Sunday, 21 July 2013
RUMAH OH RUMAH ( BAB 2 )
Kisah Pasal ROMAH OH RUMAH ni aku dah huraikan dengan panjang lebar dalam entri aku yang lepas. Korang carilah sendiri entri tahun lepas dalam bulan oktober. Sekarang ni baru ada dalam surat khabar apa yang aku telah rintihkan dulu. Tajuk pun sebijik sama dengan tajuk aku Rumah oh Rumah.
Ada sorang kawan aku tu dia masih tercari-cari harga rumah mampu milik. Aku kata " ko jangan tunggu, ko beli je laa walau jauh sikit dengan bandar.. nanti lambat laun akan maju juga kat tempat tu" Dia kata. Ah! tunggulah dulu, dengar cerita harga rumah nak jatuh.
Kih..kih.. lawak jugak kawan aku tu.. mana ada harga rumah nak jatuh. Rumah bukan termasuk dalam perjanjian AFTA macam kereta.Setiap hari rumah naik harganya walau sempit. Kat tempat aku tinggal ni berlambak rumah baru naik tapi harga memang sakit hati. Kalau gaji setakat RM3500.00 sebulan, jangan harap nak miliki. Rumah aparment yang seakan-akan kondominium pun harganya mencecah
RM 371,000.00. Squarefit bukan besar pun. Rumah town house lagi sakit hati tengok. Harganya juga mencecah 300 ribu lebih tapi ruang nak parking kereta pun ciput. Kalau park kereta dalam runag tu tentu anak-anak tak ada ruang nak main basikal kat luar rumah. Tu kalau rumah bawah, kalau rumah atas pula setaraf rumah flet je bukaannya.
Dengar cerita CEUPACS dok fight supaya kerajaan bina rumah tidak lebih rm200,000 untuk kakitangan kerajaan yang tak ada rumah. Tapi.. kerajaan mahu ikut ke? kalau rumah semurah tu tentu muat untuk 2 orang saja atau sesuai untuk kakitangan kerajaan yang baru kahwin. Pemaju boleh bina harga rumah kurang RM200,000 tapi facilities lain dia tak bagi. Pintu plawood, simen render biasa, ruang dapur tak ada, bilik muat tilam toto saja. Pendawaian Kipas dan lampu kena pasang sendiri, rumah macam rumah PPRT saja.
Sebab tu lah sekarang ni tak heran kalau dengar ada orang sanggup tinggal kat bawah jambatan. Dahlah tak payah bayar sewa, tempat pulak strategik kat tengah-tengah kota raya. Cukai tanah dengan cukai pintu tak kena bayar, Kos maintanance tak kena bayar.. jiran-jiran sebelah pun baik-baik walaupun ada yang kerjanya jual kotak dan ada penagih dadah. Walau tidur beralaskan kotak dan berbantalkan tokol kayu tapi mereka bahagia. Tak pening kepala, cuma waktu hujan lebat je kena berhati-hati.
Okeylah.. sampai sini dulu celoteh aku hari ni.. dah dekat waktu nak berbuka dah ni.. rumusannya.. semua orang pening kepala memikirkan harga rumah yang jarang orang mampu milik. Anak-anak dah 5 orang tapi masih menyewa. Inilah realiti kita hari ini. Kerajaan perlu prihatin terhadap masalah rakyat marhaen.Berilah mereka peluang untuk hidup selesa dengan mempunyai rumah sendiri. Carilah cara bagaimana untuk membantu mereka. Kekayaan negara adalah milik semua rakyat negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment