Hari pertama berada di kampung, aku pergi tinted cermin kereta aku supaya nampak rugged sikit untuk buat raya.
Macam kereta tuan Majestret daa.. gelap gelita 100% ketelusan cahaya. Memang tunggu JPJ saman je ni. |
Nilah rupa AKOK SALOR yang berkedut dan padat dengan telur itik. Tentu jauh bezanya dengan akok-akok yang dijual kat bazar ramadhan di sekitar Lembah Kelang |
Tak perlu panjat, petik je kat bawah.Tak terdaya nak makan. |
Raya pertama tahun ni aku beraya dengan ibu aku kat kampung. Biasanya hari raya kedua baru aku balik manakala raya pertama kat kampung bini aku, tapi tahun ni lain sikit jadualnya sebab jadual aku untuk raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam begitu padat. So.. kena susun biar cantekkk agar orang kata menang..menang..
Raya pertama bersama adik beradik dan ibu tersayang |
Bertahlil di pusara ayah di pagi raya |
Majlis pertunangan sepupu aku pada raya kedua. Sepupu aku yang lelaki, yang perempuan ni bakal isteri dialah. Tu pun kalau ada jodoh. |
Sarungan cincin oleh ibu sepupu aku tanda termenterainya ikatan pertunangan |
Sebelum pengantin lelaki sampai untuk ambik gambar, aku tolong masak gulai kawah dulu |
"aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak yang disebut" mudahnya jawab nikah sekarang, siap boleh baca skrip lagi |
Pengantin lelaki berhadapan dengan jurunikah. |
"Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah suamiku itu seorang yang bertanggungjawab dan baik budi pekertinya. Aminnn!!" |
Bagai pinang di belah dua. Sama-sama cikgu macam aku jugak |
sarung cincin dulu. Dah sah kahwin baru boleh pegang tangan bro |
Posing dulu untuk indoor photo |
HARI KELUARGA ANAK CUCU HJ CHE SOH. PERDANA RESORT, PCB. |
Pengantin perempuan berarak masuk |
Disambut oleh pengantin lelaki (sama-sama bakal cikgu ) |
Tuah badan, dapat bersuamikan anak Dato' yang kaya raya |
Bergambar kenangan dengan keluarga pengantin perempuan (ibu aku kat depan tudung coklat) |
Hiasan dalaman rumah pengantin lelaki |
Ibu dan Ayah pengantin lelaki ( Dato' dan Datin ) |
Rumah besar bapokk |
Hiasan dinding daripada batu granit moden English style |
Ibu dan Ayah pengantin perempuan ( tauke balak ) |
Rumah pengantin lelaki yang masih dalam proses pembinaan ( bawah bumbung yang masih belum siap tu adalah kolam renang ) |
Tak sempat nak fokus kat kebun getah aku balik ni, dah penuh dengan semak-samun nampaknya |
Sebut pasal kemalangan, ni nak story satu cerita untuk pengajaran bersama. Baru saja beberapa kilometer memulakan perjalanan balik, aku sudah langgar seekor kucing yang main saling mengejar di atas jalan raya. Aku cuba mengelak tapi tak berjaya kerana kucing tu memang nak mati kat situ juga. Dah ditakdirkan kucing tu nak mati dengan kereta aku menjadi asbabnya, apa boleh buat. Berdoa aku dalam hati supaya tak ada musibah dengan alamat tu kerana kata orang kalau kita langgar kucing mungkin ada musibah dalam perjalanan. Tapi masa kat Kuala Lipis, ada sebuah lori mengangkut buah kelapa sawit bergerak perlahan atas jalan raya. Banyak kereta berbaris cuba memotong. Masa sampai giliran aku untuk memotong, aku tak sempat sebab ada lori yang sedang menuju dari arah bertentangan. Tiba-tiba ada 'seekor' orang yang tak ada otak pandu Toyota Wish dengan lajunya nak tunjuk hero cuba memotong lima kereta sekaligus. Sesampai beriringan dengan ketera aku, mamat tu memperlahankan MPVnya, mungkin teragak-agak sama ada nak terus atau nak masuk lorong. Aku brek untuk bagi lorong supaya mamat tu masuk depan kereta aku kerana lori depan sangat dekat.Tapi dia membuat keputusan bodoh memecut laju nak potong juga lori sawit tu. lori kat depan ding lampu beberapa kali bagi amaran tapi mamat tu macam nak bunuh dirinya dan keluarganya terus memecut. Cuma selang beberapa saat dan inci saja untuk aku lihat dengan mata kepala aku sendiri sebuah Toyota Wish Putih akan berkecai dan terperosok bawah perut lori bersama pemandu yang bodoh itu.Tapi dia bernasib baik sebab Allah tolong dia dan panjangkan umur anak-anak dan isterinya.Dia sepatutnya sujud syukur sebaik saja jumpa masjid kat tepi jalan kerana Allah telah panjangkan nyawanya sekeluarga.
Sebaik saja sampai rumah setelah mengharungi perjalan jauh, aku mengangkut barang-barang masuk ke dalam rumah. Semua beg aku angkut termasuk satu beg yang aku tak pernah usik sepanjang aku berada di kampung. Nak tahu beg apa???
No comments:
Post a Comment