Assalamualaikum...
Lama benar entri baru tak masuk ye.. bukan sibuk sebenarnya, tapi rumah dah tak de internet. Semenjak menetap di rumah baru ni, line internet very slow. So, tak leh nak guna berukband. Jadi.. nak tak nak, kena la pegi CC kalau nak update blog. Dok kat CC serabut nga budak-budak main game online la pulak. Nak mengarang pun tak senang. Budak-budak hingusan asyik dok mencarut tah ape-ape.
Minggu lepas aku baru balik dari Jasin, Melaka bawa budak-budak badan beruniform menyertai perkhemahan. Aku pegi cuma atas tiket fotografi aje. Bukannya organize budak-budak tu. Sekarang ni memang senang. Kalau budak-budak nak berkhemah, serah je kat Konsultan. Mereka akan uruskan semua. Cikgu tak yah nak susah-susah. Tunggu bayar je dan siapkan paper work untuk kelulusan PPD. Kalau cikgu pegi pun, sekadar memenuhi peraturan bawa keluar budak iaitu setiap 20 orang budak mesti diawasi oleh seorang guru. Hakikat sebenar, cikgu cuma tidur bangun dan pantau sikit-sikit je kecuali Kem Komandan yang kena kerja lebih sikit.
Zaman aku dulu, kalau menyertai perkhemahan badan beruniform, aktiviti amat kurang. Cikgu pun takut nak lakukan aktiviti-aktiviti yang lasak sikit. Takut apa-apa yang tak diingini berlaku. Malas cikgu nak menjawab. Yang ada pada masa aku dulu ialah pertandingan kawad, pertandingan kawasan khemah bersih, pertandingan buat gajet, pertandingan bina pintu gerbang, Pertandingan masak tanpa peralatan, malam burung hantu, jalan malam, meredah hutan dan persembahan kumpulan. Lain-lain tu kena buli kat ketua patrol je laa. Asyik kena tekan tubi je. Menguap masa kawad pun kena basuh muka dengan air lumpur.
Tapi sekarang, aktiviti semasa perkhemahan semakin canggih. Macam-macam aktiviti telah dicipta sampai budak-budak tak de masa nak tidur sepanjang tiga hari dua malam berkhemah. Kadang-kadang sudah tak ada nostalgia kalau aku iring budak-budak ni lakukan aktiviti sebab terlalu berbeza dengan aktiviti yang pernah aku sertai masa aku jadi pelajar dulu.
Tempat Kem |
Budak-budak pasang khemah |
Pertandingan Kawad antara badan beruniform antara aktiviti pertama pada hari pertama. Kawad Taekwondo |
Kumpulan Pengakap |
Persembahan Kadet Bomba |
Kawad Formasi St John Ambulance |
Kadet Remaja Sekolah |
Aktiviti malam dimulakan dengan Ice Breaking |
Mbikk Ko.. dah kena denda sebab bising masa Komandan sedang memberi arahan. Cium lantai beb.. |
Pembentukan kumpulan. Lepas aktiviti ice breaking, mereka menjalani aktiviti malam burung hantu selepas 12 tengah malam. Selesai pukul 3 pagi. |
Aktiviti untuk hari kedua ialah buat rakit |
Jurulatih memberi tunjuk ajar cara mendayung rakit |
Simulasi mendayung rakit. Angkat! Cucuk! Tarikkk! |
Setiap kumpulan telah disediakan seorang jurulatih sebagai penasihat dan pengiring |
Pikul rakit bawa masuk ke atas permukaan air |
Ada lagi taklimat. Main dengan air tak boleh nak main-main. Kena ikut langkah-langkah keselamatan yang ketat. |
Masuk dalam air |
Oleh sebab semua konsultan yang uruskan, maka cikgu cuma bersantai je laaa... |
Belajar teknik mengapungkan diri |
Aktiviti air pada pagi hari kedua |
Mesti nak kena sama-sama bekerja. Kalau ada yang curi tulang, pasti akan kalah |
Floor manager main kayak |
PK KOKU pun turut tak nak lepaskan peluang |
MatdinGunung pun turut menunjukkan skill berkayak |
Malam terakhir, kumpulan guru pi pekena ikan bakar kat Umbai. Sebab jarak dah dekat, rugi rasanya kalau tak pegi. Bukan selalu boleh berkumpul macam ni. |
Order apa aje bang.. PK KOKU belanja |
Antara menu yang ditempah |
Mat Tas sibuk menyusun atur menu yang dah sampai |
Udang kertas celup tepung |
Sempat lagi berposing anak-anak dara dan mak dara |
En Kang pantang tengok binatang ni, bagi 10 kilo licin disapunya |
Ni Semua sebab perbuatan En Kang lah. Jap je tinggal kaki |
Berselera betul cikgu-cikgu pengiring ni makan |
Salah satu aktiviti air pada petang hari kedua |
Aktiviti ni segala-galanya nak kena pantas |
Lepas masuk hutan keluar hutan, Masuk paya keluar paya pulak |
Cuci muka dengan air lumpur |
Kerjasam berpasukan amat penting |
Sekali tengok macam komando |
Aaa.. dah pakai bedak |
Malam Terakhir persembahan kumpulan |
Salah satu kumpulan yang membuat persembahan spontan |
Aktiviti pagi hari terakhir |
Add caption |
Jogging |
Streching sebelum melakukan aktiviti seterusnya |
Macam-macam gaya boleh kita lihat |
Hari terakhir, budak-budak bersedia untuk mandi lumpur |
Berperang untuk menewaskan jeneral |
Strategi perlu bijak, kalau tidak kalah cam tu je |
Budak bandar main lumpur |
Haa.. general dah berjaya ditewaskan |
Lepas mandi lumpur, bersihkan tubuh kat air bersih pulak sebab acara penutup dah nak bermula |
No comments:
Post a Comment