Banjir besar yang berlaku di negeri kelahiranku begitu meruntum jiwa. Setiap hari aku tidak pernah lekang daripada mengikuti perkembangan banjir di seluruh negeri Kelantan yang saban hari semakin buruk. Banjir yang luar biasa ini bukan saja menyusahkan mangsa yang terlibat secara langsung, bahkan penduduk yang tidak terlibat juga turut terkena tempiasnya. Negeri Kelantan terus lumpuh kesan banjir yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran akan berlaku sebegini dashyat. Bermula di Bandar gua Musang kemudian merebak masuk ke bandar Kuala Krai seterusnya Bandar Tanah Merah pula menjadi mangsa akhirnya masuk menyerang bandar Pasir Mas dan terus menyerang Bandar Kota Bharu sebelum berakhir di Tumpat. Hampir semua jajahan banjir ini menyerang seolah-olah satu bala besar sedang menjalar untuk memberi musibah dan pengajaran kepada rakyat Kelantan. Satu pusat perpindahan demi satu pusat perpindahan dibuka sehingga dalam masa yang singkat kadar perpindahan mangsa banjir mencecah lebih 100 ribu.
Keadaan pusat perpindahan yang sesak, dengan ketiadaan makanan dan air minuman, diburukkan lagi dengan ketiadaan eletrik dan air serta ketiadaan liputan telekomunikasi menuntut mangsa banjir banyak bersabar dan tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Gambar-gambar yang dihantar melalui what apps dan FB jelas menunjukkan betapa deritanya mangsa banjir ketika ini. Luahan-luahan rasa daripada mangsa-mangsa banjir yang kelaparan dan luahan rasa daripada pekerja-pekerja hospital dan beberapa orang doktor yang merawat pesakit dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan tanpa eletrik dan air begitu mencemaskan dan pantas menjadi viral di FB, What Apps dan Istagram.. Badan-badan sukarela dan pasukan penyelamat yang bertindak sebagai hero dalam misi membantu dan menyelamat begitu ditagih memandangkan banyak mangsa yang terperangkap bukan saja di dalam rumah, di atas bumbung rumah bahkan di bukit-bukit yang tidak ada sedikitpun makanan dan air bersih selain air selut yang mengalir deras membadai rumah-rumah, tanaman-tanaman dan menghanyutkan ternakan penduduk.
Aku mengikuti setiap masa perkembangan banjir melaui laporan-laporan NGO khususnya seorang anak muda OKU bernama Raja Shamri. Ketabahan beliau membantu walau dalam keadaan fizikal yang tidak sempurna membuatkan diriku juga rasa tercabar. Aku bernekad dalam diri aku untuk pulang juga ke negeri kelahiranku walau sekejap kerana aku juga mahu menjadi antara penyumbang. Biarpun aku tidak mampu menyumbang dari segi wang ringgit tetapi mungkin ada sebesar gurah sumbangan aku nanti yang boleh memberi manfaat kepada mangsa. Masa dalam keadaan beginilah sumbangan kita sangat diperlukan walau hanya sebagai pembawa makanan.
Selepas mesyuarat panitia pada 31 hb Disember yang lalu, aku memberi tahu rakan setugas bahawa aku akan pulang ke kampung selama dua hari untuk bertanya khabar keluarga yang terlibat dengan Bah Kuning. Kawanku terus mengadakan derma kilat untuk mengutip dana bagi membantu mangsa. Derma yang singkat itu dapat mengumpul 12 buah beg sekolah beserta dengan isi kandungan termasuk buku latihan, beberapa batang pencil, colour Luna, Pencil Box dan lain-lain alat tulis.
Antara barangan yang dapat ku sediakan hasil derma kilat rakan setugas |
Kesempatan ini juga diambil oleh isteriku untuk menghabiskan kesemua wang bonus daripada ASBnya bagi menyediakan beberapa barangan tambahan untuk diberikan kepada mangsa banjir. Kebetulan seminggu sebelum tu dia terdengar ustaz di dalam You Tube berceramah tentang hukum memakan wang bonus ASB. Kata ustaz bahawa Wang ASB tidak boleh digunakan oleh pencarum tetapi molek kiranya didermakan kepada orang yang berada dalam kesulitan atau fakir miskin yang sangat memerlukan. Wah.. cantekkk.. tepat pada masanya. Banyak orang di Kuala Krai amat memerlukan wang dan barang keperluan.
Barangan sumbangan isteriku |
Dua kotak besar susu tepung untuk bayi telah disumbangkan oleh jiran-jiran aku |
Selain itu, rakan bini aku juga turut sama menghantar beberapa puluh pasang kain telekung, kain sarung batik dan kain pelikat untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir yang berada dalam kesulitan dan trauma. Wah.. berbaloi aku pulang kerana banyak juga barangan sumbangan yang dapat dikumpul untuk diagihkan. Aku sebagai pemegang amanah berjanji akan menunaikan amanat ini sebaiknya tanpa adanya ketirisan.
Bonet kereta aku padat dengan barang bantuan yang diamanahkan kepadaku untuk diagihkan |
Dalam perjalanan pulang pada 2 hb Jan 2015, aku diringi oleh beratus-ratus buah pacuan empat roda 4X4 dari serata negeri. Semuanya menuju ke Kelantan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Aku cukup berasa bangga dengan kemurahan hati rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, fahaman politik dan kenegerian kerana turut sama membantu rakyat negeriku yang dalam kesusahan dan kebingungan. Selain itu, kereta aku juga turut diekori oleh berpuluh-puluh buah kenderaan yang berpayung di bawah panji DBKL membawa segala kelengkapan lojistik untuk operasi membersih di kawasan yang terlibat dengan banjir. Yang paling aku kagum, mereka turut membawa beberapa buah jengkaut, lori tangki dan pejabat bergerak.
Sebaik sahaja sampai di kawasan terlibat dengan banjir iaitu Manek Urai.. hatiku mula berdebar kerana disajikan dengan kesan banjir yang sungguh dasyhat di sepanjang kiri dan kanan jalan. Melihat kepada kesan kemusnahan, jelas ini bukan banjir biasa.. ini banjir yang sangat luar biasa dan mencatat sejarah hitam buat negeri Kelantan. Kesannya saling tidak tumpah seperti dilanda tsunami. Hebatnya dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang mereka menghadapi musibah tersebut.
Antara rumah yang terjejas di sepanjang Manek Urai ke bandar Kuala Krai |
penghuni tak tahu nak mula kat mana dahulu yang harus dibersihkan |
mengerah tenaga dan keringat untuk kembali kepada asal |
rumah ni telah dibina tinggi tetapi paras air lagi tinggi |
hancur berkecai mukhlisi rosak binasa |
rumah mandi lumpur |
tinggal sehelai sepinggan |
hilang bumbung |
keempat-empat kaki kedai runcit ini menunjuk langit terbalik kuang |
pemilik rumah ini perlu kesabaran yang tinggi |
yang ni masih bernasib baik sebab rumah masih elok tetapi semua perabot terpaksa ditukar baru |
sunyi dan suram |
Mereka yang tiada berumah tinggal di tepi jalan sahaja |
Deretan kedai makan di bandar kuala krai yang musnah |
Tempat pertama yang aku singgah sebaik sahaja aku sampai ialah di rumah biras aku yang letaknya di Temangan. Temangan adalah antara kawasan yang agak teruk dilanda musibah banjir. Rumah biras aku tu tenggelam hampir ke paras bumbung. Semua barangan di dalam rumah tidak sempat diselamatkan termasuk dokumen penting seperti sijil anak-anak, pengenalan diri, geran tanah dan geran kenderaan. Sebuah kereta Proton Saga dan sebuah Perodua Viva serta 3 buah motosikal tenggelam bersama barangan.
Masuk hari ketiga mengemas, masih banyak lagi tenaga dan masa yang perlu digunakan untuk kembali pulih sepeti sediakala |
Kesiann.. hanya ini saja barangan runcit yang diniagakan terselamat daripada dihanyutkan arus deras |
semua pakaian, karpet dan kusyen harus dibuang kerana sukar untuk dibersihkan serta berbau selut |
tolong sekadar yang mampu |
3 hb Januari 2015, aku telah bersepakat dengan sahabat karib aku untuk mengagihkan barangan kepada mangsa banjir. Walaupun hari ini masuk hari ketiga air banjir telah surut sepenuhnya, tetapi aktiviti mencuci rumah baru bermula kerana hari ini baharu ada air pili. Kenderaan yang membawa bantuan kemanusiaan tidak putus-putus sehinggakan berlakunya kesesakan yang luar biasa ke tempat tragedi. Aku mengambil keputusan untuk mengagihkan bantuan kepada anak-anak murid kawan aku yang menetap di Kuala Nal dan Kuala Hau kerana rumah-rumah mereka terlibat secara langsung dengan malapetaka ini. Aku tidak mahu amanat yang aku bawa ini diterima oleh mangsa yang tidak sepatutnya kerana aku mendapat berita bahawa ramai orang yang tidak terlibat dengan banjir datang terhegeh-hegeh meminta bantuan daripada penderma yang budiman secara tidak langsung mereka telah menafikan hak orang lain.
Aku telah berjanji dengan Fathani untuk bertemu di Petronas Machang. Dalam perjalanan dari kampungku di Pasir Mas ke Machang, aku singgah dulu di bandar Tanah Merah untuk melihat keadaan di bandar tersebut. Memang bandar T.Merah lumpuh kerana hampir semua kedai ditenggelami air bah. Tidak ada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan kerana kebanyakan barang yang hendak diniagakan diselebungi selut merah yang masam baunya menusuk hidung.
Sedih.. rugi besar tauke kalau insurance tak cover |
Kedai Komputer.. berpuluh-puluh buah komputer dan laptop rosak teruk dan mesti dilupuskan |
Rumah penghuni yang berada di tepi jalan menuju ke Hospital T. Merah |
Taksiran kerugian memang memeningkan kepala |
Adooo.. rugi besar. Antara kedai yang menjual pakaian sekolah di bandar T.Merah juga turut menjadi mangsa Bah Kuning |
Bandar baharu di tepi sungai juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa bah |
Sebaik sampai di Petronas tepi jejantas jalan Machang ke Kuala Krai, aku singgah untuk menunggu Cikgu Fathani. Sambil menunggu, mata aku disajikan dengan kenderaan pancuan empat roda yang berbondon-bondon membawa barang bantuan di bawah Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir Pantai Timur. Ada yang membawa barangan dengan lori trellar, van 4 tan dan kereta persendirian. Terasa begitu kerdil barangan yang aku bawa kalau nak dibandingkan dengan Barangan Misi Bantuan yang dibawa mereka. Tapi tak pe.. aku menyumbang bukan untuk bertanding siapa paling hebat dan paling banyak tetapi keikhlasan itu yang dinilai Allah. Jalan Ke Kuala Krai sudah mula sesak. Semua kenderaan bergerak perlahan.
Barangan bantuan dari kereta aku ditransfer masuk ke dalam lori Cikgu Fathani |
Operasi pemunggahan giat dilakukan |
Barang aku + barang cikgu Fathani = penuh satu lori |
Tanpa berlengah.. aku terus ke satu destinasi pedalaman Kuala Krai melalui ladang kelapa sawit dan ladang getah. Aku yakin bantuan tidak sampai ke situ kerana jauh daripada Bandar Krai. Cikgu Fathani kata, dia tahu tempat tu kerana pernah pergi usha anak muridnya yang ponteng sekolah. Sepanjang laluan ke kampung itu, aku disajikan dengan pemandangan yang menyayat hati dan meruntum jiwa. Seolah-olah aku melalui satu kawasan perang.
Kesan laluan air yang amat deras |
sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut.. inilah pemandangannya. Rumah yang dicat selut |
Mangsa keadaan |
Separuh dinding rumah ini telah tercabut |
entah selamat.. entahkan tidak rumah ni.. tunggu masa nak rebah menimpa penghuninya |
wow.. ngerinya arus |
Rumah penoreh getah ini berkecai. Tengoklah sendiri paras air, hampir ke puncak pokok getah |
sakit mata melihat keadaannya |
tiada apa lagi yang tinggal.. hancur musnah kesemuanya.. |
yang miskin bertambah miskin |
nasib penghuni.. memakan kos yang tinggi untuk baik pulih |
budak-budak yang tidak mengerti apa-apa turut menjadi mangsa |
kehilangan harta benda yang bukan kepalang |
Kampung terpecil ni terselamat kerana berada tinggi di puncak tebing sungai |
Aku keluar semula ke jalan utama untuk ke destinasi seterusnya iaitu kg Kuala Nal. Kampung ni memang hard core. Kalau bantuan kurang sampai, naya penghuninya kerana kerosakan maksimum seluruh kampung. Dalam perjalanan keluar, aku terserempak dengan dua keluarga yang rumahnya hanyut terus entah ke mana dan satu lagi rosak teruk. Hanya khemah layar menjadi tempat berteduh. Aku dengan Fathani berhenti dan bertanya khabar sama ada bantuan telah sampai atau belum.
Kesiannyaaa.. rumah ni katanya dibawa arus entah ke mana. Mungkin sampai ke Kota Bharu |
Bagi satu beg sekolah kepada adik ni |
Ada lagi barang nak kasi.. nah ambik satu tuala, Kain Pelikat dan Kain Sarung Batik |
Nilah hotel pasang siap buat abang ni berteduh. Anak dan isterinya dibiarkan berada di pusat pemindahan |
Rumah yang lopong dan senget sudah tidak layak diduduki. CF ditarik balik serta merta. |
Ini saja tempat tinggal anak-anaknya.. di dalam khemah yang muatnya cuma dua orang |
jemur bantal dan kusyen dengan harapan agar boleh digunakan lagi |
Sebelum sampai di Kuala Nal, 4X4 Fathani ditahan oleh seseorang.. Mungkin penghulu di kampung tu.
Penghulu : ' Adik bowok barang begapo ?"
Cikgu Fathani : "Takdok eh.. sikit-sikit jah barang. Ada susu sikit, kain sikit, pah tu minyok masok, gulo, meggi sikit."
Penghulu : "Nuh, demo tulong wak masuk alah kdale sikit. ramai lagi rumoh hok sele dale nuh. Bo lah dok bagi kok luar nyo.. banyok bedoah doh demo tu dok sapu barang bantuan hok ore longgok tinggal"
Penghulu tersebut bawa aku dengan Fathani ke rumah-rumah mangsa banjir yang tercicir kerana terlepas pandang oleh pembawa-pembawa bantuan yang hanya lebih fokus kepada mangsa di tepi jalan besar.
Laluan nak masuk ke kawasan yang tercicir bantuan |
Sukanya Makcik ni.. akhirnya terima juga bantuan. Siap hantar kat rumah |
Kesian baby ni.. baru dapat susu. Budak-budak aku bagi dia gula-gula yang siap dipacking |
Basuh mana yang masih elok |
Tinggal tiang dan tangga saja rumah ni |
Rumah makcik ni dah senget.. dah la miskin, rosak teruk la pulak. Tangga rumah pun dah hilang dibawa arus. Sabar je laa mak cik. Dugaan dari Allah |
Tepuk dahi mak cik ni memikirkan kat mana nak cari duit untuk baiki rumahnya |
Rata-rata penduduk sini bekerja sebagai penoreh getah |
selamat mana yang dapat diselamatkan |
Sumbangan seadanya amanat daripada rakan-rakan |
Rumah ni sudah tidak sesuai dihuni. CF juga ditarik balik serta merta |
Selesai sudah kampung ini aku teroka segenap ceruk untuk memastikan bantuan sampai walaupun tidak seberapa. Aku mendoakan agar akan ada lagi lori-lori yang masuk membawa bantuan berupa makanan dan bahan mentah untuk dimasak. Kesian mereka, wang yang ada sudah hanyut, barangan dalam rumah habis rosak manakala di dalam bank tidak ada sedikitpun simpanan. Mereka orang miskin yang sudah lama tidak menoreh getah. Harga getah pula murah sekarang ini. Anak-anak dah nak mula sekolah. Keperluan persekolahan anak-anak semuanya telah dihanyutkan air bah.
Aku meneruskan perjalanan ke kampung Kuala Nal yang mana penghuni kampung ini terdiri daripada anak-anak murid kawan aku. Satu persatu aku dan cikgu Fathani mencari rumah anak-anak muridnya untuk bertanya khabar dan menghulurkan sedikit bantuan. Sedih.. memang sedih melihat suasana kampung Kuala Nal ini. Ni realiti Tsunami.. hampir semua rumah penduduk kampung ni rosak teruk. Banyak yang total lose. Musnah sama sekali tinggal tapak. Ada juga rumah penduduk yang dicabut dari tuku kemudian dihanyut dan diletakkan di atas jalan.
sepanjang laluan masuk ke kampung Kuala Nal aku disajikan dengan pemandangan yang mengharukan |
Rumah pertama yang menggamit kedatanganku di kampung ini ialah tiada di tapaknya. Entah di mana menghilang |
Tinggal porch motor saja |
lihatlah betapa tingginya air.. plastik yang tersangkut di puncak kabel elektrik menceritakan segalanya |
nah.. serba serbi sampah sarap tersangkut kat situ. Meja sekolah pun ada |
nyata sekali banjir ni sungguh ganas |
Kesan sepanjang laluan masuk ke kampung Kuala Nal, aku dapat bayangkan betapa sengsara dan menderitanya penduduk di sini. Kesan laluan air yang begitu tinggi sehingga melepasi tiang letrik sudah dapat diagak bahawa semua rumah di kepulauan kampung ini pasti tenggelam dan tidak ada walau sebuahpun yang selamat. Bagaimana cara mereka menyelamatkan diri dan di mana mereka tinggal sepanjang 4 hari banjir ini mengganas tidak dapat aku bayangkan. Mesti penghuni kampung ini cekal-cekal orangnya dan tahan lasak.
Kepada pembaca entri ini blog matdingunung.. awak semua nilai sendirilah betapa hebatnya dugaan dan ujian yang mereka hadapi. Biarlah gambar-gambar yang berbicara. Tak terucap dengan kata-kata. Kalau perlu, jenguklah sendiri kampung-kampung yang teruk dilanda musibah ini seperti Manek Urai Dalam, Pahi, Guchil, Kuala Nal, Kuala Hau, Estet Kerilla, Kemubu, Dabong, Temangan, Kuala Tiga, Soko, Bertam Hulu, Bertam Hilir, Kusial, kg Kelulut,Peralla, Gual Ipoh, Kg Tepi Sungai, Kubang Gali, Kg Sat dan di sepanjang sungai Kelantan agar kita bersyukur kerana kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka. Cuba bayangkan kalau dugaan yang sebegini besar kena atas diri kita secara langsung.. sudah tentu sengsara . Cerita drp mulut mangsa, dengar arus sungai pun sudah mengerikan apatah lagi melihat dengan mata dan kepala sendiri betapa lajunya arus sungai yang sarat dengan selut lumpur dan serpihan kayu, rumah, balak dan segala isinya yang berpusar-pusar. Tidak ada orang yang berani mendayung sampan untuk melintas sungai bagi menyelamatkan mangsa yang di seberang termasuk pasukan keselamatan.
Hebatnya dugaan yang dihadapi mereka |
tok de nok mikir |
" air mari kok alik ilir" kata Fathani |
salah seorang mangsa menceritakan pengalamannya semasa berhadapan dengan banjir besar ini |
Rumah dua tingkat ini tenggelam sepenuhnya |
tinggal tangga |
mana pegi dinding.. mana pegi ibu rumah? yang tinggal cuma tangga |
Jom kawan-kawan.. hantar bantuan lagi. Tooolooonglah mereka |
"Dik. minum susu yang geng Lavender ni sedekahkan" mungkin itu yang diperkatakan Fathani |
Cikgu Fathani memberi sedikit motivasi kepada mangsa |
Adik ni gembira menerima pemberian berupa peralatan sekolah yang disumbangkan oleh rakan-rakan sejawatku |
Sayunya mata budak nii.. aku sedekahkan sepaket gula-gula |
Salah seorang anak murid Fathani, Buka sekolah ni masuk ting 2 |
Walaupun bagi hak orang kirim.. tapi hati aku puas kerana dapat membantu walau sekelumit |
" Terimalah mok cik untuk anok, hanyo ni jah hok ambo mampu buwi.. ni pong ambo bowok amanah ore" |
Rumah dua tingkat ni tenggelam terus |
Piring astro menjejak tanah |
berlintang kale |
total lose |
barang yang tidak dapat digunakan lagi |
rumah tinggi ni hapus dia punya bumbung |
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul |
Add caption |
rumah ni hampir tenggelam bumbung |
terimalah kak seadanya.. hanya ini saja yang kami mampu bawa |
sumbangan baju terpakai |
Rumah ni betul-betul duduk di atas jalan |
Dari tapak turun ke atas jalan |
tengok kepada pokok-pokok getah ini, sudah dapat dibayangkan betapa lajunya arus |
Antara kata-kata perangsang yang digantung sebagai satu cara untuk membangkitkan kembali semangat mangsa |
Adooo.. memang buang je laa nii.. tak sanggup nak basuh |
Habisssss... cari lori angkut buang |
Ini saja yang mampu NGO bantu untuk memulihkan kembali moral mangsa banjir |
Susunan tilam yang menunggu giliran untuk diangkat masuk ke dalam lori dan dibawa ke tempat pelupusan |
Orang yang tak alami tentu tak tahu.. sebenarnya semua barangan ini terutamanya kusyen dan kain baju berbau selut dan hapak yang amat sangat. Mereka tidak ada pilihan, masih cuba untuk bersihkan kot-kot masih boleh dipakai. |
Rumah ni sudah jatuh ke bawah.. hanyut tetapi batang kelapa menyelamatkan rumah ini daripada terus hanyut |
Mana petugas sukarelawan NGO yang sedia membantu.. bantulah untuk bersihkan rumah makcik ni. Kesiannn dia. |
Kalau lama dibiarkan persekitaran begini, wabak penyakit pula bakal menyerang |
Kena rombak bina baru semula rumah Pakcik ni.. |
Tinggal tapak |
Tinggal Tangga.. banyak rumah kat kampung ni yang tinggal tangga dan tapak |
Blurr.. nak cuci tapi tak tahu nak mula kat mana dulu |
Rumah ni sudah rebah.. lari daripada struktir asal. Sudah tidak selamat diduduki |
Hampir 2 jam aku menjelajah kampung ni.. Hampir semua rumah tidak sempurna. Katanya ada segelintir penduduk sini mula pindah pkl 2 pagi. Pasukan penyelamat bomba tidak berani datang membantu kecuali penduduk kampung yang mempunyai bot. Dengar daripada pengalaman penduduk yang diceritakan padaku.. memang tragis trajedi ini sehingga ramai yang hampir lemas dan hampir dihanyutkan arus yang cukup ganas dan mengerikan. Katanya kat kampung ni dijumpai 3 mayat hanyut tetapi bukan penduduk Kuala Nal.
Aku berkejar pula ke kampung Kuala Hau kerana di situ terdapat seorang anak murid Fathani yang rumahnya hancur berkecai. Barang bantuan hampir habis dibahagi-bahagi kepada penduduk Kuala Nal yang terjejas teruk. Sepanjang perjalanan ke Kuala Hau juga aku turut disajikan dengan pemandangan yang menyayat hati. Hampir semua rumah di sepanjang jalan terjejas teruk.
Kenderaanku mula bergerak ke Kuala Hau |
Kesian.. nampak je orang yang menghantar bantuan terus diserbu agar mendapat sedikit habuan bagi meringankan beban |
"takdok gapo doh kak.. abih licin semo, tinggal kotok jah, Nanti ambo bowok lagi smula-smula." |
pokok sehingga ke akar umbi dicabutnya.. memang ganas betul arus sungai ni |
Perghh.. ruang halaman dipenuhi landscape selut lumpur |
rumah ni cuma tinggal bumbung yang tersungkur ke bumi |
Adooo.. bahaya ni terutamanya kepada budak-budak |
Ni rumah anak murid Fathani yang last pegi.. memang betul berkecai tinggal tapak. Kesiannya, bagaimana nak mulakan persekolahan nanti |
mohon simpati.. |
" maaf abe..Takdok gapo doh.. tinggal kotok jah" |
Landscape kampung Kuala Hau.. juga banyak rumah yang tinggal tapak |
Sebuah kedai yang dihanyutkan.. betul-betul berada di atas jalan utama |
Kesan laluan air.. setinggi pucuk getah |
Antara kereta yang tersadai dan tidak berjaya diselamatkan |
Antara NGO dari negeri lain yang bermurah hati sanggup datang dari jauh untuk menyampaikan bantuan dan menyelami sendiri penderitaan mangsa banjir |
Aku merayu kepada kawan-kawan, kenalan, keluarga atau sesiapa yang mengenali diriku ini. Hulurkanlah bantuan dalam bentuk wang cash kerana mereka perlukan duit untuk beli bahan binaan bagi membina semula tempat berteduh. Bantuan fasa kedua ini cukup penting buat mereka. Insyhaa Allah.. hujung minggu ni sebelum sekolah dibuka, aku sekali lagi akan ke sana. Aku akan membawa keperluan kepada mereka terutamanya Khemah, Sleeping Bag dan Wang cash seorang sedikit buat menampung membeli keperluan. Mana-mana yang terasa ingin menyumbang, carilah aku. Amanat kalian akan aku sampaikan kepada mereka yang rumahnya hancur tinggal tapak.
Semalam aku mendapat mesej daripada seorang rakan yang tidak sebangsa dan tidak seagama denganku. Dia mohon aku sms no akaun aku untuk dimasukkan wang RM1000 untuk aku agihkan kepada mangsa atas dasar simpati dan semangat Malaysia.
Terima kasih semua.. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment