BAHAN-BAHANNYA
5 ulas bawang merah besar
2 batang serai
1 inci halia
5 ekor ikan sardin direbus dan dikopek isinya
sedikit belacan
sebiji kelapa diambil santannya
sedikit lada hitam ditumbuk halus
3 keping Asam keping
Cara-cara membuatnya
Bawang, serai, halia, belacan, ikan sardin rebus dan lada hitam diblender bersama santan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali asam keping. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih di atas api yang sederhana. Kemudian masukkan satu sudu gula, garam secukup rasa dan sedikit ajinamoto.
Apabila sudah masak, siaplah kuahnya itu. Buatlah pulak laksamnya. Kalau malas buat.. beli aje kat kedai yang dah siap. Pasar borong Selangor ada jual. Kat kedai di Pantai Dalam pun ada jual. Kedai Makcik Kelantan. Laksa pun ada juga. Guna kuah yang sama aje.
Basuh ikan sardin bersih-bersih |
Rebus dulu. Semasa rebus masukkan sedikit lengkuas dan sedikit garam serta 3 keping asam keping |
Semua bahan tadi masukkan ke dalam blender termasuk isi ikan sardin |
Masuk sekali dengan santan |
Kemudian blender sampai hancur |
Masukkan ke dalam periuk dan jangan lupa masukkan asam keping sekali. |
Kena sentiasa kacau dengan api yang sederhana sehingga masak. Jangan lupa masukkan garam, gula dan sedikit ajinamoto. |
CARA NAK BUAT LAKSAM
Air dan Sekampit tepung beras untuk makan 6 orang |
Adunkan tepung beras dan air |
Kacau hingga sebati |
Rebus air untuk dikukus |
Atas tudung periuk kena sapu sedikit minyak masak. Sapu kasi rata |
Ratakan |
Kemudian kukus selama lebih kurang 6-8 minit |
Dah masak keluarkanlah |
Kemudian gulung dengan cermat. Ambik hujung dulu |
Susun dengan cantik |
Kemudian potong |
Sediakan ulam-ulamnya seperti taugeh, timun batang, kacang panjang yang dipotong halus, bunga kantan |
Kalau ada sambal lada lagi bagus |
Laksam ready untuk disantap |
Laksam memang mudah disediakan. Lagi mudah beli je kat kedai yang dah ready made di import dari Kelantan. Kita buat kuah je la. Kalau makan dengan laksa kelantan pun sedap |
Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
ReplyDeletetapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe
Jemput ke blog saya
http://norzuryati.blogspot.com
~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..
Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..
Dh try buat td menggunakan resepi ni.sgt sedap dan mudah..terima kasih ^^
ReplyDelete