Cuti hujung minggu kadang-kadang membosankan kalau hanya terperap dalam rumah. Kadang-kadang kita perlu bersiar-siar menyedut udara segar dan mencuci mata. Sesetengah orang pergi shoping window di mana-mana gedung beli belah untuk mencuci mata, tetapi aku lebih suka mencuci mata dengan melihat kehijauan pokok-pokok dan ketenangan air tasik. Lari dari tempat yang menjadi tumpuan ramai.
so.. nak jadikan cerita, hujung minggu baru ni aku bawa keluarga pergi bersiar-siar di Paya Indah Wetland yang terletak di Dengkil. Masa aku sampai orang tidaklah ramai sangat. Kebetulan hari baru je lepas hujan. Cuaca agak sejuk dan redup amat sesuai untuk berjalan-jalan menghayati keindahan kawasan tersebut yang bersih, view yang menarik dan terjaga.
Kebetulan pada masa aku sampai, petugas di tempat itu sedang memberi makan buaya-buaya di kolam buaya. Dapatlah anak-anak aku melihat buaya dari dekat. Petugas hanya meniupkan wisel, seekor demi seekor buaya datang untuk mendapatkan rezeki (ayam mati) yang dibaling oleh petugas terus ke dalam mulutnya.Seolah-olah telah tahu bahawa setiap seekor buaya hanya dapat seekor ayam, buaya yang telah mendapat habuannya terus berenang ke tengah tasik untuk memberi peluang rakan lain mendapat habuannya pula.
Berdasarkan label-label yang aku baca pada setiap lorong, banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati. Selain kolam buaya, terdapat juga kolam Hippo. Binatang eksotik seperti tenggiling dan landak juga ada dibela di sini. Terdapat juga menara tinjau yang disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk melihat burung-burung beterbangan serta melihat keindahan kawasan pesekitaran. Khidmat sewa basikal juga turut disediakan bagi mereka yang mahu meneroka ke seluruh kawasan Paya Indah Wetland tersebut sekiranya malas untuk berjalan kaki. Kaedah berbasikal lebih prktikal kerana dapat menyihatkan tubuh badan dan lebih santai.Lagi pun kawasan itu amat luas.
Aku membawa keluargaku meneroka denai yang dikelilingi tasik-tasik teratai yang indah. Pokok-pokok yang menghijau begitu mendamaikan dan menyejukkan mata. Oksigen yang aku sedut terasa amat segar sekali masuk ke paru-paru.
Setiap tasik dipenuhi dengan teratai |
ada teratai yang dah kembang |
kalau dah penat sangat berjalan, apa kata kita naik sampan pula |
kalau jalan sorang2 ikut lorong ni pada waktu malam boleh meremang bulu roma |
Kalau cuaca baik, kita boleh rakam gambar matahari jatuh dari sudut sini |
Setiap 50 meter terdapat pondok. Kalau penat bejalan bolehlah berehat kat pondok |
Pangkin pun ada.. kalau makan nasi lauk budu ulam tentu berselera kat atas ni |
Duduk bersantai.. kalau main congkak kat atas ni pun ok jgk |
nak melancong kat luar negara tak mampu, melancong kat sini aje lah.. |
Nak makan kat hotel 5 bintang juga tak mampu, makan kat sini aje lah.. |
tengok Amsyar makan,.. nampak sedap je buah tu. |
Penuh muka, bila la nak abisss..gigi baru ada kat bawah aje, ada hati nak gigit |
harap-harap dalam ni tak de buaya telepas |
seronok anak-anak sekali sekala terlepas..selalunya mereka habiskan masa kat sekolah aje |
alamak... ada orang ofer naik kenderaan ni la plak.. |
apa lagi.. naik je laaa |
jom... abah bawak korang pegi pusing-pusing dengan 4 X 4 ni |
biasanya pondok macam ni ada kat kampung aje.. rupanya kat sini pun ada |
jom balik.. cari tempat lain la plak |
posing kat sini dulu |
Wah...ada gaya modeling blako rupanya |
Last pic kat sini |
Haa.. kat tempat ni pun cantik. Amat sesuai buat foto outing |
Amsyar pun ada gaya jadi seorang model |
Buka senang nak dapat pic Athir yang macam ni, selalunya dialah yang paling susah kalau diajak bergambar |
Kalau buat foto outing untuk pengantin baru kat sini tentu menarik, lagipun orang tak ramai, taklah segan sangat |
Dah Athir.. sila bangun, kita dah nak balik. Lain kali pula kita datang |
No comments:
Post a Comment