Setiap kali ada cuti sekolah, aku
tidak akan biarkan cutiku itu berlalu begitu sahaja tanpa rancang sesuatu
aktiviti outdoor. Pada cuti sekolah sempena hari raya cina yang lalu, aku telah
cuba buat kali yang ketiga untuk menakluk puncak Gunung Stong dan Gunung ayam.
Aktiviti ini aku lakukan bersama anak-anak buahku sahaja. Kebetulan
masing-masing bercuti panjang sempena raya cina. Tambahan pula letaknya gunung
tersebut tidak berapa jauh dari kampungku, Cuma memakan masa 45 minit sahaja
memandu untuk sampai di Kg Jelawang. Sebagai ketua rombongan, aku banyak
menghabiskan wang dari dalam poketku
sendiri untuk menyediakan peralatan, bahan-bahan mentah untuk memasak, memohon
permit mendaki dan pelbagai bayaran lagi yang dikenakan termasuk bayaran tapak
perkhemahan di Kem Baha.
Kami
mula mendaki pada pukul 5.20 petang. Pada awal pendakian, treknya agak
mencanak. tetapi lama kelamaan treknya tidak sesukar mana. Semasa mendaki, aku
beselisih dengan ramai anggota bomba dan renjer hutan yang turun dari gunung.
Rupanya aku mendapat berita telah ada seorang pendaki yang meninggal dunia di
atas sana kerana terjatuh ke dalam pusaran air terjun. Berita yang diterima ini
tidak mematahkan semangatku untuk terus mendaki. Kira-kira 25 minit mendaki,
aku berasa sesuatu yang tidak kena menimpa diriku. Tekakku berasa loya,
kepalaku mula pening dan badanku mula sejuk walaupun peluh yang keluar agak
banyak. Aku rasa macam nak pitam saja. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu.
Selalunya aku tidak pernah menghadapi situasi begini setiap kali mendaki bahkan
beban yang aku bawa tidak seberat mana. Aku berhenti rehat, aku membuka baju,
kasut dan stoking. Aku rebahkan badan sekejap. Apabila aku bangun, rasa pening
dan loya kembali terasa. Salah seorang ahli rombonganku memberi aku minum 100
plus dan sepotong coklat untuk memulihkan tenaga. Selama lebih kurang 15 minit
aku berkelana di situ, akhirnya aku gagahkan diriku untuk meneruskan pendakian
walau kakiku sudah tidak berdaya untuk melangkah. Salah seorang anggota
rombongan membantu aku memikul beg yang aku bawa. Aku mendaki cuma membawa
kamera DSLR aku sahaja. Selangkah demi selangkah aku menapak akhirnya sampai
juga aku di Kem Baha. Di situ aku mendirikan khemah.
Nampaknya
hasrat aku untuk menakluk Gunung Ayam terbantut lagi kerana ada beberapa
masalah timbul yang tidak dapat dielakkan. Aku Cuma mendaki dan berkhemah
setakat kem baha sahaja. Pukul 6.30 pagi kami menikmati panorama matahari naik.
Aku merakam banyak gambar kerana hanya itu sahaja tujuan aku mendaki. Selain
mendaki, aku juga memiliki hobi mengambil gambar dengan kamera DSLR Nikon D80
bersama lens 18mm-200mm dan Speedlight SB900 yang kesemuanya berharga
RM6500.00. Insya-Allah, aku akan cuba lagi untuk memenuhi cita-citaku menakluk
Gunung Stong, Baha dan Ayam sekaligus tapi entah bila.. tungguuuu..
Tapak Perkhemahan |
eat time
sunrise
menghayati keindahan ciptaan tuhan
Santaiiii |
The Red Warrior Support
curam and danger
shoot on target
posing
nice picture
very nice
dah nak pulang
abadi dalam kenangan
sape yg nk bawak brg yg berat2 ni?
myself
semangat membara
sukar
nice view
Experiance Quater Master
ikan kelah kering
telur rebus dan tak rebus
main api
telur goreng berperisa ikan kering
nasik masak canteeek punya
pelombong arang batu
layan poker lu bro..
camp fire night
kabus atau awan
menghayati
mandi
teruskan pendakian ke Gunung Ayam
for memory
turun dah
naik pun penat, turun pun penatMendaki Gunung Stong, Jelawang
No comments:
Post a Comment