Program outdoor aku diteruskan lagi dengan penganjuran hari keluarga khas untuk guru-guru lelaki sekolah aku. Sebenarnya program ini dirancang sejak tahun lepas lagi tetapi disebabkan ada banyak kekangan maka tahun ni barulah dapat direalisasikan. Kalau nak diikutkan, tarikh ni pun semua guru lelaki terlibat dengan Malam Seafield Talent Show tetapi nasib baik Big Boss lepaskan juga kami pergi memandangkan home stay sudah ditempah dari awal. Program yang dirancang ini banyak memberi manfaat bukan saja kepada guru-guru lelaki yang menyertai aktiviti ini bahkan kepada isteri dan anak-anak. Isteri sesama isteri boleh bergaul dan berkenal-kenalan serta beramah mesra manakala anak-anak peserta pula begitu cepat serasi berlari-lari dan bergurau senda seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain walau pada hakikatnya ada di antara mereka yang baru pertama kali bersua muka.
Oleh sebab hampir semua peserta mempunyai macam-macam masalah pada pagi tu, maka kami mengambil keputusan untuk bergerak berasingan. Aku pergi lebih awal kerana kebetulan pada hari tu aku dan isteri tidak ada apa-apa aktiviti yang menghalang. Aku sampai ke Pekan Kuala Selangor tepat pada pukul 10.00 pagi. Disebabkan aku datang awal, maka aku pun pegi la dulu Breakfast kat Pekan tu. Cari punya cari kedai yang sesuai, akhirnya aku terjumpa Cawangan Ani Sup Utara. Apa lagi, aku pun singgahlah kena dulu sup perut buat mengalas perut. Masa dok tengah selera dok layan sup perut, tiba-tiba en Ardi membuat pangilan bertanyakan lokasi kedudukan aku. Rupa-rupanya En Ardi pun sama macam aku dok di lokasi yang sama. Aku berjanji untuk menemuinya di Bukit Malawati selepas aku bersarapan.
Nak pegi jumpa cikgu Ardi kat atas bukit kena naik ni.. |
Nak naik ni pulak mesti kena ada tiket.. |
Dah jumpa nga cikgu Ardi, dia kena ambik gambar keluarga aku la pulak buat kenangan |
satu lagi pic yang kira ok laa.. |
Rupanya Bukit Malawati ni merupakan tempat pertahanan yang strategik bekali.. berderet meriam |
Alamak... Aina nga Athir jumpa babuu la pulak. apa lagi..paham-paham leee.. |
Ok, keretapi dah sampai untuk bawa kita turun. Jom turun segera anak-anak.. |
Haa.. ni la salah satu tarikan kat Bukit Malawati, Beramah mesra dengan monyet-monyet |
Selepas puas ronda-ronda, aku pun terus ke Tanjung Karang kerana di situ Cikgu Nazuha dan Cikgu Zaharol telah sedia menunggu. Kami berpakat untuk berkumpul di sebelah KFC Pekan Tanjung Karang. Sebaik saja aku sampai, En Kang Wee Seng sudahpun sedia menunggu. Tanpa membuang masa, kami terus ke pusat pendaratan ikan di Pengkalan Pasir untuk membeli bahan mentah BBQ antaranya Udang Kertas 5 kilo, Ketam Bunga 6 Kilo. Sotong 3 kilo, Ikan Jeket 8 kilo, Ikan Kembong 6 kilo dan ikan pari 4 kilo.
Selepas membeli segala keperluan, kami terus ke Destinasi iaitu Villa Gemilang Kg Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Sebelum ke sana, kami singgah dulu di stesyen minyak Petronas Sungai Besar kerana Cikgu Rahim dan keluarga sudah sedia menanti. Di Sini, hampir semua peserta telah tiba kecuali Cikgu Zuraimi, Cikgu Zulkifli dan Cikgu Jafny. Tuan resort datang menjemput kami di sini untuk dibawa terus ke Home Stay Villa Gemilang kepunyaannya. Rupanya tuan punya Villa ini juga adalah cikgu suami isteri sama macam kami yang rata-ratanya cikgu suami isteri.
Rumah Utama Villa Gemilang ada 4 bilik 2 pintu. |
Rumah Malinja tempat penginapanku sekeluarga |
ni rumah Mahsuri tempat penginapan En Kang Suami isteri |
Sawah padi yang menghijau sayup mata memandang begitu mengujakan. |
Pemandangan yang menggamit kenangan lalu |
Anak bongsu aku sedang menghayati kedamaian dan ketenangan di tengah sawah |
Hi-tea bersama-sama di tepi sawah. |
Cikgu Zul sedang memberi penerngan tentang aktiviti seterusnya selepas ini. |
pelbagai juadah ada untuk minum petang |
Ketibaan kami disambut dengan hidangan mangga percuma oleh tuan rumah |
berebut-rebut try mangga tempatan yang manis begetah |
Santai makan mangga di halaman rumah tuan mangga yang luas |
dah confirm manis.. apa lagi beli je la Rm 10 untuk 3 kilo. |
Isteri En Rhim ajar isteri aku cara memilih buah mangga yang manis |
ya.. buah berkarat macam ni rupanya mangga yang manis |
Semua pesrta beli 3 kilo seorang |
Wah!! isteri kesayangan En Rahim sempat berposing dengan buah mangga muda |
termasuk aku sekali, posing jugok bohhh.. |
Aktiviti kami diteruskan lagi dengan mengagau ikan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana menguji kemahiran peserta menagkap ikan pakai tangan. Sayang sekali aktiviti ini tidak boleh lama kerana kesuntukan masa. Walau bagaimanapun, hal ini tidak menghalang untuk kami mandi lumpur. Sebenarnya aktiviti ini merupakan satu pertandingan bagi kategori lelaki dan dua hamper disediakan untuk pemenang tempat pertama dan kedua. Peserta yang dapat menangkap banyak ikan dikira pemenang. Sungguh enjoy sekali peserta berhempas pulas untuk mendapatkan hasil tangkapan sehingga ke azan maghrib dilaungkan oleh bilal di masjid berdekatan. Aku berjaya menaikkan 5 ekor ikan keli dan ditabalkan sebagai Johan. Walaupun mendapat johan, aku tidak boleh nak berbangga kerana tidak semua peserta lelaki yang turun kerana takut kotor kaki atau takut lintah.
Para peserta dan penyokong begitu bersemangat pergi ke kubang mengagau ikan |
Tanpa segan silu aku terus mencuba nasib manakala ramai peserta yang masih malu-malu untuk turun |
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah |
Antara peserta yang takut lintah |
Anak sulung aku pun apa kurangnya, cuba nasib juga |
air dalam cam gini macam mana nak tangkap. ikan keli pulak tu.. |
Anak butir En Zul dengan hasil tangkapannya. Gambar ihsan En Rahim |
Alang-alang mandi lumpur biar betul2 berlumpur. Gambar ihsan En Rahim |
Selepas berkubang dalam lumpur, kami mandi dalam tali air untuk bersihkan lumpur yang memenuhi badan. Selepas tu kami terus berkejar pulang ke tempat penginapan untuk menunaikan sembahyang maghrib.Sehabis solat, kami terus berBBQ. Tengok kepada bahan mentah yang hendak dibakar macam tak masuk akal nak dihabiskan kerana terlalu banyak. Orang kata pasal makan kita tak boleh berkira. so.. udang, sotong, ayam, ketam, pelbagai jenis ikan, sosej, kambing kami bakar sekaligus. Ada juga yang dimasak sweet sour untuk dimakan dengan nasi putih. Kami makan sepuas-puasnya sehingga tak kehabisannnn..tapi tak pe, boleh carry on esok pagi untuk makan dengan nasi kerabu.
Cikgu Ardi dan Cikgu Zuraimi menjalankan tugas |
Waaa.. banyaknya, Ayam beli yang dah diperap repah kat Mydin |
Tunggu dulu ya dik, arang tak nyala lagi ni. |
Pastikan semua masak molek ye Adib! pesan cikgu Zaharol |
Udang dengan ketam masak sweet sour separuh. Banyak sangat Mr Kang beli |
Waa.. ni lah Raja Ketam. Bagi satu guni pun boleh dihabiskan. Mr Kang |
Makan puas-puas ye anak-anak!!! |
Menu breakfast. Telur separuh masak 2 biji seorang |
Selain telur.. nasi kerabu juga merupakan menu breakfast kami |
Lepas breakfast.. terus ke acara sukaneka untuk budak-budak |
Readyyyy!!! |
Ambik gula-gula dalam tepung |
Yeah!!! dapat dah. pas tu terus lari dapatkan belon |
Macam-macam gaya ada |
tiup Ziq.. hamper dok nanti |
Sambil tunggu budak habis main sukan, sempat lagi En Tasnim memancing |
En Ardi pun mula la nak mancing jugak bila tengok En Tasnim dapat ikan |
Hasil En Tasnim |
Hasil En Ardi |
Permainan kategori lelaki. timbang bola takraw |
Yang menang pasti dapat hadiah |
Setiap family pun dapat free gift daripada penaja |
Kesian Athir.. gaya ada tapi tak dapat hadiah sebab belon yang dia tiup takkkkk pecah-pecah.. |
Gambar kenangan sebelum bertolak pulang |
Salam. Hee sungguh nampak meriah.
ReplyDelete