Saturday, 20 April 2013

POLITIK OH.. POLITIK




Assalamualaikum.. bersua kembali dalam topik yang luar biasa bagi aku. Dalam entri ni aku nak sentuh sikit pasal politik. Aku sebenarnya bukan bijak dalam berpolitik dan aku tidak menyokong mana-mana belah pihak. Yang baik tu aku sokong tak kira di bawah naungan apa warna benderanya dan logo yang mana satu. Kadang-kadang aku pun confius nak pilih parti yang mana satu kerana kalau sama-sama menegakkan benang yang basah nampak sama hebat, tapi kalau masing-masing cari keburukkan pun sama-sama nampak kelemahan. Aku yakin, ramai lagi yang sama confius macam aku nak sokong dan nak undi parti mana.(Pengundi atas pagar)

Jumaat baru ni semasa aku sedang menghayati khutbah jumaat, khatib jumaat telah membaca kutbah yang bertajuk CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG LAYAK DIPILIH UNTUK MENJADI PEMIMPIN. Best jugak isi kandungan dan hujah-hujah yang disampaikan dalam teks kutbah tersebut kalau diamati betul-betul. Dalam teks khutbah jumaat tersebut telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu ada dalam diri pemimpin untuk dia layak diangkat menjadi pemimpin. Sekiranya kita sebagai rakyat telah tersalah mengangkat pemimpin yang tidak sepatutnya iaitu pemimpin yang zalim, yang rasuah atau dengan kata lain yang tidak layak memerintah, maka kita sebagai pemilih perlu berhadapan dengan Allah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari akhirat nanti.

Ada orang fanatik dengan sesuatu parti. Ada jugak orang yang fanatik dengan calon. Macam mana rasanya kalau orang yang mewakili sesuatu parti yang kita sangat sokong di tempat kita mengundi adalah calon yang hancusss.Calon tangkap muat macam ni membuatkan kita menjadi serba salah. Nak undi calon tu, memang bukan warga tempatan dan ada banyak rekod buruk pulak tu. Tak nak sokong kan nanti apa pulak jadi kat parti yang kita sayangi. Nanti dapat kat parti yang kita tidak sokong. Ada juga calon yang sangat perfect.. kerja keras, berpendidikan tinggi, tidak sombong, rekod bersih, mempunyai wawasan dan mampu membawa perubahan di sesuatu tempat dia dicalonkan tetapi sayangnya dia bertanding atas tiket parti yang kita tidak suka. Apakah orang macam ni kita sanggup buang kerana sayangkan parti?

Oleh itu, kuasa pemilih di tangan kita. Kita pilihlah orang yang boleh mentadbir sesuatu kawasan, negeri dan negara dengan baik. Kadang-kadang orang yang kita pilih tu sudah tepat, tapi orang lain pulak yang pilih calon yang tidak tepat sebagai pemimpin, kerana untuk menjadi pemimpin perlu mendapat undi majoriti. Ada calon yang kaya, bijak menabur wang ringgit dan barangan untuk memancing pengundi. Setiap kali perayaan, telah diberi kain pelikat, wang raya, ayam mentah dua ekor seorang dan buat rumah terbuka untuk jamu orang-orang kampung dengan hidangan yang lazat-lazat dengan harapan orang kampung akan ingat jasa beliau dan seterusnya mengundi beliau semasa pilihan raya, tetapi tidak pernah membawa pembangunan di tempat beliau diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Jalan kampung yang berlubang, penduduk miskin yang merata-rata, dan tidak pernah turun melawat dan bertanya khabar masyarakat setempat. Tup..tup.. masa dekat nak pilihan raya barulah nampak batang hidung. Ada juga sesetengah orang-orang kampung yang memandang kebendaan seperti ini iaitu yang dapat secara cash. Bagi yang berpendidikan, cash itu tak penting kerana apalah sangat dengan pemberian barangan macam tu. Bagi mereka, seseorang pemimpin wajib membela nasib rakyat. Membawa perubahan kepada rakyat. Pembangunan jangka panjang lagi bermanfaat seperti membina sekolah, membina tempat beribadat, jalan raya yang baik, membuka peluang perniagaan yang seluas-luasnya kepada rakyat, dan yang paling penting sedia mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Setiap pemimpin perlu ingat, mereka yang terpilih bukan bererti mereka sudah nampak kekayaan dan kemewahan di depan mata. Bukan nampak pangkat, pengaruh, projek dan kuasa tetapi perlu bertanggungjawab  terhadap rakyat. Amanah yang diberi oleh rakyat cukup besar untuk ditanggung oleh seseorang pemimpin. Pada zaman khalifah dahulu, masing-masing cuba menolak untuk dilantik menjadi khalifah keran tidak sanggup memikul beban dan tanggungjawab yang amat besar. Ada khalifah yang sudah kaya raya sebelum menjadi khalifah, tetapi apabila menjadi khalifah sudah jatuh miskin kerana banyak harta bendanya dikorbankan untuk kesejahteraan rakyatnya. Ada khalifah yang sanggup pikul gandum untuk dihantar ke rumah rakyatnya yang tidak ada makanan. 

Pemimpin sekarang kebanyakannya kaya raya bahkan seluruh keluarga dan sahabat handai juga turut kaya. Sebab itulah ramai orang berebut-rebut untuk jadi calon sehingga sanggup jumpa bomoh. Bagi mereka, apabila sudah terpilih dan ada jawatan lebih-lebih lagi jawatan dalam kabinet, maka akan berlipat kali gandalah kekayaan mereka. Hanya segelintir saja yang betul-betul ikhlas untuk membawa perubahan kepada nasib rakyat tapi tak mampu pulak berbuat demikian akibat pelbagai kekangan yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dipilih bukan atas tiket parti pemerintah.

Kesimpulannya..keluarlah mengundi. Satu undi boleh mengubah negara. Berfikir dengan waras, buat pilihan dengan bijak. SELAMAT MENGUNDI

Pesanan daripada MATDINGUNUNG.

No comments:

Post a Comment