Assalamualaikum.. bertemu lagi dalam entri seterusnya setelah lebih seminggu menyepikan diri. Mat Tas asyik dok tanya bila entri baru nak masuk. Aku jawab, "Releks bro, sekarang ni gua tengah busy dan tension gila. Majalah gua terbengkalai tak de budak nak buat. Dah nak habis tahun dah ni". Ai..maklumlah, member gua tu baru masuk Unifi kat umah dia, masih kemaruk lagi kot...
Ke mana-mana kita pergi, topik hangat yang selalu dipertuturkan oleh orang ramai adalah tak lain tak bukan, pasal harga rumah yang melambung tinggi. Masa aku menghadiri rumah terbuka kat rumah kawan-kawan sepanjang bulan lepas, topik yang sama juga menjadi bahan bualan sesama kenalan. Memang laa.. tak dapat dinafikan bahawa harga rumah sekarang ni tak mampu milik oleh kebanyakan rakyat jelata. Kerana kita sedia maklum bahawa majoriti penduduk Malaysia yang bekerja mempunyai pendapatan bersih tidak lebih daripada RM3000 sebulan. Kalau dengan pendapatan bulanan sebanyak tu, mana mungkin mampu untuk membeli sebuah rumah teres yang harganya melebihi daripada RM400 ribu. Pekerja kilang, pekerja buruh binaan, pekerja kedai makan, pekerja di pasar raya, pomen bengkel, jurukimpal dan pelbagai kerja kolar biru lagi tercari-cari harga rumah yang berada di bawah paras RM100 ribu tapi mana ada lagi pemaju perumahan yang berminat untuk membina rumah murah sebegitu kerana tidak mendapat keuntungan yang belipat ganda. Rata-rata kalau kita tengok kawasan perumahan yang baru dibuka, nilai rumah kediaman berada pada paras RM 500.000- 2.5 juta dan ke atas. Kadang-kadang, dalam benak sanubari kita selalu berkata " mana ada orang nak beli rumah mahal nak mampus macam ni" tapi itu cuma monolog kita, sebenarnya seberapa banyak rumah teres dua tingkat atau rumah banglo yang dibina Sold Out dalam sekelip mata sekiranya kawasan pembinaannya berada di sekitar pinggir kawasan yang membangun. Siapa yang beli?? Jawapannya mudah. ORANG KAYA dan PELABUR ASING yang beli.
|
Kalau gaji sebanyak ni, adakah kita mampu memiliki rumah teres dua tingkat? Pemaju perumahan yang bina rumah teres dua tingakat banyak-banyak tu untuk siapa?? |
Ada seorang anak buah aku yang kerjanya memasang Unifi kat rumah-rumah kediaman. Dia sentiasa mengeluh tengok rumah-rumah orang kaya di kawasan-kawasan perumahan elit. Majoriti dimiliki oleh warga asing dari Timur Tengah, dari Britain, Jepun, Korea, Warga Nigeria, Warga Singapore dan pelbagai pelosok dunia lagi yang datang melabur dan menetap di sini. Rumah yang mempunyai halaman yang luas, bentuk binaan yang mengagumkan, berada di kawasan elit yang strategik dan mempunyai ciri-ciri sekuriti yang dijamin selamat.Tapi bukan untuk rakyat kita tau...Orang kaya yang berada berlumba-lumba membeli rumah kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Ada yang beli untuk pelaburan, ada yang beli untuk anak-anak dan ada yang beli sebab duit dia banyak sangat tak tahu nak buat apa lagi. Sebab tulah salah satu punca rumah murah sudah lenyap daripada projek perumahan baru. Rumah mewah yang harga jutaan ringgit pun berdesuppp habis dijual.Masyarakat MARHAEN dok tercari-cari rumah yang bakal dibina pemaju yang mereka mampu milik. MANA ADA sekarang pemaju yang nak buat rumah sebegini kerana tak ada untung wooo.
|
Nilah rumah warga asing yang menambah eset kat negara kita. Mereka tak perlu bersusah payah menentang penjajah untuk menikmati kehidupan bagai syurga di negara kita. |
|
Inilah rumah yang mana datuk nenek dia dulu bermati-matian menghalau penjajah dan menuntut kemerdekaan bagi pemerintahan sendiri masyarakat pribumi di negara ini. |
|
Ni cuma rumah hinggap Dato . Tak duduk pun. Orang banyak wang tak tau ke mana lagi nak dibelanjakan. |
|
Miskin dari segi material saja ni tapi hakikatnya value rumah ni berjuta-juta kalau dijual sekali dengan tapak rumah. |
Ada seorang kawan aku tu, setiap orang anak-anak dia yang berkahwin akan dihadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat sebagai hadiah perkahwinan. Perghhh.. sangat-sangat beruntung sape-sape yang jadi menantu dia. Tak payah nak pikir dan tercari-cari untuk beli rumah. Orang yang berwang memang dia buat macam tu. Dia sudah beli siap-siap rumah untuk anak-anak dia sebab kalau tahun berganti tahun nanti sudah tentu anak-anak dia sudah tidak mampu untuk memiliki rumah teres.Kita yang tak ada banyak wang ni, nak bubuh owning rumah pun kena tunggu dapat bonus.
Anak buah aku tu beberapa hari dok putar-putar sekeliling bandar dan pinggir bandar termasuk kawasan Puchong, Subang Jaya, Shah Alam, Serdang, Seri Kembangan dan Balakong untuk cari rumah flet yang harga bawah 80K mengikut kemampuannya. Tapi satupun tak jumpa kerana tak ada pemaju perumahan yang nak bina rumah flat. Setiap malam dok teroka dalam MUDAH.COM cari rumah tapi hampa kerana rumah flat sekarang pun harganya sudah tak masuk akal. Nak menyewa pun bukan main susah. Petang terjumpa rumah untuk disewa dalam MUDAH.COM. Balik kerja terus berkejar ke alamat rumah yang hendak disewa tapi hampa kerana berbaris orang datang untuk menyewa rumah tersebut. Maknanya, rumah sewa sekarang bukan senang nak dapat kerana rakyat kita terpaksa bersaing dengan buruh dalam kalangan warga asing yang juga turut hidup menyewa di negara kita. Rakyat kita terpaksa bersaing dengan warga Indonesia, Myanmar, Kemboja, Vietnam, China, India, Nepal, Bangladesh, Filipina, Nigeria dan seluruh dunia sama ada datang bekerja atau belajar. Contohnya Sunway Mentari Court PJ, kalau sape-sape pernah pegi kat flet tu macam dok kat negara asing rasanya. Pelbagai rakyat asing bertumpu kat situ terutamanya warga kulit hitam. Kawan aku ada beli rumah kat situ tapi tak duduk sebab tak selesa katanya. Dia juga bagi sewa kat orang kita, tapi orang kita bagi sewa pulak kat warga asing. Jahat betul perangai.Ambik untung atas angin tapi rumah jahanam dikerjakan oleh makhluk asing tu.Tak berbaloi dengan wang sewa yang dapat.
|
Dulu kalau rumah macam ni sekitar RM30.000-40.000 aje, tapi sekarang ada yang mencecah ratusan ribu. Kalau ramai warga Myanmar duk kat sini maka penuh dengan ludah air pinang dalam lif. Kadang-kadang ada yang kencing kat tepi tangga saja. Najis kucing juga bersepah. Apa boleh buat, cuma ini saja yang mampu. |
Semenjak dua menjak ni, kenaikan harga rumah tak terkawal la pulak dan naik mendadak. Mungkin sebab permintaan yang tinggi menyebabkan pemaju tidak berasa takut untuk meletak harga setinggi mungkin sebab lambat laun rumah mereka akan habis dijual.Mereka tahu bahawa rumah merupakan satu keperluan asas yang wajib dimiliki oleh setiap orang yang berkeluarga. Cuba tengok kalau musim cuti sekolah, sana sini akan ada orang kahwin. Kadang-kadang dalam satu kampung sampai sepuluh tempat kenduri kahwin. Letih orang kampung ke hulu ke hilir pergi memenuhi jemputan kenduri kahwin. Bila sudah kahwin, sudah tentu pasangan akan cari rumah untuk hidup berdikari. Takkan nak menumpang rumah sewa atau nak menumpang keluarga lagi. Inilah puncanya permintaan terhadap rumah mencanak naik sedangkan rumah tak ada yang baru dibina atau yang nak disewa. Kalau adapun semunya tak mampu milik. Dalam bahasa ekonomi, permintaan melebihi penawaran.Kadang-kadang kesian juga aku bila memikirkan orang yang pening memutar-mutar cari rumah mampu milik. Harap kerajaan tunaikan janjinya untuk membina 123.000 unit rumah kos rendah bagi rakyat yang berpendatan rendah dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ni. Tapi pesoalannya, cukup ke sebanyak tu rumah murah yang dibina untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Satu lagi persoalan, adakah rumah tu sampai kepada sasaran atau perlu melalui karenah birokrasi yang membosankan. Maknanya akan ada orang yang sudah mempunyai beberapa buah rumah tetapi masih lagi bernafsu untuk menambah eset dan membelinya lagi dengan cara guna orang dalam.
Aku bersyukur sebab sudah memiliki rumah sendiri walaupun tidak sebesar mana. Tapi bagi orang yang miskin sudah melihat rumah aku tu sebagai rumah mewah sekarang. Rumah tu walaupun aku tak duduk, tapi sayang nak jual sebab kalau aku jual sudah tentu aku tidak akan mampu untuk membeli rumah seperti itu lagi selepas ni. Rumah tu aku beli tak sampai RM200.000 tapi nilai pasaran sekarang naik mendadak mencecah RM400.000. Rumah tu aku sudah siap ubah suai dan melakukan beberapa penambahbaikan. Kalau aku jual dengan harga rm400.000 kemudian aku beli rumah lain dengan harga sebanyak nilai yang aku jual sudah tentu aku akan dapat rumah yang lebih kecil perseginya dan perlu menambah lagi kos untuk ubah suai terutamanya untuk membesarkan bahagian dapur.
|
Aku beli rumah ni dengan harga RM172.000 saja dulu. Tu pun puas sembahyang istiqarah minta petunjuk sebelum beli takut-takut tak mampu nak bayar. |
|
Lepas beli, terus buat pengubahsuaian sedikit sebab rumah ni tak luas sangat. |
|
Habiskan RM50.000 untuk besarkan ruang dapur termasuk bina table top, kichen kabinet kayu nyatoh, meja makan, dan pelbagai ubah suai lagi pada bahagian depan dan atas. |
|
Nilah rupa pemuda (orang bujang) yang menyewa rumah aku dengan harga SERATUS RINGGIT (RM100.00) sebulan. |
|
Jiran aku rumah paling tepi telah ubah suai rumahnya untuk bini no 3 beliau menjadi 3 tingkat. Tak tahulah bini no 1 besar mana dia punya rumah. |
|
Rumah Fasa 2. (Sebijik macam rumah aku cuma warna aje yang berbeza ) telah dibina bersetentang dengan rumah aku tetapi harganya mencecah RM320.000. Hampir seratus peratus kenaikan. |
|
Rumah yang dibeli, siap dibina menyebabkan owner berasa lega. |
|
Beli rumah ni macam satu perjudian, kalau rumah terbengkalai macam ni pening kepala owner. Pinjaman bank tetap dipotong tiap bulan, tapi masih duduk menyewa. Kawan aku ramai yang terkena. Beli rumah yang dimajukan oleh Syarikat TALAM. |
|
Rumah Town House, harga mahal lebih RM200 ribu tapi kongsi dua owner. Atas orang lain, bawah orang lain. |
Ada kawan aku dok pujuk aku suruh jual rumah aku kat dia. Tak tergamak rasanya nak jual sebab harga rumah aku yang dah siap renovation dan dilengkapi perabot harganya sudah mencecah RM420.000. Maknanya kawan aku tu perlu memotong gajinya sebanyak lebih RM2000 sebulan untuk jangka masa 25 tahun. Beerti dia akan membayar rumah tu sampai tua. Perghhh.. itulah hakikat sebenarnya harga rumah sekarang. Sesiapa yang beli rumah teres dua tingkat, sampai mati dia tanggung hutang kalau gaji RM3500.00 sebulan. RUMAH OH RUMAH.
* Kebanyakkan gambar-gambar kat dalam ni adalah ikhsan daripada Google.
Runsing rasanya bila baca entry nie.. (Bukan salahkan tuan punya blog, huhu).. Beli rumah nie satu aset tapi nak membelinya bukan senang. Terkesima bila tengok keratan akhbar 'Bayar hutang sampai mati' tu. Itulah yg mak sy tengah tanggung sekarang. Sbg anak rasa bersalah sbb tak byk yg dpt tolong. Mcm artikel kat atas tu, sy ada diploma tapi kerja gaji RM1300 jek... Cukup2 utk mkn sendiri jek.. Nak bg mak ayah mmg jarang dpt. Nak harap keadaan kat Malaysia ni bertukar mmg payah la kan. Hanya mampu berdoa semoga Allah murahkan rezeki je....
ReplyDeleteAminn.....
Deleterasuah di mana2 mnybbkan hrga rmh up di sana di sini di ctu..jd mngsa pembeli yg mcm kita yg tak berkemampuan sgt..yg byk duit tak kisah..rumah mereka di sana di sini di situ..tak abis pun utk di diami..kesian kan..kita yg mkn gaji..separuh dr duit gaji kita bulan2 fix byr pinjaman atau sewa rumah..beli atau sewa rumah yg mampu milik murah..lg la kesiannn..rumah kecik..x sesuai utk famili duduk..kemudahan pn tak di sediakan dengan baik..keselesaan lg la jauh..yg bertggjawab tgl d rumah yg selesa..luas..lengkap..serba serbi d tnggung ...tp rakyat yg spttnya di bela nasib mereka...jauh terabai...begitu la nasib rakyat malaysia..
ReplyDeleteOoo....
DeletePerlukan kontraktor yang mesra pelangan? Pengalaman dalam bidang pembinaan dan pengubahsuai dalaman dan luaran? Berpengalaman sebagai konsultan dan perunding? Memerlukan sebut harga dan spesifikasi yang terperinci? Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia? Harga yang berpatutan dan qualiti kerja yang tinggi? Kami ada kriteria tersebut.
ReplyDeletePerkhidmatan meliputi pengubahsuaian rumah dan pejabat, rekabentuk dalaman, pendawaian, plumbing, perabot dan penyelengaraan.
Kawasan berperasi di Melawati, Ampang, Cheras, Ukay Perdana, Bukit Indah dan sekitar Kuala Lumpur.
Untuk perkhidmatan yang terbaik tanpa memeningkan kepala pelangan, sila hubungi saya di talian dibawah.
Ari - 017 8767396
Man At Work Construction
Hubungi sy untuk kerja2 ubah suai rumah dan pejabat sperti pasangvtile,plaster siling tambah ruang dapur,wayaring ,plumbing,waterprofing,buat porch,autogate,grill dan owning, wallpaper,lanskap dan kolam ikan.dan keje civil lainnya . terbuka untuk daerah bangi,kajang,serdang,cheras,puchong,putra jaya,dan nilai 0192945175 or wssp 01129110298
ReplyDeleteSalam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
ReplyDeleteNak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
if nak more detail, bley pm/ whatspp saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)
ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN. KAMI KONTRAKTOR RENOVATE DAN BUAT RUMAH AREA SELANGOR TERUTAMA LEMBAH KLANG. KERJA BERMUTU DAN ADA WARANTY. SILA HUBUNGI 0122528706 MAT. SEBUTHARGA/QUOTATION DAN SITE VISIT PERCUMA. TERIMA KASIH.
ReplyDelete