Monday, 27 October 2014

MASAK GULAI KAWAH

Cuti raya haji tahun ni jatuh pada hari persekolahan. Jadi, cuti cuma satu hari sahaja. Masuk tahun ni, sudah 5 kali aku tak balik beraya haji kat kampung. Bukan tak nak balik, tapi tak sanggup nak menghadapi kesesakan lalu lintas yang amat kronik sekali. Kalau naik kapal terbang tu lainlah...

Apapun, walaupun tidak balik untuk bersama keluarga di kampung, Di sini juga kita boleh menjalankan ibadat korban cuma tak semeriah kat Kelantan. Raya haji tahun ni, aku bersama rakan setugas yang lain bermurah hati untuk mengorbankan seekor kambing. Kami share untuk beli seekor kambing, kemudian sedekahkan kepada salah seorang di antara kami untuk dia niat korban. Daging korban tersebut kami masak sendiri kemudian sedekahkan kepada mereka yang menghadiri majlis solat hajat dan bacaan yasin sempena peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Sambil menyelam, minum air. Di samping bersedekah,  aktiviti ini juga merupakan satu aktiviti riadah santai untuk merapatkan hubungan silaturahim antara guru lelaki di sekolah kami.

Sambil melihat gambar-gambar kemeriahan kumpulan kami menunjukkan bakat memasak, sambil tu juga aku nak ajar sape-sape yang berminat untuk MASAK GULAI KAWAH DAGING KORBAN UNTUK SEEKOR KAMBING.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Asam Keping, Lengkuas, Halia, Kunyit, Cili Kering, Gula Melaka, Bawang Merah Besar, Serai, Ketumbar, Cili Kering, kerisik, santan, serbuk kari, dan rempah ratus gulai kawah yang siap dikisar.

Campuran bahan khas untuk gulai kawah 'ready made'


Cara Membuatnya..

Halia, Lengkuas, Kunyit, Cili Kering, Bawang Merah Besar diblender sekali. Kalau untuk seekor kambing, bawang yang diperlukan sebanyak 5 kilo. Lengkuas dan halia lebih kurang tiga inci dan kunyit segenggam, Cili Kering 5 biji. Santan 6 kilo atau 7 biji kelapa.

Mula-mula panaskan sekilo minyak di dalam periuk atau kawah. Apabila minyak dah panas, masukkan 5 keping asam keping. Kemudian masukkan barang-barang yang dikisar tadi. Goreng sehingga warna kekuningan. Masukkan gula melaka dan ketumbar yang telah dikisar. Masukkan serbuk kari 2 paket kecil. Kacau sehingga berbau wangi.

Rempah ratus khas yang siap dikisar tadi perlu dicampur air kemudian kacau sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam kawah. Biarkan di atas api sehingga nampak kering kemudian masukkan daging kambing. Gaul sehingga rata kemudian biarkan mendidih. Tambah 2 jug air. Bila daging kambing sudah empuk, masukkan santan, kacau kemudian masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.


Gotong royong bersihkan daging kambing


Satu Hati Satu Jiwa


Panaskan minyak kemudian masukkan beberapa keping asam keping


Masukkan bahan yang diblender


Sentiasa kacau hingga bahan tadi berbau wangi dan kekuningan


kacau.. kacau..kacau..kacau.. dengan api yang sederhana


apabila bahan kisaran telah bewarna kekuningan.. masukkan ketumbar yang telah dikisar, beberapa keping gula melaka dan tabur dua paket serbuk kari


Kemudian masukkan rempah ratus khas siap dikisar yang dibeli di kedai


mesti dikacau sentiasa


bila campuran rempah dah cantik, dan betul-betul masak, masukkan daging kambing 



HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


BIAR NAMPAK INI MACAM...


Biarkan mendidih selama 40 minit atau lebih kemudian masukkan santan


Masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa, 


Perghhhh.. bila dah betul-betul sedap cukup dengan masin, manis, masam, pedas barulah ambik makan


pilih Zol.. ambik limpa dan kaki 


Ni baru rasa.. belum makan lagi ni..


Mamat ni pun baru rasa.. belum lagi makan


Ni lagi dua orang.. sedang merasa


Haa... ni baru betul-betul makan


 Selesai sudah untuk buat gulai kawah.. kalau nak masak untuk satu keluarga.. kurangkan sikit kuantiti bahan agar sama padan dengan kuantiti yang hendak dimasak. Cara dan kaedah sama cuma kuantiti sahaja dikurangkan.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment