ( kapten ), Jafny, Wak Jol, Faris, Amer, Subaqir dan Hafiz, Manakala MawarD sebagai jurulatih turut dijemput serta dua orang anak cikgu yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti memancing.

Seramai 5 orang cikgu lagi iaitu Ustaz Sham, En Ardi, Wak Jali, Syafiq dan En Supra tidak dapat hadir akibat masalah kesihatan dan pertembungan aktiviti kekeluargaan dan perayaan.

Aktiviti ni nampak simple, tapi mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan ukhwah antara kami. Bagi mereka yang baru mengenali pancing, seronok betul bila mereka dapat menaikkan ikan walaupun sekadar ikan buntal. Aktiviti ini bukan sekadar nak dapat hasil untuk dibawa balik makan dengan anak isteri di rumah, tapi lebih pada itu apabila sebahagian hasil yang diperoleh terus dimasak dan makan bersama nasi panas dengan kawan-kawan di atas kelong. perghh, amat menyelerakan.. 

Program ukhwah seperti ini seharusnya diadakan setiap tahun kerana terbukti berkesan untuk melahirkan rakan sekerja yang tak berkira dalam melakukan tugas. Hujung tahun ni kita pergi lagi bagi memenuhi permintaan rakan sahabat yang tak berkesempatan hadir pada edisi baru ni.. sekian terima kasih.. 




Persiapan rapi dibuat sebelum bertarung

Hasil sulong En Hafiz 

Antara hasil yang diperoleh setelah lebih 3 jam bertarung

Ni ore panggil. ' MEMBANGAU '

Menang pada gaya

Hj Wak Jol.. rezeki dia lebih murah

Macam-macam jenis ikan dia berjaya bawa naik

Layan sunset

Malam hari kita layan daun.. 

Layan breakfast yang disediakan oleh abg Din Gunung

dah nak balik ni..

sampai sudah di jeti


Antara senjata Ket Subaqir

Ikan yang diperoleh.. terus di goreng.. sedappp. goreng dengan umpan2 sekali

stylo

kreditt en Hafizz.. dia punya gambar daripada dia punya iphone

menang pada gaya

dua beranak ni tertidur kepenatan

Hasil selepas aktiviti ini.. ceria dan semakin rapat hubungan ukhwah

Sifu MawarD memberi tutor cara nak mancing

Hasil tak banyak.. tapi ada laaa.. yang makan kat situ dah banyak

Semoga persahabatan kita terus terjalin walau dari segi zahirnya kita telah terpisah 

Cammon gaisss.. next trip comimg soon.. lebih gempak dan lebih mewah sebab bakal di taja oleh MINDA

ini dia otai dlm jurusan pemancingan.. asyik bawa naik ikan saja

Ok.. sehingga bertemu lagi dilain aktiviti outdoor geng jejaka Cfill.. sek kito dok ppecoh.. byee

Tuesday, 28 March 2023

MENJENGGO UDANG GALAH

Assalamualaikum..

Tahun baru 2023, dimulakan dengan aktiviti outdoor MENJENGGO UDANG GALAH MUARA SUNGAI DENGKIL di Sungai Manggis, Banting. Aktiviti ni kira satu aktiviti yang seronoklah.. memang kalau orang tu jenis hardcore kaki pancing, aktiviti ini tidak mungkin sekali saja dia pergi, bahkan akan repeat beberapa kali.
Tak sangka, dekat-dekat rumah DinGunung ada port memancing udang galah ( 15 minit jer memandu ikut SKVE ). Sewa bot bukannya mahal sangat, tapi hasil dia amat berbaloi dan puasss hati.. bergantung pada rezeki jugak laa..
Sempena cuti tahun baru, member aku yang aku gelarkan Bajau Sungai ajak aku join dia memancing udang galah di Muara Sungai Langat. Aku, Pojer, Alim dan owner bot iaitu Bilal Kamal turun mencuba nasib. Alhamdulillah.. hasil yang dapat pada hari tersebut agak lumayan dan kami boleh bawa balik udang galah fresh dekat dua kilo setiap orang. Bagus juga pemancing kat situ, ada sesetengah daripada mereka yang begitu prihatin terhadap proses pembiakan udang galah.. sekiranya udang galah yang dapat itu membawa telur, mereka lepaskan kembali dengan selamat bagi memastikan proses pembiakan berterusan dan berjalan lancar agar udang galah di muara sungai Langat tidak pupus.. tapi malangnya, ada juga pengusaha-pengusaha kilang dan pengusaha ladang di sepanjang sungai Langat melepaskan sisa buangan ke dalam sungai Langat menyebabkan berlakunya pencemaran air yang juga menyebabkan spesis udang galah mati. Sangat rugi sekiranya udang galah yang selama ini menghuni sungai Langat yang menjadi syurga kepada pemancing, telah pupus. Hal ini tidak patut berlaku dan pihak alam sekitar patut ambik tindakan tegas terhadap pengusaha kilang yang sesuka hati melepaskan sisa buangan yang menyebabkan berlakunya pencemaran. 

Raja Pancing.. tak pernah kecewa Bajau Sungai ni. Asal turun memancing jer.. pasti bawa balik hasil

Aku pun dapat juga.. kira dapat lesen

 Baru2 jam menjenggo.. dapat hasil sebanyak ni kira ok laaa

Abe Alim Sator.. dapat double strike

Hah.. dapat sepit biru sekor lagi


selepas 5 jam ada laa sebanyak ni sorang kecuali aku yang tak banyak dapat sebab mancing main-main. Tak serius



Seperti biasa, kalau aku keluar untuk aktiviti outdoor, aku akan bawa semua peralatan memasak sebab aku suka makan on the sport hasil yang aku cari. Nak merasa suasana kata orang.
 Hilang stress.. hilang masalah rumahtangga.. yang penting kita enjoy dengan apa yang kia buat.

Makan tengahari.. aku masak sardin kerang, ikan masin, sambal belacan dan telur goreng.. sedappp dan menyelerakan

Memori macam ni yang kita mahu.. feel makan sambil menjenggo


 hasil yang halus-halus, kita lempar saja dalam maggie

Masak atas bot memang feel dia lain macam.. walau masak bodoh jer tanpa sayur dan tanpa telur. Udang masih menggelupur kita bagi mati kemudian masuk dalam kuah.. fresh betul manis dia lain macam.

Nampak jer maggie bodoh.. tapi amat lazat dan berginzai

Makan maggi udang galah fresh banjir, makan atas sampan waktu lapar.. memang paduuu laaa

 

Ada satu hari tu, kawan bini aku datang rumah, oleh sebab stok udang galah masih banyak jadi aku masak maggi kari udang galah banjir.. seronok dia sebab katanya makanan yang aku hidangkan tu five star.. sangat sedap. Kalau ada kedai yang boleh sediakan menu begitu, dialah yang akan jadi pelanggan tetap biarpun berapa mahal harganya semangkuk.





Udang galah amat sedap kalau masak kerutuk macam yang aku cuba buat ni. Kalau aku buka restoren ni, kompom kena beratur customer aku macam nasi arab lamb shank Cheff Ammar di Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Kalau makan dengan nasi kandar ni.. memang mantappp lah..


Aku syorkan agar korang pergilah mancing udang galah.. memang berbaloi-baloi. Sedap makan udang galah fresh ni.. kenyal isinya. Katanya, kat Kuala Selangor pun ada juga port memancing udang galah.. jom kita pergi serangggg.. 

Sekian cerita aku kali ini. Terima Kasih kerana membaca blog MatdinGunung.