Setelah lebih 25 terpisah selepas meninggalkan alam persekolahan, kini dengan menggunakan sebaik mungkin kemudahan what apps, instagram, dan face book.. rakan-rakan satu sekolah dahulu telah berjaya dikumpul dan disatukan.
Kadang-kadang kita jelous melihat rakan-rakan di sekeliling kita mengadakan majlis jejak kasih kembali bertaut atau nama glamer Re-union. Tetapi, rupa-rupanya semua orang boleh melakukan majlis tautan kasih ini sekiranya ada kesungguhan dan kemahuan.
Macam tak caya, kawan satu tingkatan yang sangat lama ditinggal dan dibiarkan rupanya berjaya disatukan walaupun tidak 100%. Selepas tamat SPM, masing-masing membawa diri. Ada yang sudah berkeluarga, ada yang bekerja di merata tempat dan merata negeri mencari rezeki. Dengan adanya kemudahan what apps, sesuatu yang kita tidak terfikir boleh bertemu mata semula setelah berpuluh-puluh tahun berpisah kemudian menjalinkan kembali ikatan ukhwah rupanya boleh menjadi kenyataan.
Apabila berpeluang bertemu, banyaklah cerita-cerita lama yang menggamit kenangan lampau dikongsi untuk sama-sama mengembalikan nostalgia lalu iaitu zaman kenakalan anak-anak remaja dulu. Di samping dapat bertanya khabar, peluang ini juga dapat menjalin semula ikatan silaturahim..
Ye lah.. sekolah kampung di kawasan yang agak terpecil, tidak ramai dalam kalangan kami yang betul-betul berjaya dan bekerjaya. Cukuplah sekadar cari makan untuk menyara keluarga sendiri. Kalau ada lebih, sekadar untuk simpanan anak-anak belajar masa depan. Tambahan pula, rata-rata dalam kalangan kami terdiri daripada latar belakang keluarga yang susah iaitu kebanyakannya anak peneroka, anak petani, anak penoreh getah dan anak orang yang ayahnya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walau bagaimanapun, kami boleh bersyukur kerana tidak ada dalam kalangan kami ini yang menjadi penghuni pusat serenti, penghuni penjara Sungai Buluh, Penjara Kajang atau Penjara Simpang Renggam mahupun Penjara Pengkalan Chepa walaupun kelulusan yang kami ada ala kadar. Kami boleh berdikari untuk menyara keluarga sendiri tanpa meminta-minta. Kami juga mampu memberi keselesaan kepada anak-anak walaupun tidak mewah.
Bertempat di salah sebuah kedai makan kepunyaan rakan sekelas dulu, dengan inisiatif beberapa rakan dalam group whatapps, kami berjaya mengadakan satu majlis Pra-reUnion. Oleh sebab terlalu lama tidak berjumpa, semangat rakan-rakan untuk menghadiri majlis ini begitu berkobar-kobar. Walau jauh beratus-ratus kilometer, mereka sanggup redah untuk datang 'bertemu mata'. Ada rakan yang datang dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Kelantan selain di sekitar Lembah Klang. Ada yang sakit dan demam, tetapi demi semangat untuk bertemu rakan lama, mereka sanggup datang.
Tak nak cerita panjang.. sesungguhnya banyak manfaat daripada majlis yang dianjurkan ini dan segala susah payah datang dari jauh amat berbaloi-baloi. Biarlah gambar-gambar berbicara keceriaan wajah seseorang apabila kasih yang sekian lama terpinggir kembali bertaut setelah berjaya dijejak..
Majlis Pra Re-union berjaya mengumpulkan hampir 40 orang rakan satu tingkatan dalam tahun yang sama |
Fatah Abe Kawasan |
Ikatan mesra kembali berpaut |
Sahababat setia |
Sahabat Sejati 25-30 tahun yang lalu |
Pok 6 Penjejak Kasih bersama Jeme |
Bob Riezalman - Floor Manager Pra-Reunion |
Bertanya Khabar |
Mat Jari & Cikgu Noriah |
Mahadie..dan Izani |
Robi Abe Long |
Abe Baha datang dari Kem Terendak Melaka dan Azhar |
Kasih kembali bertaut |
Usop dan Sudiman |
Rasa cam tak nak berpisah |
Abe Mede lenguh bahu.. Shaari tolong urut.. Sahabat sejati |
Abe Mud.. Pegawai Bank dan seorang ahli Riders Club |
MatdinGunung bersama sahabatnya Sarbini.. ahli bina badan |
Abe Meder.. walaupun demam tapi tetap datang dari jauh semata-mata nak berjumpa mata dgn rakan-rakan lama |
Menu yang disediakan tak penting.. yang lebih penting dapat bertemu rakan satu tingkatan yang terlalu lama terpisah |
masih ada lagi wajah yang tak dimamah usia |
Happy floor manager.. perancangan berjaya |
Pok War.. datang dari Kedah.. Penaja Tapai |
Madi Piccaso.. Usahawan Kedai Makan yang berjaya bersama Riezalman Usahawan Lembu |
Cikgu Leha bersama Mak Suzen juga usahawan yang berjaya |
Kasih bertaut kembali setelah lebih 25 tahun tak jumpa |
Busy floor manager melayan tetamu |
Hasnan dah punya cucu.. |
Dena.. masa sekolah dulu diminati ramai wanita |
Wari.. ahli perniagaan berjaya |
Sambil menjamu selera.. sambil bertanya khabar |
Pok Leh.. kontraktor berjaya |
Salam Pertemuan sahabat... |
Berkongsi cerita lampau |
Sekian...
Kredit untuk penganjur : Bob Riezalman & Ab. Fatah..
Lokasi : Kedai Kilat Picaso, Taman Medan
Sajian : Ismadi Kilat Piccaso
Gambar: MatdinGunung
Penaja Tapai Beras Pulut : Pok War
Penaja Air Cuka Epal : Abg Kawasan Fatah
Penaja Kuih Ambon : Cikgu Leha
Penjejak Kasih : Adnan @ Pok 6
Turut dihadiri oleh : Mede, Pok Leh, Wari, Baha, Robi Abe Long, Sudiman, Sarbini, Jeme, Shaari, Mat Jari, Mahadi, Janie, Adly, Abe Yie, Zahar MatNor, Usop, Abe Mud, Denar, Hasnan, Cikgu Noriah, Mek Suzen, Atini dan beberapa orang yang bawa family.
Tahniah! semoga yang jauh kita dekatkan, yang terpisah kita satukan dan yang rindu kita ubatkan.
Semoga bertemu lagi pada Re-Union pada tahun hadapan dengan perancangan yang lebih rapi dan penyertaan yang lebih ramai.