Cuti sekolah minggu lepas aku berkesempatan untuk meneruskan hobi aku iaitu berburu. Misi kali ini ialah memburu AYAM HUTAN dan Burung Wak-Wak yang banyak menghuni pinggir rimba pedalaman Aring 8. Aku bersyukur, walaupun bekerja di pejabat dan tidak terikat lagi dengan cuti persekolahan, tetapi permohonan aku untuk bercuti selama seminggu diluluskan oleh BOSS aku.
Sebaik saja aku pulang daripada bermesyuarat di Ipoh, Perak selama 3 hari dan.. pada malam itu juga aku terus pulang ke kampung pada minggu kedua cuti sekolah. Aku dengan Iwan sudah merancang untuk terus singgah di Rumah Tok Batin dan pagi itu juga aku akan masuk ke hutan untuk merealisasikan misi. Aku selamat sampai di rumah Tok Batin pada pukul 3 pagi. Tok Batin masih tidak tidur kerana menunggu aku sampai. XPDC aku kali ini dimeriahkan dengan peserta yang agak ramai kerana secara kebetulan kebanyakkan anak buah aku turut mengambil cuti dan berminat untuk menyertai XPDC aku.
Oleh sebab masa masih awal.. aktiviti memburu ayam hutan diselingkan dengan memukat ikan untuk dibuat lauk makan tengah hari nanti.Lokasi menjaring ialah di sempadan Taman Negara Kuala Koh di tepi ladang kelapa sawit yang bersempadan dengan hutan simpan.
Menuju Ke Destinasi |
Antara Peserta yang hadir |
Crew-Crew sedang membuat Persediaan untuk aktiviti menjaring ikan |
Ambil kelengkapan iaitu kayu pemacak |
Inilah dia lubuk ikan yang dimaksudkan |
sebanyak 5 utas jaring telah dipasang di dalam lubuk ini. Oleh sebab musim kemarau, maka lubuk ini tidaklah begitu dalam tetapi awas.. di bawahnya berselut |
Selepas jaring siap di pasang, tibalah masanya kita bersantai menunggu jaring diangkat 2 jam kemudian. |
Sambil tu makan dulu untuk mengalas perut |
Selepas siap memasang jaring di kolam takungan air tempat sang belalai bersiram.. aku meneruskan lagi memasang jaring yang selebihnya di sungai pula. Lagi banyak jaring yang di pasang, kemungkinan untuk mendapat ikan yang banyak lebih cerah harapannya. Kali ini aku memasang jaring di sungai Galas.
XPDC memburu ikan di teruskan ke destinasi yang lain pula |
CREW-CREW bersiap sedia |
Sungai Galas menjadi sasaran |
Walaupun nampak tenang, tetapi arusnya laju. Kena berhati-hati |
Kebiasaannya pada siang hari aku tidak berburu kerana binatang amat culas dan liar tetapi ada teknik lain yang boleh dibuat iaitu memasang jerat. Ayam hutan juga mudah masuk jerat sekiranya ada denak yang baik untuk dijadikan umpan. Pada hari itu, kami bernasib baik kerana dua ekor ayam hutan telah termakan jerat. Jadi, dengan tidak berlengah lagi, ayam hutan tersebut telah dijadikan lauk untuk santapan kami pada petang itu. Ayam hutan eksotik tu aku masak goreng kicap.
Berehat seketika |
Seperti kebiasaannya.. akulah yang diberi tanggung jawab menjawat jawatan Quater Master |
Turut dibantu oleh Kitchen Helper yang dilantik |
Dah Siap Dua eko AYAM HUTAN DARA untuk dijadikan santapan |
Laju jee pemangsa-pemangsa melahap hasil tangkapan |
Terus makan dalam kuali |
Syairol kata masakan aku SEDAPPPP!! |
Punca air paip syabas tak ada kat sini.. so, kena pakat mandi air parit untuk menyucikan badan |
Meninjau lokasi untuk berburu pada malam ini. Kelihatan iwan sedang memerhati kelibat ayam hutan masuk tidur |
Bulan yang terang benderang amat tidak sesuai untuk aktiviti memburu |
Pada pagi ini kami bangun awal.. semuanya bersemangat untuk pergi megangkat jaring dengan harapan mendapat banyak hasil kerana pukat yang dipasang agak banyak. Hanya hasil jaring yang menjadi harapan untuk mengubat kekecewaan tidak dapat berburu pada malam tadi. Sebelum keluar mengangkat jaring, masing-masing bersemangat untuk menyediakan sarapan pagi untuk mengalas perut.
Semuanya nak tunjuk bakat jadi Quater Master |
Pisau pun boleh buat kacau sup sardin |
Piring astro buat pinggan makan nasi |
Mari-mari.. pakat-pakat cicah. bak kata peribahasa Melayu "Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah". |
Sardin cicah roti ciptaan Mr Farouk |
Tempat tidur belum berkemas.. dah nak lari |
Ready untuk pergi angkat jaring. |
Hasil jaring pada pagi ini kurang memberangsangkan. Dapat la berbelas-belas ekor sahaja, tidak balik modal dengan harga pukat. Tapi tidak mengapa.. NEVERMIND, jangan niat pergi untuk mendapatkan hasil.. adakala kita kena akur dengan ketetapan ILAHI. Mungkin kali ini tidak ada rejeki tapi dilain hari rezeki hadir melimpah ruah. Sekurang-kurangnya kita dapat berkumpul dan bersosial bersama kerana cuti-cuti macam nilah peluang yang ada untuk berkumpul sanak saudara. Bila dah habis cuti nanti, masing-masing sibuk. Cuma WhatsApp Group Anak Cucu sahaja yang menjadi penghubung pengikat silaturahim antara kita. Secara tidak langsung, kita juga telah menambah satu lagi koleksi pengalaman kita dan aku pastinya dapat menambah satu lagi entri untuk blog Matdingunung yang dikatakan hampir berkubur itu. Pengalaman mandi air parit, pengalaman tengok najis gajah liar, pengalaman tidur di bawah embun, pengalaman makan ayam hutan goreng kicap dan pelbagai lagi pengalaman mana nak dapat kat kota metropolitan. Aku tak pernah serik dengan apa yang berlaku kerana aku cukup seronok dapat memenuhi hobi aku.Dan.. yang pastinya aku akan pergi lagi. Keluar hutan ni.. aku akan pergi lagiii.. aku akan berburu lagi. Tapi kali ini pemburuan aku bukan di Hutan tetapi....Sekian Terima Kasih. Jumpa lagi NEXT DESTINATION.
Assalamualaikum...WBT. Al-Fatihah untuk arwah ibu.
No comments:
Post a Comment