Pantang terlepas pandang, ada-ada aje aktiviti dia buat yang menyakitkan hati dan menguji kesabaran. Sabau jee lah.. |
Setelah perkara sebegini berlaku...
Maka bermulalah dia punya sengal apabila ditekan A, abjad yang keluar D. Ditekan Z abjad keluar M. Tekan backspace dia keluar tulisan siam. Tekan enter dia keluar #$#%&^&*^*((&%$.
Apa tunggu lagi, aku pun mulakanlah...
Firstly, bukak dulu brooo |
Proses yang kedua, hafal kedudukan dia punya getah-getah pada setiap not |
Proses ketiga, ketepikan getah-getah pada papan kekunci dengan cermat |
Proses seterusnya, lap air yang tertumpah tu sampai betul-betul kering |
Proses kelima, atur balik setiap getah tu di atas not sperti kedudukan asal. Kalau sebijik tersalah, alamatnya kerja yang rumit ni menjadi sia-sia. Mudah je aturnya, macam main puzzle aje. |
Ok, bila dah settle, terus tutup dengan cermat |
Kerja ni mesti dibuat dengan teliti dan perlu fokus. Apabila dah siap pasang, aku pun cuba tekan butang kekunci pada keyboard. Alamak.... jem. Banyak butang tenggelam. Ada yang langsung tak turun bila tekan. Kantoiiiii.
Bukak balik, cari punca |
Adoiiiiii.. pening-pening
Mana yang silap ni eh???? Adoiiiii
Tukar sini kot..
Eh, tak ngam la pulak. Adoiiii
Tak pe ah.. harap-harap kali ni jadi.
Eh.. apasal tak nak rapat ni? Alamak.. dia punya getah kat dalam dah terabur balik laaa.. |
Tup..tup.. kat sini juga akhirnyaaa. Selesai masalah bro. Tak yah nak pening-pening |
Jalan penyelesaian yang sebenarnya.. ni lah, beli yang baru bro, tukar yang lama. Moralnya, kalau kita tak pandai nak merepair, hantar kedai aje biar pomen buat. Bukak memang senang aje, nak pasang balik tu laa yang dua tiga kali dok try tak jadi. Kalau aku biarkan saja keyboard tu kering dengan sendiri mungkin tak yah aku susah-susah buang masa terbongkok repair benda tu. Rupanya makin direpair makin hancusssss... |
No comments:
Post a Comment