Monday, 23 June 2014

BERBURU AYAM HUTAN DI ARING 8

Assalamualaikum.. Sungguh lama blog matdingunung sunyi dengan entri baru. Hampir satu purnama aku biarkan blog aku menyepi tanpa berita.Pembaca setia blog aku sudah beranggapan bahawasanya blog aku sudahpun BERKUBUR.  Oh Tidak!!! Tidak sama sekali. Blog MatdinGunung masih bernyawa. Kekangan masa 'owner'nya yang membuatkan blog ini menyepi seketika.

Cuti sekolah minggu lepas aku berkesempatan untuk meneruskan hobi aku iaitu berburu. Misi kali ini ialah memburu AYAM HUTAN dan Burung Wak-Wak yang banyak menghuni pinggir rimba pedalaman Aring 8. Aku bersyukur, walaupun bekerja di pejabat dan tidak terikat lagi dengan cuti persekolahan, tetapi permohonan aku untuk bercuti selama seminggu diluluskan oleh BOSS aku. 

Sebaik saja aku pulang daripada bermesyuarat di Ipoh, Perak selama 3 hari dan.. pada malam itu juga aku terus pulang ke kampung pada minggu kedua cuti sekolah. Aku dengan Iwan sudah merancang untuk terus singgah di Rumah Tok Batin dan pagi itu juga aku akan masuk ke hutan untuk merealisasikan misi. Aku selamat sampai di rumah Tok Batin pada pukul 3 pagi. Tok Batin masih tidak tidur kerana menunggu aku sampai. XPDC aku kali ini dimeriahkan dengan peserta yang agak ramai kerana secara kebetulan kebanyakkan anak buah aku turut mengambil cuti dan berminat untuk menyertai XPDC aku.

Oleh sebab masa masih awal.. aktiviti memburu ayam hutan diselingkan dengan memukat ikan untuk dibuat lauk makan tengah hari nanti.Lokasi menjaring ialah di sempadan Taman Negara Kuala Koh di tepi ladang kelapa sawit yang bersempadan dengan hutan simpan. 

Menuju Ke Destinasi

Antara Peserta yang hadir

Crew-Crew sedang membuat Persediaan untuk aktiviti menjaring ikan

AWAS!!! tempat bukan sembarangan kerana lubuk ikan ini juga menjadi tempat Sang Belalai mandi dan minum air berdasarkan penemuan beberapa tompok najis Gajah yang masih baru. Tolong jaga mulut semua.. jangan ada sesiapa yang bercakap besar dan bermulut celupar.

Ambil kelengkapan iaitu kayu pemacak

Inilah dia lubuk ikan yang dimaksudkan

sebanyak 5 utas jaring telah dipasang di dalam lubuk ini. Oleh sebab musim kemarau, maka lubuk ini tidaklah begitu dalam tetapi awas.. di bawahnya berselut

Selepas jaring siap di pasang, tibalah masanya kita bersantai menunggu jaring diangkat 2 jam kemudian.

Sambil tu makan dulu untuk mengalas perut

Selepas siap memasang jaring di kolam takungan air tempat sang belalai bersiram.. aku meneruskan lagi memasang jaring yang selebihnya di sungai pula. Lagi banyak jaring yang di pasang, kemungkinan untuk mendapat ikan yang banyak lebih cerah harapannya. Kali ini aku memasang jaring di sungai Galas.

XPDC memburu ikan di teruskan ke destinasi yang lain pula

CREW-CREW bersiap sedia

Sungai Galas menjadi sasaran
Walaupun nampak tenang, tetapi arusnya laju. Kena berhati-hati

Kebiasaannya pada siang hari aku tidak berburu kerana binatang amat culas dan liar tetapi ada teknik lain yang boleh dibuat iaitu memasang jerat. Ayam hutan juga mudah masuk jerat sekiranya ada denak yang baik untuk dijadikan umpan. Pada hari itu, kami bernasib baik kerana dua ekor ayam hutan telah termakan jerat. Jadi, dengan tidak berlengah lagi, ayam hutan tersebut telah dijadikan lauk untuk santapan kami pada petang itu. Ayam hutan eksotik tu aku masak goreng kicap.

Berehat seketika

Seperti kebiasaannya.. akulah yang diberi tanggung jawab menjawat jawatan Quater Master 

Turut dibantu oleh Kitchen Helper yang dilantik


Dah Siap Dua eko AYAM HUTAN DARA untuk dijadikan santapan 

Laju jee pemangsa-pemangsa melahap hasil tangkapan

Terus makan dalam kuali

Syairol kata masakan aku SEDAPPPP!!

Punca air paip syabas tak ada kat sini.. so, kena pakat mandi air parit untuk menyucikan badan

Meninjau lokasi untuk berburu pada malam ini. Kelihatan iwan sedang memerhati kelibat ayam hutan masuk tidur
Malam ini sungguh malang.. kerana bulan terlalu terang. Cuaca terang begini amat tidak sesuai untuk berburu binatang. Kalau pergi pun penat sahaja yang dapat kerana binatang tidak merayap pada malam bulan terang. Kalau adapun culas dan sukar ditembak. So.. malam yang hangat ini dihabiskan dengan berbual-bual kosong sambil masak-masak meggi dan minum kopi. Aktiviti memanggil dan memasang jaring burung Wak-Wak dibatalkan kerana aktiviti memanggil burung Wak-Wak amat sesuai dibuat pada malam yang gelap gelita dengan disusuli pula oleh hujan yang renyai-renyai. Sama juga dengan berburu ayam hutan, hujan renyai dan malam gelap lebih sesuai kerana ayam akan tidur kepalanya disorongkan ke bawah kepak maka mudahlah untuk menembaknya.

Bulan yang terang benderang amat tidak sesuai untuk aktiviti memburu

Pada pagi ini kami bangun awal.. semuanya bersemangat untuk pergi megangkat jaring dengan harapan mendapat banyak hasil kerana pukat yang dipasang agak banyak. Hanya hasil jaring yang menjadi harapan untuk mengubat kekecewaan tidak dapat berburu pada malam tadi. Sebelum keluar mengangkat jaring, masing-masing bersemangat untuk menyediakan sarapan pagi untuk mengalas perut.

Semuanya nak tunjuk bakat jadi Quater Master

Pisau pun boleh buat kacau sup sardin


Piring astro buat pinggan makan nasi 

Mari-mari.. pakat-pakat cicah. bak kata peribahasa Melayu "Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah".

Sardin cicah roti ciptaan Mr Farouk

Tempat tidur belum berkemas.. dah nak lari

Ready untuk pergi angkat jaring.

Hasil jaring pada pagi ini kurang memberangsangkan. Dapat la berbelas-belas ekor sahaja, tidak balik modal dengan harga pukat. Tapi tidak mengapa.. NEVERMIND, jangan niat pergi untuk mendapatkan hasil.. adakala kita kena akur dengan ketetapan ILAHI. Mungkin kali ini tidak ada rejeki tapi dilain hari rezeki hadir melimpah ruah. Sekurang-kurangnya kita dapat berkumpul dan bersosial bersama kerana cuti-cuti macam nilah peluang yang ada untuk berkumpul sanak saudara. Bila dah habis cuti nanti, masing-masing sibuk. Cuma WhatsApp Group Anak Cucu sahaja yang menjadi penghubung pengikat silaturahim antara kita. Secara tidak langsung, kita juga telah menambah satu lagi koleksi pengalaman kita dan aku pastinya dapat menambah satu lagi entri untuk blog Matdingunung yang dikatakan hampir berkubur itu. Pengalaman mandi air parit, pengalaman tengok najis gajah liar, pengalaman tidur di bawah embun, pengalaman makan ayam hutan goreng kicap dan pelbagai lagi pengalaman mana nak dapat kat kota metropolitan. Aku tak pernah serik dengan apa yang berlaku kerana aku cukup seronok dapat memenuhi hobi aku.Dan.. yang pastinya aku akan pergi lagi. Keluar hutan ni.. aku akan pergi lagiii.. aku akan berburu lagi. Tapi kali ini pemburuan aku bukan di Hutan tetapi....Sekian Terima Kasih. Jumpa lagi NEXT DESTINATION.

Assalamualaikum...WBT. Al-Fatihah untuk arwah ibu. 

Saturday, 17 May 2014

BAWA FAMILY BERSANTAI KE PORT DICKSON

Assalamualaikum..

Lama tertangguh entri ni disebabkan kekangan masa. Mulanya balik dari PD terus nak buat, tapi dok asyik tangguh..tangguh..Halim dah tak sabar-sabar nak baca blog saya. 

Hari minggu ni tutup untuk semua program sebab dah banyak kali Ahad saya asyik keluar rumah saja. Tak de masa nak rehat. Sebelum ni, hari minggu banyak habiskan masa kat pejabat sebab buat persediaan untuk Audit masuk. Sekarang Audit dah lepas, maka ada ruanglah sikit dengan anak-anak. Masa kerja guru dulu takpe lah sebab banyak masa untuk bersama anak-anak. Tapi semenjak kerja kat pejabat ni, masa terluang bersama anak-anak sangat terhad sebab selalu balik kerja lewat petang.

Anak-anak asyik merenggek bila nak bawa mereka pergi jalan-jalan. Keinginan anak-anak rasa berat hati juga nak tolak walau kita sibuk macam mana sekalipun. Sama macam kita budak-budak dulu.. kalaulah ibu bapa boleh bawa keluar sekali sekala.. oh! alangkah nikmat dan indahnya. Tapi itu tidak mungkin berlaku. Seingat saya, sejak dari saya dilahirkan ke dunia ini, hanya SEKALI saja ibu saya membawa saya pergi berkelah ke tepi pantai iaitu ke Bukit Kluang, Besut Terengganu. Itupun ikut trip yang dianjurkan oleh Kelab Belia kampungku. Masa tu saya pun dah tak ingat tahun bila tapi yang saya ingat masa tu saya masih budak lagi. Tu je lah sekali saya berkesempatan berkelah bersama ibu. Ayah tak de masa nak layan kerja-kerja berkelah cam gini sebab dia busy memanjang buat kerja cari rezeki untuk anak-anak dapat suapkan nasi ke mulut. Tak pe lah.. bukan salah mereka. Tak tergugat pun kasih sayang kepada mereka walau mereka tak pernah bawa kita pergi berkelah. Bawa keluarga pergi berkelah untuk merapat dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan merupakan satu fakta sampingan aje.. kalau tak keluar melancong dan berkelah pun mereka tetap rapat sekiranya ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab mereka.

Rancangan nak ke PD ni sudah lama sebenarnya. Plan utama nak jadikan satu hari keluarga untuk kawan-kawan supaya hubungan persahabatan kami semakin erat dan anak isteri kami dapat berkenal-kenalan seterusnya dapat menambah kenalan sesama mereka.. tetapi sebaliknya berlaku kerana banyak keluarga yang tarik diri di saat akhir atas sebab komitmen lain. Tak pelah, pergi je mana yang nak pergi. Saya pun kebetulan pada hari tu ada kawan baik kahwinkan anak dia, so tak dapat hadirlah sebab tempat dah booking lama. Satu lagi program pada hari tu, kawan setaman asyik duk pujuk saya untuk joint group kejohanan boling terbuka.. tapi terpaksa juga saya tolak pujukan itu walau hati sangat berkeinginan untuk menewaskan kumpulan-kumpulan lain seterusnya menaikkan nama pemain boling kat Taman Perumahan saya he..he... Semua program lain terpaksa tolak tepi sebab beri laluan kepada aktiviti yang sudah lama dirancang. Nasib baik majlis hari lahir anak buah kawan baik sempat saya hadiri selepas balik dari PD.

Pada mulanya saya menyewa 2 unit rumah rehat staf UPM untuk memuatkan 6 family, tetapi oleh sebab hanya 3 family saja yang boleh hadir, maka terpaksa saya tolak seunit rumah rehat tersebut. Rugi rasanya sebab nak dapat rumah tu bukan senang.. kena booking awal. Rumah tu mengadap laut dan selesa. Laman luas, bilik selesa dan harganya sangat murah. Sangat sesuai untuk aktiviti family day.

2 unit rumah rehat berkembar UPM

Ruang dalaman rumah yang luas dan selesa

Bilik yang luas dilengkapi dengan penyaman udara

ruang dapur yang lengkap termasuk peralatan memasak, pinggan mangkuk dan peti ais

bilik kedua juga turut dilengkapi dengan pendingin hawa

kedudukannya yang menghadap laut amat mententeramkan

Laman yang luas siap ada padang di tepinya amat sesuai untuk melakukan aktiviti keluarga seperti sukaneka.

Sheeeronoooknya anak-anak bila sampai kat situ. Anak-anak Halim pun tidak kurang seronoknya. Sekejap je masa yang di ambil untuk anak-anak kami berkenalan dan terus mesra cam dah kenal lama. Isteri saya juga sudah mula mengenali Isteri Halim. Ada kelebihan juga mengenali isteri Halim sebab dia peniaga kain baju dan tudung.. mungkin dapat harga staff yang lebih istimewa bila berurus niaga dengan dia nanti hee.. hee..itulah tujuan utama aktiviti ini dirancang. Untuk merapatkan hubungan silaturahim..

Malas nak karang banyak ayat.. tengok jelah gambar.

Puas dapat layan keinginan anak-anak. 

Athir posing

Dah berenang dah Athir tu...

Perghhh... sheronokkknyaa mereka

Amsyar mulanya takut nak main air.. bila dah turun, sekali tak nak naik daaa.

Lim layan anak-anak.. Tahniah Lim, bapa yang baik

Athir mintak nak datang lagi lepas ni

Ambik pic anak-anak untuk kenangan. Sikit lagi Halim pun ada blog cam saya juga

Pantau anak-anak main air

Anak orang lain, anak kami juga. Sama-sama pantau keselamatan mereka

Posing skt Boh

Mereka duk mengutip cengkerang

Hidupkan api Bakar arang untuk BBQ

Posing bini kawe

Saje je main-main.. layan Halim yang nak jadi jurugambar profesional

Kita makan sataylah tengah hari ni

Oooo.. sedap Lim. Satay Willy yang terkenal



Itulah saja coretan saya.. Terima kasih Halim dan Pok Rie yang sudi hadir. Memang banyak manfaat yang kita dapat. Lain hari saya akan buat lagi program yang seperti ini tapi untuk geng-geng setaman pula. Mereka dah lantik saya sebagai floor manager sejak dari bulan januari lagi. JPNS pun dah lantik saya untuk uruskan lawatan penanda aras ke Terengganu dan Kelantan September ni. Banyak paper work nak kena siapkan. Geng-geng guru lelaki sekolah lama pun dok tekan suruh buat program juga tu.. waa, banyak program makan angin rupanya yang menjadi kobusiness saya sejak akhir-akhir ni.

SEKIAN TERIMA KASIH..