Letihnya Aina berpuasa |
Athir puasa walau separuh hari tapi gaya dia punya letih macam 3 hari tak makan. |
Memang budak-budak cukup bersemangat menjalani ibadah puasa. Walau lapar dan dahaga macam mana sekalipun, iman mereka tidak goyah untuk mintak nak ponteng puasa. Mereka berusaha untuk terus bepuasa sehingga tamat bulan Ramadhan. Ada sesetengah ibu bapa memberi ganjaran kepada anak mereka yang berpuasa bertujuan untuk melatih anak-anak supaya semangat berpuasa. Ada sesetengah orang tidak setuju sekiranya kita menawarkan ganjaran untuk menggalakkan anak berpuasa takut dia berpuasa bukan kerana Allah tetapi inginkan ganjaran. Bagi pendapat aku, apa salahnya kita berikan dia upah berpuasa masa dia masih budak-budak kerana dia masih belum mengerti lagi tentang kewajipan bepuasa. Bila dia dah besar dan sudah faham bahawa bepuasa ni adalah salah satu rukun islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang islam maka tak perlu lagi kita bagi upah. Anak sulung aku dulu, aku bagi seringgit satu hari sampai dia darjah dua, kemudian selepas tu aku dah tak bagi lagi. Dia pun dah tahu puasa itu tanggungjawab dia sebagai seorang islam maka dia pun tak tuntut apa-apa selepas tu sehingga sekarang.
Yang aku peliknya.. masih ramai orang dewasa yang tak berpuasa. Ada sesetengah tu, rumah kata pergi, kubur kata mari, masih lagi tanpa segan silu dengan selamba je beli nasi bungkus tengah-tengah hari buta. Kalau tak caya, cuba kita pergi cari tempat orang jual nasi kemudian tunggu kat situ. Kita akan dapat lihat orang-orang yang ponteng puasa tak putus-putus datang beli nasi tak kira tua atau muda. Tahun lepas masa aku pulang untuk beraya kat rumah kakak ipar aku, kebetulan pada masa tu kakak ipar aku tu tengah renovate rumah, tukang-tukang rumah dengan selamba je minum dan makan, siap hisap rokok sambil bekerja. Setangkai demi setangkai rambutan kakak aku yang sedang berbuah dikebasnya. Anak-anak aku yang tengok perbutan mereka tanya aku kenapa pakcik-pakcik tu tak puasa? Jenuh aku mencari jawapan yang tebaik untuk menjelaskan kepada mereka.Yang pakcik tu pula satu hal. dah lah tak puasa, makan pula secara terbuka di hadapan budak-budak tanpa rasa malu sikitpun.
Satu lagi peristiwa. masa aku keluar ke pekan nak pegi beli surat khabar, dengan tak sengaja aku terpandang ramai orang berkerumun dalam satu warung. Aku pun berhentikan motosikal lalu perhati dari jauh. wah.. rupa-rupanay ada seorang makcik sedang sibuk membungkus nasi untuk kaki-kaki ponteng puasa. Pelbagai umur pulak tu. Alahaiii makcik.. kok ye pun rezeki macam tu pulak yang makcik cari untuk bagi makan anak cucu.Walaupun dari segi zahirnya memang mencari rezeki tapi sebenarnya dah kira besubahat yang mana makcik akan sama-sama terjun ikut mereka ke neraka.
Satu hari tu aku pegi tepi sungai kat kampung aku, konon nak pegi ambik buah ara untuk buat ulam dan dibubuh ke dalam masakan kerutuk daging. Tiba-tiba aku tengok ramai la jugak anak-anak muda sedang masak mee meggi. Ada sesetengah tu sedang enak menghisap rokok. Ponteng puasa la tuuuu. Ada jugak jenis orang yang boleh tahan lapar dan dahaga masa berpuasa tetapi yang dia tak boleh tahannya ialah merokok. so.. dia pun masuk ke dalam semak semata-mata nak isap rokok.Maknanya, ada orang sanggup ponteng puasa sebab nak isap rokok je. Sebab tu lah ada orang yang berpuasa, bila je dengar azan terus hidupkan lighter bakar rokok tanpa menjamah sebiji kurma atau meminum seteguk air. Eeee... teruknya. Nilah dia yang dinamakan perokok tegar.
Amalan yang sukar untuk dihapuskan oleh perokok tegar walaupun bulan ramadhan. |
Masa aku kat kampung dulu, amat jarang aku tengok orang yang tak berpuasa. Kalau dia ponteng puasa sekali pun dia tak mengaku yang dia tak puasa. Dia makan pun menyorok jauh daripada pandangan orang. Tapi bila aku besar sikit dan mula keluar dari bawah tempurung ( berhijrah ke bandar ), wah.. macam-macam karenah manusia aku jumpa. Masa tu aku baru lepas tingkatan lima, datang ke bandar nak kerja la konon-kononnya. Aku tumpang tinggal di rumah sewa kawan aku kat Taman Greenwood, Gombak Ada teman serumah kawan aku tu namanya Mat Yee, umur dia dah mencecah 40 tahun tapi tak pernah berpuasa. Mat yee ni dia kerja malam dekat-dekat tu je. Setiap kali waktu sahur si Mat Yee ni akan bawa balik juadah bersahur untuk kawan-kawan serumah. Tapi yang peliknya dia ni memang tak suka puasa. Ada jiran sebelah rumah aku pulak satu hal, tak pernah puasa jugak. Setiap hari bininya akan masak untuk makan tengahari. Mithali betul isterinya.. sekali tu aku nak pergi buang sampah kat rumah sampah. Aku lalu la ikut lorong belakang rumah aku. sempat juga aku curi-curi pandang ikut cermin nako dapur jiran aku tu.. enak je dia sekeluarga sedang lunch dalam bulan ramadhan. Anak, bini, laki sama saja beb.. tulah orang kata bapa borek anak rinti. isteri ikut. Bukan nak menabur fitnah, tapi kalau setiap hari dengar orang goreng ikan dan bau yang enak di tengah hari bulan ramadhan mesti ada something wrong. tak gitu??? Ah.. lantak dia lah. Moga-maga di saat ini jiran aku dulu tu dan Mat Yee sedang menjalani ibadah puasa sekarang ( harap dah insaf )
Rupa-rupanya ramai jugak manusia yang beragama islam ni yang ingkar suruhan tuhan. Mungkin mereka tidak takut dengan azab tuhan yang bakal diturunkan. Bila dah masuk kubur nanti, baru kenal langit tu tinggi rendah, janji tuhan benar ataupun tidak. Bersedialah untuk jawab soalan-soalan cepu mas daripada Mungkar dan Nakir nanti.Kalau dah berada di padang mashyar baru nak insaf dak tak de guna. Peribahasa kata nasi sudah menjadi bubur. ( tazkirah sikit, chee wah..)
Bulan puasa ni nabi menyuruh kita memperbanyakkan amalan sebab pada bulan ini Allah janjikan pelbagai ganjaran kepada hamba-Nya yang tidak ditawarkan pada bulan-bulan yang lain. Ramai orang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjalani ibadah puasa di Tanah Suci Makah. Bulan yang penuh keberkatan ini lebih feel sekiranya kita lakukan di tempat di mana orang ramai berebut-rebut mengejar akhirat dan keredhaan Allah terutamanya pada sepuluh akhir ramadhan.
Berpuasa di Masjidil Haram memang impian semua orang yang beriman |
Pada bulan puasa juga banyak masjid menyediakan imam-imam yang didatangkan khas dari luar atau budak-budak sekolah tahfiz untuk mengimamkan solat sunat teraweh. Malam tadi aku sembahyang teraweh di masjid Al-Mukminun di USJ 9, imam diimport khas dari Mesir namanya Al-Jibril. Bacaannya memang menusuk kalbu padat dengan taranum. Tak jemu berdiri dua jam untuk lapan rakaat mendengar kemerduan suaranya mengalunkan ayat-ayat suci dari juzuk 10 hingga juzuk 12.
Pada bulan ramadhan juga ramai yang suka menderma (peminta sedekah juga ramai). Banyak syarikat korporat atau hartawan mengadakan majlis-majlis berbuka puasa menjemput orang-orang yang tidak bernasib baik untuk sama-sama merasa kemeriahan di bulan ramadhan. Rumah-rumah anak yatim tak menang tangan menerima jemputan majlis berbuka puasa. Dalam kita dok ghairah menderma, kita juga jangan lupa akan masyarakat islam di dunia luar yang ditindas oleh pemimpin mereka contohnya masyarakat Rohingya atau rakyat Palestine yang ditindas oleh Yahudi dan Amerika serta masyarakat islam yang kebuluran akibat perang saudara dan bencana alam di negara mereka terutamanya masyarakat islam di negara-negara Afrika.Mereka semua memerlukan bantuan dariapada masyarakat luar yang sama-sama menganut agama Allah seperti mereka.
Kongsikan sedikit rezeki yang kita miliki dengan mereka yang tidak bernasib baik |
Kalau kita orang berada jangan kedekut untuk meringankan kedukaan orang lain |
Nafsu mata.. hampir semua makanan yang dijual kat Bazar Ramadhan nak dibelinya.
|
Bila terlalu kaya, beginilah pulak jadinya.. takbur. Sepinggan nasi seekor kambing. perghhh.. |
Bagi yang berduit sikit, mereka berbuka di hotel. Banyak hotel menyediakan pakej berbuka atau bahasa glamour buffet ramadhan. Bayar Rm 60- Rm80 untuk satu kepala. Kalau satu keluarga makan, terbanglah dalam dua tiga ratus. Makanan yang disediakan panjang macam kereta api. Pelbagai aneka lauk dan dessert disediakan. Pelbagai jenis masakan kampung, masakan pantai timur, masakan utara, masakan barat, kadang-kadang kambing golek pun ada. Sambil berbuka kita dihiburkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid yang dijemput khas ataupun artis-artis terkenal. waaa... kita pun berbukalah. ambik makanan banyak-banyak, lepas tu yang ni jamah sikit, yang tu jamah sikit yang lainnya throw in the bakul sampah. Fuhh..yang kita makan cuma nilainya RM 10.00 saja tapi yang kita buang tu lah harganya rm 50.00. Makanan yang banyak lebih biasanya pihak hotel tak simpan untuk esok tapi terus dibakulsampahkan.
Adakah kita berpuasa semata-mata untuk ini? |
Makanan yang diatur panjang macam keretapi, tup..tup.. semua ni dalam bakul sampah juga akhirnaya. |
Membazir...membazir...membazir... Anak-anak orang miskin menangis sebab tak dapat makan, tapi anak-anak kita menangis sebab kena paksa makan.
Anak orang miskin menangis sebab tak de makanan |
Teringat aku satu kisah yang diceritakan oleh ustaz yang memberi ceramah ramadhan kat surau baru-baru ni tentang salah seorang jemaah Somalia bertanya kepada Mufti Arab Saudi. Begini lebih kurang terjemahannya "Tuan.. kalau kita puasa tak berbuka apa hukumnya "? Mufti jawab.."Makruh.. kita kena berbuka sebab itu sunnah nabi walau dengan sebiji tamar". Dia tanya lagi "Tuan, kalau kita berpuasa tapi tak sahur sah ke tak? Mufti tu jawab," bersahur juga sunah nabi yang mana nabi menggalakkan umatnya bersahur walau dengan sebiji tamar dan seteguk air". Dia kata kat mufti tu.. "oh.. saya sebenarnya tuan setiap hari berpuasa. tapi tak pernah berbuka dan tak pernah bersahur sebab tak ada makanan untuk berbuka dan bersahur.
Add caption |
Moralnya.. kalau kita dimurahkan rezeki berpada-padalah berbelanja dan bersyukur. Banyak bersedekah untuk membantu orang yang tidak bernasib baik. Tunaikanlah zakat kerana itu sudah menjadi kewajiban setiap orang yang beragama islam. Beramallah sebanyak- banyaknya dalam bulan yang penuh barakah ini. Elakkan daripada terus-terusan melakukan pembaziran. Sekian saja tazkirah ringkas daripada ustaz amatur Matdingunung, terima kasih.. Assalamualaikum warah matullah hiwabarkatuh.
Beramallah kita.. kogsilah rezeki dengan mereka walau hanya sebiji tamar |
Berilah.... kepada mereka yang memerlukan. Kita mampu mengubahnya. |
Sebelum tekan pangkah, layan dulu gambar-gambar sumbangan google ni untuk santapan minda.
Ngatok mato laa pulok.. |
Nyenggenggg buleh smeta. |
Hausnyaaa.. berpuasa dalam suhu 40 darjah celcius |
Letihnyaa.. |
Tak tahan sangat ni.. kalau iman nipis tentu dah ponteng puasa. |
Adusss.. penat semacam la pulak hari ni |
Sekali sekala berbuka kat luar best jugak.. kat atas MIG pun boleh sambil-sambil ambik angin. |
Berniaga di Bazar Ramadhan untuk dapatkan duit lebih buat raya.. ye tak Banjar Hitam? |
Bulan puasa kalau memandu, bila baca signboard jalan nampak niiiiii jee. |
No comments:
Post a Comment