BOLA OH BOLA
SUNGGUH KEJAM DIKAU WAHAI BOLA
KAU BIARKAN JUTAAN INSAN YANG BERNAMA PENYOKONG TEGAR
MENITISKAN AIR MATA KERANAMU
KAU SEKSA MEREKA YANG HADIR BERATUS-RATUS KILOMETER
KAU SEKSA ANAK-ANAK KECIL YANG DIBAWA IBU BAPA MEREKA
KAU BUANG MASA MEREKA
KAU BUANG DUIT MEREKA
KAU BUANG TENAGA MEREKA
TAPI.. TIDAK MENGAPA
HANYA SEGELINTIR YANG BERDUKA
MASIH RAMAI YANG SUKA
BERTEPUK TANGAN TANDA GEMBIRA
KERANA ADAT BERTANDING ITU BIASA
YANG MENANG ITU PASTI ADA
YANG TEWAS PUN PASTI ADA
SEKALUNG TAHNIAH BUAT SINGAPURA
BAHANG FINAL |
Tamat sudah perlawanan Akhir Piala FA antara Pasukan Kelantan bertemu Singapura. Atas kertas, hampir 98% menyatakan bahawa pasukan Kelantan mudah untuk menjinakkan Singapura termasuk rakyat Singapura sendiri yang tidak yakin pasukan mereka mampu menewaskan salah satu pasukan gergasi bola sepak tanah air. Salah sebuah pasukan yang terkenal dengan dibarisi pemainnya yang berpengalaman dan mempunyai penyokong yang amat hebat. Namun.. hakikat sebenar tidak begitu.
Biasa ayat dalam akhbar mengatakan kehadiran ramai penonton yang menjadi pemain ke-12 pasukan adalah satu kelebihan.
Pengalaman bermain di pentas final bertahun-tahun lamanya adalah satu kelebihan.
Segala-galanya sudah dibuktikan oleh Pasukan Lion VII bahawa itu semua MITOS dan MENGARUT. Pasukan yang kuat, pintar, bijak merebut peluang, berdisiplin adalah pasukan yang layak untuk menang. Manakala pasukan yang terlalu yakin dan memandang lekeh kepada pihak lawan akhirnya memerangkap diri sendiri. Permainan sedap dan menarik serta serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh sesebuah pasukan bukan satu teket untuk menang kerana pasukan yang menang dikira melalui jaringan melebihi pihak lawan walaupun sangat kurang melakukan ancaman.
Dalam perlawanan berprofil tinggi seperti dalam perlawanan akhir ini, hanya seorang individu dalam kalangan pemain yang buat 'mistake', padahnya amat besar. Melibatkan hati dan perasaan bukan saja para pemain, pegawai pasukan, penyokong sesebuah pasukan bahkan melibatkan maruah seluruh negeri atau negara. Itulah bola sepak.. sukan terbesar di dunia.
Apapun.. TAHNIAH buat pasukan negeriku kerana mampu melangkah sehingga ke pentas FINAL walaupun dalam keadaan pembentukan pasukan yang tidak menentu serta pengurusan yang penyokong tidak tahu apa masalah yang berlaku di balik tabir. Di permukaan nampak tenang tetapi berolak di dasarnya.
TAHNIAH buat penyokong pasukan Kelantan yang sangat setia. Datang beratus-ratus kilometer untuk melihat kekalahan itu biasa kerana sebelum ini pun fenomena kekalahan di pentas final sudah beberapa kali berlaku. Dengan kata lain, kita juga mempunyai penonton yang berpengalaman menonton pasukan kita yang tewas di pentas final. Tapi... sebelum tiup wisel bermula dan tiup wisel penamat, kita tidak tahu pasukan mana yang akan menang dan akan tewas kerana kita mampu merancang, tapi Allah SWT juga merancang.. Perancangan Allah itu yang sebaik-baiknya.
Itu saja ulasan ringkas tentang perlawanan akhir Piala FA 2015 daripada kacamata MatDinGunung. Kalau ada yang kecil hati dan tidak puas hati dengan sedikit ulasan ini.. admin minta maaf. "Berkatalah yang benar walaupun pahit".
Tahun ni harga tiket kena GST.. |
Penyokong cilik |
Conteng muka.. tak baik dik.. bila masa nak sembahyang |
Gelagat penonton |
Baharu pukul 5.15 petang.. para penyokong sudah berpusu-pusu masuk stadium untuk mendapat tempat duduk yang terbaekkk dari segi view |
Tak perlu tolak-tolak.. sila beratur bang.. tunjukkan kita sekarang adalah penyokong yang bersopan. Amanat daripada Allahyarham TGNA |
Bermusyawarah.. arah mana tempat yang nak duduk. Kalau tengah-tengah confirm dah padat. Duduk je di tempat duduk melalui pintu 3G. Belakang gol |
Yang dah masuk stadium mulai sesak.. yang kat luar pun sedang sesak dan bersesak |
Pukul 5.45 petang.. hanya bahagian belakang gol tingkat atas masih ada tempat kosong |
Kat luar masih ramai yang belum masuk |
MatDinGunung bergambar kenangan dengan group kelab penyokong ACCHCS |
Seronok sebelum perlawanan.. Halim menunjukkan tanda terbaekkk.. |
Kawe mari monggek dengan Halim.. tak jem.. pantas dan lancar |
Seronok dulu.. duka kemudian nanti.. selepas wisel penamat |
Baharu pukul 6 petang.. para penyokong sudah memenuhi setiap ruang tempat duduk. Tebal kantung FAM |
Fenomena biasa setiap kali pasukan Kelantan masuk final |
Menang sorak... |
Ultras Kelantan |