Sebagai seorang guru kelab fotografi, aku telah diamanahkan untuk mengajar atau mencari jalan bagaimana cara untuk membolehkan setiap ahli beroleh manfaat apabila menyertai kelab ini. Sehubungan dengan itu, pelbagai cara telah aku lakukan agar kelab yang aku pegang ini tidak membosankan. Salah satu cara ialah menjemput Jurufoto Profesional untuk mengajar ahli kelab aku.
Ad Hadi sedang memberi tunjuk ajar |
En Zuhrie sedang memberi tunjuk ajar teknik penggunaan flash |
Teknik penataan cahaya |
Aktiviti yang paling menarik sekali yang aku anjurkan ialah Foto Outing. Pada tahun ini aku memilih lokasi Kg Janda Baik Bentong Pahang sebagai destinasi untuk melakukan aktiviti ini. Ahli yang mengikuti aktiviti ini tidaklah ramai sangat kerana tarikh yang dipilih sangat hampir dengan peperiksaan pertengahan tahun. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tetap aku teruskan.
Tepat pada masa dan tarikh yang ditetapkan, kami pun berangkat ke Kg Janda Baik dengan menaiki bas persiaran. Seramai 14 orang ahli kelab beserta 6 orang guru pengiring telah mengikuti rombongan ini.
Bas Persiaran yang baru dan selesa |
Seorang dapat 2 tempat duduk |
Ketibaan rombongan kami disambut mesra oleh Suriya Fred Zaini Guest Resort, Janda Baik |
Jeram yang berada di tepi chalet dalam kawasan Zaini Guest House |
Salah satu chalet yang terdapat di sini. Kampung Janda Baik |
Dalam ni ada 3 katil. sesuai untuk 3 orang |
Chalet ni yang paling menarik, sejuk je.. kata penghuninya |
yang ni macam reban ayam.. tapi ada 1 katil queen |
Yang ini paling selesa.. open air. sejuk memanjang siang ataupun malam |
Oleh sebab ramai dalam kalangan peserta terdiri daripada orang bandar ( Anak Dato pun ada, Anak artis terkenal pun ada) maka aku lebih suka mendedahkan mereka dengan cara kehidupan kampung. Salah satunnya ialah makan nasi bersila beralaskan tikar di bawah pokok durian di tepi jeram.
Makan nasi bersila beralaskan tikar makan dengan tangan. |
Aktiviti pertama aku pergi ke Khalis Garden untuk mengambil foto-foto pelbagai spesies flora eksotik.Pihak pengurusan Zaini Guest Resort telah menyediakan sebuah 4x4 untuk mengangkut kumpulan kami. Aku dapati banyak pokok telah ditanam di sini dan dijaga dengan baik.Bagi yang meminati landscape, memang tempat ini amat sesuai buat mereka.
Pengangkutan rasmi untuk ke mana-mana yang disediakan oleh Pengurusan Zaini Guest Resort |
Sekali-sekala naik benda ni, seronok betul budak-budak.. |
Bersiar-siar |
ambil kesempatan untuk berposing |
Bunga Tulip Malaysia |
Posing |
Ambik gambar dik.. jangan tak ambik |
Kusyuk mendengar penjelasan guide |
Haa.. posing lagi. jgn bimbang.. tak kena bayar pun. |
Sesuai dijadikan gambar profile untuk facebook |
teratai layu di tasik madu |
Mengambil gambar objek. Hati-hati Niq.. kalau jatuh, kuyup ko |
Semuanya guna DSLR |
skill tersendiri untuk mendapatkan pic yang terbaekkk |
bermeditasi |
shooot dik..skill memang ada |
Menjamah sedikit kuih-muih yang disediakan |
Santai berhi-tea sambil berborak |
Kak Edah beli banyak pokok untuk buat taman kat rumahnya |
Sebelum balik, sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan. |
Mandilah kamu sepuas-puasnya.. nanti kat bandar tak akan jumpa air yang macam gini |
berendam sampai mengiggil semuanya
Jeram ni berada di tepi Hawa Resort |
Haa.. sorang boleh ambik sampai 3 ketul. jangan membazir sudah... |
Mee hon ada.. nasi goreng cina ada.. |
Haa.. pilihlah, apa nak makan. Ayam bakar ada, Ikan Jeket bakar ada, Pengat labu pun ada.. |
Makan dik, jangan tak makan. tak cukup nanti tambah yee.. |
Cikgu pengiring pun sila tambah yee.. |
Tidur pada malam ini amat sejuk sekali. Aku tak jumpa cari selimut maka kain sembahyang dijadikan selimut. Sejuknya tak terkira. Ada juga peserta yang tak dapat lelapkan mata sampai pagi sebab tak tahan sejuk.Kabus pagi memenuhi ruang Kampung Janda Baik. Bunyi kicauan burung amat mendamaikan sekali.Bunyi air jeram yang tak henti-henti mengalir dicelah-celah batu juga begitu menenangkan jiwa. Pukul 6.30 pagi kami bangun untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam. Nak ambik wuduk airnya amat sejuk. Beberapa orang pelajar kelihatan mundar-mandir dalam kawasan Zaini Guest House untuk menyedut udara segar.
Pihak pengurusan Zaini Guest House menyediakan kami nasi lemak untuk breakfast. Kami perlu makan secukupnya kerana sekejap lagi kami perlu mendaki bukit.Banyak tenaga diperlukan.Tepat pukul 9.30 pagi, sekali lagi kami diangkut menggunakan 4X4 untuk dihantar ke kaki bukit. Kami perlu berjalan sejauh lebih kurang 4 KM untuk sampai ke destinasi seterusnya iaitu Hammer Waterfall. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sungguh indah. Kebun-kebun sayur penduduk tempatan sayup mata memandang.
Cabaran pertama.. perlu basahkan kasut |
Steady kak Edah.. anak murid korbankan kasutnya untuk menyelamatkan kasut kak Edah |
terus tuang dalam air |
Okey Readyyyy... |
Antara ladang sayur yang usahakan oleh penduduk tempatan |
apa-apa hal pun.. posing la dulu bro.. |
Aku dan Guide.. |
Berehat smeta boh, letih naik bukit |
Napok rendoh jah... tapi penat gila |
Perkampungan orang asli yang mengamalkan pertanian pindah |
kembali meneruskan perjalanan.. pemandangan memukau |
haa.. dah sampai pun |
Aniq jadi model untuk test power skill fotografi aku. |
Sedapnya mandi-manda.. rasa cam tak nak naik |
sediakan tea o panas bersama biskut. |
layan adik-adik.. anak VVIP kena servis kasi baek punya |
Selepas banyak merakam gambar, kami mandi dengan sepuas-puasnya. Airnya yang jernih, sejuk dan bersih menyebabkan badan kami segera segar selepas penat mendaki dan jungle treking. Pukul 12.30 tengah hari, kami pun mula bergerak turun.Perjalanan semasa turun lebih mudah dan tidak memenatkan.
Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang |
Perjalanan pulang tidak sesukar mana |
Apa pandang-pandang.. turun je laa.. |
Disajikan dengan pemandangan yang begunung-ganang dan berbukit-bukau |
dah nak balik.. |
bersiap untuk balik |
tunggu bas nak balik.. |
lambatnya bas sampai.. sehingga sudah ada yang dah tertidur |
haa.. bas dah sampai.. beratur nak naik bas |
Alhamdulillah... semuanya selamat sampai ke sekolah |
No comments:
Post a Comment