Saturday, 29 June 2013
KELANTAN JUARA PIALA FA 2013
Alhamdulillah.. Pasukan Bola Sepak Kelantan dapat memastikan piala FA terus berada dalam negeri Kelantan buat kali kedua berturut-turut. Walaupun prestasi pemain untuk tahun ini ada naik turun dan pasang surut, namun dengan menjuarai piala FA ini sedikit sebanyak dapat memadam duka pemain dan penyokong serta seluruh rakyat Kelantan. Walaupun harapan untuk mengekalkan kejuaraan TREBLE sudah tertutup rapat namun dengan kemenangan malam tadi membolehkan Kelantan sekali lagi berpeluang untuk mencuba nasib bermain pada piala AFC untuk musim hadapan.
Buat kali pertama sejak tahun 2009 aku tak gi tengok final kat stadium. Selalunya, kalau final aku bersungguh-sungguh mencari teket awal, buat bena, pergi awal ke stadium untuk melihat gelagat penyokong, mengambil gambar dan sebagainya. tup..tup.. tahun ni rasa malas la pulak nak ke stadium walaupun teket free awal-awal sudah ada dalam gengaman. Kroni-kroni dalam kelab penyokong cam tak caya aku tak gi tengok final kat stadium dan kekawan pun ramai yang tanya sebab aku tak gi. Ntah lah.. nape tahun ni aku very slow tengok bola kat stadium. Kalau sebelum ni, koleksi tiket ke stadium untuk menyokong pasukan negeri aku beraksi hampir penuh bawah cermin meja yang bini letak kopi untuk tetamu (termasuk gambar aku masuk surat khabar masa aku pergi tengok final piala Malaysia 2010). Tahun ni satu tiket stadium pun tak masuk bawah cermin tu.
Rasa sugul malam tadi layan final FA kat skrin lebar di kedai cha keow teaw dengan kekawan yang tak de teket nak ke stadium. Takpelah.. dengar cerita, yang ada teket dan sudah pergi ke stadium pun ramai jugak yang kempunan nak tengok bola dan terpaksa tengok pada skrin besar kat luar stadium sebab stadium dah padat sangat. Dah tak boleh muat. Yang tak ada teket pun beribu yang masuk. Maklumlah.. awal-awal lagi pintu stadium dah pecah. Kalau dapat masuk pun kalau setakat dapat tengok padang dengan tiang gol tak de gunanya jugak. Biasanya kalau kita masuk stadium pukul 6 dapatlah duduk kat puncak yang kepala nak mencecah bumbung. Player pun tak nampak, apatah lagi nak kenal pemain. Orang bersorak kuat sambil mengibarkan bendera baru kita tersedar gol sudahpun dihasilkan.
Takpelah.. walau aku tak gi ke stadium, pasukan Kelantan tetap bersemangat bermain sehingga dapat menewaskan pasukan yang ego dengan kekayaan dan barisan pemain kebangsaan. Walau tak ditawarkan kereta AUDI dan ganjaran-ganjaran lumayan, pemain Kelantan tetap bermati-matian mempertahankan kejuaraan.
SYABAS!! TAHNIAH!! CONGRA!! kepada semua Pemain, Pengurusan, Penyokong dan seluruh Rakyat Kelantan kerana sekali lagi pasukan Negeri Kita berjaya membawa balik salah satu Piala Kemegahan ke Negeri Kita.
GOMO KELATE GOMO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment