Monday, 19 March 2012

XPDC MEMBURU KELAH DI KUALA KOH

Kalau raja segala buah ialah durian, Raja segala ikan pula adalah KELAH. Dikatakan harga bagi sekilo Kelah boleh mencecah RM150.00. Isi ikan Kelah memang enak rasanya walau dimasak apa sekalipun. Biasanya ramai orang suka masak asam pedas, masak gulai tempoyak atau digoreng berempah. Sisik ikan Kelah ranggup seperti keropok apabila digoreng.
Atas faktor itu, aku mengadakan XPDC memburu Kelah untuk memenuhi cuti persekolahan. Aku pergi selama dua hari satu malam. Dengan menaiki bot, aku bergerak dari Sungai Aring 6 menyusur ke hulu hingga menghampiri Sungai Kuala Koh. Singgah disatu tempat yang agak indah untuk didirikan khemah. Selepas siap mendirikan khemah, aku mula memasang jaring di sepanjang sungai. Sebanyak 8 utas jaring sempat dipasang, manakala 3 utas jaring lagi tidak dapat dipasang kerana kusut teruk.

                          Papan Tanda ke Sungai Aring dan Kuala Koh
                                Laluan yang Agak Mencabar
                    Persediaan Kelengkapan Lojistik sebelum berangkat
                  Memulakan Perjalanan Menyusuri Sungai Aring
                    Tapak yang sesuai untuk didirikan Khemah
        Tok Batin memikirkan posisi khemah yang hendak didirikan
                                 Mula mendirikan khemah
                                       
Khemah yang amat ringkas siap didirikan. Tidak sesuai untuk berlindung daripada gangguan binatang buas.

Selepas sembahyang maghrib dan makan malam dengan Meggi Kari berlaukkan sardin, kami mula bersiap untuk aktiviti memburu. Tepat pukul 8.30 malam, enjin sangkut bot kami membelah keheningan malam di tengah hutan belantara menyusur ke Lubuk Kelah yang telah dikenal pasti.
Apabila sampai ke destinasi En Hadi ( Tok Batin ) terus menjalankan tugasnya. Enjin dihidupkan dan galah panjang yang mempunyai wayar dan tembaga dihujungnya terus direndam ke dalam air. Iwan yang berada di belakang Tok Batin bertindak menyauk ikan-ikan yang memutih terkena renjatan eletrik. Hanya ikan-ikan besar saja yang disauk manakala ikan-ikan kecil dibiarkan saja untuk terus hidup. Aku yang berada di belakang Iwan diberi peranan untuk menceduk keluar ( menimba ) air yang masuk ke dalam perahu melalui dinding perahu yang pecah. Kalau tidak dibuang airnya, perahu kami boleh karam. Mazwan yang berada di belakang sekali bertindak menjadi kapten yang mengemudi perahu mengikut kemahuan Tok Batin.Mazwan merupakan seorang yang amat cekap dan tahu tentang selok-belok sungai tersebut. Penglihatan matanya sungguh tajam mengesan batu-batu dan kayu-kayu yang berada di tengah laluan walau dalam keadaan yang gelap gelita.

Buat Persediaan dulu sebelum turun memburu
Tok Batin di depan sekali, Iwan di belakang Tok Batin, dan Aku di belakang Iwan. Di belakang aku ialah  Mazwan

Setengah jam berlalu, bayang Kelah masih belum nampak. Di dalam karung jaring sudah dipenuhi dengan pelbagai spesis ikan seperti Lapam Jawa, Tengas, Baung, Sebarau dan Udang Galah. Perahu dimudik ke satu jeram. Di Jeram inilah yang kebiasaannya pemburu-pemburu ikan Kelah tidak pernah hampa untuk mendapatkannya tetapi malangnya usaha kami untuk mendapatkan raja ikan itu belum menampakkan hasil. Secara perlahan-lahan perahu didayung mudik menyusur turun mengikut arus sungai. Tok Batin terus menjalankan tugasnya tanpa jemu. En. Iwan pula terus menyauk ikan-ikan yang menjadi mangsa kami. Ikan yang dapat ditangkap semakin banyak tetapi Raja Ikan masih belum nampak bayangnya. Tanpa disedari rupanya rombongan kami diekori oleh ular Katam Tebu. Ular berbisa ini memang pantang tengok cahaya dan ular ini akan ikut walau ke mana cahaya ini pergi. Tok Batin yang menyedari ular ini sedang mengekori kami terus mengenakan renjatan eletrik ke atas belakang ular itu. Mengelupur kekejangan ular Katam Tebu itu diperlakukan oleh Tok Batin.
Udang Galah Pertama yang dapat
Ikan-ikan yang diperoleh sebelum rehat

Operasi pemburuan kami dihentikan buat seketika. Selepas mengenakan kopi panas dan biskut kering, kami meneruskan operasi ke hilir sungai pula. Di satu lubuk yang dipenuhi kayu dan buluh, seekor Toman Bunga seberat 4.5 kilo telah berjaya dianikkan. Ikan-ikan Lapam Jawa dan Baung juga turut menjadi mangsa. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam tetapi ikan Kelah yang diidamkan masih belum berjaya dinaikkan. Tok Batin mengarahkan jurumudi sekali lagi mengemudi perahu naik ke Lubuk Kelah di jeram tadi takut-takut kali ini boleh membuahkan hasil. Lebih setengah jam galah karan dicucuk-cucuk ke dalam air, tiba-tiba... seekor KELAH merah sebesar tapak tangan melompat-lompat melanggar perahu kami. Iwan tidak sempat menyauk kerana ruang untuk menyauk ikan itu amat terhad. Kelah tersebut terlepas begitu sahaja. Kami semua agak kecewa. Tok Batin membebel menyalahkan Iwan yang lambat bertindak dan tidak cekap menjalankan tugas. Namun begitu, aku tidak menyalahkan Iwan atas apa yang berlaku kerana Iwan memang masih cetek pengalaman, Penataan cahaya juga samar, iken kelah itu juga walaupun sudah terkena renjatan eletrik tetapi masih culas dan bertenaga, ditambah pula dengan ruang yang terhad manakala perahu pula teroleng-oleng dipukul air jeram yang deras.
                                                      Antara ikan yang menjadi mangsa

         Sebarau dan Baung juga banyak yang menjadi mangsa


Berehat sebentar sebelum menyambung pemburuan
XPDC Mencari Kelah
Sediakan Minuman Panas dulu
Kami bangun seawal 5.30 pagi. Suhu memang sejuk gila dan kabus memenuhi ruang. Bunyi kicauan unggas hutan terutamanya bunyi burung merbah dan murai amat mendamaikan sekali. Selepas sembahyang subuh, aku menyediakan breakfast. Selepas menjamah segelas air kopi panas di cicah dengan biskut, kami terus menaiki perahu untuk pergi mangangkat pukat.

Menghayati Kedamain Kicauan Burung di Pagi Hari

Ketenangan dan Kedamaian yang sukar diperoleh kalau tidak di dalam hutan

Berangkat untuk pergi magangkat Jaring


Mangsa Pertama daripada Hasil Jaring

Berebut-berebut ikan ingin melanggar jaring

Setiap Jaring pasti ada hasilnya

Memang berbaloi dan tidak mengecewakan

Laa.. ada lagi yang sangkut

Buang ikan dulu bro..

Breakfast dengan nasi berlauk

Bakal menjadi santapan lunch

Dapat sebesar ni pun dah bersyukur..

Pelbagai spesis ikan ada sangkut dalam satu utas jaring

Rezeki..masak pedas sedap ni atau buat mee udang

Macam ular sawa

Rezeki kawe

Rezeki Iwan, Hasil pancing

Bedah siasat..

Ini baru sebahagian.. ada lagi dlm tong yang masih belum disiang


Selepas puas mandi sungai, kami bergerak pulang pada pukul 11.30 pagi. Segala peralatan memburu Kelah  kami  sorok dan bawa dengan berhati-hati agar tidak dilihat oleh orang lain terutamanya Pegawai PERHILITAN yang sentiasa berkeliaran di kawasan itu. Perbuatan menangkap ikan dengan cara mengenakan renjatan eletrik memang menyalahi akta perikanan. Walau bagaimanapun, cara ini jauh lebih baik daripada kaedah menuba atau mengebom.

 Perjalan Pulang membawa hasil tangkapan

Selamat Sampai di Rumah Tok Batin

Kami makan tengah hari di rumah Tok Batin. Isteri kedua Tok Batin telah memasak aneka masakan berasaskan hasil tangkapan kami. Yang paling menyelerakan ialah masak Asam Pedas Ikan Baung dan Lapam Jawa saiz XXL. Kami makan dengan lahap sekali sehingga setiap orang tambah nasi sampai tiga kali. Berakhir sudah XPDC kali ini walaupun tidak mendapat ikan Kelah idaman tetapi kami seronok kerana dapat memenuhi hobi dan menghayati kedamaian di tengah belantara. Tok Batin berjanji untuk membawa kami lagi suatu hari nanti dengan kelengkapan dan persediaan yang jauh lebih HEBAT. 

13 comments:

  1. bila nak ke sana lagi. nampak syokk

    ReplyDelete
  2. Next trip jgn pakai elektrik lagi ok bro.. anak2 ikan mati. Ada sebab perhilitan tak bagi guna elektrik, bom, tuba segalanya.. guna pancing lagi best bro.. ��

    ReplyDelete
  3. Naik join lain kali boleh x bro?

    ReplyDelete
  4. Kalau ramai pegi lagi best.. tapi biasanya pegi dgn x dirancang.

    ReplyDelete
  5. Org org sebegini lah pemusnah khazanah negara..elok ditangkap buang negara jer..letak dekat uganda..

    ReplyDelete
  6. Bagus juga idea bro ni.. cara tangkap ikan.... x terfikir plak... nanti bleh la kita join sama2...kenapa x bom atau tuba shj... bangang tahap cipan la lo ni... pecinta alam konon.... abis ikan2 mati kena renjatan elektrik... x de reti sifat kebinatangan... x de reti sabar nak mancing... post ko ni... akan dibuat report hantar pada perhilitan... ko tunggu la surat saman... mmg terbaik bro....

    ReplyDelete
  7. Viralkan kat fb kasi tangkap org ni haha

    ReplyDelete
  8. Viralkan kat fb kasi tangkap org ni haha

    ReplyDelete
  9. lepas yg kecik besar ko ambik?? bro..yg bertelur tu induk..yg induk tu la yg besar tu..

    ReplyDelete
  10. Tak yah ler nak viralkan.. ini cerita lama. Dah bertahun-tahun. Lagipun gua ambik sikit jer.. nak makan. bukan pakai tuba pun. Lebih baik kita fikirkan macam mana cara nak hidup dalam keadaan ekonomi yang begitu meruncing ni.

    ReplyDelete
  11. Oklah.. saya mohon MAAF atas kesilapan yang saya lakukan 3 tahun lepas. Terima kasih atas keprihatinan tuan-tuan.

    ReplyDelete
  12. jgn buat lg boss... klu pecintA alam xmcm tu bos... tp nk wat cmner nama dh naik. sib baik xde pic tengah mengaren. peace.

    ReplyDelete