Lama tertangguh entri ni disebabkan kekangan masa. Mulanya balik dari PD terus nak buat, tapi dok asyik tangguh..tangguh..Halim dah tak sabar-sabar nak baca blog saya.
Hari minggu ni tutup untuk semua program sebab dah banyak kali Ahad saya asyik keluar rumah saja. Tak de masa nak rehat. Sebelum ni, hari minggu banyak habiskan masa kat pejabat sebab buat persediaan untuk Audit masuk. Sekarang Audit dah lepas, maka ada ruanglah sikit dengan anak-anak. Masa kerja guru dulu takpe lah sebab banyak masa untuk bersama anak-anak. Tapi semenjak kerja kat pejabat ni, masa terluang bersama anak-anak sangat terhad sebab selalu balik kerja lewat petang.
Anak-anak asyik merenggek bila nak bawa mereka pergi jalan-jalan. Keinginan anak-anak rasa berat hati juga nak tolak walau kita sibuk macam mana sekalipun. Sama macam kita budak-budak dulu.. kalaulah ibu bapa boleh bawa keluar sekali sekala.. oh! alangkah nikmat dan indahnya. Tapi itu tidak mungkin berlaku. Seingat saya, sejak dari saya dilahirkan ke dunia ini, hanya SEKALI saja ibu saya membawa saya pergi berkelah ke tepi pantai iaitu ke Bukit Kluang, Besut Terengganu. Itupun ikut trip yang dianjurkan oleh Kelab Belia kampungku. Masa tu saya pun dah tak ingat tahun bila tapi yang saya ingat masa tu saya masih budak lagi. Tu je lah sekali saya berkesempatan berkelah bersama ibu. Ayah tak de masa nak layan kerja-kerja berkelah cam gini sebab dia busy memanjang buat kerja cari rezeki untuk anak-anak dapat suapkan nasi ke mulut. Tak pe lah.. bukan salah mereka. Tak tergugat pun kasih sayang kepada mereka walau mereka tak pernah bawa kita pergi berkelah. Bawa keluarga pergi berkelah untuk merapat dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan merupakan satu fakta sampingan aje.. kalau tak keluar melancong dan berkelah pun mereka tetap rapat sekiranya ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab mereka.
Rancangan nak ke PD ni sudah lama sebenarnya. Plan utama nak jadikan satu hari keluarga untuk kawan-kawan supaya hubungan persahabatan kami semakin erat dan anak isteri kami dapat berkenal-kenalan seterusnya dapat menambah kenalan sesama mereka.. tetapi sebaliknya berlaku kerana banyak keluarga yang tarik diri di saat akhir atas sebab komitmen lain. Tak pelah, pergi je mana yang nak pergi. Saya pun kebetulan pada hari tu ada kawan baik kahwinkan anak dia, so tak dapat hadirlah sebab tempat dah booking lama. Satu lagi program pada hari tu, kawan setaman asyik duk pujuk saya untuk joint group kejohanan boling terbuka.. tapi terpaksa juga saya tolak pujukan itu walau hati sangat berkeinginan untuk menewaskan kumpulan-kumpulan lain seterusnya menaikkan nama pemain boling kat Taman Perumahan saya he..he... Semua program lain terpaksa tolak tepi sebab beri laluan kepada aktiviti yang sudah lama dirancang. Nasib baik majlis hari lahir anak buah kawan baik sempat saya hadiri selepas balik dari PD.
Pada mulanya saya menyewa 2 unit rumah rehat staf UPM untuk memuatkan 6 family, tetapi oleh sebab hanya 3 family saja yang boleh hadir, maka terpaksa saya tolak seunit rumah rehat tersebut. Rugi rasanya sebab nak dapat rumah tu bukan senang.. kena booking awal. Rumah tu mengadap laut dan selesa. Laman luas, bilik selesa dan harganya sangat murah. Sangat sesuai untuk aktiviti family day.
2 unit rumah rehat berkembar UPM |
Ruang dalaman rumah yang luas dan selesa |
Bilik yang luas dilengkapi dengan penyaman udara |
ruang dapur yang lengkap termasuk peralatan memasak, pinggan mangkuk dan peti ais |
bilik kedua juga turut dilengkapi dengan pendingin hawa |
kedudukannya yang menghadap laut amat mententeramkan |
Laman yang luas siap ada padang di tepinya amat sesuai untuk melakukan aktiviti keluarga seperti sukaneka. |
Sheeeronoooknya anak-anak bila sampai kat situ. Anak-anak Halim pun tidak kurang seronoknya. Sekejap je masa yang di ambil untuk anak-anak kami berkenalan dan terus mesra cam dah kenal lama. Isteri saya juga sudah mula mengenali Isteri Halim. Ada kelebihan juga mengenali isteri Halim sebab dia peniaga kain baju dan tudung.. mungkin dapat harga staff yang lebih istimewa bila berurus niaga dengan dia nanti hee.. hee..itulah tujuan utama aktiviti ini dirancang. Untuk merapatkan hubungan silaturahim..
Malas nak karang banyak ayat.. tengok jelah gambar.
Puas dapat layan keinginan anak-anak. |
Athir posing |
Dah berenang dah Athir tu... |
Perghhh... sheronokkknyaa mereka |
Amsyar mulanya takut nak main air.. bila dah turun, sekali tak nak naik daaa. |
Lim layan anak-anak.. Tahniah Lim, bapa yang baik |
Athir mintak nak datang lagi lepas ni |
Ambik pic anak-anak untuk kenangan. Sikit lagi Halim pun ada blog cam saya juga |
Pantau anak-anak main air |
Anak orang lain, anak kami juga. Sama-sama pantau keselamatan mereka |
Posing skt Boh |
Mereka duk mengutip cengkerang |
Hidupkan api Bakar arang untuk BBQ |
Posing bini kawe |
Saje je main-main.. layan Halim yang nak jadi jurugambar profesional |
Kita makan sataylah tengah hari ni |
Oooo.. sedap Lim. Satay Willy yang terkenal |
Itulah saja coretan saya.. Terima kasih Halim dan Pok Rie yang sudi hadir. Memang banyak manfaat yang kita dapat. Lain hari saya akan buat lagi program yang seperti ini tapi untuk geng-geng setaman pula. Mereka dah lantik saya sebagai floor manager sejak dari bulan januari lagi. JPNS pun dah lantik saya untuk uruskan lawatan penanda aras ke Terengganu dan Kelantan September ni. Banyak paper work nak kena siapkan. Geng-geng guru lelaki sekolah lama pun dok tekan suruh buat program juga tu.. waa, banyak program makan angin rupanya yang menjadi kobusiness saya sejak akhir-akhir ni.
SEKIAN TERIMA KASIH..
No comments:
Post a Comment