Tuesday, 21 January 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA


Sebut kata cuti, terbayang dalam fikiran pergi bercuti di tempat-tempat menarik sama ada dalam negara mahupun luar negara. Kalau ada bajet besar memang seronok kalau pergi bercuti tetapi kalau tak ada bajet cukuplah bawa anak-anak pergi bercuti kat sekitar tempat tinggal je lah.

Cuti tiga hari baru-baru ni aku bawa anak-anak aku pergi bercuti. Tapi bukan bercuti naik flight.. naik Myvi aje.  Bukan pergi ke tepi pantai di Krabi atau Port Dickson. Bukan juga pegi ke Danau Toba, tapi aku bawa anak-anak pegi bercuti kat Taman Tasik Cyberjaya je.. itu je yang mampu. Tu pun bukan main seronok anak-anak. Kat taman tasek tu view dia cantik dan menarik. Persekitaran terjaga dan orang pun tak ramai. Kalau nak jogging dan berbasikal memang tempat tu sangat sesuai. Kalau nak makan santai-santai pun tempat tu juga sesuai. Pihak Perbandaran Cyberjaya telah sediakan tempat-tempat istirahat yang secukupnya dan selesa. Amat sesuai bersantai bersama keluarga.

Tenang dan Mendamaikan

Indah

Antara view yang memukau mata memandang

Taman Permainan Yang Luas dan Banyak Pilihan

Keceriaan dan Keriangan jelas terpampang pada wajah Amsyar

Amsyar main-main dengan air


Aktiviti berbasikal amat sesuai

Tenang je persekitaran tanpa pencemaran





Bangku yang sediakan amat sesuai untuk makan-makan kat tempat ni

Lepas Berjogging boleh terus makan

Santai bersama anak-anak pada hari cuti hujung minggu

Lepas balik dari beriadah di Taman Tasik Cyberjaya, aku terus ke Lombong Puchong Putra Perdana untuk memasang jaring ikan. Aku turut bawa bersama anak-anak. Kat lombong tu terdapat sebuah perahu yang ditinggalkan oleh pemiliknya. Aku gunakan sampan tu untuk memasang jaring setelah mendapat keizinan daripada sahabat baik pemilik sampan tu.

Petang tu aku cuma pasang jaring aje kemudian aku akan angkat jaring pada pagi esok.. Oleh sebab ikan terlalu banyak.. sedang pasang jaring pun ikan sedah langgar jaring. Dapatlah beberapa ekor ikan pada petang tu. Hasil yang dapat bolehlah dijadikan lauk untuk pagi esok.

Keesokan pagi.. anak-anak tak sabar-sabar nak ikut aku pegi angkat jaring. Aku suruh bini aku masak nasi dan goreng ikan yang kena petang semalam untuk breakfast kat tepi lombong. Mungkin makan luar macam tu lebih berselera walaupun lauknya simple saja.

Tempat macam ni pun boleh jadi tempat riadah

Adib makan nasi bungkus lauk ikan lombong yang dapat petang semalam di atas sampan

Walaupun lauk simple.. tapi amat menyelerakan

Matdingunung.. tak toleh kiri kanan bila dapat nasi bungkus berlaukan ikan lapam jawa goreng
Selepas selesai makan pagi.. aku dan Jaim iaitu pemandu bot terus berangkat untuk pergi angkat jaring. Hasil pagi tu memang memberangsangkan. Cukup untuk stok seminggu. 

Pukat lubang kecil menyebabkan hasil yang dapat pun tak sebesar mana tapi banyak yang sangkut

Ikan besar pun ada yang sangkut termasuk kayu kayan. Jenuh nak membuangnya

Tengoklah sendiri hasilnya

Heret je.. nak angkat tak terdaya terlalu berat dengan ikan-ikan

Jenuh nak pelepas ikan-ikan yang sangkut kat jaring

Selepas tu.. aku masuk whatssup gambar-gambar ikan yang aku dapat bawa naik. Member-member dan anak-anak saudara yang tengok hasilnya dan kenikmatan makan di tepi lombong, terus telefon aku supaya pegi sekali lagi pada minggu depan. Mereka sangat berminat nak joint. Nak makan nasi bungkus kat tepi lombong. Nak masak hasil jaring kat tepi lombong dan bersantai naik sampan di tepi lombong. Ada yang nak memancing dan ada yang nak menangguk. 

Cuti bersambung tiga hari sempena Thaipusam memberi peluang yang cantik untuk aku turun sekali lagi merendam jaring kat dalam lombong tu. Pada cuti hari jumaat tu.. aku seharian bermain badminton di Court Cyberjaya bersama jiran-jiran di taman perumahan aku. Pada pagi hari sabtu, aku sekali lagi bawa anak-anak bersiar-siar di Taman Tasik Cyberjaya sebab anak-anak tak sabar-sabar nak main gelongsor lagi manakala bini aku nak berjogging sambil menghirup udara segar. Lepas balik dari Taman Tasik Cyberjaya, aku terus ke lombong tempat aku menjaring minggu lepas. 3 utas jaring aku bawa turun hari tu.

Tengah hari tu aku rancang nak lunch kat tepi lombong tu. Ambik ikan kat jaring terus siang kemudian goreng kat tepi lombong tu juga.Ramai tetamu dijangka hadir  sebab masing-masing berminat nak joint keseronokan makan kat luar rumah. Masing-masing bawa anak-anak.

Santai makan tepi lombong



Lalunya makan.. sampai licin semuanya walaupun lauknya amat simple ajee
Kenyang makan, bersantaiii..


Biasanya anak-anak aku nak habiskan beberapa suap nasi pun terpaksa memujuk.. tapi bila makan kat luar, sebesen nasi habis dimakannya.. amat lalu mereka makan

Athir selalunya amat payah nak makan.. tapi kat sini perghhh.. asyik minta tambah aje


Lepas makan.. budak-budak diberi peluang naik perahu


Masing-masing seronok tak terkata







Macam-macam gaya
Hasil yang dapat petang ni seekor Patin Buah 4 Kilo



Cukuplah dulu cerita pasal tahan jaring.. petang tu aku jemput anak-anak buah datang rumah. Bini aku nak jamu anak-anak sedara dengan STEAMBOAT yang dia baru belajar buat resepinya. Resepi steamboat ni dia belum upload dalam blog masakannya lagi. Seronoknya anak-anak sedara dapat mak sedara baik hati. Petang tu ramai-ramai datang serbu rumah aku untuk menikmati juadah STEAMBOAT.







Begitulah kisah cuti tiga hari.. padat dengan aktiviti. Tak payah bawa anak-anak terbang jauh-jauh.. cukup je berkelah kat tepi lombong. Tu pun puas pujuk sebab tak nak balik. seronoknya bersantai bersama sepupu-sepupunya. Kos tak mahal tapi hasil amat hebat setanding dengan pergi melancong di Langkawi ataupun ke Pulau Tioman yang memerlukan kos yang amat besar. Kalau sape-sape nak joint cuti hujung minggu silakanlah.. ikan masih banyak kat dalam lombong.. jaring pun masih elok.

7 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum whbt tuan²puan2 jom melancong ke langkawi @kilimadventure

      Delete
  2. jom melancong kat sabah..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
    Call : +6282214441280
    +6282216270779
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

    ReplyDelete