Tuesday, 13 November 2018

2 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM PERMAINAN GOLF

Assalamualaikum..

Entri ni takde benda sebenarnya.. saje je nak buang masa. Boring duk tempat kerja tak tau nak buat apa. Pejam celik..pejam celik rupanya sudah 2 tahun aku aktif dalam permainan golf. Otai-otai golf cakap, kalau setakat 2 tahun bermain, memang tak akan power lagi, kena  ambik masa.. latihan perlu konsisten. Kena turun main kat padang dengan mereka yang berpengalaman. Ada kawan-kawan aku yang sudah 40 tahun main golf, ada yang 30 tahun.. 20 tahun..15 tahun.. tapi aku baru 2 tahun. memang sukar laa nak tewaskan mereka. 2 tahun pun bukan setiap minggu main, paling banyak 3 kali sebulan.. kadang-kadang tak main walau sekalipun dalam sebulan. 

Dalam jangka masa 2 tahun, sudah berpuluh Golf Corse aku telah cuba di sekitar Selangor.. setiap padang, mempunyai cabaran yang berbeza-beza. Itu yang seronok. Sukan lain seperti berbasikal, badminton dan boling yang suatu masa dulu aku amat aktif, telah ku lupa terusss.. ada duit sikit, topup set golf. Sekarang set golf aku punya sudah hampir complete malahan sudah berlebihan. Ada yang orang kasi.. ada yang aku beli sendiri.. ada yang murah dan ada yang mahal. Paling mahal alat golf yang aku beli ialah Putter Honma Beres iaitu RM360. Paling murah Putter Saxon cuma RM10.00. Ada juga barangan golf aku punya, telah ku jual dalam Mudah.Com. Ada yang untung, ada yang balik modal dan ada yang rugi. Itu biasa.. 

Dalam ni aku nak tunjukkan set-set golf yang aku kutip beli sikit-sikit sehingga menjadi banyak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar untuk simpanan pribadi sebab gambar dalam telefon bila-bila masa boleh jer hilang. set golf juga boleh jer hilang.. yang paling kerap tertinggal kat lubang masa main kat padang. Aku juga nak share gambar-gambar aku main kat padang.. bukan nak menunjuk, tetapi trend sekarang, gambar ambik guna telefon kemudian simpan saja dalam telefon.. kalau telefon hilang, semua gambar pun turut hilang sama. Baik aku abadikan dalam ini blog.. sekurang-kurangnya gambar yang view cantik-cantik tak hilang. Harap korang sudi scroll satu persatu.. atau sekadar tengok di angin lalu. 






































Bola golf ni aku beli bundle di kedai prelove. Pelbagai jenama terkenal tetapi harga dia cuma rm3 jer sekotak. Tapi nasib-nasib jer.. bukan selalu ada

Nah.. itu barang-barang yang aku kutip beli.. barang secondhand.. beli di kedai bundle prelove, beli di kedai barangan terpakai Cash & Carry dan macam-macam tempat aku pergi cari.. kadang-kadang tunggu MST buat sale.. atau Golf Partners buat lelong.. semua aku beli asal murah dan berjenama..  ada banyak lagi ni yang tak termasuk.. sebab dah diletgo. Murah bukan? tapi bila banyak-banyak kumpul.. cecah riban-riban juga. Takpe, itu biasa. Lagikan raket badminton ada yang sampai cecah 1k.. basikal mountain bike lagi mahal.. ada yang cecah sampai 15k. 


Aku Punya Set Sudah Complete. 88% berjenama HONMA


1 ) PULAU CAREY GOLF CLUB

Ok, padang pertama yang aku turun ialah Pulau Carey Golf Club di Pulai Carey, course ni dulu murah sebab takde orang pun main kat sini. kakitangan kerajaan ada diskaun.. cuma 45 ringgit saja Weekend. Main pakai troli.. sekarang ni dah naik harga Rm67 ringgit dah.. buggy harga lain.. yang istimewa tempat ni ialah takde orang langsung walau hari minggu.. tak de marshall yang pantau kita main.. selama mana nak main, mainlahh..padang dia 9 lubang pertama memang cantik.. 9 lubang belakang agak tak terurus tapi still boleh main. Amat sesuai untuk begginer. Aku pernah main sini dari 8 pagi hingga 6 petang.. takde orang nak halau balik.. boleh main sampai penat. Buggy cuma ada 4 buah sahaja, siapa cepat dia dapat.




















2) MONTEREZ GOLF & COUNTRY CLUB

Padang yang kedua aku main ialah di Monterez Golf and Country Club dekat dengan Bukit Jelutong.. sini ada hari-hari murah saja. Main petang cuma Rm67.00 saja termasuk buggy. Tapi ramai orang main. Sini banyak tasik laa.. kalau baru-baru nak pandai, kena bawa bola banyak. Kolam yang paling banyak telan bola golfer ialah di lubang 9 dan lubang 10.. ( sekarang padang ini dah ditutup )





3) LEMBAH BERINGIN GOLF CLUB

Padang yang ketiga aku main ialah di Lembah Beringin Golf Club, tempat ni berbukit-bukit sikit dan kurang orang. Ada banyak monyet kat sini. Lubang 2 dan lubang 3 agak becak.. bola boleh plak masuk dalam tanah. Harga dia weekend pagi rm89.00. Agak mencabar juga cabaran di tempat ni. Tempat ni pun kurang orang, sesuai untuk biggener. ( sekarang tempat ini juga sudah ditutup )







4) BUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY CLUB

Padang keempat aku main ialah Bukit Kemuning Golf Club di area Jalan Kebun, Klang. Tempat ni fairway luas dan kurang cabaran. View dia agak cantik dan agak ramai orang main. Kalau main hari biasa harganya RM89.00 per pax termasuk buggy. Harga dia sentiasa berubah. Aku rasa harga sekarang sudah mahal. Aku selalu main tempat ni sebab dekat jer dengan rumah aku atau dengan kata lain padang ni letak kat kampung aku ajerlahhh..










5) BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY CLUB

Bukit Beruntung Golf Club merupakan tempat latihan pusat bagi mereka yang mewakili PSKPP Golf  Petaling Perdana. Aku salah seorang daripadanya. So, aku berpeluang laa main kat sini. Harga dia kalau petang ahad cuma RM73.00 dan ada pakej makan sekali. Sekarang pakej makan sudah tak ada. Hari biasa tak pasti berapa, rasanya dalam rm73.00 juga. Tempat ni cantik, cabaran juga agak banyak tetapi yang tak syoknya ada banyak monyet. Garang pulak tu monyetnya. Aku syorkan kalau korang nak main tempat yang cantik dengan harga yang murah, datanglah main di padang golf ni.. memang berbaloi dengan bayaran.








MSSS Selangor selalu jadikan tempat ni sebagai venue kejohanan MSSS kerana murah dan cantik



6) BUKIT UNGGUL GOLF & COUNTRY CLUB

Bukit Unggul Golf Club berada di daerah Dengkil, tempat ni merupakan padang yang dijadikan kejohanan golf PSKPP Selangor 2017. Jadi aku berpeluang main kat sini sebab aku juga adalah salah seorang wakil PSKPP Daerah Petaling Perdana. Padang dia sangat banyak cabaran, fairway dia sempit dan berbukit. Agak sukar main kat tempat ni. Yang paling tak sedap, ada banyak monyet. Curi barang-barang atas buggy pulak tu. Kos main kat sini dalam rm90.00 hari biasa. Mungkin harga berubah mengikut peredaran semasa. Kalau hari minggu, memang mahal rasanya. 










7) SRI SELANGOR GOLF & COUNTRY CLUB

Tahun ni buat kali kedua aku menjadi pegawai bagi MSSS Golf. Tempat kejohanannya ialah di Sri Selangor GC. Jadi, selepas budak-budak main, ada acara pegawai. Aku tak lepaskan peluang untuk mencuba main kat sini. Kejohanan Golf PSKPP tahun 2018 juga dibuat kat tempat ini. Padang sini agak cantik dan ada cabaran tersendiri. Bayaran dia juga boleh tahan. Kalau tidak kerana adanya diskaun, macam tak mampu nak main sini. RM130 rasanya untuk harga weekday.



















8 ) KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM ( KGPA )

Kelab Golf Perkhidmatan Awam terkenal dengan kakitangan kerajaan yang main kat sini terutamanya pembesar-pembesar yang sudah bersara. Kalau main hari biasa takdelah mahal sangat cuma RM70.00 saja. Tapi kena tunjuk Kad Kakitangan Awam..Tempat dia memang cantik dan terjaga. Aku dah beberapa kali main kat sini sebab ada member yang jadi ahli ajak. Ada juga tonoment yang aku sertai main kat sini. Tempat ni bukan saja untuk kakitangan kerajaan, semua boleh main termasuk orang Korea tapi kena booking dulu. Nak booking tu, mak aiii.. amat susah nak dapat slot. Harga pun agak mahal sekiranya bukan kakitangan awam.










9) TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY RESORT

Saringan bagi MSSS Golf pada tahun ni dibuat di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang. Aku jadi pegawai kejohanan kat sini. So, lepas budak main, aku pun main laa.. untuk acara pegawai. Dapat merasa main tempat mahal dengan harga yang murah. Murah pun takde lah murah sangat.. RM110 juga la per pax. Tu hari weekday, kalau weekend memang harga tak mampu mainlah jawabnya. Padang sini cantik dan luas. Ada 27 lobang.. best main sini.. sekarang ni lagi mahal harganya sebab wajib ambik caddy.





Pada tahun ini aku menjadi pegawai kejohanan untuk MSSM. Club yang dipilih untuk diadakan kejohanan ini ialah Rasa Sayang Golf Club di Sungai Petani dan DarulAman Golf Club di Jitra, Kedah
Aku pergi dengan membawa set lengkap kerana sudah menjadi kebiasaan, akan ada tonoment untuk pegawai. 




10 ) CITA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT

Tempat pendaftaran pegawai ialah Cita Sayang Golf & Country Club di Sungai Petani Kedah. Bertolak dari Selangor pukul 7 pagi, sampai ke destinasi pukul 12 tghari. Selepas makan, sempat la merasa main kat Cinta Sayang GC kerana meeting pegawai dibuat pada malam tu. Cantik juga padang kat sini.. antara yang terbaik la jugak. Harga dia juga boleh laaa.. harga pegawai rm 78.00 per pax.







11 ) HARVARD GOLF CLUB& COUNTRY RESORT

Keesokan hari, sebelum bertolak ke tempat bertugas di SriAman Golf and Country Club di Alor Star, sekali lagi aku dan geng merasa bermain di Harvard Golf & Country Club di Gurun Kedah. Tempat ni pemandangan cukup cantik sebab berlatarbelakangkan Gunung Jerai tetapi sayang tak terurus. Macam kat ladang getah. Bola banyak hilang main kat sini, bola atas fairway pun boleh hilang sebab bola menyorok kat bawah-bawah daun getah kering. Kebetulan aku bermain pada musim panas yang amat sangat. Katanya tempat ni syarikat Korea yang dah ambil alih. Main sini harga dia boleh laa RM88.00 per pax. Kira bawah RM100. Masih mampu main.







12 ) DARUL AMAN GOLF & COUNTRY RESORT

Selama 3 hari bertugas di MSSM Kedah. Hari kedua aku berkesempatan main di tempat bertugas selepas acara untuk peserta selesai. DarulAman Golf & Country Club satu tempat yang agak cantik dan sesuai untuk dijadikan medan kejohanan. Takde lah susah sangat main kat sini. Harga main tak mahal sebab harga pegawai kejohanan. Ada diskaun.. RM71.00 per pax.







13) UPM GOLF & COUNTRY RESORT

Dulu masa aku mahasiswa di UPM, padang golf UPM tu aku lewati saja masa berjoging petang-petang. Sekarang bila aku dah jadi golfer, aku cuba juga pergi main kat situ. UPM Golf & Country Club. Padang dia banyak juga cabaran yang menguji kehebatan terutamanya lubang 10 hingga 18. Harga main sini kalau masuk petang cuma RM68.00 sahaja.









14) DANAU UKM BANGI GOLF CLUB
 
Danau UKM memang tidak asing lagi buat aku, sudah beberapa kali aku datang main kat sini. Pernah Kejohanan PSKPP buat kat sini. Yang menjadi mimpi ngeri, Lubang satu dah hilang bola. Second Short masuk paya kat depan tu.. dah kena denda 1 stroke, main 4 kat belakang paya tu. Lubang satu dah 7 point. Down terus utk bangkit hahahaha.. Lubang dua pula kena mendaki bukit yang tinggi.. buggy tak boleh masuk fairway la pulak. Longgar lutut mendaki bukit. Sib baik second short dah On..tapi dapat bugie saja..2 on 3 part. Lubang 3 main par 3, tee off atas bukit.. dapat PAR laa pulak. Lubang 10 mula dari belakang lembah, buat corner L untuk sampai green. Kalau mahir buat bola fake atau shend, 2 short boleh On. Lubang 11 bawah lembah, tersasar kiri sikit masuk dlm rumput yang susah nak cari bola. Depan ada paya lebar.. susah laa jugak lubang ni. Sblm green, kawasan sorgie. Lepas tu aku main lagi, kebetulan MSSM 2023 buat kat sini sebagai menu kejohanan. Layan rakan-rakan marker dari negeri lain main selepas tamat bertugas. Harga dia takdelah mahal sangat, tapi kalau main pagi weekend, keras laa jugak harganya. 

Tahun 2023, Kuala Lumpur jadi tuan rumah untuk Kejohanan MSSM Golf, Mereka memilih Danau UKM sebagai venue bagi peserta Peremapuan dan UPM Golf sebagai venue untuk peserta lelaki.





  

15) THE ROYAL KAMPUNG KUANTAN GOLF CLUB

Royal Golf & Country Club di Kampung Kuantan, Ijok Kuala Selangor. Aku main kat tempat ni masa aku jadi pegawai kejohanan Golf Piala KPM 2018. Teruk tempat ni. Lebih teruk daripada Pulau Cerie. Banyak hilang bola sebab ada banyak paya, kolam dan parit. Nak dapat score baik memang takde harapan lebih-lebih lagi amatur mcm aku. Tapi tak kisahlah sebab nak merasa main lobang yang berbeza. Mahal jugak main kat sini RM70.00 per pax.



 
Sekarang tempat ini sudah sangat cantik. Green sangat terjaga dan fairway juga cantik. Setiap hari ramai orang main. Kejohanan PSKPP juga selalu diadakan di tempat ini sebab harga murah.Makanan kat tempat ini juga murah dan sedap. Ramai kawan aku adalah member kat sini. 


















16) AMVERTON GOLF & COUNTRY CLUB

Amverton Golf & Country Club aku paling suka main sebab view memang mendamaikan. Kalau main belah pagi, kicauan burung amat mendamaikan. Dalam ni ada banyak burung termasuk burung wak-wak yang jinak. Ada ayam hutan dan itik dilepaskan begitu saja.. memang jinak seolah-olah sudah biasa dengan orang yang selalu datang main kat situ. Natural betul keadaan persekitaran sini.. harga main sini kalau hari weekend agak mahal tapi kalau hari weekday boleh dapat ram 98.00 per pax. Tapi harga sentiasa berubah..rasanya sekarang dah mahal.







17) KINRARA GOLF & COUNTRY CLUB

Kinrara Golf & Country Club, Satu masa dulu masa aku baru kerja, aku menyewa di Sri Serdang manakala aku bekerja di Subang Jaya. Aku selalu berulang alik ke tempat kerja dengan motor melalui jalan Bukit Jalil-Kinrara. So, setiap kali lalu jalan tu aku terpandang replika bola golf yang besar kat tepi jalan. Aku sering terimpi-impi nak main golf sekiranya ada peluang setiap kali terpandang replika bola golf tersebut. Hari ni, aku dah jadi golfer, so..aku mesti tunaikan apa yang aku impikan suatu masa dulu. Main kat tempat ni boleh tahan juga.. yang uniknya Corse ni ada 5 par 3. Biasa mana-mana corse golf yang aku main cuma ada 4 jer Par 3. Yang tak sedapnya, par 3 kat tempat ni berturut-turut iaitu di lobang 3, lobang 4, dan lobang 5.. kita suka kalau par 3 tu jarak-jarak. Main kat tempat ni takde mahal sangat, Rm168 rasanya weekend dan ada bagi vaucher makan dan Rm128 weekday.






18) BANGI GOLF & COUNTRY CLUB

Bangi Golf & Country Club juga merupakan salah satu destinasi yang sesuai untuk main golf sekiranya kita mahu bajet kerana bayaran yang dikenakan untuk main tak sampai rm100 manakala turut disediakan voucher makan. Padang dia pun okey. Setakat ni aku dah 3 kali main kat sini. Entah macam mana, mungkin serasi dengan aku kot..setiap kali aku main sini banyak juga laa aku dapat buat par. Birdie tak pernah.. hehehe. Sekarang harga dia dah mahal. Ada 3 corse ( 27 lobang ) iaitu Purajaya, Kajang dan Bangi. Level kesukaran lebih kurang sama.





19) BUKIT RAHMAN PUTRA GOLF & COUNTRY CLUB

Haaa... Padang golf ni memang aku tak jangka nak dapat main kat sini. Dulu masa aku sedang belajar di UPM, aku selalu ke rumah abang aku di Kuala Selangor menaiki motosikal Yamaha RXZ melewati tepi padang golf ni. Padang golf ni antara yang tertua di Malaysia dan mempunyai ramai ahli club..Keutamaan padang golf ni ialah kepada ahli club dahulu, kalau ada kekosongan barulah ditawarkan kepada guest. Padang golf yang dimaksudkan ialah Bukit Rahman Putra Golf & Country Club di Kuang Selangor. Harga dia memang boleh tahan kerasnya.. Kalau ambik Caddy lagi keras harganya.. tapi oleh sebab nak merasa, keras pun keraslahh.. ada peluang aku tibai main jugak. Istimewa kat sini, ada satu par 3 dia yang aku rasa cukup panjang. Kalau tak silap, jaraknya 197m dari starting biru. Mau kena pakai driver baru boleh sampai green.





Main saja-saja tak best jugak.. sekali sekala kena la jugak buat pertandingan. Cari sape jaguh dalam kalangan amatur. Point lebih kurang jer.. beza cuma satu atau dua point ajer.. sama level. Dan jangan lupa kalau ada kejohanan peringkat amatur, kita kena sertai untuk cari keyakinan dan biasakan dengan suasana pertandingan. Di samping tu, kita belajar juga tentang undang-undang golf dengan marker profesional.









Nak jadi Pegawai Kejohanan Golf yang diiktiraf, sekurang-kurangnya kita perlu tahu banyak perkara. Bukan sahaja tahu main, yang penting tahu undang-undang. Terutamanya undang-undang baharu.. Oleh hal yang demikian, aku sentiasa diberi kursus khas terutamanya melibatkan peraturan-peraturan yang sukar untuk kita membuat keputusan dan boleh menjejaskan score peserta sekiranya keputusan yang kita buat tidak tepat. Hal ini mungkin menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan kejohanan kerana complain akan sampai di telinga Pengurus Kejohanan. Hal ini bukan boleh dibuat main-main kerana dalam kejohanan macam ni ada ibu bapa dan jurulatih yang mengikuti setiap lobang anaknya bermain.







Begitulah diriku.. sudah 2 tahun berkecimpung dalam permainan golf, sudah banyak tempat juga merasa dan yang pastinya cari tempat yang harganya bawah RM100 untuk sekali main. Tak mengapa keluarkan sedikit wang untuk melunaskan hobi kita sebab kita sudah kerja penat setiap hari. Apa salahnya seminggu sekali kita relief tension di padang golf bersama kawan-kawan. Kalau sebulan tak sampai Rm400 pun sebab bukan main setiap minggu. Harga yang aku sebut tu bukan harga weekend pagi atau pagi public holiday. Itu harga weekday, harga promosi dan harga diskaun pegawai.

Ok..selamat bermain golf kepada mereka yang baru nak menceburi bidang ini. Cari alat yang murah-murah dulu kemudian sikit-sikit upgrade bila dah pandai. Cari tempat yang murah-murah dlm negara dulu kemudian baru main kat Indon hahaha... main untuk berkawan dan merapatkan hubungan ukhwah. Boleh tambah rakan-rakan atau kenalan. Kalau main 'ikan', aku tak mahulahh.. hahahah. Kalau orang tanya aku, mana padang golf idaman yang aku nak main? sudah tentu jawapannya TPC.. tapi, kena tunggu kot2 ada kenalan aku yang dalam kalangan orang kaya nak sponsor aku main kat sini hahahaaa.. Kalau nak harapkan aku guna duit gaji aku sendiri untuk main kat sini.. tak mahulah aku.. baik aku bawa anak isteri aku pegi melancong ke Indonesia.


Padang Golf TPC.. perghhhh.. kecur air liur hahaha

Mampu lihat dlm google jer.. tak mampu nk main sini


Pergi dulu kat Driving Range. Asah bakat dan skill kat situ dulu, barulah turun padang. Kalau ada wang, cari mahaguru, bagi tunjuk ajar. Pergi akademi golf pun boleh.. jangan segan, jangan malu, ramai lagi orang yang dah berumur baru belajar nak main golf. Golf untuk semua.. bukan untuk orang kaya sahaja. Selalu golfer-golfer duk sebut " enjoy your game". Aku main golf pun sebab nak enjoy, bukan nak pandai sangat.. umur dah lanjut, pukul pun dah tak kuat tapi setiap kali turun padang dapat buat 4 kali par pun dah cukup.


Individu inilah yang bertanggungjawab memperkenal aku dlm dunia golf setelah hampir 2 tahun memujuknya supaya mengajar aku bermain golf









PART II - ERA BAHARU MAIN GOLF 2020 - 2022

Assalamualaikummm..

Sambung kat sini lah cerita era baru main golf.. malas nak buat entri baru. Pejam celik..pejam celik.. masuk era 2020 bermakna sudah lebih 4 tahun aku main golf rupanya.. sekejap saja masa berlalu.. cepatnya kita meniti usia tua.. dulu tee off lebih 200m pakai driver kokak bundle, dekat nak masuk umur 5 series ni.. tee opp pakai driver Honma Beres pun tak sampai 180 Meter. Tenaga dah kurang, kena main cara orang pencen main, main save. 

20) A FARMOSA GOLF & COUNTRY CLUB

Hari ni aku nak sambung lagi preview tempat-tempat yang aku main di tempat yang aku tak pernah main lagi. Salah satunya ialah di A Formosa Golf & Country Club, Alor Gajah Melaka. Pada mulanya kat sini bakal menjadi medan tempur Kejohanan Golf MSSM 2020. Tapi malangnya tarikh kejohanan tepat kena pada hari Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang pertama dahulu.. kalau pergi juga.. memang tak boleh balik..tidur dalam padang golf laa kami berminggu-minggu lamanya.. kena kurung dalam setiap daerah. Aku yang sepatutnya bertugas sebagai pegawai kejohanan sudah tempah Villa A Farmosa.. tapi duit tempahan tu 'burn' saja sebab kejohanan terpaksa dibatalkan pada saat akhir. Walau bagaimanapun.. sebaik sahaja PKP ditamatkan dan sempadan negeri mula di buka, aku tidak membuang masa lagi.. terus setting satu flight dan bermain di A Farmosa GC. Main kat sini murah dol.. rm110 main pagi ahad.. kira berbaloi laa datang dari rumah aku tak sampai satu jam memandu. Tapi aku datang bawa family, datang petang sabtu, sewa satu Apartment D'Savoy yang ada dalam padang golf tu untuk family aku berehat dan tengok aku main dari balcony..Kalau main weekday, rm88 sahaja sebab ada diskaun kakitangan kerajaan. Course ni luas sangat.. ada 3 layout iaitu Rocky, Crocodile dan Palm. Setiap tempat tee opp jauh-jauh letaknya daripada green lubang belakang, bukan seperti padang golf lain tee opp bersebelahan green lubang yang selepas. Pada lubang 7 crocdile ada buaya betul-betul. Kalau bola jatuh dalam kandang buaya tu.. walau masih boleh main tapi baik takyah main.. ambik jer penalti stroke. Kalau ada ilmu menjinakkan buaya cubalah main kat dalam kandang buaya tuu..  he..he..he.. Padang dia agak cantik dan berbaloi dengan harga. 







21) PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB

Sebelum aku menyertai tonoment di Forest City, Johor.. terlebih dahulu aku pegi trening dulu di Port Dickson Golf & Country Club. Padang dia dalam kem tentera rasanya..  lorong masuk sebelah Hospital PD. Padang ni kira tak mengecewakan laa jugak.. berbaloi datang sambil beriadah. Harganya pun tak mahal.. Aku main pagi ahad, bayaran cuma rm70. Ada apartment yang kita boleh sewa kat dalam ni kalau nak bawa family. Kita pegi main golf, isteri layan anak-anak mandi kolam. Seronok main kat sini, view dia cantik. Bunyi kicauan burung pun mendamaikan. Banyak pokok kelapa.. kalau bawa parang, boleh petik dan kupas kat situ sebab pokok kelapa renek saja. Boleh lah buat hilang haus. Aku cadangkan korang pegilah main kat sini sekali sekala, green dia ok.. fairway pun bagus.. cabaran boleh tahan juga.





22) FOREST CITY GOLF & COUNTRY CLUB

Haaa... yang ni panjang sikit aku nak cerita kot sebab bukan senang nak dapat peluang emas macam gini. Perlawanan Persahabatan MSSM All Star vs JDT Eagles bertempat di Forest City Golf & Country Club, Johor dan Sanibong GC Johor. MSSM All Star ni terdiri daripada cikgu-cikgu dan Pegawai JPN dan KPM yang terpilih dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada mulanya aku rasa rendah diri dan rasa macam tak layak nak join team ni sebab ramai yang hebat-hebat. Tapi sifu aku cakap "join jee.." sebab payah nak dapat peluang macam ni.. Aku pun terus pahat nama dalam senarai yang mewakili negeri Selangor. Hah.. terpilih laa pulak. Serius aku cakap, setakat ni Course yang paling hebat kat Malaysia ni ialah Forest City, sebab layout dia amat mengagumkan.. ada dua Course iaitu Legacy dan Classic. Kedua-duanya cantik dan terpukau. Memang syurga golf bagi orang kaya. Macam main kat atas carpet.. dari tepat tee off hingga ke green, rumput dia hampir sama.. rasa nak ludah air liur pun tak tergamak.. pegi meludah dalam pokok bunga jer. Nak cakap lebih-lebih pun tak tau nak cakap apa. Terkesima... Harga dia kalau tanpa kejohanan pegawai, Rm499 weekday dan Rm599 weekend. tidak termasuk caddy.. tapi aku main cuma rm150 sahaja sebab special prize main dengan geng JDT. Sehari sebelum tonoment pun main dengan harga Rm150 masa trening. Puas hati main.. patut sifu desak suruh join pun walau main sekadar level suam-suam kuku. Kalau kurang bajet, jangan makan kat club ni tau.. nanti terkejut beruk dengan harga. Malas aku nak cerita harga segelas teh tarik.. biarlah menjadi kenangan pahit teman-temanku yang santai-santai minum macam minum kat Pulau Kerie GC ha..ha..ha.. Korang layanlah gambar-gambar aku. Tengok dan nilai sendiri padang dia..




























Terkesima aku menatap harga set Honma Beres yg terdapat dlm butik di Foyer Forest City.. sama dgn harga sebuah Honda Jazz Full Spec


Hahaha..rupanya set yg aku miliki mampu menyaigi harga Honma Beres yg dijual di butik Forest City

Biar tak pandai main..asal bergaya..hahaha


23) SANIBONG GOLF & COUNTRY CLUB

Hari kedua kejohanan, penganjur kejohanan buat kat Sanibong Golf & Country Club kat Gelang Patah Johor. Tempat ni level Bukit Beruntung GC. Main dalam ladang kelapa sawit dan guna rumput Cow Grass. Semalam main tempat brended.. hari kedua main tempat biasa.. terus rasa tak boleh main haa..haa..haa.. termimpi-mimpi main kat syurga semalam.. sepatutnya pengurus kejohanan main hari pertama di Sanibong dan penutup main kat Forest City.. baru gah ha..ha..ha.. tapi sebab majlis penutup ada makan-makan, mampus modal penganjur nak bayar kos jamuan di Forest City he..he..he.. Apapun, aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Peganjur amnya dan khususnya PT Selangor sebab bagi aku peluang menyertai kejohanan ini.. tanpa kalian sesungguhnya aku tak mampu nak main kat syurga golf Malaysia ni.. bukan tak mampu, tapi sayang duit.





24) SAUJANA IMPIAN GOLF & COUNTRY CLUB

Preview aku yang seterusnya ialah main kat Saujana Impian Golf & Country Club, Kajang. Tempat ni walaupun femiliar bagi diriku tapi baru ini kali aku berpeluang main kat sini. Tahun 1997, padang golf pertama aku pijak kaki ialah tempat inilah.. tapi bukan sebagai golfer, tetapi sebagai tukang cabut rumput liar dalam green. Masa aku belajar kat UPM, masa cuti akhir semester selama 3 bulan, aku tak balik kampung pun, sebaliknya aku kerja sambilan untuk cari duit poket. Aku kerja kat padang golf ni lah sebagai nurseri pokok.. boh baja, gembur tanah, cabut rumput dan sebagainya. Sekarang ni dah tak ada budak Melayu sanggup buat kerja macam ni. Pada tahun 2016, kejohanan golf MSSS buat kat sini.. aku jadi pegawai masa tuu.. tapi acara pegawai aku tak dapat join sebab ada hal.. so masih tak berkesempatan nak main kat sini. Kalau main hari biasa, harga agak mahal. Baru-baru ni, kawan aku yang ahli kelab kat sini dapat voucher hari jadi, oleh sebab tu, dia boleh ajak kawan-kawan main dengan special rate sempena hari jadi beliau. Maka dia offer untuk 3 flight. Bayaran cuma rm80 sahaja termasuk makan. Apa lagii.. peluang keemasan ni takkkan aku nak biarkan. Terus aku paku nama dan main kat situ dengan riang dan gembira. Tercapai juga hasrat aku yang begitu lama terpendam nak main kat sini.. Alhamdulillah.. 












Cerita ni akan aku sambung lagi sekiranya aku pergi main di tempat yang belum pernah aku turun main lagi..Sekian terima kasih

PREVIEW GOLF PART 3 ( 2022-2024)

Assalamualaikum.. tarik balik semula terima kasih pada PART 2 kerana saya nak sambung lagi untuk kumpul tempat-tempat yang saya main. Kalau boleh kita nak merasa main semua padang golf yang terdapat di Malaysia tapi apakan daya green fee sekarang ada yang level M40 dan T20. Yang untuk B40, maaf, seakan sudah tiada sekarang, lebih-lebih lagi main pada weekend dan Public Holiday. Tapi ada lagi satu padang golf yang agak murah untuk main pada weekend.. kira mampu mainlah tapi agak jauhlah sikit kalau kita tinggal area Selangor dan Kuala Lumpur. Padang golf yang saya maksudkan ialah Port Dickson Golf & Country Club dan Dickson Bay Golf & Country Club. 

25) DICKSON BAY GOLF & COUNTRY CLUB

Dickson Bay Golf & Country Club terletak satu daerah dengan Padang Golf Port Dickson. Tempat ni juga boleh tahan juga cantiknya. Sebab tak pernah main kat sini, aku aturkan satu flight tawan kat Club ni.. Harga dia boleh tahan laa murahnya dalam Rm88 weekend pagi. Ada 18 lobang yang kesukaran biasa-biasa saja. Caddy tidak wajib. Kalau melancong ke PD sambil main golf, aku sarankan pegi dua hari, Petang Sabtu lepas check in hotel, kita boleh main kat Dickson Bay Golf, Pagi Ahad main kat Port Dickson Golf & Country Club. Abiss main boleh terus check out hotel. Kita main golf, anak-anak tinggal kat isteri jaga mereka mandi kolam. Nak senang, sewa jer resort PD Golf.. ada kolam kat dalam tu.

Satu flight main dengan rakan seperguruan di Dickson Bay..wak raso2 main tempat baharu


26) STARFIELD GOLF & COUNTRY CLUB

Tempat yang aku nak preview ni pun berada dalam Negeri Sembilan tapi bersempadan dengan Semenyih, Selangor. Tempat yang aku maksudkan ialah Starfield Golf & Country Club kat Mantin.  Tempat ni sebenarnya sepagar dengan rumah Kakak Ipar dan biras aku. Boleh dikatakan 2 minggu sekali aku berkunjung ke rumah kakak ipar kesayanganku ini dan setiap kali aku nak balik, aku akan lalu ikut jalan tepi pagar ni. Berair mulut aku tengok pro2 duk katok bola golf. Nak main, mahal sangat harganya. Mampu tengok ajer laa.. Tapi, duit boleh cari, rakan yang nak join aku main golf sukar nak cari kalau bayaran rega yahudi. Aku nekad, aku nak main juga kat sini.. nk rasa juga lobang mahal ni.. mana boleh jadi, tengok saja orang main duk lalu lalang pukul bola kot depan mata aku yang berada di luar pagar ni. Usha punya usha, Owhhh.. ada waktu yang mampu main rupanya iaitu main pada hari isnin. Harga main untuk isnin only agak special iaitu cuma RM148 sahaja tidak termasuk Caddy.. tapi caddy tak wajib pun. Hah.. apa lagi, aku pun setting laa sape yang boleh main isnin terutama yang tak kerja hari isnin. Aku setting hari cuti sekolah, tentu ramai cikgu yang kaki golf yang nak main. Terlaksana juga hajat aku nak main kat sini.. dapat dua flight lagi aku aturkan. Corse dia pun 27 lobang tapi tak ingat jenama apa.. Patut pun mahal, padang dia agak cantik. Aku dapat buat satu birdie dan 3 par.. Jadilah buat rasa-rasa. Tua-tua ni dah tak kuat nak pukul bola. Main untuk bersosial sahaja.. tak lebih drp itu.

Rasa main di Starfield GC, salah satu tempat yang luas dan menarik.

Main tak pandai takpe.. tapi jaga penampilan diri

Tak Hensem Takpe.. Janji Kaya..hahaha
Tak Hensem Takpe.. Janji Kaya.. hahahaha..



27) NILAI SPRING GOLF & COUNTRY CLUB

Adik sikit pada Starfield ialah Nilai Spring Golf & Country Club yang berada di Nilai, Negeri Sembilan. Sebenarnya tempat ni aku ada sejarah lampau. Satu masa dulu pernah PIBG sekolah aku anjurkan Kejohanan Golf Amal kat tempat ni untuk kumpul dana PIBG. Aku antara urusetia yang bertugas untuk bahagian pendaftaran pemain. Masa ni aku belum kenal apa itu golf dan fungsi setiap iron, driver, wood, spoon, putter. Yang lucunya, aku ambik putter kemudian suruh kawan aku ambik gambar. Aku buat gaya swingg.. mcm iron 7. Gambar tu aku menunjuk dalam media sosial aku. Bongok betul masa tu, kalau kawan perasan yang aku swing tu putter.. mesti mereka tergelak besar. Sekarang aku dah jadi golfer dan tahu setiap fungsi alatan golf termasuk aku study setiap jenama terutamanya jenama terkenal seperti Honma, Tietleist, Taylormade, XXIO, Callaway dan sebagainya. Aku dah tak 'bongok' seperti dulu lagi. Setelah sudah banyak tempat aku dah rasa main bahkan ada sesetengah tempat tu dah sampai berpuluh-puluh kali duk ulang main, akhirnya aku tergerak hati nak main kat tempat bersejarah ini. Apa lagi, aku pun setting masa laaa.. Hari Weekend memang aku tahu harga mahal sebab tempat ini adalah salah satu tempat berjenama.. Oleh sebab tu aku setting main hari isnin, yang kebetulan aku cuti sekolah.. dapat laa main dengan harga RM138. Caddy tak wajib ambik. Kebetulan juga ada rakan2 satu flight yang sudi habiskan cuti tahunan semata-mata nak layan aku main golf kat tempat ni. Yesss.. memang akhirnya tempat ni dapat ku tawan dengan berjaya buat 5 par. Ok lah.. berbaloi dengan harga. Dapat voucher free green fee lagi untuk next game tapi wajib ambik caddy.






28) KOTA SERIAMAS GOLF & COUNTRY CLUB

Kelab Golf Kota Seriamas, tempat baru ni.. pokok pun masih renek-renek lagi. Harga dia pertengahan, tak mahal dan tak murah. Rm140 satu  bola utk petang weekend. Aku pernah anjurkan tonoment kat tempat ni. Dapat laa 5 flight yang menyertai tonoment yang aku anjurkan. Untung tak ada laa, aku anjur lebih kepada nak main sambil berukhwah dengan kawan-kawan serta dapat kenalan baharu. Tapi hadiah tetap ada. Sponsor takde, harapkan kepada wang penyertaan yang tak seberapa. Dapatlaa buat hadiah piala crystal dari Johan hingga tepat ke-5 individu. Main kat sini agak sukar la jugak. aku main cuma dapat 2 par. Kalah pun takpe, aku tak kisah, yang penting aku dapat tambah beberapa kawan baru. Ada doktor, ada ahli perniagaan dan ada kontraktor. Yang doktor tu pula secara kebetulan klinik beliau dekat jer dengan rumah aku. Bila aku atau anak-anak aku sakit, aku bawa ke klinik dia, bayar cuma harga ubat saja, service charge dia tak ambik. Alhamdulillah.. hehehe..



Tempat baru.. panas laa sikit sebab pokok-pokok masih renek



Tahun 2022 selepas PKP, kejohanan golf MSSM dibuat di Labuan kerana giliran Labuan yang menjadi tuan rumah. Alhamdulillah, marker setiap negeri dia ambik hanya 3 orang sahaja dan nama aku juga turut terselit diberi amanah mewakili Selangor untuk menjadi Marker Kebangsaan tahun ni. Dapat laa peluang jalan-jalan naik kapat terbang free kenal tempat orang dan yang penting dapat celah main sekali bila ada ruang dan peluang. Hari pertama sebaik daftar masuk hotel penginapan, aku test dulu litar yang menjadi tempat aku bertugas esok sebab hari masih awal. Nak biasakan dengan laluan laa konon agar mudah kita bawa peserta kejohanan andai main 'shoot gun' sebab kita dah tahu kedudukan lubang-lubang, because dah ada pengalaman masuk padang ni.. hahaha.

Tag Pegawai Kejohanan

Naik Kapal Terbang MAS walau dekat, tapi tetap disediakan makanan

Voucher naik kapal terbang free pergi balik

Tinjau dulu tempat-tempat yang sukar sebelum turun bertugas

Kondisi padang berada dalam keadaan Terbaekkk.. kita boleh ON kejohanan sekarang

Salah seorang peserta Kejohanan dari Selangor, Uwais Qarni ( anak Shuib Sepahtu ni.. )

Datuk dia yang train.. Datuk Raisuddin Hamzah



29) LABUAN GOLF CLUB

Padang golf yang aku rasmi kat Labuan ialah Labuan Golf Club. Tempat ni bakal jadi medan berentap player MSSM bawah 12 tahun. Padang ni boleh main tapi ada tempat-tempat tu sorgie. Bola boleh plak dalam bumi. Kalau situasi macam ni, peranan marker amat diperlukan manakala marker akan rujuk kepada marshall atau refree sekiranya ada kekeliruan untuk buat keputusan. View tempat ni cantik jugak laa, Padang dia pun ok. Aku main 2 kali kat tempat ni.. ye la kan, alang-alang susah bawa beg golf masuk kapal terbang, kita manfaatkan sepenuhnya. Mungkin lain kali dah tak datang sini lagi semata-mata untuk main golf.

Labuan Golf Club




Bersama rakan satu flight

Macam kat dalam lukisan





Padang dia ok laaa.. layak sebagai tempat tonoment


30) LABUAN INTERNATIONAL GOLF CLUB ( LIGC)

Sebaik sahaja selesai bertugas di Labuan Golf Club, kami berkejar ke LITC untuk merasa main kat situ kerana tempat ni adalah medan Kejohanan bagi MSSM bawah 15 dan 18 tahun. Selepas kejohanan tamat pada pukul 2.00 ptg, kami pula masuk main. Biasa laa kan, heret beg golf jauh-jauh mestilaa kena manfaat sepenuhnya. Lagipun dengar cerita pegawai dari Labuan, LITC lebih baik daripada LGC. Kami main sini sampai maghrib sebab kat Labuan gelap lebih awal. Takpe, sempat habis sehingga ke lubang terakhir walau second short untuk ke green terakhir sudah kedengaran azan maghrib. Kami main sini juga 2 kali iaitu hari pertama kejohanan dan hari terakhir kejohanan. Hari terakhir kami main pagi dalam hujan yang agak lebat. Tak kisah hujan pun, janji dapat memenuhi nafsu main golf.. hahahaha.. 

Main hari pertama, lubang terakhir dah gelap, pukul second short dah tak tau bola pegi mana.. tak nampak. Rupa-rupanya terjumpa bola atas green.. 2 ON rupanya



Tak puas hati main hari pertama sebab tergesa-gesa, kami repeat sekali lagi di hari terakhir sebelum naik kapal terbang balik pukul 4 petang.

View padang LITC

Main kat tepi laut, nampak kapal-kapal duk lalu-lalang


Berbukit - Bukau juga laa.. kalau tak leh masuk buggy, lenguh longlai laa lutut



Sebelum pulang ke Semenanjung, ronda-ronda dulu dengan kereta sewa. Tengok-tengok tempat orang terutamanya tempat bersejarah. 

Ronda-Ronda dulu sebelum berangkat pulang ke Semenanjung




31) KELAB GOLF TENTERA UDARA DI-RAJA ( KRTU )

Sedar atau tidak rupanya kat TTDI Jaya ada padang golf tapi tersorok daripada google map. Padang golf yang aku maksudkan ialah Padang Golf Kelab Rekreasi Tentera Udara atau KRTU. Tempat ni boleh tahan menariknya dan cantik macam Bukit Beruntung GC. Aku tak tahu tempat ni macam mana, sama ada privacy atau tidak kerana ada juga golfer bangsa lain duk main. Aku main semuanya kawan aku yang aturkan, dia booking siap-siap, aku cuma bayar saja kat kawan aku tu. Main lepas jumaat, tak pasti berapa harga kalau weekend atau dia bagi keutamaan kepada pegawai-pegawainya sahaja. Aku bayar kat kawan aku hari tu cuma Rm125 sahaja. Nak google tempat ni memang dia akan bawa ke tempat lain. Mungkin sebab dia dalam kawasan tentera, jadi tempat ni sensitif. Nak masuk pun kena tinggal IC kat pondok pengawal. Nak balik baru ambik IC. Kalau korang nak rasa main dalam ni.. cubalah tanya orang nak buat macam mana. Memang agak berbaloi dan cantik padangnya.. Green bagus, fairway baik.








32) KELAB GOLF SULTAN SALAHUDDIN AB AZIZ SHAH

Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( KGSAAS ), satu lagi kelab golf yang berada di Shah Alam dan tak jauh daripada KRTU. Dulu aku pernah main kat sini tapi tak sempat habiskan 18 lubang kerana tergendala akibat hujan lebat dan petir semasa pertengahan lubang. Bila sambung semula lepas hujan, hari dah nak gelap sedangkan masih berbaki 5 lubang. Tempat ni wajib ambik caddy, kalau kena caddy yang bagus, hebat betul dia cari bola, gelap pun masih jumpa bola yang dicari. Aku pernah main sehingga pukul 7.45 mlm sebab nak habiskan baki 3 lobang lagi, caddy dah surrender, dia kata, mata dia dah tak mampu nak attack bola lagi hahaha.. so, aku main masih terhutang kat sini 2 lobang akhir.. yang pasti aku akan langsaikan suatu hari nanti sekiranya ada peluang main lagi kat sini. Oleh sebab caddy yang guard aku tu cemerlang, aku bagi Rm60, xtra rm10 walau tak habis 18 lobang. Baru-baru ni, pemilihan untuk kejohanan golf sekolah bagi Daerah Petaling Perdana, dibuat kat tempat ini. Acara pemilihan dibuat sehingga pukul 12.30 tengahari sahaja. Oleh itu, pada sebelah petang, kami ambil peluang untuk turun main. Harganya mestilah dapat harga student, harga kawan-kawan, RM130 tidak termasuk caddy, tapi caddy wajib ambik.. so, lebih kurang rm180 lah seorang. Hahaha.. keras laa jugak walau dah dapat harga student. Tapi aku mesti main sebab tempat ni berhutang dengan aku sebanyak 2 lobang. Kali ni aku mesti habiskan 18 lubang walau apa yang berlaku. Main kat tempat ni biasa-biasa saja.. sesuai sangat dengan harga rm130. Puas hati main, ada tempat sukar dan ada tempat senang. Kira ok lah.. rakan satu flight aku pun suka. Kalau korang nak main sini, aku rekemen, bolehlaa... 4 star.  










33) KOTA PERMAI GOLF & COUNTRY CLUB 

Dengar nama dah gerun. Kota Permai Golf & Country Club, sinonim dengan tempat orang kaya raya turun main. Memang orang biasye-biasye macam aku sekadar mampu jenguk dari luar jer laa.. buat-buat sesat cari surau. Kalau dulu, dia punya driving range adalah tempat aku dgn geng lepak2 sambil berborak sambil minum sambil memukul bola.. harga bola dia sebakul rm10 jer masa tu, lepas tukar pengurusan, harga bola naik rm12 untuk satu bakul. Kemudian tukar bola baru, harga naik lagi jadi rm16 sebakul, sekarang ni rasanya dah rm18 sebakul.. dah.. aku dah tak pergi lagi kat sini. Di luar kemampuan dah, tempat pun sentiasa penuh walau harga sentiasa naik.
Ok, aku nak cerita macam mana aku boleh jejakkan kaki main kat tempat kayangan macam ni. Aku asyik berfantasi jer nak main kat tempat ni.. selalu jer seloroh dalam group wassap hasrat hati nak rasa tempat ni tapi tak mampu.. main masa weekday pun harga dia dah lebih rm600 satu bola, apatah lagi main waktu weekend atau public holiday. Fuhhh....
Orang tua kata, kalau kita asyik sebut-sebut keinginan kita, macam satu doa. Setiap kali aku main kat tempat yang murah-murah, aku selalu sebut " mampu main kat sini jer, nak main kat Kota Permai tak mampu.. " 
Satu hari, ada kawan dalam group aku masa aku sedang makan ikan merah masak 3 rasa dan stim lemon kat restoren siam yang rakan golfer aku pancing sendiri.. Kawan aku tanya aku, " cikgu, betul ke cikgu rasa teringin benar nak main kat Kota Permai ?"

Aku jawab, " tak mampu saya Nik.. mahal sangat.. membazir.. cukuplah main kat tempat murah-murah jer macam kat Bukit Beruntung'

Nik, " dok laa.. kalu cikgu nok main sangat, kawe buleh ejahh.. kita main harga kawan-kawan. Kawe nak tunaikan hasrat cikgu, cikgu cuma bayar harga buggy dgn caddy saja. Green fee, kawe tanggung."

Aku jawab, " Demo tok gurar ko Nik? kalu betul, ejah saluuuuuu"

IKAN MERAH MASAK 3 RASA

JUTAAN TERIMA KASIH PRO CADI KERANA JAMU RAKAN-RAKAN GOLFER MAKANAN YANG ENAK LAGI FRESH HASIL PANCING SENDIRI

IKAN JENAHAK MASAK STIM LEMON


Alhamdulillah.. memang PokNik tak bergurau, dia booking betul2 dan tunjuk wassap yang dia dah booking. Jadi, tak nak cakap banyak, memang bukan mimpi.. Tanggal 27 Disember 2024 bersamaan 25 JamadilAkhir 1446, tepat pukul 2.23 petang, aku bersama 3 orang lagi kawan turun menjejakkan kaki di Lubang 1 Kota Permai Golf & Conntry resort menghayunkan driver untuk habiskan 18 lubang. Aku betul-betul main kat Kota Permai GC tempat kayangan tu.. bukan mimpi, tapi di alam nyata.

Harga dia memang padu.. korang google sendiri. Harga green fee lain, harga buggy lain dan harga caddy lain. Tips untuk caddy pun lain.. bukan rm50 utk satu buggy yer, tapi rm50 bagi satu bola, maknanya caddy tu akan dapat Rm100 setiap org. Perghhh.. kerasss. Padang dia kira standard tinggi juga laa, terjaga, tapi tetap buggy on trek. Tak boleh masuk fairway.. Main kat tempat mewah dan mahal pun bukan boleh sentiasa buat par atau birdie, sama jer dgn main kat Pulau Carey. Cuma beza pada status saja, kalau ada org tanya " ko pernah main kat Kota Permai GC ? kita boleh jawab " Sumpah tak bohong, Dahhh.. " nanti tercengang orang yang bertanya tu. Aku rasa laa.. ini kali pertama dan kali terakhir aku main kat tempat ni. Walau harga green fee ada orang taja, tapi tetap harga kayangan.. harga yang kita boleh main weekend morning kat tempat biasa seperti tempat-tempat yang aku main dan priview kat atas-atas tu. Apapun, terima kasih sahabat kerana bawa saya merasa main kat tempat idaman tu.









  








 
Ok, aku menamatkan permainan golf aku pada tahun 2024 dengan melayan Padang Golf kelas kayangan golongan T20 yang duitnya tak tau nak buat apa. Terlalu banyak.. tapi rezeki tetap ada, mungkin buka tahun 2025 ada lagi rezeki buat aku. Kot ada insan yang bermurah hati nak taja aku main di Kuala Lumpur Golf & Country Club atau Mines Resort & Golf Club. Apa pun, tunggulah.. mana lagi padang golf yang aku tak pernah turun main, akan aku takluk. Tapi yang aku mampu sajalah.. 

Betullah seperti yang aku kata kat atas sana, kalau main saja tanpa tounoment tak syok juga. Tonoment yang dianjurkan ni sekadar nak berukhwah saja, main ramai-ramai.. lepas tu boleh makan-makan. Sepanjang aku terlibat dengan permainan golf ni, aku sudah pun berjaya meganjurkan beberapa kali kejohanan. Setiap kejohanan yang aku sendiri anjur, aku tak menang pun. Tapi aku seronok meganjur sebab ramai yang berminat nak sertai walaupun hadiahnya sekadar medal sahaja. Tak ada wang ringgit sebagai hadiah iringan. Lepas kejohanan, kita makan-makan.. ramai-ramai berebut nak bayar. Semuanya tak kedekut duit. Alhamdulillahh.. rapat ukhwah

Kejohanan Pertama dianjurkan di venue Bukit Beruntung Golf & Country Club




 Ogos tahun 2022 aku buat tonoment di Bukit Beruntung GC. Sebanyak 4 flight jer yang join sebab dah tetap mahu hanya 16 orang peserta sahaja. Tengok macam mana, bimbang kalau ramai-ramai nanti banyak karenah dan komplen sebab peganjuran ni sekadar sukarela bukannya berasaskan keuntungan semata. Sebenarnya sikitpun takde untung, bahkan penganjur pula yang sumbangkan tenaga dan masa serta sedikit wang ringgit tambahan. Cuma sandarkan pada minat saja dan harapan kawan-kawan golfer. Tidak lebih daripada itu.

Hadiah sekodar-sekodar sahaja.. tidak prestij pun. sekadar nak suka-suka.



 Pada tahun 2023 pula aku anjurkan sekali lagi Kejohanan Golf bertempat di Kota Seriamas GC.. yang ni lebih lagi satu flight iaitu sebanyak 5 flight yang menyertai iaitu 20 orang golfer. Seronok laaa juga mainnya, tempat baru kan.. banyak perkara lucu-lucu yang berlaku sepanjang kejohanan, ketawa memanjang. Ada dapat berkenalan dengan beberapa kawan baru. Selepas game, kami makan-makan untuk rapatkan ukhwah sambil bagi hadiah. Juga berebut-rebut nak pakat bayar. Dapat lagi dua tiga orang kenalan baharu termasuk doktor.

Lepas game, kita berukhwah.. makan-makan sambil berkenal-kenalan. Bayaran makan no problem.. order saja, nanti ada laa tu pro yang bermurah hati untuk bayar.


Pada tahun 2024, saya anjurkan pula kejohanan Golf ni di Bangi Golf & Country Club.. kali ni sambutan lebih meriah, ramai golfer baru yang mohon untuk sertai kejohanan tapi aku tak mahu ramai-ramai. Limit hanya 6 flight saja. Sapa cepat dia dapat tempat. Hadiah pun poyo saja.. tapi mereka main bukan nak kejar hadiah, saja nak main ramai-ramai. Katanya seronok main kalau kiraan point tu dikira secara rasmi ikut kiraan yang betul. Takde nak muligan..muligan..




Kejohanan kali ini lebih offical.. siap ada tag kejohanan










Para Peserta Kejohanan Golf Konsertium di Bangi Golf Club

Flight 2

Flight 3

Flight 5

Flight 6
Flight 1 tak sempat bergambar.. dapat ruang terus tee opp di lubang 1.. Flight 4 pun tak sempat bergambar.. terus tee opp lubang 10. Orang kejar suruh ambik gambar perflight dulu pun tak sempat, dia punya exited nak tee opp tu level tahap gaban. 


 Lepas game..seperti biasa kita makan-makan.. sambil adanya majlis penyampaian hadiah.





Sekali Jamuan NASIB ARAB daaa..






Haa.. itulah aku.. ikut perancangan asal, sepatutnya kejohan golf tertutup Konsortium ni dianjurkan setahun dua kali, tapi takde orang lain yang mampu nak arrange penganjuran, semuanya nak harapkan aku. Letih laa juga sebab banyak benda nak kena settle terutamanya bab tempahan. Nak main tempat mahal takut penyertaan takde, nak tempat murah sukar nak dapat tempat sebab asyik full. Kadang tu peraturan club pun poyo.. seminggu nak game baru buka untuk tempahan. Mana sempat seminggu tu aku nak arrange hadiah, penyertaan, bayaran dan segalanya atau nak tukar venue andai tarikh yang aku pilih dah penuh. Sebab biasanya pada hadiah tu aku cetak nama venue kejohanan.  Kalau anjur boling senang, sebab takyah pengadil dan boking lane 5 bulan sebelum game pun boleh. Maka, jadilah penganjuran Kejohanan Golf Terbuka Sedikit Konsertium ni sebagai acara tahunan sahaja. Walau aku tak pernah menang, tapi aku tetap ambik amanah rakan-rakan agar terus arrange kejohanan ni setiap tahun. Walau apapun, takdelaa masalah sangat kerana ramai kawan yang support terutama bab hulurkan sponsor dan belanja makan. Tahun 2025 ni pulak aku nak up skit lagi penyertaan, 7 fligt pulak. Venue masih dalam proses kaji selidik.

Walaupun kejohanan yang aku sendiri anjurkan tak pernah aku dapat hadiah, tapi kadangkala aku tapau hadiah di tempat yang orang lain anjurkan.

 Ok bye, setakat ni dulu cerita aku pasal golf sebagai penutup tirai tahun 2024.. kita buka lembaran baru 2025 pulak nanti.. harap sabar nantikan sambungan preview tempat yang aku main di tempat yang aku baru pertama kali main.

TAHUN 2025

34. KELAB GOLF DAN REKREASI PENJARA KAJANG

Alhamdulillah..kita sambung lagi review tempat yang pertama kali main. Sebenarnya masuk tahun 2025 dah banyak kali aku main tapi main tempat yang dah selalu main maka tak perlu sambung tulis dalam blog ni.. buat semak saja.. 
Sebelum tibanya Ramadan tahun ni, pihak Penjara Kajang ada anjurkan kejohanan Golf. Yuran penyertaan cukup murah, cuma RM60 ringgit saja. Iklan kejohanan ni kawan aku yang share. Aku tertarik nak sertai kejohanan ni bukan sebab yuran penyertaan yang murah, tapi nak rasa main kat tempat ni kerana aku baru dengar bahawa dalam penjara ada padang golf dan orang luar boleh main jugak kat sini. 





Terus terang aku cakap, padang golf ni tak sesuai untuk buat tounoment kerana tidak menepati spec sebagai padang golf. Par 3 ada banyak, par 4 cuma pendek-pendek. Hanya ada sembilan lubang sahaja dan tak ada buggy, main tarik troli atau pikul sunday bag. Kalau  main untuk kesihatan, memang sangat sesuai kerana laluan dari satu par ke satu par agak berbukit bukau. Sekejap saja sudah keluar peluh-peluh jantan membasahi pipi dan belakang baju.


Landscape padang agak berbukit-bukit.. bikin longgar aku punya sendi lutut






Tapi..ok lah.. kalau pegawai-pegawai penjara nak exercise atau tingkatkan stamina memang patut padang golf ini diwujudkan dalam penjara. Aku dengar pengarah penjara cakap, nilah satu-satunya penjara yang ada padang golf kat Malaysia. 
Kejohanan ini tidaklah ramai pesertanya tapi 8 flight la juga terdiri daripada guest dan pegawai-pegawai penjara termasuk pengarah dan pengurus padang golf ni yang orang duk panggil captain. Hadiah dia tak seberapa sesuai dengan yuran penyertaan tetapi siap ada makan nasi lauk gulai kawah kambing. Setiap peserta juga turut diberi cenderahati dari penjara untuk dibawa pulang. Sejujurnya, kalau nak main santai-santai boleh jer pergi main. Padang dia takdelah bagus sangat tapi still boleh main untuk kesihatan. Harga dia katanya rm20 sahaja.Hari minggu pun sama harga rasanya.

Adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang.. yang kalah pun tetap bawa balik hadiah istimewa dari penjara berupa makanan sihat yang terdiri daripada sayur-sayuran segar

Lepas main penat-penat dan lapar.. terus dijamunya nasi lauk gulai kawah kambing.. Perghhh




Dapat bawa balik sayur-sayuran segar yang ditanam oleh banduan yang hampir tamat tahanan dan karipap segera hasil daripada banduan wanita. Sumbangan Jabatan Penjara Kajang sebagai buah tangan iringan kepada setiap peserta




12 MAY 2025 - KEJOHANAN GOLF MUHIBAH KALI KE-4
 
Pada cuti sempena hari Wesak, aku telah menganjurkan satu lagi Kejohanan Golf Muhibah antara team aku iaitu Team Konsortium vs Team AirBus KLIA. Kejohanan ni diadakan untuk ukhwah saja.. social game, game suka-suki. Bukannya nak cari siapa jaguh. Sebab level tak sama. Main format stableford handicap on the day. Tak ramai pun yang join sebab limit penyertaan. Tak nak ramai-ramai sebab senang nak handle.. kalau ramai-ramai nantikan ramai yang complain.. benda kecik pun nak complain.. lagi pun kejohanan ni bukan berasaskan kepada keuntungan.. malah keluar duit poket sendiri adalah. Kejohanan ini diadakan di Port Dickson Golf & Country Club
























Antara hadiah yang ditawarkan.. tidaklah mahal sangat sekadar suka-suka sahaja tapi amat bermakna kepada pro yang berjaya memilikinya

Jamuan makan disediakan.. bayar rm130 main weekend termasuk makan tengah hari, hadiah, cabutan bertuah dan macam-macam makanan  sampingan seperti pisang dan roti, termasuk air 100 plus dan air mineral. Amat berbaloi laa kan..



26 Mei - 30 Mei 2025 - KEJOHANAN GOLF SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA ( MSSM )

Alhamdulillah.. tahun ni sekali lagi aku terpilih mewakili Selangor sebagai MARKER bertugas di MSSM GOLF di SUNGAI JAWI GOLF & COUNTRY CLUB, SEBERANG PRAI SELATAN, PENENG. Padang ni takdelah cantik sangat tapi mahal harganya. Aku tak berpeluang main kat sini sebab mahal sangat walaupun hari weekday. 2 hari dia ada bagi diskaun untuk pegawai tapi mahal la jugak iaitu rm150. Tapi main lepas bertugas, penat weh.. tak sanggup. Tempat ni banyak sangat lalat sebab berhampiran padang golg ni ada tempat ternakan ayam. Lalat dia tak boleh bawak bincang, hurung kita macam bangkai busuk walau kita sentiasa bergerak. Yang tak tahan, lalat hurung muka. Kesian budak-budak tak boleh nak fokus main. Padang ni besar, ada 2 course iaitu Lake dan Hill. Rumput yang dia guna agak cantik juga laa cuma cacat sebab banyak lalat jer. Kat lubang belakang ada kebun durian milik kelab ni. Masa aku pergi ni, durian sudah bergayutan besar-besar lutut. Takde rezeki nak rasa durian padang golf.

Padang Golf Sungai Jawi, Seberang Prai Selatan. Venue MSSM 2025


Bersama peserta dari Sarawak

Bilik yang disediakan untuk pegawai MSSM..mengadap padang golf





Biasalaa.. kalau out station pasal golf, mestilaa kena bawa set. Sebab serampang dua mata kan, sambil menyelam minum air. Sambil bertugas, kita pun bersosial. Sehari sebelum bertugas iaitu 25 Mei, aku datang awal sehari. Hari pertama check in di Sungai Petani. So.. apa lagi, main laa seround kat Cita Sayang Golf  & Country Club. Tempat ni bukan saja cantik berlatarbelakangkan Gunung Jerai, bahkan murah. Lebih istimewa, harga main pakej sekali dengan breakfast dan Makan Tengah hari. Bukan biasa-biasa, tapi macam hi-tea kat hotel.

Macam Hi-Tea kat hotel. Pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat tersedia termasuk kek dan air laicikang. Harga rahmah








Lawa tempat dia.. tenang dan mendamaikan.. 5 tahun lepas dah main kat tempat ni masa bawa budak MSSM main kat Kedah




26 Mei 2025, pada hari ini sekali lagi aku repeat main kat Cita Sayang GC kerana meyantuni pegawai-pegawai yang baru sampai dari Sabah. Mereka yang ajak nak main sebab daftar pegawai kejohanan adalah pada malam selasa. Hari ni harga lebih murah iaitu cuma RM100 sahaja termasuk Breakfast dan Lunch.. perghhh.. kalau tempat macam ni ada kat Selangor, seminggu dua kali aku main kat tempat ni.

Kawan pegi mancing, dapat Merah saiz padu.. dia bawa pergi tempat Medan Ikan Bakar kat Sungai Petani, Upah mereka masak.. Perghhh


Dapat laa makan sama-sama. Berkongsi rezeki katakan. Dahlaa ikan dia bawa.. upah masak pun dia yang bayar.. termasuk air sekali dia payung.. Baik hati betul dapat kawan hehehe..



27 Mei 2025, Hari ni adalah hari pertama aku bertugas sebagai Marker MSSM kat Sungai Jawi GC. Selesai bertugas pada pukul 2.30 petang, ada kawan ajak main di tempat ni sebab pihak pengurusan bagi sikit diskaun kepada pegawai MSSM. Penatlah nak main. Dah dua hari berturut-turut main. Petang ni aku roda-ronda kat Pekan Parit Buntar sambil pekena Char Kuew Teaw Lagenda kat tengah Bandar Parit Buntar.
Kenangan Hari Ketiga bertugas.. hari terakhir


Santai-santai dengan pegawai dari satu negeri.. sekali sekala tinggal bini bertugas kat luar, best laa jugak kannn...

Padu betul Char Kuew Teaw Omaq Parit Buntar.. Lejen





35. Mountain View Golf & Country Club Sungai Bakap

Haa.. ni baru boleh review masuk koleksi peribadi tempat yang baru pertama kali main. Tempat ni rupanya tak jauh dari Sungai Jawi GC. Tak sampai 15Km. Cantik sangat tempat ni macam kat Indon tetapi tak ramai yang main. Harga dia boleh tahan tapi aku pergi atas tiket pegawai MSSM, pujuk-pujuk kerani kaunter, rupanya ada sikit diskaun. Ayat mesti mau manis rupanya baru dapat diskaun. Tak sampai rm150 pun. Aku main pun bagus kat tempat ni, ada laa beberapa par. Birdie takde tapi miss birdie ada dua. Terpesona aku melihat keindahan tempat ni.
 
Aku main kat sini lepas bertugas pada hari kedua. Hari ni laju sikit abiss sebab aku jaga budak-budak yang pandai. Yang bakal johan dan Naib Johan. Main pun bawah 80 strokeplay. Bola pun tak hilang. Oleh sebab banyak masa, maka terus setting game. Open 3 flight, sekejap jah penuh. Ok jugak laa.. lepas penat bekerja, giliran kita pula yang santai-santai tenangkan fikiran di padang golf sambil melayan kawan-kawan dari negeri-negeri lain. Biasanya kami pegawai-pegawai kejohanan adalah pegawai yang sama setiap tahun. Dah lama kenal sebab nak jadi pegawai golf bukan ramai cikgu yang minat. Balik-balik muka yang sama.. kecuali cikgu tersebut sudah bersara.

Bertugas sebagai MARKER dalam Kejohanan Golf MSSM 2025

Hari Pertama Kejohanan

Lepas habis bertugas, tukar uniform.. terus berkejar ke Mountain View Golf & Coubntry Club, Sungai Bakap, Seberang Prai Selatan









36. Peneng Golf & Country Resort, Bertam

Hari ni 30 Mei 2025, kerja sebagai marker MSSM sudah berakhir, elaun rm30 sehari pun sudah ambik. Maka pagi ni sebelum balik ke destinasi masing-masing aku bersama team marker Selangor mencuba lagi satu padang golf yang ada kat Peneng iaitu Peneng Golf GC. Alang-alang datang Peneng, rugi laa kalau tak rasa main tempat baru dengan harga yang mampu main. Habiskan duit elaun. Tempat ni sangat cantik dan berbaloi-baloi dengan harga rm115. Mungkin ni harga WeekDay. Buggy car semua baharu macam baru semalam sampai. Changing room pun baru renovet. Tak puas main 18 lobang.. rasa cam nak repeat seround lagi. Tapi jangan tamak sangat.. nanti terduduk karang.Usia pun dah 5 series.. hahaha


Muka Pintu nak masuk ke Peneng GC di Bertam

Deretan Buggy yang baru sampai.. masih Dara dan bergetah.. Kusyen masih dibaluti Plastik



Bergambar Kenangan

Banyak betul perangkap pasir kat tempat ni..





Malam terakhir kat Peneng, kami mengambil kesempatan untuk pekena Mi Udang yang amat terkenal di Peneng. Tapi kami pi pekena Mi Udang kat Parit Buntar jer.. bukannya kat Sungai Dua. Rasanya pun takde beza sangat. Ok jer.. Udang pun banyak.. 








                                    


Sehingga ini sahaja coretan saya buat setakat ini.. semoga anda terhibur membaca blog saya.Nanti kalau ada main tempat yang tak pernah saya main, saya akan sambung lagi... 

SETELAH 10 TAHUN AKU BERKECIMPUNG DALAM PERMAINAN GOLF.

Ha..ha..ha.. tajuk sudah berubah. Tapi aku still masih nak guna entri ni walau dah terlalu panjang ke bawah. Mungkin ramai pembaca dah boring nak scroll panjang-panjang kat bawah.. tapi sebagai penulis yang mempunyai satu sahaja matlamat.. aku tak kisah sama ada orang nak baca atau tidak apa yang aku tulis. Matlamat aku cuma satu adalah NAK ABADIKAN KENANGAN AKU BERMAIN GOLF DI TEMPAT YANG BELUM PERNAH AKU MAIN. 

Okey.. dengan tidak membuang masa sekarang aku nak share pengalaman bermain golf di BATAM, Indonesia. Orang kata, kalau player golf, tak sempurna hobi tersebut kalau sekadar bermain dalam negara.. ada kalanya kita kena khatam permainan kita ini di Indonesia sebab negara tersebut adalah syurga golf bagi kita penduduk Asia Tenggara. Masa aku aktif bermain basikal dulu.. orang kata kalau tak mendaki Bukit Fraser dengan basikal.. kira belun diijazah walau kita dah ceburi banyak Jombori Berbasikal. 

Pada cuti sekolah baru-baru ini aku telah merealisasikan impian aku dan rakan-rakan seperguruan untuk bermain di Batam. Kami pergi selama 3 hari 2 malam menggunakan ejen yang disyorkan oleh kawan aku yang sudah sangat biasa bermain kat sana. Memang patut aku guna ejen kerana amat memudahkan pergerakan dan shedule jadual sepanjang 3 hari 2 malam kita kat tempat tu amat tersusun. Kita follow jerr.. tapi perlu juga berhati-hati dan tawakkal, bimbang kita kena scam sebab duit deposit kena bayar seminggu sebelum berangkat dan bayaran penuh perlu dibuat sehari sebelum pergi sana. Alhamdulillah, ajen yang kami ambil tu cukup profesional dan pilihan yang tepat. Sebaik saja menjejakkan kaki di Jeti Batam, di muka pintu feri telah ada wakil ejen yang menunggu kami. Kami disambut dengan penuh mesra berdasarkan gambar yang dishare oleh ejen. Patutlah sebelum berangkat ejen tersebut minta kami ambik gambar dulu dan hantar kepadanya untuk pengecaman. Kami dibawa melalui lorong vvip tanpa melalui pemeriksaan Imegresen kat Batam. Barang-barang kami juga sudah dilantik porter untuk membawanya terus ke van yang akan mengangkut kami ke mana-mana sepanjang 3 hari dua malam. Cukup mudah.. kami hanya kelek tangan sahaja.. dan tak perlu beratur panjang untuk scan beg. Sampai kat hall lepas kaunter imegresen Indonesia, kami disambut pula oleh pemandu yang diberi tanggungjawab oleh ejen untuk menguruskan pergerakan kami ke mana-mana sepanjang keberadaan kami di Batam. Kami sampai ke Batam pada pukul 12 tengahari. Jam mereka cepat satu jam berbanding di Malaysia. Kami terus dibawa oleh pemandu ke tempat makanan halal iaitu Restoren Nasi Padang yang penuh dengan lauk pauk untuk menjamu selera. Seingat aku lebih kurang 25 jenis lauk dihidangkan di depan kami untuk kami santap. Pemandu tu cakap.. ambik lauk yang nak makan saja.. jangan ambik kesemuanya sebab mereka kira hanya yang lauk disentuh sahaja. Oleh sebab potion setiap lauk tu sikit saja dalam setiap mangkuk, kami mengambil keputusan untuk merasa semua.. 

Banyak Lauknya.. tu belum sampai habis lagi. Ada ayam kampung goreng macam kat Restoren Hassan


Memang harga makanan kat Batam tak mahal pun.. 5 orang makan termasuk pemandu dengan hidangan lauk sebanyak tu.. harga yang dibayar cuma rm158 sahaja. Dalam nilai rupiah aku tak tahu berapa juta. Selesai makan kami terus dibawa ke Kelab Golf yang pertama kami di Batam.

37. KELAB GOLF PALM SPRING, BATAM

    Sampai kami di sini, Wulan iaitu ejen kami sudah siap menunggu dengan kunci locker setiap orang daripada kami sudah ready. Kami disambut mesra oleh Wulan dan beliau menyuruh kami ke bilik persalinan untuk bersiap manakala beg-beg golf kami telah diikat kemas di atas buggy oleh pemandu iaitu Ijan.



 Mat Jul dan Mie request dengan Wulan nak caddy lelaki. Aku tak kesah laki ke perempuan, sebab caddy wajib kat sana. Seorang player seorang caddy.. bukan satu buggy, seorang caddy cam tempat kita. Dengar orang kata, caddy kat kelab golf di indonesia semua setara saja cantiknya.. itu semua MITOS.. ada juga caddy yang muka pecah. Tapi cakap dia menggoda dan cuba test kita.. kalau dia pegang-pegang kita, kita cepat-cepat tepis.. dia jaga sikit perbuatan.. kurang mencarut dan tak berapa nak sentuh kita sebab NAWAITU kita cuma nak MAIN GOLF.. bukan nak menggatal.. maaf..he..he..he..
Jujur aku bagitau, kalau nak permainan kita agak cantik dan nak baiki stroke, pakai jer caddy lelaki sebab caddy lelaki lebih bijak baca line masa nak putting, ajar kita.. tegur kita kalau club kita terbuka atau tertutup. Dapat baca dinstance dengan tepat dan tahu iron berapa yang kita perlu guna untuk jarak yang sesuai.
Caddy perempuan, orang tanya jujur, dia jawab tak jujur. 
Orang tanya " green ni lubang dia belakang ke, atau depan eh?" 
Dia jawab " masuklah bang lobang belakang ke..lobang depan ke.. enaknya sama ajer.. " Adusss..
Orang tanya.."pagi tadi awak ada masuk padang dah ke.. ?"
Dia jawab, " petang saja saya masuk, tapi kalau abang mau tu.. shif malam pun saya buat.." 
Alamak.. Niat nak kena betul. Kalau tergoda.. habisss kita. Ingat anak isteri kat rumah.. hahaha
Okeylah.. corse Palm Spring ni takde laa cantik sangat.. biasa-biasa saja macam kat Bukit Kemuning GC sahaja. Tapi still tidak mengecewakan.. main sekadar mencari pengalaman dan merasa lobang baharu sambil berjimba dengan rakan-rakan. Tips caddy kat sini tidak murah pro.. 400 ribu rupiah atau lebih kurang rm83 duit kita untuk seorang walau duit Indon jatuh teruk.   










38. SOUTHLINKS GOLF & COUNTRY CLUB

Hari kedua kat Batam aku dibawa oleh Wulan bermain di tempat ini. Seawal jam 7 kami akan tee opp. Hari ni merupakan week day.. so harga dia mungkin tidak semahal kat TPC laa kot. Tempat ni wa cakaplu orang.. changing room pun sudah sangat luar biasa. semua facilities tersedia termasuk sauna, kolam mandi, mesen urut, spa dan macam-macam. Bilik dia cukup luas dan selesa serta banyak ruang-ruang. Kelengkapan di depan cermin juga banyak termasuk losyen, bedak, minyak rambut, pengering rambut dan macam-macam ada. Setiap locker dia lekatkan nama kita. 





Padang kat tempat ni WOW.. mungkin selevel Kota Permai GC atau Glenmerie GC kalau kat tempat kita. Kalau sape-sape nak main kat Batam.. Sothlinks ni wajib ada dalam senarai. Caddy dia kalau nak yang cantik.. kena booking awal atau tempah. Tak ada caddy lelaki.. semuanya perempuan.. kalau lambat, dapat yang muka pecah body hancuss.. tapi kalau kita pergi bukan kerana Caddy seperti yang di uar-uar.. aku tak kisah macam mana rupa caddy janji boleh main dan yang aku harapkan bukan paras rupa, tapi harapkan agar caddy yang dapat itu bijak main peranan untuk baiki stroke kita kalau kita main play stroke.



















Memang tidak mengecewakan main kat tempat ini, kita dapat merasai dan menikmati view yang menarik dan menenangkan. Hilang segala masalah kerja bila jejakkkan kaki di tempat ini. Rasanya kat tempat ini ada 27 lubang yang terdiri daripada Hill, Lake dan Island. Kami main di Lake dan Island.. tempat ni view cantik tapi perangkap bunker juga bersepah. Tengah fairway pun bersepah bunker. Green dia memang A.. kalau caddy bijak baca line, paling maksimum 2 putt bolah masuk. Lepas main kat sini, Pemandu jemput kami untuk pergi jalan-jalan pusing BATAM kerana hari ni ada lebih masa. Sebelum tu kami mandi dulu dan siap-siap kat club yang cantik ni. Mat Jol siap mandi di Sauna dan berendam kat kolam. Pemandu bawa kami pergi makan nasi ayam penyek original sebelum pergi ke Masjid Sultan Mahmud Riawat Syah untuk solat zohor.




 Kemudian pemandu bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing. Pergi ke Jambatan tinggi macam kat Putrajaya tu.




 Lepas tu bawa pergi melawat satu lagi masjid sebab Mie mau ambik gambar berlatarbelakangkan mercu tanda WELCOME TO BATAM.







 Selesai ambik gambar, kami bergerak pula ke satu tempat iaitu Pasir Pink di tepi pantai untuk melihat sunset. Tapi banyak awan, sunset takde.  


39. SUKAJADI GOLF & COUNTRY CLUB

Hari ni merupakan hari terakhir kami kat Batam. Wakjol complain kat Wulan cakap sudah dua hari aku dapat caddy muka pecah. Jahat MatJol.. buat malu kawan. Pagi ni Wulan pagi-pagi lagi sudah tunggu kehadiran kami di club bersama deretan caddy yang ditempah awal.. Boleh laaaa.. wak rasa-rasa.. takdelah cantik sangat tapi lebih cantik daripada caddy yang sebelum ni. Caddy lelaki juga tak disediakan di tempat ni. Semuanya cewek..
Kat club ni pun takdelah cantik sangat.. view dia biasa saja macam kat Port Dickson Golf Club atau Kelab Golf tempat yang ada buaya kat Air Keroh tu jer. Caddy sini lagi haruuu..kepala gila-gila saja. gelek gerudi manjang. Letak bola cam caddy pro.. bila kita putt, melilau bola tah mana-mana.   Ingatkan mereka pro lah.. Last-last aku sendiri yang letak bola.. kerja caddy tu aku suruh dia ambik gambar dan video aku main saja. Cakap pun boleh tahan mencarutnya.. tapi itulah pengalaman.. dengar orang cakap saja tanpa kita alami sendiri.. indah khabar lah.. tapi apapun.. aku tetap enjoy. Enjoy dengan cara aku.. enjoy dengan kawan-kawan satu flight mate. Sape kalah dia belanja makan. Main bergu.. bukan enjoy dengan caddy yang disebut-sebut oleh pro2 sebagai syurga caddy.
Jangan risau isteriku.. aku tidak akan tergoda sikitpun dengan caddy. Aku datang untuk enjoy dengan kawan-kawan.. enjoy main golf. Aku datang dengan nawaitu nak main golf. Bukan niat nak main golf sambil berhibur dengan suasana malam di Batam. Ada dangdut.. ada clubbing.. ada karoke dan macam-macam ada. Bergantung kepada niat kita.
 Ada kawan bini aku kata kat bini aku " sosial juga yer suami awak, pergi main golf kat Batam nah.. " Dia ingat semua orang yang pergi main golof kat Batam, balik rumah akan ada merah2 kena gigit kat leher.. macam suami dia kottt..
Macam orang kampung aku dulu.. asal aku pergi ke pekan Golok, Thailand.. dia cakap kecik-kecik dah pandai main pelacur. Mindset orang kampung memang camtu.. Padahal tujuan aku pergi ke Golok tu untuk beli jersi bola, seluar levis 501 dan sparepart motor.. Pekan Golok tu 16km jer dari kampung aku. Tidak semua orang menyeberang ke Golok tu untuk berhibur.. untuk langgan pelacur. Hanya segelintir yang tak takut dosa saja.. 












KEJOHANAN GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA ( MSSM ) 2026

  OKEY.. Selesai cerita pasal BATAM.. sekarang kita teruskan lagi dengan cerita kita pasal MSSM pula. Seperti biasa, setiap tahun akan ada Kejohanan Golf Sekolah-Sekolah Malaysia ( MSSM ) selepas setiap negeri membuat pemilihan melalui Majlis Sukan Sekolah Negeri masing-masing. Seperti biasa, rezeki aku sentiasa terpilih untuk menjadi Marker Kebangsaan. Seingat aku sudah 6 tahun aku menjadi Marker Kebangsaan. Mungkin kerana aku Marker Berpengalaman atau aku ni orang yang sedikit berpengaruh kerana aku antara orang lama dalam squad pegawai Golf Sekolah-Sekolah Selangor. Apapun, tahun ni rasanya tahun terakhir aku terlibat dengan Marker Negeri dan Kebangsaan kerana nak bagi laluan kepada muka-muka baharu pula. Hal ini kerana Marker Kebangsaan amat terhad untuk dibawa keluar. Paling maksimum 3 orang setiap negeri tetapi pada tahun ni cuma DUA Orang marker sahaja dibenarkan untuk setiap negeri.



Alhamdulillah.. rezeki aku, Kejohanan MSSM Golf pada tahun ini diadakan di Negeri Di Bawah Bayu ( SABAH ). Tempat kejohanan diadakan pun bukan kaleng-kaleng.. Sutera Harbour GC yang menjadi tempat Kejohanan Under 12 tu level TPC. Marker untuk setiap negeri dihadkan tidak lebih daripada DUA ORANG sahaja untuk penjimatan kos.


TEAM MARKER DARI SELANGOR BERSAMA PENGURUS KONTIJEN SELANGOR

Sejujurnya aku tabik springg terhadap pengurusan Kejohanan Golf Sabah yang menerima amanat daripada KPM untuk menguruskannya.. T'shirt untuk marker diberi sebanyak 3 helai, bermakna satu hari satu helai. Semua marker diberi tempat penginapan yang sungguh selesa sepanjang 6 hari berada di Sabah iaitu Oriental Hotel.



BILIK HOTEL YANG SELESA SELAMA 6 HARI BERTUGAS

 Makan minum marker sepanjang bertugas terjaga, elaun marker dibayar tepat masanya dan kebajikan marker terjaga. Marker yang ada masa selepas habis waktu bertugas boleh masuk main dengan harga special MSSM. 
















40. NEXUS GOLF RESORT KARAMBUNAI, SABAH

Alhamdulillah.. kontijen marker sampai hari ahad 7 Jun 2026, malam tu telah diadakan taklimat marker di Bilik Mesyuarat JPN Sabah. Isnin adalah hari penyesuaian padang di venue kejohanan untuk peserta-peserta yang akan bertanding pada hari selasa 9 Jun 2026. Oleh itu, maka hari isnin masih lagi bukan hari bertugas untuk marker. Oleh sebab itu juga, satu kejohanan golf khas untuk marker-marker telah dianjurkan oleh Persatuan Marker Sabah sebagai satu program penyesuaian padang kepada marker-marker. Tempat kejohanan tersebut ialah Nexus Golf di Karambunai. Oleh sebab aku juga salah seorang peserta kejohanan tersebut, maka berpeluanglah aku menambah koleksi tempat permainan aku di tempat yang aku tidak pernah main. Ini berkmakna, Nexus Golf Club ni adalah tempat yang ke-40 aku main. Perghhh.. boleh tahan walau aku tidak sampai 10 tahun menceburi arena golf. Tempat ni boleh tahan dia punya padang, tidak mengecewakan. Ada tempat cantik, dan ada tempat biasa-biasa sahaja. Walaupun aku kalah dalam kejohanan ini.. tapi aku happy sebab dapat memenuhi nafsu aku untuk bermain di tempat yang aku tidak pernah main. Serius cakap, cikgu-cikgu Sabah memang hebat main golf.. macam budak MSSM Lelaki Under 18 tahun dia punca score. Birdie dan Par bersepah..




















41. SUTERA HARBOUR GOLF & COUNTRY CLUB KOTA KINABALU

Sebut nama ni sudah gerun.. harga nak main sini walau week day sama level dengan harga main kat Forest City. Padang kat sini pun setanding Forest City. Juga ada 27 lubang iaitu Lake, Hill dan Garden. Tapi kalau nak bercinta dengan view, pilih main kat Garden dan Lake. Peluang main kat sini aku dapat pada hari kedua kejohanan iaitu 10 jun 2026. Main dengan harga MSSM iaitu RM150 masuk pukul 2.15 petang, boleh main sampai kita tak larat.. kalau mampu, habiskan 27 lobang.. tapi aku hanya sempat habiskan 18 lobang sahaja sebelum azan maghrib dikumandangkan kerana kat Sabah.. waktu maghrib seawal 6.30 petang. Memang puas hati dapat merasa main kat tempat ini. Bukan saja view dia yang WOW.. green juga sangat cantik. Sayang.. masa aku main hari mendung nak hujan, bermakna aku tidak dapat tee opp di lubang 24 berlatarbelakangkan SunSet. 

Rezeki aku.. terpilih bertugas di Sabah dan merasa main golf di tempat yang cantik-cantik. Tak boleh nak fokus aku main kat sini kerana banyak masa aku habiskan dengan ambik video dan gambar-gambar pemandangan indah. stress flight mate aku.. sib baik buggymate tu WakJol yang sama-sama pergi berkursus di BATAM pada minggu lepas seminggu sebelum ke Sabah. 

View ni membuatkan aku tidak fokus kepada permainan.. aku lebih banyak menghayati view




Amat Mendamaikan.. macam lukisan



Ni Tee Opp kat Lobang 24 rasanya, main kat Garden, Sutera Harbour GC




 Sekian sahaja aku belanja view-view yang sangat indah.. sayang blog aku tak boleh nak upload video.. kalau tak bersepah dengan video-video yang aku rakam.. tenang sungguh main kat sini.. kalau lah corse macam ggini ada kat semenanjug.. rasanya setakat rm250 sekali masuk, aku akan main sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk beli ketenangan dan kedamaian.


5 comments:

  1. Assalamualaikum bro din..sy tertarik pengalaman bro..sbb sy pm baru nk berjinak2 dlm dunia sukan golf bersama anak bini. 1st knp tertarik sblm ni sy pernah la ikut kawan jgk waktu bekerja d sabah. Skali ajak lepak kt golf yg pukul2 tu. Mmg susah sebenarnya btul2 kena fokus n tenang klu x mmg xkena la pukulan tu. Skg sy dah pulang ke semenanjung tmbahan lak rumh pm dkt dgn padang gold kundang lake. Teringin jgk nk pi bljar2 tp alatan masih belum ada..sebelum ni hanya pinjam saja. Than mohon bertanya bro din, klau area selangor ni kedai yg secondhand alatan dekat mana ye? Almaklum la bru 3 bln di semenanjung..hehe..apa2 pm best story bro din..tahniah jg atas kemenangan..salam perkenalan sy amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. tahniah, semoga tuan enjoy dengan game ni. Saya ada kenalan yang jual alatan golf secondhand. Daripada driver, wood, set iron, putter, beg dan kasut.. semua ada. Set lelaki dan perempuan dia boleh setting. Tuan berhubung dengan dia la yer di no tel.. 016-2337969 Amer. Kalau beli banyak, mintak laa harga spesel skit.. kalau nserius buyer dia ok jer

      Delete
    2. Oo tq tuan..insyaallah nnti sy cuba contact tn amer..area selangor jgk kan tuan..tq2..

      Delete
  2. Tq info.dalam wishlist gak ni😄

    ReplyDelete
  3. Assalam Tuan, sy baru berjinak-jinak dgn golf. Sekarang masih belajar dgn PRO lagi. Masalah sy skg, sy takde kawan lansung kat sini nak main golf. Lagi2 perempuan. Sobss.. so persoalannya boleh ke klu main golf sorang2 kat padang? Kena bayar lebih tak utk 1 flight. Lagi satu nk tny, nak join tournament kena ada handicap dan membership ke?

    ReplyDelete