Peti sejuk yang beli masa baru kahwin. Gaji pertama bini kerja. 12 tahun diguna pakai. Masih elok. Tip-top. Kalau rosak baik sendiri tak yah wak gi kedai. |
Setiap minggu aku pergi ke beberapa kedai peralatan eletrik untuk servey peti ais baru. Dalam hati sudah ada yang berkenan cuma tunggu ada duit lebih je terus aku nak rembat. Dalam dok menunggu duit tersepak datang, tiba-tiba peti ais aku sedikit demi sedikit mula sejuk kembali. makin lama makin sejuk, makin lama makin sejuk. Penyakit dia pulih dengan sendiri tanpa dibawa ke klinik dan tanpa diberi ubat setelah lebih sebulan tak berfungsi. Tidak lama kemudian, peti aku tu pulih sepenuhnya bahkan semakin sejuk pula hawanya. Pelik bin ajaib betul laa. Berkat betul duit yang digunakan untuk beli peti tu dulu. Setelah sejuk, bini aku pun kembali masukkan barang-barang semula. Sekarang ni, ketiga-tiga tingkat dah padat dengan barang-barang ke. Hasrat nak beli peti ais baru terpadam terussss. Nasib baikkk laaa aku tak bukak sendiri peti aku tu, kalau tak, dah tentu masuk dalam rumah sampah daahhh.
Ni lah rupa peti sejuk yang menjadi idaman hati setelah sebulan dok servey. |
Moralnya... tak yah laa kita repair apa-apa kalau kita tak pandai merepair takut bertambah rosak. Ada kalanya sesuatu barang tu boleh baik dengan sendiri kalau kita tak repair pun. Kadang-kadang kalau kita bawa pegi kedai, nanti kena tipu kat cina yang baiki je, rosak tak seberapa tapi mereka bagi tau kita rosak itu laa.. ini laa..untuk dapatkan charge yang lebih. Kadang-kadang barang yang tak rosak pun mereka kata rosak sebab dia nak change atas barang. Kencing kita laa tuu..
Cerita untuk pengajaran semua, Ada kawan aku sorang tu, 3 belah cermin kereta yang dia baru beli kat use car tak boleh turun, yang dapat turun cuma bahagian pemandu aje. So, dia pun pegi laa kat kedai baiki kereta, bagitahu kat pomen cina tu masalah cermin kereta dia. Sebenarnya dia tak tekan naik punat kat tepi pintu sebelah driver je. Mungkin dia tak tahu kot sebab kereta dia sebelum ni pakai manual aje nak bukak dan tutup cermin. Cina tu pun buat-buat buka laa ketiga-tiga belah pintu tu konon nak cari punca. Buat-buat potong wayar kemudian sambung balik. 20 minit kemudian, segala masalah selesai dan bil yang dikenakan ialah RM480.00 sebab katanya rosak dalam motor. Perghhh... hidup-hidup member aku tu kena tipu.
Cgu, kadang2, kalau peti sejuk dimuatkan dgn terlalu banyak benda, masalah ni akan timbul. Cuba jgn masukkan byk sgt makanan sekaligus. Peti sejuk rumah saya dah dekat 20 tahun lebih. Servis tambah gas kadang kala saje. :D
ReplyDeletesaya menyediakan khidmat baiki peti sejuk dan mesin basuh dgn hrga yg berpatutan.area cyberjaya,putrajaya,bangi,dengkil,salak tinggi,nilai,seremban dan senawang
ReplyDeletecall or whassup:0196015417
cari la ilmu skit2 benda yg kita pakai baru tak kena kencing.....aku pun pernah kena kencing juga dgn kedai aircon kereta.dari kena kencing itulah aku sekarang boleh baiki sendiri aircon kereta aku.KERETA ORG lain pun boleh.dan dari pengalaman kena kencing inilah aku sekarang boleh membaiki semua peralatan elektrik rumah.terima kasih ALLAH. jika ingin mendapatkan perkhidmatan saya.014 5469755 area pasir mas kelantan. terima kasih...
ReplyDeletesy baru beli Elba 250L 2-Door Fridge Refrigerator (ER-G2521 SV).
ReplyDeleterisau gak takut x tahan lama. baca pengalaman bro guna peti sejuk jenama Elba ni baru rasa lega sikit :)