Tuesday, 3 August 2021

PANDEMIK VS EPIDEMIK

 Assalamualaikum..

setiap pagi, setiap kali bangun tidur kepala pusing memikir apa akan berlaku hari ni dan hari-hari mendatang. Pelbagai persoalan timbul bila laa Covid ni akan berakhir.. kita nak bebas.. bebas ke sana ke mari seperti dulu.. bebas hirup udara nyaman tanpa ada virus covid varian Delta berterbangan di udara.

Semua orang bimbang sekarang.. orang yang tak boleh bekerja, bimbang nak makan apa untuk anak-anak setiap kali bangun pagi. Anak-anak lapar mintak makanan.. kita duit takde, nak beli apa pun tak boleh.. nak minta bantuan jiran atau sedara mara segan la pulak..

Orang yang berniaga kecil-kecil, tak boleh nak berniaga, pelanggan tak keluar dan tidak digalakkan keluar. Nak berniaga pun bimbang takut pelanggan bawa virus kovid ke gerai. Yang ada kedai, terpaksa tutup kedai, sewa kedai nak kena bayar bulan-bulan. Last2.. tutup kedai, jual habis kerusi meja dalam kedai. Yang ada kiosk, pun tak boleh nak berniaga.. Yang ada lot kedai dalam pasar raya, bayar saja-saja tiap-tiap bulan.. pelanggan tak berkunjung kat mall. Syarikat besar sikit, yang sewa lot kedai besar kat Mall seperti butik Adidas, Nike, Uniqlo, dan lain-lain pakaian berjenama tentu mengalami kerugian teruk.. sewa kedai bukan murah, mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.. contohnya lot kedai dalam mall Sunway Piraymid, atau lot kedai dalam mana-mana plaza.. mati woooo.

Yang berniaga barangan yang ada tamat tempoh.. fuhhh.. tunggu barangan nak dibuang saja. Pengusaha bas sekolah dan bas persiaran untuk pelancongan.. fuhhhh.. mana nak cekau duit bayar sewa bas bulanan.. Pengusaha bas ekspress macam Mutiara, Sani, dan macam-macam lagi.. tak meriah langsung walau musim perayaan dan cuti sekolah. Bas terperap dalam stor. Pengusaha kantin sekolah, macam mana nak hidup.. yang ada hotel, chalet dan rumah tumpangan atau guest house.. takde customer, tak ada income.. takde duit nak makan dan nak maintance. 

 Yang ada banyak rumah sewa pun tak senang duduk juga, ramai yang tak mampu nak bayar sewa.. tertunggak beberapa bulan dan risiko penyewa nak lari senyap-senyap. Taska pun sukar nak bernafas, takde budak sedangkan bayar sewa taska yang corner lot tu bukan murah. Syarikat penerbangan usah cakap laa.. dari kerani penjual tiket sehinggalah ke pilot kapal terbang termasuk jurutera servis kapal terbang sebahagian besarnya pakat nak bawa food panda dan grab food untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Bahana serangan Covid ni memang jelas menyusahkan seluruh umat manusia kecuali pencipta veksin dan pengusaha kilang penutup muka serta pengusaha kilang hand sanitaizer yang hari-hari mengaut untung besar di atas kesusahan orang lain. Ramai orang dah jadi yatim piatu sekelip mata akibat kovid.. Ramai orang menjadi janda sekelip mata akibat kovid dan ramai yang terluka didera oleh ibu ayah atau penjaga akibat kovid.. ramai yang bunuh diri akibat kovid, ramai yang sakit mental akibat kovid dan ramai yang merengkok menahan kelaparan akibat kovid.




Tapi ada juga yer dalam ramai-ramai yang susah dan hidup merempat akibat covid.. ada yang berani turun berdemontrasi menyuruh kerajaan tumbang.. ada yang hensem, smart, berbaju kot dan bertali leher berkumpul memekik tonjolkan kepakaran berpidato untuk kononnya membela rakyat.. politik oh politik.. kau sungguh kejam. Dalam saat rakyat sedang tertekan dan bergelumbang dengan kesusahan serta kepayahan, kau hadir menambah tekanan dan bebanan ke atas bahu rakyat. Kau sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi kepentingan politik dan kehendakmu.. dendammu terhadap rakyat yang menentangmu dulu tak pernah padam walau sekelumit. Kau sanggup memomokkkan bahaya veksin kepada rakyat agar rakyat bangkit memberontak menentang kerajaan. Kau sanggup memperguna dan memperdaya budak-budak mentah dan masih hingusan supaya turun ke jalan-jalan raya membawa sepanduk melaung-laung dan terlolong-lolong macam orang sasau suruh memekik kata ' KERAJAAN GAGAL ' sambil menjulang penumbuk tapi mengangkat satu jari tengah. Waduhhh.. apa nak jadi dengan negaraku iniiiii.. Allah.. Lindugilah Negaraku yang tercinta ini.. Kembalikan keamanan seperti dulu.. Hamba Rakyat mahu hidup tenang.. 

Monday, 26 July 2021

MUSIM VARIAN DELTA MENGGANAS

 Assalamualaikum..

Pertama sekali DinGunung nak mohon maaf kepada follower blog MatdinGunung sebab lama sangat tak masuk entri baru.. hal ini sebab sudah sedia maklum bahawa kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang tak boleh nak rentas daerah walau nak pegi mancing ikan patin di Sugai Langat sekalipun. Memang begitu lama PKP kali ini berlangsung.. lepas tu diberatkan lagi dengan Lockdown sebagai penambah perisa PKP.. masih lagi tak berkesan.. tak cukup dengan lockdown, ditambah perisa lagi satu iaitu PKPD di seluruh Selangor.. lagi laa perit rasanya.. 

Sepanjang berkurung dalam rumah, aku sentiasa layan facebook.. sebab tak tau nak buat apa kan, lagipun sekolah sedang cuti, so aku tak busy dengan PDPR.. Dalam fb, aku suka layan aktiviti Wea Salamos sebab suka tengok dia cari rezeki dengan keluar ke laut memancing kerisi dan cencaru, mencari lokam kemudian main masak-masak dalam pohon nipah.. itu semua memang aktiviti yang sebati dengan jiwa aku sejak kecil. Kemudian aku juga suka layan  ' Joama Malaysia,'  aktiviti main dalam sawah padi, jerkap ikan, tahan tajul, menjala, memancing dan macam-macam aktiviti kampung.. selalu dia tayang view sawah padi dan bukit yang terbentang luas, kemudian matahari naik dicelah bukit serta ada beberapa ekor burung beterbangan  macam lukisan masa kita zaman budak-budak dulu. Memang sangat rindu kat aktiviti macam ni.. rasa nak keluar air mata tengok aktiviti mereka yang aku follow dalam FB.. jelous sangat-sangat. Ada juga aku follow 'Geng Cari Lampam.' layan video aktiviti mereka masak-masak ikan hasil jaring atau pancing di dalam hutan atau di tepi sungai, sebijik macam aku biasa buat.. fuhhh.. rindu betul. Aku sentiasa berdoa agar satu hari akan dibuka juga pintu sempadan negeri kerana banyak aktiviti outdoor yang aku rancang duk tunggu turn..

Oklah.. hari ni bukan aku nak cerita pasal aktiviti outdoor, tapi aku nak menulis pasal apa yang berlaku disekelilingku sepanjang dua tiga hari kebelakangan ni. Aku kena menulis juga kerana skill menulisku sudah semakin hilang akibat lama tak menulis.. macam skill main golf aku, sudah hilang skill swingggg akibat lama tak turun green.

Araitt.. hari ni 26 Julai 2021.. ada beberapa rekod baru yang aku nak catat di sini sebagai kenangan yang akan kemas terpahat dalam sanubariku sepanjang hayatku nanti dan juga untuk tatapan anak cucuku nanti. Mungkin esok ataupun lusa atau hari-hari yang bakal ku lewati akan ada banyak rekod baru lagi, mungkin... takpelah.. yang aku nak cerita hari ni ialah rekod setakat hari ini... Keadaan jangkitan covid sekarang memang sudah tidak terkawal.. hal ini puncanya akibat kehadian varian DELTA yang katanya lebih pantas berjangkit. Sistem kesihatan kita sudah semakin lumpuh, frontliner kita sudah hampir tertewas dan amat-amat kepenatan. Wad-wad hospital di seluruh negara sudah penuh terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur yang tidak mampu lagi mananggung kes ICU yang melimpah ruah.. ramai pesakit yang memerlukan bantuan oksigen terpaksa berkongsi tabung oksigen dan terpaksa tidur di kerusi dan lantai dalam wad ICU selama berhari-hari bahkan ada yang berminggu-minggu. Keadaanya amat-amat dashyat kalau kita boleh tonton video keadaan kat dalam tu.. Mental pesakit terus koyak dan amat mengerikan.. Mayat-mayat bergelimpangan di rumah mayat dan sudah tak muat untuk diisi dalam peti mayat.. terpaksa di susun di lantai bilik mayat. 

Ok.. hari ni 26 Julai 2021 rekod tertinggi kematian dalam sehari setakat ini iaitu seramai 207 orang.. maknanya setiap 7 minit ada kematian. Pesakit dari Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang paling ramai meninggal. Setakat hari ni kes kematian keseluruhan sudah mencecah 8201. Semalam, 25 Julai 2021, tercatat rekod kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 17, 045 dan hari ini juga jumlah keseluruhan jangkitan sudah mencecah angka melebihi 1 juta orang. Hari ini juga aku telah mendapat suntikan bagi dos kedua vaksin Pfizer.. Alhamdulillahh.. semoga aku dilindungi oleh Allah lepas ni daripada dijangkiti atau sekurang-kurangnya kalau nak kena, biarlah di tahap 1 atau 2 saja iaitu kes yang tak bergejala.

Hari ni, 26 Julai 2021 sidang Parlimen sudah bermula apabila lama tertangguh akibat darurat politik. Yang mengecewakan, sidang parlimen yang diadakan bukan untuk mencari solusi bagaimana kesepakatan yang boleh dibuat oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat untuk menyelamatkan rakyat daripada jangkitan Covid yang sedang mengganas.. tetapi dewan parlimen menjadi medan tempur pihak-pihak yang berkepentingan dan gilakan kuasa menyalak untuk menjadi jaguh penyalak paling hebat. Semuanya menyalahkan pihak kerajaan.. sedangkan sepatutnya pada saat ini, buang jauh-jauh rasa nak kuasa tu dulu.. fokus kepada kaedah dan cara bagaimana nak lawan covid yang menyerang rakyat ni.. yang mematikan rakyat ni.. yang menyebabkan rakyat ramai yang hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.. yang menyebabkan rakyat miskin..yang menyebabkan rakyat kelaparan.. yang menyebabkan hospital-hospital sesak dengan rakyat.. yang menyebabkan rakyat yang bertugas di barisan hadapan terduduk dan pengsan kepenatan.. Bantu rakyat.. Bantu Rakyat.. itu sepatutnya tujuan parlimen dibuka untuk bersidang, bukan untuk melalak melepaskan geram kepada Perdana Menteri dan  beberapa Menteri atau Pihak kerajaan..dalam keadaan dan situasi sekarang, sape-sape jadi pemimpin pun akan gagal.. sebab tak boleh nak buat kerja.. bimbang dijangkiti covid yang mengganas. Banyak sektor ekonomi yang menjana pendapatan kepada kerajaan terpaksa ditutup.. semua kena faham ni.. Presiden Amerika yang terbaik dalam ratusan juta rakyat pun tak mampu menangani masalah covid ni walau negara mereka kaya. 

Sepatutnya dalam sidang Parlimen kali ini, semua ahli parlimen berpadu tenaga dan bergabung idea cari solusi terbaik untuk mengekang wabak ini sepertimana suatu masa dulu negara kita menjadi antara negara terpantas dapat membendung penularan pandemik covid 19 ini. Sepatutnya pada masa ini, mereka bincang bagaimana nak bina hospital sementara macam negara China buat dulu, menambah kakitangan hospital dan menyediakan peralatan hospital termasuk katil-katil dan kelengkapan makmal hospital. Bincang untuk bentuk banyak kumpulan sukarelawan dalam parlimen masing-masing untuk bantu frontliner. Bincang untuk buka lebih banyak pusat suntikan vaksin untuk mencapai sasaran 80% imuniti rakyat dengan lebih pantas.. ini tidak, dalam keadaan yang getir ini, ada juga tangan-tangan hitam ambil kesempatan untuk menekan kerajaan dengan menghasut adik-adik doktor pelatih tinggalkan pesakit untuk keluar berdemontrasi. Apa niii..??? rakyat cemas la macam ni.. pesakit covid yang sepatutnya berada di tahap 2 iaitu begejala ringan terus upgraded naik ke tahap 3 dan 4.. sesak nafas mereka dibuatnya...Memang lumpuh laa negara macam ni.. septutnya kalau ada agenda politik pun.. sabar dulu.. fikir dulu 165,840 rakyat yang sekarang ini sedang bertarung dengan sakit covid tu, sembuh dulu semuanyaa.. adik-adik doktor kontrak pun satu hal.. mudah sangat termakan hasutan.. kalau dia ada rasa tanggungjawab untuk merawat pesakit biar sembuh selari dengan motto seorang doktor yang dipegang oleh semua doktor.. tak patut buat macam ni.Walau berstatus doktor kontrak, kerajaan tetap bayar gaji. Bila keadaan dah reda nanti, tuntutlah nak tuntut apa-apa pun.. sebab kita ada hak untuk bersuara.

Oklah.. cakap banyak pun tak guna.. suara blog aku takde pun org dengar.. aku bukan ahli parlimen yang duk dalam dewan parlimen untuk nak mencelah bagi nasihat kepada ahli-ahli parlimen yang sedang bertelagah ni. Aku menulis dan luahkan perasaan untuk aku sahaja.. sungguh kecewa aku dengan keadaan ahli politik kita yang macam ini.. suka sangat mengguk di air keruh memperjudikan nyawa dan kesusahan rakyat demi memenuhi agenda parti politik mereka.

Kita sebagai hamba rakyat, marilah kita sama-sama terus berdoa terhadap Allah swt agar angkatlah wabak kovid 19 ini dari bumi Malaysia dan kembalikan keamanan dan kesejahteraan serta nikmat yang rakyat Malaysia kecapi sebelum ini. Rakyat bantu Rakyat.. Janganlah kita menjadi sebahagian daripada orang yang tak peduli kesusahan orang lain dan suka mengambil kesempatan di atas kesususahan orang lain. "Kita Jaga Kita.. Kita Jaga Keluarga Kita.. Kita Jaga Jiran Kita dan kita Jaga Semua" 

Sekian.. Assalamualaikummm wbt....

Monday, 5 April 2021

BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI MUSIM PKPB

 Assalamualaikum..

PKP sudah mula berakhir tetapi musim PKPB masih belum berakhir.. bermakna untuk pergerakan antara daerah dibenarkan tetapi untuk rentas negeri masih tidak dibenarkan. Cuti sekolah dalam musim PKPB boleh jer dimanfaatkan kalau mahu. Tak payah bawa family pegi jauh-jauh.. cukup jer sekadar radius 30km daripada rumah.. lebih jimat kos dan masa serta tenaga. 

Aku juga tak lepaskan peluang untuk bawa anak-anak pegi bercuti.. kesian mereka lama berkurung dalam rumah sejak PKP yang kedua. Tak mau pegi jauh-jauh.. cari jer tempat percutian yang berhampiran dengan rumah. Tempat yang menjadi pilihanku ialah CyberView di Cyber Jaya.. 15 minit saja perjalanan dari rumah aku.. Boleh balik makan kat rumah kalau mahu, lepas tu angkut tikar bantal tidur kat resort sana. Aku pegi secara terjah macam tu jer.. tak booking apa-apa. Kalau takde takpe.. boleh pusing-pusing saja.. lepas tu balik rumah semula, esok cuba lagi. Tapi rezeki anak-anak, masa aku terjah tu, bilik masih ada yang kosong. Jadi boleh terus masuk cuma kena tunggu lama sikit untuk check in sebab pengemas bilik nak sanitasi. Walau bagaimanapun, mereka bagi tuala untuk anak-anak mandi kolam dulu sementara bilik siap dikemas.. so, takde masalah lah.. dapat bilik pun tempat yang paling cantik.. betul-betul depan kolam mandi.. viewpool.. bilik pun cantik macam tempat orang honeymoon.















Harga dia boleh tahan laa.. tapi kalau kita kira jarak, bolehlah kita belanja lebih sikit untuk ambil bilik yang selesa sebab kita dah save bajet jarak perjalanan dan tol kalau pegi ke tempat pelancongan yang lebih jauh contohnya di Gold Coast Morib atau ke kawasan Sabak Bernam. Bilik selesa untuk anak-anak sebab di samping ada ruang tamu, ada juga 2 bilik lain.. facitilities pun lengkap. Ekon sejuk gila, bini aku lupa bawa baju sejuk, terpaksa balik rumah kejap pada malam tu, semata-mata untuk ambik baju sejuk.


Kat beranda bilik ada ruang rehat untuk pantau anak-anak mandi sambil makan maggi


Bilik betul-betul mengadap kolam mandi

Ada ruang tamu dengan kemudahan unifi

Ruang yang selesa.. yang paling penting, bilik air bersih, cantik dan airnya laju gila


Bilik 1



Lepas anak-anak puas mandi, baru pegi ambik kunci bilik kat kaunter pendaftaran.. masuk mandi tukar baju kemudian pergi bersiar-siar sambil joging di Taman Tasek Cyber yang bersempadan dengan Putrajaya. Taman tasik ni letaknya sebelah saja lebih kurang 1 km. Menghirup udara nyaman sambil cuci mata menikmati pemandan indah.. Tenang jer fikiran.  











Balik dari bersiar-siar kat Taman Tasek lebih kurang pukul 7.30 mlm.. Selepas mandi solat maghrib, kami berehat sebentar kemudian bawa anak-anak keluar makan. Bagi peluang anak-anak pilih sendiri jenis makanan yang mrk mahu.. ramai pulak yang pilih untuk makan Western Food.. maka kami pegi laa ke restoran PADI yang tak jauh pun dari resort.. lebih kurang 5 minit jer perjalanan. Restoran ni terkenal dengan penyediaan makanan Western kat Cyber Jaya.. Tak pe... rezeki anak-anak sekali sekala nak pilih sendiri jenis makanan yang mereka suka.. dalam rezeki kita banyak terdapat rezeki anak-anak kan..??




Western Food pilihan anak-anak

Malam tu semua anak tidur lewat.. ada yang layan movie, ada yang main pubg.. maklumlah internet laju.. takpe, aku bagi peluang anak-anak main sampai puas sebab minggu depan dah nak sekolah.. ada yang terpaksa memerap di asrama dengan mengikut jadual pembelajaran yang amat padat.. bagi mereka rehat cukup-cukup.

Esok hari, bangun pagi pegi makan di cafe dia.. dapat voucher makan cukup untuk 6 orang. Seorang anak terpaksa berkejar ke Puchong sebab ada perlawanan Futsal. Makanan dia ok laa.. boleh bagi 4 bintang sebab banyak pilihan. Sedap tu perkara subjektif.. ada yang kata sedap, ada yang kata boleh laaa.. depend kpd selera masing-masing. 




Tempat Makan CyberView Resort


Lepas makan, terus mandi puas-puas.. hari ni last day berada di sini.. aku tidur jer dalam bilik berehat cukup-cukup sebab minggu depan dah mula kerja. Sebelum ni berbulan-bulan berkurung dalam rumah kerja work with home atau bekerja dari rumah ( bdr ).  Pihak pengurusan bagi kebenaran check out bilik lewat sikit sebab semalam check in lewat. Pukul 2.30 baru kami check out.. puas laa kiranya.. berbaloi dengan harga yang dibayar.. Masa balik laju jerr.. pukul 2.45 bergerak keluar dari CyberView Resort, kul 3.05 dah sampai rumah.. 20 minit jer termasuk sangkut kat trafic light.. itulah cerita percutian keluarga kami yang simple tetapi menarik dan seronok.. SEKIAN TERIMA KASIH.


ibu layan anak bermain air

 

seronok anak-anak main air.. tak nak naik.. tak reti sejuk


View dia cantik brooo..