Monday, 19 March 2012

XPDC MEMBURU KELAH DI KUALA KOH

Kalau raja segala buah ialah durian, Raja segala ikan pula adalah KELAH. Dikatakan harga bagi sekilo Kelah boleh mencecah RM150.00. Isi ikan Kelah memang enak rasanya walau dimasak apa sekalipun. Biasanya ramai orang suka masak asam pedas, masak gulai tempoyak atau digoreng berempah. Sisik ikan Kelah ranggup seperti keropok apabila digoreng.
Atas faktor itu, aku mengadakan XPDC memburu Kelah untuk memenuhi cuti persekolahan. Aku pergi selama dua hari satu malam. Dengan menaiki bot, aku bergerak dari Sungai Aring 6 menyusur ke hulu hingga menghampiri Sungai Kuala Koh. Singgah disatu tempat yang agak indah untuk didirikan khemah. Selepas siap mendirikan khemah, aku mula memasang jaring di sepanjang sungai. Sebanyak 8 utas jaring sempat dipasang, manakala 3 utas jaring lagi tidak dapat dipasang kerana kusut teruk.

                          Papan Tanda ke Sungai Aring dan Kuala Koh
                                Laluan yang Agak Mencabar
                    Persediaan Kelengkapan Lojistik sebelum berangkat
                  Memulakan Perjalanan Menyusuri Sungai Aring
                    Tapak yang sesuai untuk didirikan Khemah
        Tok Batin memikirkan posisi khemah yang hendak didirikan
                                 Mula mendirikan khemah
                                       
Khemah yang amat ringkas siap didirikan. Tidak sesuai untuk berlindung daripada gangguan binatang buas.

Selepas sembahyang maghrib dan makan malam dengan Meggi Kari berlaukkan sardin, kami mula bersiap untuk aktiviti memburu. Tepat pukul 8.30 malam, enjin sangkut bot kami membelah keheningan malam di tengah hutan belantara menyusur ke Lubuk Kelah yang telah dikenal pasti.
Apabila sampai ke destinasi En Hadi ( Tok Batin ) terus menjalankan tugasnya. Enjin dihidupkan dan galah panjang yang mempunyai wayar dan tembaga dihujungnya terus direndam ke dalam air. Iwan yang berada di belakang Tok Batin bertindak menyauk ikan-ikan yang memutih terkena renjatan eletrik. Hanya ikan-ikan besar saja yang disauk manakala ikan-ikan kecil dibiarkan saja untuk terus hidup. Aku yang berada di belakang Iwan diberi peranan untuk menceduk keluar ( menimba ) air yang masuk ke dalam perahu melalui dinding perahu yang pecah. Kalau tidak dibuang airnya, perahu kami boleh karam. Mazwan yang berada di belakang sekali bertindak menjadi kapten yang mengemudi perahu mengikut kemahuan Tok Batin.Mazwan merupakan seorang yang amat cekap dan tahu tentang selok-belok sungai tersebut. Penglihatan matanya sungguh tajam mengesan batu-batu dan kayu-kayu yang berada di tengah laluan walau dalam keadaan yang gelap gelita.

Buat Persediaan dulu sebelum turun memburu
Tok Batin di depan sekali, Iwan di belakang Tok Batin, dan Aku di belakang Iwan. Di belakang aku ialah  Mazwan

Setengah jam berlalu, bayang Kelah masih belum nampak. Di dalam karung jaring sudah dipenuhi dengan pelbagai spesis ikan seperti Lapam Jawa, Tengas, Baung, Sebarau dan Udang Galah. Perahu dimudik ke satu jeram. Di Jeram inilah yang kebiasaannya pemburu-pemburu ikan Kelah tidak pernah hampa untuk mendapatkannya tetapi malangnya usaha kami untuk mendapatkan raja ikan itu belum menampakkan hasil. Secara perlahan-lahan perahu didayung mudik menyusur turun mengikut arus sungai. Tok Batin terus menjalankan tugasnya tanpa jemu. En. Iwan pula terus menyauk ikan-ikan yang menjadi mangsa kami. Ikan yang dapat ditangkap semakin banyak tetapi Raja Ikan masih belum nampak bayangnya. Tanpa disedari rupanya rombongan kami diekori oleh ular Katam Tebu. Ular berbisa ini memang pantang tengok cahaya dan ular ini akan ikut walau ke mana cahaya ini pergi. Tok Batin yang menyedari ular ini sedang mengekori kami terus mengenakan renjatan eletrik ke atas belakang ular itu. Mengelupur kekejangan ular Katam Tebu itu diperlakukan oleh Tok Batin.
Udang Galah Pertama yang dapat
Ikan-ikan yang diperoleh sebelum rehat

Operasi pemburuan kami dihentikan buat seketika. Selepas mengenakan kopi panas dan biskut kering, kami meneruskan operasi ke hilir sungai pula. Di satu lubuk yang dipenuhi kayu dan buluh, seekor Toman Bunga seberat 4.5 kilo telah berjaya dianikkan. Ikan-ikan Lapam Jawa dan Baung juga turut menjadi mangsa. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam tetapi ikan Kelah yang diidamkan masih belum berjaya dinaikkan. Tok Batin mengarahkan jurumudi sekali lagi mengemudi perahu naik ke Lubuk Kelah di jeram tadi takut-takut kali ini boleh membuahkan hasil. Lebih setengah jam galah karan dicucuk-cucuk ke dalam air, tiba-tiba... seekor KELAH merah sebesar tapak tangan melompat-lompat melanggar perahu kami. Iwan tidak sempat menyauk kerana ruang untuk menyauk ikan itu amat terhad. Kelah tersebut terlepas begitu sahaja. Kami semua agak kecewa. Tok Batin membebel menyalahkan Iwan yang lambat bertindak dan tidak cekap menjalankan tugas. Namun begitu, aku tidak menyalahkan Iwan atas apa yang berlaku kerana Iwan memang masih cetek pengalaman, Penataan cahaya juga samar, iken kelah itu juga walaupun sudah terkena renjatan eletrik tetapi masih culas dan bertenaga, ditambah pula dengan ruang yang terhad manakala perahu pula teroleng-oleng dipukul air jeram yang deras.
                                                      Antara ikan yang menjadi mangsa

         Sebarau dan Baung juga banyak yang menjadi mangsa


Berehat sebentar sebelum menyambung pemburuan
XPDC Mencari Kelah
Sediakan Minuman Panas dulu
Kami bangun seawal 5.30 pagi. Suhu memang sejuk gila dan kabus memenuhi ruang. Bunyi kicauan unggas hutan terutamanya bunyi burung merbah dan murai amat mendamaikan sekali. Selepas sembahyang subuh, aku menyediakan breakfast. Selepas menjamah segelas air kopi panas di cicah dengan biskut, kami terus menaiki perahu untuk pergi mangangkat pukat.

Menghayati Kedamain Kicauan Burung di Pagi Hari

Ketenangan dan Kedamaian yang sukar diperoleh kalau tidak di dalam hutan

Berangkat untuk pergi magangkat Jaring


Mangsa Pertama daripada Hasil Jaring

Berebut-berebut ikan ingin melanggar jaring

Setiap Jaring pasti ada hasilnya

Memang berbaloi dan tidak mengecewakan

Laa.. ada lagi yang sangkut

Buang ikan dulu bro..

Breakfast dengan nasi berlauk

Bakal menjadi santapan lunch

Dapat sebesar ni pun dah bersyukur..

Pelbagai spesis ikan ada sangkut dalam satu utas jaring

Rezeki..masak pedas sedap ni atau buat mee udang

Macam ular sawa

Rezeki kawe

Rezeki Iwan, Hasil pancing

Bedah siasat..

Ini baru sebahagian.. ada lagi dlm tong yang masih belum disiang


Selepas puas mandi sungai, kami bergerak pulang pada pukul 11.30 pagi. Segala peralatan memburu Kelah  kami  sorok dan bawa dengan berhati-hati agar tidak dilihat oleh orang lain terutamanya Pegawai PERHILITAN yang sentiasa berkeliaran di kawasan itu. Perbuatan menangkap ikan dengan cara mengenakan renjatan eletrik memang menyalahi akta perikanan. Walau bagaimanapun, cara ini jauh lebih baik daripada kaedah menuba atau mengebom.

 Perjalan Pulang membawa hasil tangkapan

Selamat Sampai di Rumah Tok Batin

Kami makan tengah hari di rumah Tok Batin. Isteri kedua Tok Batin telah memasak aneka masakan berasaskan hasil tangkapan kami. Yang paling menyelerakan ialah masak Asam Pedas Ikan Baung dan Lapam Jawa saiz XXL. Kami makan dengan lahap sekali sehingga setiap orang tambah nasi sampai tiga kali. Berakhir sudah XPDC kali ini walaupun tidak mendapat ikan Kelah idaman tetapi kami seronok kerana dapat memenuhi hobi dan menghayati kedamaian di tengah belantara. Tok Batin berjanji untuk membawa kami lagi suatu hari nanti dengan kelengkapan dan persediaan yang jauh lebih HEBAT. 

Friday, 9 March 2012

Kenapa Blog Aku Nama MATDINGUNUNG

Ada kawan aku yang terbaca blog aku secara tidak sengaja tanya aku kenapa nama blog aku MATDINGUNUNG? bunyi macam gah, hebat lebih drp Muqharabbin sedangkan aku cuma panjat dua tiga buah gunung je berbanding pendaki hardcore lain yang sudah habis gunung di Malysia dipanjatnya. Ni aku nak bagi tahu, sebenarnya sebab aku letak nama blog aku MATDINGUNUNG nak suruh mudah aku ingat nama blog aku. Mudah sikit aku nak update. Aku ni jenis orang yang susah nk ingat alamat dan nombor. aku ambik masa dekat setahun untuk nak ingat nombor kereta aku dulu. No phone aku sendiri pun aku tak ingat kalau tak tengok kat phone book. so.. aku kena cari cara atau kaedah bagaimana untuk aku dapat mengingat sesuatu dengan mudah.Jadi kita kena buat sesuatu yang dekat dengan kita.
Masa dulu aku pegang kelab bolasepak, jadi aku letak alamat e-mail aku MATDINFC@yahoo.com. Jadi, senang aku ingat alamat tu untuk send e-mail kepada ahli kelab aku sekiranya ada game ataupun friendly match. Kadang-kadang aku anjur kejohanan bola sepak Piala Liga, segala jadual perlawanan, keputusan perlawanan ataupun kedudukan pasukan dalam carta liga aku publish je kat FB atau e-mail. ini satu cara yang sangat efesyen untuk aku sampaikan mesej buat ahli.
Aku juga minat ambik gambar. Banyak jugak la wang aku habis untuk mantapkan DSLR aku supaya dapat pic yang terbaik dan tidak mengecewakan. So, segala gambar yang aku snap, aku kumpul dalam satu lagi blog aku yang diberi nama MATDINPOTO.
Mana lah tahu sikit-sikit lagi aku beli Jeep 4wheel sebab aku memang minat gila dengan aktiviti advanture macam Camel Throphy, tentu aku akan masuk kelab 4X4 yang bersepah di Malaysia dan pastinya aku akan buka satu lagi blog yang diberi nama MATDINJEEP.

Cuti Yang Kurang Bermakna

OGKL

Hari ni bermula cuti sekolah awal musim selama satu minggu. Masa aku nak turun pegi kerja pagi takdi, berselisih dengan jiran sedang pikul beg hiking 8 liter. Aku ingat dia dah nak balik kampung terus sebaik lepas sekolah, rupanya geng-geng dia nak pegi TransTitiwangsa selama seminggu.Perghh.. rupanya ada jugak jiran aku yang kaki gunung. Jelous rasanya aku. Tapi sebelum ni memang ada kawan aku CIKGU ZUL dari SMK Sekyen 24 (2) Shah Alam ajak aku joint group bawa budak sekolah dia. Tarikh ni la jgk, Trans Titiwangsa la jugak, Seminggu la jugak tapi aku berat hati nk ikut sebab rasa dah tak terdaya. Maklumlah dah berumur.. panjat gunung rendah-rendah je lah. sekadar untuk ambik gambar.Bagi aku, gunung mana-mana pun lebih kurang aje pemandangannya. Aku dengar cerita, budak-budak SMK SS17, Subang Jaya pun adakan XPDC ke puncak Tahan juga hari ni.. Wah! rupanya dah ramai budak bandar yang sukakan gunung sekarang ni.  Maklumlah, terbiasa dengan hiruk-pikuk kota, sekali sekala nak juga rasa ketenangan dan menghirup udara segar dari puncak gunung.Tapi sayang sekali, budak-budak sekolah aku memang tak suka gunung langsung. Penat lelah aku buat kertas kerja mohon kebenaran bawa budak pergi mendaki gunung, tapi sambutan amat mengecewakan.Sudah dua kali mencuba, tapi masih tak ada sambutan walaupun promosi gila-gila aku buat.Geng aku kat SMK USJ 8 dan SMK Bukit Jelutong jugak hebat bawa budak mendaki. Dah merata gunung dia orang pegi. Tapi aku dok camtu je lah, asal nk naik gunung, tumpang orang.

Anak aku ada kelas tambahan la pulak dalam cuti ni, itu pasal la aku tak berapa nak merancang utk pegi mendaki, takut terpaksa batal di saat akhir. Kesian kpd penganjur terpaksa cari ganti. Tapi aku berhajat nak balik kampung juga beberapa hari. Aku berhajat nak pegi MEMBURU IKAN KELAH kat Sungai Aring.Tapi abang aku kata mesti kena pakai BOM baru senang dapat. Kecut perut aku dengar nama BOM. Kalau pakai jaring selalunya tak berhasil. Aku bukan takut dengar BOM tapi aku takut kepada PERHILITAN.Kalau tak bernasib baik, tidur dalam lokap rasanya dua tiga hari. Makan nasi free la, tidur orang jaga. Kalau kena denda, sama harga dengan beratus ekor ikan Kelah.Habis duit Tabung Haji aku.
Walau apapun, aku bercadang nak pegi juga cari ikan kelah tu.Tak nak cuti aku terbiar begitu saja tanpa berbuat apa-apa aktiviti out door.Dapat dua ekor ikan kelah pun jadilah... tengoklah nanti, macam mana...