Tengok pada kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan, kesian aku pada anak-anak murid aku yang malas belajar. Tu syarat minimum.. mungkin ramai yang mohon nak jadi guru tu adalah yang dapat 10A atau yang dapat CGPA 3.8 ke atas semasa belajar kat universiti. Apa lagi pekerjaan dalam sektor awam yang boleh dipohon sekiranya syarat layak untuk jadi cikgu pun begitu tinggi. Bukan nak memperkecil kerja sebagai guru tapi biasanya bidang guru merupakan penyelamat kepada mahasiswa yang tak ada hala tuju disebabkan kursus yang diambil masa kat universiti tidak ada tempat untuk mereka bekerja. Sekarang ni sudah banyak kursus perguruan yang ditawarkan di universiti awam telah ditutup, KPLI juga telah ditutup. Yang ada hanyalah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Itupun lepasan universiti itu masih berpuluh ribu yang tak ada penempatan selepas tamat belajar dan masih menganggur. Mengharapkan penempatan yang entah bila boleh dapat. Diburukkan lagi dengan dasar kerajaan yang meningkatkan usia persaraan wajib guru-guru dari 56 tahun ke 60 tahun. Lagi tertutup peluang bakal guru-guru muda.
Tu lah hakikatnya sekarang.. kerja kolar biru di negara ini hampir semuanya telah disapu oleh warga asing. Kerja kolar putih pula saingan terlalu sengit. Habis.. ke mana hala tuju anak-anak muda kita yang sederhana. Memang patut kalau kadar pengangguran di negara ini mencanak naiknya saban hari. Ramai dalam kalangan anak-anak muda kita yang belajar di luar negara terus bekerja di luar negara sebaik saja tamat belajar sebab peluang kerja di negara ini semakin sempit. Yang bijak pandai pun masih teraba-raba mencari pekerjaan, apatah lagi yang sekadar mempunyai sijil SPM setakat cukup makan.
Nilah yang aku sedih ni.. anak-anak murid aku terutamanya yang sebangsa dan seagama dengan aku masih lagi lena walau SPM hanya beberapa detik lagi nak tiba. Masuk kelas berbual-bual. Ada yang tidur berbantalkan lengan di atas meja dalam bilik darjah. Ada yang tak masuk kelas langsung dan seharian tawaf sekolah. Buku entah ke mana. Latihan dibuat dalam kertas conteng.. tu pun buat separuh dan cincai-cincai buat sebab cikgu ugut nak call parent. Masa exam dapat gred C dah bangga melenggak sebab masih lulus katanya. Kadang-kadang cikgu macam mengajar kerusi dengan meja sahaja. Papan putih walau penuh dengan nota ditulis oleh cikgu, hanya sekerat dua saja yang salin.. yang lain buat tak nampak. Alasan paling mudah " buku tak bawa". Baik kelas depan, kelas tengah mahupun kelas hujung.. perangainya hampir sama. Budak besikap acuh tak acuh belajar tapi pihak sekolah dok tekan guru agar semua budak kalau boleh mesti dapat A+ atau sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran. Datanglah malaikat dari langit mana sekali pun turun mengajar budak kalau sikap pelajar macam tu mana boleh dapat A.
Guru terhegeh-hegeh datang pujuk dan belai budak-budak supaya buat latihan. Tak ada buku hulurkan duit suruh pegi beli buku asalkan buat latihan. Tapi budak-budak.. umphh.. hampeh. Janji nak buat, janji nak hantar tapi tup..tup.. janji tinggal janji. Kalau dulu.. orang nak ilmu sanggup redah hutan masuk gua datang bertapa dan sanggup hadapi segala ujian dan dugaan untuk dapatkan ilmu. Orang dulu sanggup berjalan kaki bepuluh-puluh batu dan beberapa purnama pergi berguru untuk mendapatkan ilmu. Tapi budak sekarang cikgu pulak terhegeh-hegeh datang nak bagi ilmu. Siap pujuk rayu lagi kat pelajar supaya terima ilmu yang cikgu nak bagi.Budak buat dont no ajee.. Ada sesetengah cikgu siap 'rasuah' budak nak bagi gula-gula atau belanja nasi lemak kat kantin kalau budak dapat siapkan kerja sekolah. Tapi nasi lemak mereka tibai, kerja sekolah tetap tak buat. Bila exam dapat E salahkan cikgu tak pandai ajar. Bila pegi mohon kerja tak dapat-dapat salahkan cikgu tak tegas masa mengajar dulu.
Sedarlah sikit wahai anak-anak murid ku. Kasihanilah kepada diri sendiri dan kepada ibu bapa yang mengharapkan kejayaan kita. Ibu bapa dan cikgu berkorban apa saja demi kejayaan kita dan kesenagan kita kelak. Mereka tak sedikitpun mengharapkan kita bayar dengan wang ringgit segala pengorbanan yang diberikan, cukuplah dengan melihat kejayaan kita melayari masa depan kita dengan penuh kesenangan dan tidak menyusahkan orang lain.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. Dalam dunia sekarang semuanya kena bersaing. Orang yang bijak ke depan, orang yang bangga dengan rekod disiplin masa kat sekolah ke pusat serenti atau memenuhi sel-sel penjara. Kerja tak ada, tapi wang ringgit nak. Abiss.. wang ringgit mana nak dapat kalau tak buat kerja jahat yang menyalahi undang-undang dan menyusahkan orang.. tepuk dada tanya selera.
Ada juga yang kata " ah..mak bapak aku orang kaya, nanti harta tu sampai gak kat aku" ye lah.. memang betul harta mak bapak akan kita warisi juga nanti.. tapi jangan mengharap sangat sebab apa-apa boleh berlaku di kemudian hari. Nanti.. ibarat kata dengar guruh di langit air setempayan dicurahkan. Kalau harta ada sekalipun kita kena ada ILMU juga nak uruskan supaya harta tu bekembang Kalau tak ada ilmu tentu lambat laun harta peninggalan orang tua kita akan habis.. ibarat kata bukit sekalipun kalau seharian ditarah boleh jadi rata.
Pesanan ikhlas daripada : matdingunung.blogspot.com

minta izin nk copy yer
ReplyDelete