Aktiviti mendaki gunung bermula
apabila aku mengikut isteriku membawa unit badan beruniform sekolahnya mendaki
Gunung Ledang. Kami bertolak dari tapak perkhemahan di kaki gunung Ledang pada
pukul 8.00 pagi. Berjalan menyusuri anak tangga di tepi air terjun, kemudian
terus mendaki ikut trek dalam hutan. Dari satu check point ke satu check point
kami lepasi. Yang paling mencabar bagiku semasa memanjat batu yang mencanak 80
darjah tingginya lebih kurang 50 meter sebelum sampai ke check point KFC.
Kami sampai ke puncak Ledang lebih kurang pukul 1.30 petang iaitu mengambil masa hampir 6 jam. Kami sampai berperingkat-peringkat mengikut kemampuan pelajar dan guru pengiring. Sungguh damai sekali sewaktu barada di puncak. Walaupun matahari tegak terpacak di atas kepala tetapi suhunya sejuk sekali tidak terasa bahang mentari. Tepat pukul 3 petang, kami mula bergerak turun. Oleh sebab ramai pelajar yang cedera dan mengalami keletihan melampau maka perjalanan turun kami agak lembab kerana kami saling membantu. Tepat pukul 8.00 malam barulah semuanya selamat sampai ke tapak perkhemahan. Walupun badan penat dan betis serta peha lenguh-lenguh.. tapi kami puas sebab berjaya menakluk puncak Gunung Ledang yang terkenal itu. Nampak dari bawah rendah aje, tapi bila daki.. WAH!!! boleh tahan dia punya sukar. Apapun.. gunung ni amat sesuai untuk aktiviti outdoor pelajar sekolah.

Memang mencabar gunung Ledang ini.
ReplyDelete